Dia tahu?

Assalamualaikum...



What do you have in your heart?

Takut
Berani
Malu
Benci
Suka
Malas
Excited
Bosan
Gembira


Semuanya isi hati dan perasaan manusia. Kalau kita tak cakap, orang takkan tahu. Lainlah kalau kita buat ekpresi muka yang ketara sampai orang nampak kan? =)

Setengah orang sangat-sangat yakin takkan ada orang tahu apa yang dia rasa.

Allah?

Orang beriman confirm-lah meyakini apa-apa pun dalam hati kita Allah pasti tahu.. Tapi,kenapa ya?

---------> Sebabnya Allah tu kan Pencipta kita, so mestilah dia tahu semua! =D

Analoginya:

kita buat sebuah kek dengan bahan-bahan yang kita dah senaraikan. Kita letak telur, kita letak tepung. Kita letak gula. Kita letak perasa. Kemudian bila kek dah masak, ia akan jadi sebuah kek yang dah tak ada bentuk asal bahan tapi kita still tahu dan confirm sangat2 bahan tu ada dalam kek tu sebab kita yang buat. So, orang tak boleh pertikaikan kita tak letak telur atau tak...

Kita yang buat, so kita tahulah apa ada dalam tu... Kan? Kan?

Samalah macam Allah, dia yang ciptakan kita, so dia tahulah segala isi-isi hati kita.

By default, He knows everything~ ^______________^

Maka, telitilah dalam segala sesuatu. Bertindak perlu atas timbangan akidah, amanah dan ikhlas supaya kelak isi hati kita selari dengan perintah-Nya..

Dan siapa yang niat hatinya tak baik, sila jaga-jaga. Allah Maha Hebat untuk menggagalkan usaha anda!!

.
.
.
.
.
.

How?

Mungkin bila Dia tahu dalam keadaan tiada orang lain tahu, ada juga kemungkinan Dia boleh takdirkan orang lain akan tahu juga~

Macam tadi (pengalaman sendiri),
bajet-bajet bakal selamat keluar tanpa murakib atas alasan rush dan terlalu dekat. Gatal kenapa entah berniat serong macam tu hari ni, padahal selama ni sendiri punya tugasan suruh orang bermurakib. Sekali bila terkeluar depan jalan terus terserempak dengan murakib yang menanti.. Aaaaa....alamak!! T___T

Huuuu...
Maka malam ini,
kita balik rumah sambil tunduk-tunduk menyesali diri
muka tebal ya amat macam dah lebih seinci
sengih nasihat murakib dah menusuk-nusuk dalam hati
Nasib baik tak kena fire berapi-api
Waktu tu lah baru ada suara bercakap dalam sanubari
" Alhamdulillah, Allah sent someone to serve you right.. "

ok.ok. Saya sudah insaf..
One mistake is enough.
Manusia yang berakal dan bijak tidak akan membiarkan sejarah berulang lagi~ ;p
Hehe..

Mari doa satu benda penting lagi

"O Allah, Irbid makin huru-hara dek seorang manusia takde iman yang suka kacau orang melampaui batas. Please.please.please. Protect us from his evil intention and we really hope he will be caught soon, by hook or by crook.. Ameen..."

.: Mohon doa kalian, moga urusan kami semua dipermudahkan :.

Apa yang pentinggggg????? ---> KERJASAMA~

Jumpa lagi~

24th October



Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today
by sending cards, and letters, gifts and good wishes.

Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.
Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones,
and joy to you.
Ameen ya rabal alamin....


***********************************************************************



Mama, thank you for delivering me to this wonderful world~
There's no gift to you can ever equal to the life that you gave me~
I'm sorry for being a less than perfect daughter to you~

But mama,
No painter's brush, nor poet's pen
In justice to your fame
Has ever reached half high enough
To write up your name... =)

p/s: Tiba-tiba homesick. I miss our tradition of 'mama doa kat dahi saya, saya doa kat dahi mama plak' everytime we finish our prayer since i'm a child till now..

Best week~

Assalamualaikum...~




Alhamdulillah, result dah keluar! Alhamdulillah, the mark was higher than expected. Alhamdulillah, i don't have to feel inferior to my arab collegues. Alhamdulillah, i can sleep well now. Alhamdulillah3x.. This is the biggest present this week. =)

Kenapa exam kali ini super chronic sangat cuak dia? Sebab dia hanya satu exam of satu subjek utk satu kali setahun yang kredit hour dia 9! Mana tak macam gila nak tunggu result?

Tambah plak tu, dalam 13 orang segrup itu hanya dua orang melayu sahaja tinggal sekarang dikalangan baki 11 orang arab yang sangat mantap dalam belajar dan sangat open dalam berkongsi markah~ Adeh, macam nak terkeluar jantung nak tengok result. Sempat juga kami decline beberapa tawaran rakan arab yang nak checkkan markah untuk kami sebab waktu itu kami jauh di Basma.

Thanks everyone for your doa. Semangat belajar kami dah makin mencanak-canak naik insyallah. Ini baru exam first. Banyak lagi exam menanti. Do continously pray for our success yer. Please.. =)

*******************************************************************



Bulan lepas dalam seminggu sebelum raya, saya dihubungi kembali kenalan wartawan yang saya kenali sewaktu travel di Europe untuk tawaran menulis sedikit pengalaman tentang raya di rantauan tahun ini di dalam akhbar. A nice opportunity isn't it? Macam kebetulan pula sebab tahun ini memang saya tak balik raya pun~

Dan lepas hantar, saya memang lupa terus tentang artikel itu sampailah dua tiga hari lepas ada Aisyah, seorang kawan di Jordan yang beritahu saya ayahnya khabarkan gambar kami sebatch masuk paper - artikel saya dah keluar! =)

Dah seakan-akan kebetulan buat kesekian kalinya waktu saya macam sedikit kehampaan sebab tak dapat nampak sendiri keratan terbabit, tiba-tiba ada seorang lagi rakan di Jordan, Salwani beritahu dia ada bawa keratan itu di sini. Subhanallah!

It's awesome~ Walaupun gambar tu gambar lama (tahun satu -2008), terasa macam kelakar plak bila tengok balik gambar tu disitu. Cepatnya masa berlalu. Dah 4 tahun dah pun. For me, it is one of a token of appreciation for my beloved batch here~ *Erm, actually i do want to put my whole batch picture -syabab & akhawat, tapi gambar raya jenis tu takde..huhu*

*********************************************************************





Selasa lepas, Badan Kebajikan Anak Perak ada buat program di Mu'tah. Dalam banyak-banyak sebab kenapa saya sangat teruja nak pergi kali ini adalah sebab saya nak jumpa balik schoolmate lama saya yang baru tiba di sana. It's reunion time! =)

Walaupun hanya dapat bertemu hanya seorang dari dua insan yang saya rindu, still alhamdulillah. Banyak betul benda yang kami kembali sembangkan untuk dikutip semula dalam jangka masa 4 tahun yang telah berlalu tanpa sebarang pertemuan. It's fun!

Plus, Ustaz Kazim turut datang beri ceramah yang sangat super lawak dan best! Dan juga saya berpeluang jumpa ramai org perak yang baru. Kakak2 lama dah ramai grad. Miss them so much! Tapi tak apa, kawan2 yang baru tiba ni insyallah sama bestnya dengan mereka semua~ ^^

********************************************************************




Usually weekdays bila clinical, memang sangat liat nak keluar rumah even untuk minggu lepas yang takde kelas dan hanya rotation hingga jam 12 petang. Hujung minggu sebelum tu busy nak exam. Maka sebelum bermulanya minggu depan yang bakal kembali busy, saya dah target hujung minggu ini nak keluar habis-habisan. Sasaran : Yarmuk sbb ada yang dah merindu. hehe =)

Dan tepat khamis petang sampai sabtu petang, saya dah jadi penghuni tetap Casa Intelek untuk merewang buat makan-makan bersama. Lama giler tak masak ramai-ramai macam raya dulu. Minggu ni memang fokus habis. Nasi impit, lontong, laksa, kek, soto, nasi tomato, sate semua kami balun buat ramai-ramai. Nasib baik takde bomba datang sebab asap berkebul-kepul keluar dari rumah sepanjang malam. haha..

Thanks korang! Tak sia-sia penat lelah buat buat sama-sama. Seronok sangat! Dapat makan + kenal ramai lagi ahli Irbid yang baru. Aha, as always lah bila selalu duduk Hijazi macam rumah sendiri, akan adalah beberapa sketsa salah faham bahawasanya saya adalah kakak Yarmuk. Boleh plak ada yang tak percaya. hehe.. cute lah budak2 baru nih. ;p

**************************************************************




Pernah tak saya ceritakan bahawa sometimes doa di tanah Syam ni cepat sangat makbulnya. Dan kadang-kadang we didn't expect it at all. Last week, again perkara ini terjadi lagi. Kepada saya. =)

Cerita bermula bila suatu hari saya dan rakan segurp terjumpa seorang rakan Arab lama kami pada hari Khamis.Masing-masing meng-update perkembangan diri sesama kami. Di antara ramai Malaysian yang dia kenali, saya adalah antara yang tak pernah datang ke rumahnya lagi.Well, we are not that close like everyone else. Teringin memang ada tapi takkan saya nak offer diri plak.huhu. takpelah~ *But then,it still remain as a hope in my dreams*

Then blinkkkkk! Hari jumaat pagi esoknya, tiba-tiba rakan serumah telefon nak ajak saya temankan ke rumah kawan arab yang saya temui semalam. And i was like 'ehh??' I never tell anyone about that. Rakan Arab tu pun tak expected yang saya akan datang ke rumahnya sehari lepas kami jumpa. She also suprised and say "you did say you never come to my house yet yesterday and today you're here! Masya Allah! "

Okay, that is very obvious! Ini kebetulan atau takdir? hehe... Tapi, yang terpenting sekali : subhanallah maha suci Allah ~

****************************************************************



Last week, jam 9 malam waktu saya sedang study grup dengan Fathiyah, mama di Malaysia telefon untuk khabarkan berita Wak Mus, ayah saudara saya di Sabak Bernam meninggal selepas 10 hari sakit tanpa sebab or lebih tepatnya, tak sempat nak jumpa sebab.

It hit me like hell.

Pertamyanya mungkin sebab saya teringatkan percaturan takdir sepanjang 3 tahun lebih saya di Jordan. Each year i lost one of my family member. Tak kisah la family jauh ke tak, still all of them are my family and we are close with each other. 2008 Kakek Mali, 2009 Tok Lang, 2010 Wak Mus. Seriously, i'm scared. Who's next? T_T

Seperti yang dulu juga, saya sempat jumpa Wak Mus sekali sahaja dalam tempoh saya pulang bercuti. Dan saya memang tak expect saya takkan jumpa dia langsung dah lepas ni. Not any thougt at all! Harap sangat-sangat saya tak perlu ada sedikit penyesalan about 'i should treat them better if i know they will die'. Gosh, hate that! But this is life. Do not take thing granted~

Apa-apa pun, semoga Wak Mus ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. He is a good man at all.

Kematian kali ini agak menyedarkan saya sebagai pelajar perubatan betapa saya perlu sangat-sangat berhati-hati dan look very detailes into my patient history. It's might be late for him now but for others there is still hope. So Arina, do the best for your patient's sake! Ganbatte!

******************************************************************



Last update, selepas seminggu di Basma baru saya tersedar saya bakal melalui 3 minggu lagi berderet-deret di Basma! Oooohhhh! A little bit boring sebab same place sahaja but very heavenly sebab sangat dekat dengan rumah dan doktor best a.k.a beningn always!! Takkan debar-debar sentiasa macam di KAUH mahupun Ramtha atau Mafraq. Haha..

Ops, panjang plak update seminggu. Banyak lagi benda-benda best jadi minggu ini. Tak terhabis kalau nak bercerita. Apa-apa pun moga hari-hari yang mendatang bakal lebih baik dari hari ini dan semalam. =) I'm really happy~



ok, that's all. See ya~

Wassalam...

Kembara Ramadhan Syria Summer 2010

Assalamualaikum..

Exam dah habis! Alhamdulillah... Erm, tapi hati masih tak tenang sebab resultnya belum keluar. Debar-debar lagi nih. Tolong doakan ya kejayaan saya dan kawan-kawan dekat sini..

Dah dekat seminggu blog ni tak berupdate. Salahkan internet yang lembap! Hehe.. Lagipun saya dah target dah habiskan kembara Ramadhan Syria. Selagi tak habis, selagi tu malas nak update yang lain. ALhamdulillah hari ni selesai. Oh ya, saya nak kreditkan juga beberapa gambar yang saya ambil dari kenalan blogger dan encik google sebab kamera saya banyak plak gambar blur. Huhu. Thanks ya! =)

Abah, nah!
Lepas ni insyallah kembali kepada pace yang biasa. Hehe.. Macam pelik plak bila abah tanya kenapa blog tak berupdate dah. Ni semua sebab sudah nak upload gambar la nih. Tu pasal dia slow.

Jom Berkembara...

*******************************************************************************

Seorang. Dua. Tiga orang. Semuanya risaukan kami atas benda yang sama.

"Awak biar betul nak berjalan-jalan time-time puasa nih.."

=)
Tapi, nak buat macam mana?
Tetamu kami dari France dah kesuntukan masa.
Kami pula ada target mahu mencabar diri sendiri untuk peroleh tarbiyah bermusafir melintas sejarah dalam bulan puasa.

Nak atau tidak, kami tekad. Mari jom jelajah Syria dalam Ramadhan yang mulia~



Sikit sejarah ringkas kenapa nak pergi Syria :

1) Syria adalah kota saksi kepada kisah hidup manusia-manusia pertama di muka bumi iaitu keluarga nabi adam - Habil dan Qabil.

2) Syria adalah antara kota tertua di dunia yang pernah ditakluki kerajaan -kerajaan hebat spserti Aramea, Parsi, Babylon, Rom, Ummayyah, Abbasiyah, Fatimiah, Ayyubiah, Mamluk, Monggol, dan Uthmaniyah.

3) Syria adalah bumi sirah Nabi Muhammad s.a.w - pecahan terbesar kota Syam

4) Syria adalah kota yg padanya terdapat maqam2 Ahlil Bayt Rasulullah, Sahabat, dan Solihiin..

5) Syria adalah Kota yg mengumpulkan ramai Qurra', Ulama' dan Fuqaha' Mu'asiriin

6) Syria adalah dikatakan Kota Dataran Mahsyar kelak

7) Syria adalah kota yang bakal menyaksikan turunkan Nabi Isa yang ditunggu.


[ Hari Pertama ]

Bertolak ke Syria selepas saja tamat exam Animal Health yang diawalkan. Pakcik Border kali ni sangat strict, penat nak melayan. Sedar tak sedar tersangkut 3 jam di border. Sabar. Sabar. Tengah puasa nih. Alhamdulillah, asar kemudian baru kami tiba di Damsyik.

Tempat pertama singgahan kami adalah Masjid Umawi. Bangunan ini sebenarnya dah wujud beratus-ratus tahun yang lampau. Sebelum menjadi masjid, ia pernah digunakan sebagai Temple of Hadad (Aramea), Temple Of Jupiter (Rom), dan Church John The Baptist (Rom Kristian). Dari segi binaannya juga memang dah nampak banyak unsur gabungan zaman-berzaman. Memang hebat!










Selain tu, masjid ini agak unik waktu zaman pemerintahan Islam bawah pimpinan Umar Al-Khattab apabila kawasan masjid ini pernah dibahagi dua dengan dnding pemisah untuk kegunaan Muslimin dan Orang Kristian. Boleh bayangkan bagaimana azan dan loceng bersahutan serta dua agama saling beribadah tanpa ragu bersebelahan di sini?



Oh ya, cakap tentang azan, kalau nak tahu azan di masjid ini 7 kali semuanya. Sebabnya dah jadi tradisi sejak dulu time tak ada pembesar suara, semua menara (7 buah) akan saling azan bersahutan-sahutan secara beramai-ramai di setiap penjuru. Sampai sekarang azan 7 kali macam ni still lagi diteruskan.



Di timur masjid ini, ada sebuah menara putih yang di katakan bakal menjadi lokasi turunnya Nabi Isa a.s. berdasarkan sebuah hadis yang Rasulullah ucapkan.



Di dalam masjid ini juga, terletak macam Nabi Yahya yang dipanggil John The Baptist (sebab Nabi Yahya yang dulu mulakan suruh mandi di Sungai Jordan utk taubat) oleh Orang Kristian. Makamnya terletak di area orang Kristian dulu-dulu. Ingat sejarah Nabi Yahya? Baca sini ya. Kepala Nabi Yahya di makamkan di sini. Ikut sejarah, kepala Nabi Yahya ditemui dalam bekas tembaga waktu masjid ni dibina. Boleh baca sini kot tentang itu.



Di dalam masjid ini juga ada satu lapangan yang ditinggikan tempat orang-orang di sini menuntut ilmu. Menurut orang sini, dulu Imam Nawawi juga duduk di atas lapangan ni untuk belajar di sini. Waktu kami datang, ada seorang syeikh tengah beri ceramah tentang Ihya Ulumuddin. Ramai sangat orang yang datang mengaji di masjid ni. Nampak sangat hidup!




Kemudian kami ke Makam Saidina Hussin di kawasan masjid Umawi. Dikatakan kepala Saidina Hussin dimakamkan di sini lepas dibawa ke Damsyik. Kami dikabarkan di sini ramai orang Syiah tapi alhamdulillah waktu kami pergi tak ada lah sangat mereka meraung menangis-nangis yang melebih-lebih. Tapi memang sesak sangat.





Seterusnya ke makam Salahuddin Al-Ayubi. INi makam dhorih tau! Makam yang ada jenazah di bawahnya. Tapi sayang sebab lewat petang begini, makam ni di tutup. Jadi kami cuma sampai dan jenguk-jenguk di pintu sahaja. Tak ada rezeki.



Di makam ini lah yang menjadi saksi kisah General Gerald yang datang ke Syria,setelah Perancis merebut Syria dari tangan Turki Uthmaniah. Dia memasuki Masjid Umayyah di Damaskus dan menendang makam Salahuddin Al-Ayubi sambil berteriak, "Saladin, bangun! Kami kembali!" (Cerita ini oleh Adian Husaini dalam bukunya Wajah Peradaban Barat dari Serge Latouche,:The Westernization of The World(Cambridge:Polity,1996,hlmn 5). Umat Islam, apa perasaan anda?



Usai menziarahi Salahuddin, kami bergerak pulang ke rumah untuk meletakkan barang dan bersiap mahu berbuka tapi bukan berbuka di rumah tau. Lokasi berbuka hari ini ialah Jabal Qasiyyun. Dari atas bukit ini, seluruh bandar Damsyik kini jelas kelihatan di hadapan kami. Azan maghrib dalam rona senja menemani kami berbuka sambil menyaksikan bandar di depan kami bertukar menjadi warna-warni di kaki langit yang indah. Subhanallah, sangat cantik dan nyaman~





Habis melepak dan menyaksikan keindahan alam, kami turun dan mengambil keputusan untuk bersolat tarawih di Masjid Umawi. Dalam perjalan, ustaz murakib bawa kami ke Bab Touma. Bab Touma ni salah satu dari 7 pintu masuk utama kota lama Damsyik. Ketika awal zaman pembukaan islam di Syam, kebanyakan pintu2 tersebut dimasuki oleh sahabat2 Rasulullah seperti Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah dan sahabat2 Rasulullah yang lain untuk membebaskan kota Damsyik dari Empayar Rom Timur. Tapi sekarang Bab Touma ni kira kawasan majoriti Kristian. Ini Bab Touma waktu siang~


Berhampiran dengan pintu ini, ada makam Khaulah Bin Azwar. Wah, teruja kami! Masakan tidak, dah lama saya menyimpan angan-angan menziarahi Pahlawan Berselubung Hitam yang terkenal ini selepas mendengar kisahnya di makam abangnya di Irbid (Dhirar B. Azwar). Tapi sayang, taman yang menyimpan makam ini ditutup waktu malam. Aiseh~

Kalau tadi petang kami ke Masjid Umawi melalui jalan Souq Hamidi moden, malam ini kami berjalan melalui jalan tradisional souq Hamidi. Berada di celahan kedai-kedai lama di tepi jalan-jalan berbatu-bata, terasa seperti saya berada di lokasi penggambaran cerita Ali-Baba zaman P.Ramlee. Sangat klasik! Tambah cantik dengan rimbunan pohon-pohoh rendang dan lampu yang bergantungan di sepanjang jalan, jalan yang jauh langsung tak terasa.



Sampai di Masjid Umawi, kami bergegas solat jamaq qasar maghrib dan isyak sebelum masuk jemaah tarawih dengan Imam. Sedikit kepeningan di sini sebab saff-saff wanitanya berterabur terputus-putus. Teringat kisah kakak rumah tumpangan yang muslimat Syria banyak buat saff ikut kipas. Ish3. Bantai je lah. Janji dapat terawih sama-sama.





Saya paling tak boleh lupa feeling solat tarawih di masjid Umawi. Sangat khusyuk dan nyaman. Tambah-tambah bila solat di kawasan marmar tidak berbumbung. Lepas solat, memang kagum perhatikan kecantikan masjid ni waktu malam. Kebetulan lepas solat, kami terserempak dua family Chinese Muslim dari China, apa lagi berkenalanlah~ Di antara kami hanya sorang je yang fasih cakap China, maka yang lain2 semua berbual dalam bahasa Arab sesama kami. ^^,



Alang-alang lalu souq Hamidi lepas solat, kami singgah makan aiskrim tumbuk Syria yang terkenal tu. Ya Rabbi punyalah ramai orang makan ice cream lepas solat. Sibuk sungguh. Habis makan aiskrim, semua balik rumah tidur....





Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Bab Soghir, kawasan yang menempatkan puluhan makam-makam sahabat dan ulama di Syria. Tapi kawasan ni kuat Syiah. Untuk elak kami bertembung grup-grup Syiah yang besar takut sesak, kami disarankan pergi se-awal yang boleh. Banyak sangat makam di sini, saya ceritakan satu-satu tanpa ikut susunan takpe kan? ^_^



Makam pertama adalah makam khalifah pertama selepas peninggalan 4 amirul mukminin iaitu Muawiyah Bin Sufyan. Insan yang menjadi mangsa fitnah golongan Syiah gara-gara peristiwa perang antara beliau dan Ali atas sebab beliau tidak mahu membaiah selagi Ali tidak menghukum pembunuh Uthman. Makam Mauwiyah sangat menyedihkan kalau dibandingkan dengan makam Ahli Bayt lain di kawasan ini. Kurang terjaga. Tapi alhamdulillah masih ada usaha memagarkan makamnya dari terus diperlakukan sesuka hati kerana orang Syiah menjadikan makam beliau sebagai sasaran baling botol, kencing, pelbagai lagi perbuatan tak elok untuk balas dendam. Kasihannya. T_T



Di hadapan kawasan makam Muawiyah ini, ada satu makam Ulama penulis kitab. Lupa plak nama dia apa. Anehnya makam beliau terletak betul2 tengah roundbout tengah jalan. Pelik kami tengok. Rupanya menurut cerita ustaz, waktu kerajaan nak pindahkan kubur2 lama di kawasan ni, kubur ulama ni susah sangat nak alihkan. Kren semua stop, buatlah apa2 pun kubur ni memang takleh ganjak. Last2 diaorang tinggalkan je satu2 kubur ni kat sini, sambil buat roundbout. Subhanallah~



Kubur yang seterusnya pula adalah kubur kumpulan besar : Kubur 12 kepala pejuang2 Karbala. Wow, boleh tahan betul hiasan dalam ni. Serba kaca semua. Ini memang port major orang Syiah. Cuak pulak nak masuk sebab dah dengar cerita darah Sunni halal orang Syiah bunuh. Gulp. Banyak sangat alat-alatan mourning orang Syria dalam ni. Duit dalam makam pun banyak giler. Memang pemurah betul diaorang nih.







Seterusnya adalah makam seorang lelaki buta yang sangat terkenal sampai Allah turunkan ayat tegur nabi sebab abaikan dia. Ha, siapa? Kenal? Yaaaa, namanya Abdullah bin Umm Maktoum. Apa surah yang terlibat? --> Abasa~. Tapi bukan setakat ayat Abasa je, ayat pengecualian perang pun diturunkan sebab dia yang memujuk Rasullulah tanyakan Allah sebab dia tak mampu ke perang. Hebatkan?



Next, maqam 2 isteri Rasulullah. Makam yang pertamanya ini penghuninya adalah seorang wanita yang sangat tabah sebelum dinikahi Rasulullah. INgat tak kisahnya yang berhijrah ke Habsyah, lalu suaminya Ubaidillah Jasyh murtad masuk Kristian dan dia ditinggalkan dengan 3 pilihan yakni ikut suami murtad, balik kembali kepada ayahnya yang kafir iaitu Abu Sufyan, atau duduk sorang-sorang sebagai Islam? Ya, dialah Ummu Habibah yang sangat tabah! Bukan calang-calang orang Ummu Habibah ni, dia juga adik kepada Muawiyah b. Sufyan.



Makam kedua ini juga isteri Rasulullah. Isteri yang ini bijak orangnya sampai berjaya menyelesaikan kemelut nabi yang kebuntuan berhadapan dengan umat Islam sewaktu mahu menunaikan haji. Berusia 65 sewaktu dinikahi Rasulullah, wanita ini merupakan janda kepada Abdullah Bin Abdul Asad yang merupakan antara golongan terawal masuk Islam. Siap dia ni? ---? Ummu Salamah~





Yang di bawah ini pula adalah makam Ummu Kalthum dan Sukainah, cucu dan cicit nabi Muhammad dari galur Ali dan Fatimah. Ini pun dua-dua makam dhorih (berjenazah dibawahnya). Memandangkan ini kawasan ahli Bayt, maka hiasan makamnya memang sangat mantap.





Seterusnya yang bawah ini pula adalah makam Fatimah Sughra, anak kepada Imam Husin bin ali yakni cicit kepada Rasulullah. Oh lupa nak cerita, di kawasan Bab Soghir ni senang sangat nak cam makam ahli bayt, caranya tengok kubah hijau. Semoga makam Ahli bayt di sini semua berkubah hijau.


Ok, yang seterusnya adalah makam Abdullah bin Jaafar At-Tayyar. Siapa ini ya? Ini secara ringkasnya senang cerita adalah anak kepada Jaafar At-Tayyar. Kisah Abdullah tidak se-femes kisah ayahnya. Kenal tak ayah Abdullah nih? Jaafar at-Tayyar ni lah antara pemegang panji Islam yang terkorban di perang Mu'tah bersama zaid b. Harithah dan Abdullah Rawahah.



Selain makam Abdullah bin Jaafar, makam ibu Abdullah - Asma bt Umais pun ada di sini. Jauh betul mereka anak beranak terpisah dari jenazah Jaafar yang di Jordan tu. Asma ini pun terkenal dengan kisahnya yang pernah berkahwin dengan tiga lelaki hebat Islam - Jaafar Abu Talib/At-tayyar & Abu Bakar Assiqid & Ali B. Abi Talib.



Makam seterusnya pula adalah makam seorang wanita Ummul Mukminin lagi. Ummul Mukminin ini pernah dipinangkan oleh ayahnya kepada Uthman b Affan dan Abu Bakar Assidiq tapi semua mendiamkan diri kerana teringatkan hadis nabi bahawa "Uthman akan berkahwin dengan wanita lebih baik daripada dia & dia akan berkahwin dengan lelaki yang lebih baik daripada Uthman.." Siapa dia? ---> Itulah Hafsah b. Umar Al-Khattab~



Haaa, ini makam Muazzin pertama umat Islam? Siapa tak kenal memanglaaa~ Yup, ini makam Bilal B. Rabah, insan kesayangan Rasulullah yang tidak mampu untuk azan buat kali ketiga selepas wafatnya Rasulullah dan terus tinggal di Damsyik hingga meninggal kerana terlampau rindukan baginda. Macam tak percaya sudah bertentang mata dan menyentuh makam Bilal. Jasad yang pernah dihempap batu di gurun panas rupanya kini di hadapan mata sendiri. Sebak. Makam inilah yang paling sayu untuk saya tinggalkan.



Dan terakhir sekali, kami menziarahi makam-makam huffaz yang ada di Syria. Makam para Huffaz ini terletak di sebuah madrasah yang masih dipakai hingga kini sebagai tempat pengumpulan penghafal-penghafal quran di sini.



Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan segerombolan Syiah seramai 3 bas yang baru datang ke kawasan Bab Soghir. Fuh, macam nak pergi haji. Ramai giler. Nasib baik kami dah ada dalam van. Huhu..

Habis Bab Soghir, kami menuju ke Halab. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Halab terkenal dengan kubu Solahuddin. Memandangkan saya pernah pergi dulu, kedatangan kali ini lebih kepada ziarah buat kali ketiga. Dalam kubu Solahuddin ni actually ada makam Nabi Khidir. Besar sangat kubu nih, penat kot kalau nk pusing habis puasa-puasa nih~



Nak shopping dengan Souq Halab pun macam tak berminat, sama macam di Souq Hamidi juga sebab memang kali ini saya datang dengan niat tak mahu shopping cukup sekadar ziarah makam. Teman je lah kawan-kawan yang first time datang pergi shopping~



Oh ya, di Halab ini juga ada makam Nabi Zakaria a.s. Tahukan kisah baginda yang digergaji dua sewaktu bersembunyi dari kaumnya yang engkar. Di sini dikatakan muncul kotak marble aneh yang tertulis " INi mengandungi organ Nabi Zakaria". Wallahualam. Selain kotak tersebut, di tempat yang sama turut diletakkan cop ngan helaian janggut nabi yang masih tinggal.




Lepas pusing Souq Halab yang tempat jual-jual barang tu, ustaz bawa kami lalu Traditional Souq Halab Route. Owh, best! Apesal ntah suka betul lalu jalan-jalan traditional nih, baru rasa feeling lebih masuk kota lama kan? Hehe..



Di Traditional Souq Halab Route ni, mula-mula kami singgah di hospital lama Halab yang digunakan zaman khalifah dulu. Aish, sayang sikit sebab Pakcik Guard hospital ni lost in action plak. Terpaksa amik gambar depan saja.



Kemudian kami pergi pula ke Masjid Karimiyyah yang menempatkan ada bekas tapak kaki nabi. Menurut kisah ustaz murakib, imam masjid ini dahulu bermimpi ada kabilah dari madinah yang akan datang berehat di kawasan ini dan mereka ada bawa sesuatu dari madinah yang perlu imam tu ambil. Mimpi tersebut terbukti benar apabila suatu hari ada kabilah dr madinah smpai rehat di masjid tu, tapi kemudian ada masalah untuk pulang. Bila imam tu datang dan tanyakan barang apa yang dibawa untuk diambil, rupanya itu adalah bekas tapak kaki nabi. Bila diserahkan baru kabilah tu senang nak balik. Subhanallah~



Seterusnya, mari kita melawat masjid Bantusa. Masjid ini ada dua keunikan. Satu, dia ada menyimpan bekas tapak tangan nabi. Oh, plak dah. Tapi best dapat tengok dan pegang. Rasa dekat sangat dengan Nabi. Iyelah, nak gi makam Nabi kat Makkah tu tak berpeluang, ini je la yang boleh dapat. Huhu. Takpe2.



Keunikan keduanya pula adalah makam dhorih Nabi Bantusa. First dengar nama nabi Bantusa. Dah try cari tapi tak dapat-dapat pun info Nabi Bantusa. Wallaualam. Nak try tanya penduduk tempatan tak sempat pulak haritu. Siapa tahu, mungkin boleh share.





Selesai itu, kami mula bertolak ke Hama. Tiba-tiba Pakcik driver excited ajak pergi Majid Hussien. Ikut je lah. Rupanya ini masjid (dulunya gereja) di mana tempat askar-askar berehat sewaktu dalam perjalanan bawa kepala saidina hussin ke Damsyik. Mengikut cerita version ustaz, paderi kat sini mimpi sebelum jumpa askar2 tu bahawa ada cahaya keluar dari langit ke sebuah kepala dalam mimpinya. Tapi version dinding masjid plak kata paderi tu nampak cahaya dari langit menyuluh ke kepala saidina hussien waktu askar tu betul2 datang berehat.



Tapi yang sahihnya sama, selepas itu paderi tu mintak pinjam kat askar tu kepala saidina hussien untuk dicuci dan dibersihkan dari darah. Proses cucian tu dibuat atas seketul batu. Tengah2 dia cuci tu, tetiba kepala tu bersuara " sesungguhnya aku adalah keturunan Rasulullah". Terus tergamam paderi tu. Kemudian dikatakan paderi tu habiskan sehari bercakap kepada kepala saidina hussien. Wallahualam. Tapi lepas tu memang paderi tu terus masuk Islam. Wow~



Ok, sekarang baru kami bertolak Ke Hama. Jauh gak dalam sejam lebih. Hari ini memang banyak habis atas kenderaan. Kami sampai tepat di Kincir Air Hama tepat waktu maghrib. So, inilah lokasi kami berbuka hari ini. Best juga berbuka di tengah taman yang cantik dengan lampu dan tenang dengan desiran air yang diangkut kincir air. Sedikit cemburu rasanya sebab Jordan tak ada tempat rekriasi best macam Syria.



Menurut sejarah, Hama menjadi menjadi tempat pembunuhan umat Islam besar-besaran zaman ayah Pak long dulu. Eh lupa plak nak cerita, di syria ni dia anti sket kita sembang pasal pemimpin dia, paranoid kena kutuk kot. So, budak Malaysia panggil presiden dia dengan nama panggilan Pak Long. So, dulu ayah Pak Long ni macam kejam gak la. Sebab ada konflik antara Ikhwan Muslimin dan Parti Ayah Pak Long di Hama, maka Ayah Pak Long ni suruh semua orang keluar dari bandar Hama dalam masa 3 hari. Then, lepas je tiga hari tu, terus seluruh bandar Hama kena bom. Sehari lepas kena bom, terus diaorang buat taman yakni taman yang kami sedang jejaki sekarang. Adoi, seram plak dengar. Aku jalan atas kubur manusia rupanya. >_<



Hama ni terkenal dengan Kincir Air. Berapa banyak da kincir air kat sini.. Ada kecik, ada besar, ada boleh tengok dari jauh, ada boleh masuk bawah belakang kincir tu. Macam-macam lagi lah. Memang best betul kami pusing-pusing malam tu di bawah kelolaan pakcik driver Syria yang excited nak tunjuk macam-macam.





Di Hama ni pun, kami pergi jalan-jalan ikut dia punya traditional Hama Route. Memang lawa sungguh! Sebijik macam kat Spain. Rindu2! Ada satu kedai ni pun memang kekalkan ciri-ciri klasik zaman Islam dulu kala betul. Teruja rasanya berada sekejap dalam situasi klasik yang jauh dari dunia moden.





Agak-agak dah puas jalan Hama sambil tengok kincir air yang banyak tu, kami bertolak plak ke Homs. Tujuannya nak pergi ziarah makam Khalid Al-walid di sana. Sambil-sambil tu boleh join terawih gak kalau sempat. ^_^.INi masjidnya waktu siang.



Ha.. Inilah makam Khalid Al-walid dalam masjid nih. Sebenarnya sebelah makam nya ada makam anak dia, di hujung masjid tu jugak ada makam anak Umar Al-Khattab tapi time tu jemaah lelaki ramai lagi baru habis solat, so kami susah nak masuk yang belah-belah dalam. Maka makam Khalid sahaja yang sempat ziarah. Ingat kan siapa Khalid? Dalam perang Uhud, dia panglima Kafir Quraisy tapi seterusnya bila dia masuk Islam, dia adalah Panglima Islam yang tak pernah terkalah!



Tapi tahu tak, Khalid Al-walid adalah satu-satunya panglima Islam yang tak mati syahid di medan perang~ Dia meninggal sakit di atas katil. Dan itulah antara perkara yang paling dia kesali. Tapi jangan tak tahu, waktu dia nak meninggal tu badan dia tak ada langsung satu ruang yang tiada kesan panahan dan tusukan pedang waktu pedang. Punyalah hebat~ Di luar masjid ini ada satu tugu yang mencatatkan kata-kata terakhir Khalid Al-Walid sebelum meninggal iaitu " AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BADANKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG YANG PENGECUT. "



Usai solat Tarawih dan ziarah makam, baru kami bertolak pulang ke Damsyik dan sampai jam 2 pagi. Waktu melalui Souq Hamidi terkejut kami lihat souq tu masih penuh dengan orang dan tak kosong-kosong. Diaorang ni shopping raya ke apa? Huhu. Sampai rumah, terus tidur sejam sebelum bangun balik lepas tu untuk sahur.

Ok, last day~

Awal-awal pagi, kita bertolak ke Nawa untuk menziarahi makam Imam Nawawi. Ingat cerita imam ni? Beliau tersangatlah suka kan belajar sampai sanggup rendam biskut dalam air supaya senang telan bagi jimat masa makan untuk kasi lebih masa belajar. Beliau jugalah yang sentiasa tidur di meja dan sanggup tulis ilmu di mana-mana kertas yang ada sebab tersangat-sangat suka belajar. Ya Allah, hebatnya dia! Moga-moga aku dapat jadi penuntut ilmu seperti beliau yang sangat cintakan ilmu.



Makam Imam Nawawi ni agak unik. Di atasnya tumbuh sepohon pokok yang sangat-sangat besat dan rendang. Tapi pokok tu dengarnya pernah diusahakan untuk dimatikan sebab ramai sangat buat benda khurafat kat makam ni, tapi still dia masih besar sangat jugak. Orang kata dulu semua batang, daun dan bahagian pokok ni adalah tulisan Allah. Waaaa, ajaibnya!



Lepas tu, kita pergi pula ke makam Nabi Ayyub. Aha, inilah seorang lagi nabi yang sangat tabah terima ujian yang sangat hebat. Harta benda habis, anak-anak semua meninggal. Kemudian dapat pulak sakit kulit yang teruk. Kalau kita di tempat baginda, pasti tak mampu nak jadi setabah ini. Nabi Ayyub terkenal dengan cerita baginda dan isterinya~ Berdekatan dengan sini ada telaga Nabi Ayub, tapi kami tak sempat pergi.



Habis lawat makam, kali ini kita menuju Busra pula. Busra ini tempat sejarah yang menyaksikan peristiwa Nabi mulai dikenali sebagai bakal utusan yang bakal turun. Ada banyak tempat yang terlibat di kawasan Busra ini yang merupakan tempat singgahan Nabi waktu mengikut ayah saudara baginda yakni Abu Talib berniaga.




Pertamanya ialah kewujudan Buheira Cathedral iaitu gereja Buhaira yang menempatkan peristiwa di mana seorang paderi ketika itu yang bernama Buhaira memberi amaran kepada Abu Talib supaya menjaga Nabi elok-elok kerana dia dapat melihat tanda kenabian di dalam diri nabi. Ingatkan dulu kita ada belajar waktu kecik-kecik macam mana nabi ikut abu talib berniaga waktu umur 12 tahun dan jumpa Buhaira? Baca sini. Kalau tak silap waktu tu, ada awan yang hanya memayungi Nabi dan buhaira minta nabi tunjukkan satu tanda di badannya. Inilah tempatnya~ Terbayang-bayang macam benda tu sedang berlaku di depan mata kita. Subhanallah, lamanya tempat ini dah wujud.



Keduanya ialah Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah iaitu lokasi Rasulullah memberhentikan untanya dan unta yang pertama membawa mashaf Al-Quran yang pertama berhenti di Syria. Waktu kami sampai kebetulan Penjaga masjid tu tak ada, maka kami tak berpeluang melihat quran tertua di dunia tu. Ala... T_T Tapi kesan tempat unta Nabi duduk dan bersandar sangat jelas di sebuh batu kat mihrab di masjid ni.



Seterusnya kami terus ke kota kubu Busra yang telah ditabalkan menjadi salah sebuah UNESCO World Heritage Site kini. Kota yang pernah menjadi kota Nabatean pertama di dunia ini pernah ditawan orang Rom dan masyhur sebagai salah sebuah kota metropolis yang hebat waktu dulu. Sejarah Islam di sini bermula apabila Khalid Al-walid berjaya menawan kawasan ini sewaktu Perang Busra. Ala-ala Jerash sikit lah kota nih~



Nampak tiang-tiang tinggi ini? Bila berdiri, kami hanya separas batu asasnya sahaja. Menurut cerita ustaz, tiang-tiang ini dahulunya adalah tiang besi yang menempatkan katil di atasnya dimana seorang puteri raja Rom disorok disitu oleh ayahandanya supaya tidak dijumpai musuh. *Dasyat betul tinggi ni nak menyorok* Tapi malangnya puteri itu akhirnya mati bukan sebab musuh, tapi sebab tersengat kala jengking waktu menyorok atas katil ini. Ish3..





Banyak lagi benda-benda menarik ada dalam kubu nih. Contohnya batu bertulis ayat quran nih. Ha, lupa. Di sini juga ada collaseum macam di Jerash. Memang benda wajib dalam binaan bangsa Rom agaknya. Ada banyak patung-patung yang masih baik dan cantik terukir dalam kota ini jugak. Pendek kata kota ni ada seribu satu campuran sejarah Byzantin, Rom, Christian dan Islam di dalamnya~











Tempat terakhir dalam kota ini yang kami lawati adalah Masjid Al-Umari,salah satu masjid tertua dalam sejarah Islam. Di bina oleh Khalifah Umar Al-Khattab sewaktu dalam usaha menyebarkan Islam ke Syam suatu ketika dahulu. Luas dan cantik. Kolah air dia dalam masjid, senang nak ambil air wuduk. Tiang dia pun banyak campur-campur corak Umawi dan Ayubi. Terbayang-bayang saya macam mana agaknya rombongan Khalifah Umar datang solat di sini~ Lepas balik baru terbaca rupanya ada satu muzium dalam masjid nih. Adeh, terlepas!





Benda last sekali kami buat di Syria hari ini adalah shopping! Hurm, sebab dah dua tiga kali datang shopping sahaja di syria, kali ni ziarah syria dah takde mood shipping sangat. Tengok-tengok je. Kalau beli benda pun beli stokin syria je sebab kat Jordan takde plus balik Malaysia lambat. Hehe.. Nothing much! Tapi untuk peminat shopping, syria memang heaven! ;p *teringat kata-kata seorang kawan kaki shopping waktu datang sini 'nasib baik Allah takdirkan aku study kat Jordan, kalau study kat Syria nih jenuh asyik shopping je..' erk, hehe.. *





Alhamdulillahhhhh....

Selesai semua tentatif untuk 3 hari nih. Nampak pendek tapi banyak sungguh pengalaman yang dapat saya kutip. Memang tak terhabis lagi semua kesan sejarah di Syria. Tapi untuk 3 hari di bulan Ramadhan ni dah cukup bagi satu kepuasan yang amat-amat sangat kepada saya.

Best rupanya berjalan sambil puasa dalma bulan Ramadhan. Tak rasa penat sangat pun sebenarnya. Plus, dapat jimat banyak sangat bajet sebab potong duit makan. Malam-malam boleh terawikh banyak masjid baru. Siapa kata susah jalan-jalan waktu Ramadhan? Belum cuba belum tahu tau. Bagi saya, saya suka! ^^,

Rindunya nak ke sana lagi. Syria bumi barakah~ Moga-moga suatu hari nanti saya akan kembali ke sini lagi untuk melengkapkan kembara yang masih menanti. Amin~

***********************************************************************

Cuti raya haji ini ada 2 minggu lebih. Mahu berjalan di bumi Allah yang mana satu kali ini ya?
Saya sudah memasang beberapa perancangan. Moga segalanya bakal dipermudahkan.
Doakan ya~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images