Polis Jordan fasih cakap Malaysia



Assalamualaikum

Tengahari tadi singgah bank kejap, nak masukkan duit kepuk2 junior yang baru ditukar dari travelers check ke akaun sendiri sementara waktu untuk keselamatan. Kemudian, saya ingat nak gi tanya ahli bank macam mana nak buka akaun baru untuk junior jugak.

Fathiyah sedang tunggu di luar. Kaunter pertanyaan semua penuh, so saya setia berdiri di tengah2 jalan tunggu giliran. Kaunter tengah tutup. Kaunter kiri dan kanan pula masing-masing ada customer. Dua-dua lelaki. Tiba-tiba customer lelaki di belah kanan menegur.........

Encik A : Awak nak apa?

Saya : Ha? (aku salah dengar ke nih?)

Encik A : Nak apa? Sinilah. Saya dah nak habis.

Saya : Err.. Mmm.. Err.. (Eh, confirm telinga sohih. Dia speaking melayu lah~ Ber-saya awak siappp. Sopan ala Malaysian nih~) *terkebil-kebil sambil blur nak jawab guna bahasa apa*

Encik A : Awak nak bukak akaun ke?

Saya : Aiwah. Eh, haah, yer. Kejap, cam mana tau cakap melayu nih? How come?

Encik A : Dulu saya kerja di Malaysia. Jual tudung. Lama duduk kat Malaysia. Dekat 6 tahun jugak lah.

Saya : (padanlah tak broken langsung) seriously? Area mana?

Encik A : Alor setar.

Saya : Oh.. Jap eh.. (tetiba rasa tak secure sebab ada orang terer cakap melayu, so terus suruh Fathiyah temankan saya balik kat dalam bank)

Sambil saya bawa Fathiyah ke tempat tadi, sempatlah kami dengar Encik A sembang-sembang dengan encik bank tentang keupayaan dia cakap Malaysia. Encik Bank kelihatannya sangat impress dengan encik A.Uish, serious cakap Encik Uniten dulu pun tak sefasih dan semantap encik A nih. Memang fasih dan lancar sangat-sangat. Cakap dengan dia macam cakap dengan kawan Malaysian sendiri. Kami cuba gak guna ayat-ayat Malaysia yang belit-belit dan slang, semuanya dia boleh jawab dengan sangat bagus. Good!

Saya : Kerja lagi ke kat Malaysia sekarang?

Encik A: Owh tak dah. Sekarang dah kerja sini. Jadi polis.

Kami : (Uish, polis? Wah, boleh suruh tolong KK nih) Owh eh? Polis mana? Janubi ke?

Encik A : Haah, dekat-dekat area ni je. (sambil keluarkan batch polis dia) Kalau awak ada apa-apa masalah, kasitaulah saya. INsyallah saya boleh tolong.

Kami : Hah, elok gak tu. Senang sikit nak terang dalam bahasa Melayu dekat polis. Minta nombor boleh?

Encik A: 017....

Kami : (secara innocentnya tekan 017 sebelum tiba-tiba terperasan "eh ini nombor Maxis!") Eh2, bukan yang ni lah. Nak yang Jordan punya.

Encik A : Haha.. Saya ingat awak tak perasan. Saja je tadi. Ok2. 077.......

Kami
: (Sengal!) Ok, terima kasih!

Encik A
: Awak berdua dari mana?

Kami : Kami dua-dua Perak.

Encik A : Owh, saya duduk Alor Setar. Tapi selalu bukak gerai dekat Jalan Masjid India. Jual tudung-tudung labuh macam kamu dua orang pakai nih. 60 inch. Lagipun abang saya pensyarah dekat UiTM Kuala Lumpur.

Kami : Oh, dengar dah tadi awak beritahu encik bank tadi. UiTM kat Shah Alam lah, bukan Kuala Lumpur. Owh, maknanya abang pun pandailah cakap Melayu ye?

Encik A
: Owh, mestilah! dia lagi hebat dari saya. Dah duduk 15 tahun dekat Malaysia.

Kami : Ic..

.....then sambung cakap arab balik dengan encik Bank. Tapi ada masalah sikit sebab iqamah junior tak siap buat lagi....

Encik A : Kalau diaorang tak ada iqamah, suruh diaorang bawak cop polis yang tiga bulan tu lah dulu. Ada je kan yang itu? Yang tiga bulan tu boleh pakai.

Kami : Aaaa, rasanya ada je. nanti saya kasitau diaorang balik. Oklah, terima kasih. Nak minta diri dulu.

ENcik A
: Eh, awak dua nak pergi mana? Jomlah saya belanja minum-minum dulu.

Kami
: Erk. takpe2. Kami banyak kerja lagi nih. Takpelah ye. Terima kasih. Assalamualaikum.. ( kalau encik A ni pompuan, for sure kitaorang terima. haha. Macam best je nak sembang melayu dengan dia..)


-Tamat-

First impression kami?
Polis arab pandai cakap melayu? Wow! Impressive! One in a million nih. =)

Ini yang kita cari-cari. Haha. Kebetulan haritu baru Ustaz Sulaiman pesan balik even ada kes-kes kecil-kecilan yang ganggu-mengganggu perempuan ni sepatutnya still kena buat gak laporan kat balai polis. Huhu, siap kau pasni para lelaki bermasalah!

Macam lawak je tadi. Selalunya kita yang tercengang-cengang kalau diaorang speaking arab laju-laju (in case time belum fasih la). Tapi tadi Encik Bank pulak yang terkebil-kebil dengar kami cakap bahasa Malaysian laju-laju. Tak berfushah plak tu. Lagi lah layan. Bangga plak. hehe. Tapi still nak cakap isi hati dengan kawan kena bisik-bisik, sebab dah ada yang faham la plak. Huhu.

Tapi tadi senior pesan, hati-hati sama. Takut-takut Encik tadi tu adalah SB. SB tu apa? Dia ala-ala FBI atau CIA or something seangkatan dengannya. Tapi pendek kata, kalau SB tu maknanya bahaya lah. Boleh jadi, who knows~ So, just be careful yeah!

Ma'alisyh~

So, Biro KK! -> Miss Izzati Razak + Ketua,
Lepas ni bolehla ambil nombor contact encik polis pandai cakap melayu ni dari kami yer. Semoga ada kebaikannya untuk kalian dan budak-budak Malaysia di Irbid insyallah~

Ok, that's for today!

Happy weekend~
Jumpa lagi~

Gambar-gambar klinikal (updated)

Assalamualaikum

Semalam hari last rotation minggu ini di Basma. Alhamdulillah, semalam saya belajar dalam keadaan yang sangat best berbanding hari-hari yang sebelumnya. Walaupun Dr tetap gak cakap 100% Arab, tapi semalam saya lebih mudah paham apa yang Dr cakap berbanding hari-hari sebelumnya. Mungkin jugak sebab Dr hari ini sangat lawak. Jadi tak tensen sangat belajarnyer ^_^

Saya tak berkesempatan nak cerita panjang lebar tentang Dr semalam. So, kita tengok gambar je la dulu ye? Nanti ada masa saya tulis lain tentang kisah kami semalam. =) Oh ya, ada beberapa gambar yang saya belum upload, nnti saya update balik lepas kelas.

Ok, perkenalkan ini Hospital Amirah Basma. Terletak di balad Irbid. Antara hospital terdekat dengan rumah. Naik teksi sendiri dalam rubuq kursyh je. Balik hospital boleh singgah rumah dulu sebelum pergi KAUH.





Pagi-pagi pukul 8, keje utama kami ambil history patient di wad-wad ini. Hari ini dapat patient x-nurse. Sangat menyenangkan kerja. Semua history dia kasi semua in scientific term. Nak terang pun tak susah. Hehe. Alhamdulillah~



Menariknya hari ini, kami berdiskusi dalam ICU. Best2! ICU sangat bersih dan agak lawa la dari wad-wad biasa. Tapi kat sini ada satu patient je. Maybe mostly ramai dah stabil agaknya.





Hari ini kita belajar dengan Dr. Rihab (not sure sgt sebab Dr asal ditukar tiba-tiba). Dr ni best! Banyak buat lawak tambah-tambah yang sarkastism~ A plastic surgeon to be in a few month later. Sangat hebat dan baik sampai kawan-kawan grup kami request nak tiap-tiap dengan doktor ini sahaja. (me too!)



Ok, dalam pukul 12 macam biasa rotation tamat. Next, pergi balik KAUH untuk lecture. Ini Red Hall KAUH. Cantik kan bintang-bintang kat atas nih? Gelap-gelap suram macam ni lah yang selalu meng-induce pelajar nak tidur time kelas. Hehe



Yang ini pula time kelas dah start. Sepanjang minggu ni, lecture KAUH adalah guna video sahaja. Tengok orang buat Physical Examination.



Haaa.. activity bila mengantuk - mari kira bintang dan berangan. ;p Hehe.. Takdelah.



Ok, bye. nak gi kelas dah~ Wassalam~

Doktor Sakit


Assalamualaikum...

Minggu ini saya dah mula masuk introduction in Surgery, rotation yang dikatakan agak mencabar berbanding rotation-rotation lain di hospital - doktor-doktor yang sangat malignant lagi perfectionist, kena berdiri lama-lama sampai 3 atau 4 jam, dan banyak lagi khabar yang menggerunkan tentang surgery.

So far sepanjang 2 hari masuk surgery, rotation memang menarik dan best!

For example, semalam saya dah terjumpa dengan satu kes Necrotizing Fasciitis. First-first dengar terus teringat cerita Surgeon Bong Dal Hee about this disease. Teringin gak nak try buat test yang cerita tunjuk tapi tak berkesampaian. Apatah lagi time jumpa tu, doctor kami sedang buat rectal examination pada patient tersebut. Saya nearly dah nak termasuk dalam cubicle patient lelaki tu before i suddenly realise the awkward position patient tu sedang baring. Like a mother is giving birth. Fuh, nasib baik ada few medical assistant menghalang pemandangan. I don't think this is the time yet. Huhu.. Cuak~

Minggu ni actually saya tak berapa nak sihat. Selesema, batuk, sakit tekak, suara serak, sakit kepala, sesak nafas, hidung tersumbat semua ada. Cukup pakej dah kecuali belum demam lagi. Aduh, jangan la kena acute bronchitis lagi. Seksa owh..

Just imagine a medical student is taking a patient history dalam keadaan dia sendiri tak sihat terbatuk-batuk depan patient. Memang sangat-sangat tak selesa. Even sometimes patient sendiri nampak lebih sihat dari saya. Ada terfikir nak pakai mask untuk halang kena kat orang lain, tapi karang takut macam insulting plak kat patient. huhu.

Tadi pagi kondisi dah masuk agak teruk. Tidur malam dah banyak tergangu sebab asyik terjaga. Berpinar-pinar je mata buat rotation. Tambah-tambah bila kena berdiri selama 3 jam lebih. Dengan batuknya dan peningnya, memang rasa mual sangat waktu berdiri dengar lecture doktor sebelah katil patient tadi. Nasib tak pengsan je. Huhu, haru lah kalau jadi mcm tu. Buat drama plak kang. Aish~

So, sepanjang hari ni memang saya berdiri agak jauh dari doktor dengan harapan doktor tak perasan dan tak banyak nak menyoal saya. Kepala yang tengah tak stabil ni berkemungkinan akan buat saya sangat blur dengan soalan-soalan medik. Dan dengan suara yang dah serak dan sengau serta keluar macam nak tak nak, it will be too embarassing~ T_T

Tapi kan, alhamdulillah tadi entah macam mana dalam 2 jam terakhir baru doktor terperasan saya. Haha, pelik jugak. Ingatkan doktor sengaja tak nak soal saya seorang tadi. Saya berdiri di blind spot doktor ke sepanjang hari ni? Hehe, ntahlah. Tapi Alhamdulillah, saya selamat! ;p

Lepas habis rotation pula, waktu saya sedang berehat solat sambil tunggu masa nak sambung kelas di Red Hall, rakan-rakan akhawat ramai buat saya jadi bahan eksperimen untuk ambil history dan buat physical examination. Masing-masing muka excited dapat dengar bunyi wheezing/stridor dalam badan saya. Haha, lawak betul lah mereka nih. Gaya macam jumpa emas je lagaknya. Memang perangai budak medik betul jumpa symptom penyakit-penyakit macam nih. Hehe..

Waktu macam ni la saya terfikir macam mana agaknya eh kalau doktor/ pelajar medik tu sendiri tak sihat waktu tengah bertugas? Nak ponteng memang macam bakal menempah masalah sebab doktor klinikal sangat-sangat strict bab ponteng-ponteng nih. Kena plak kalau time doktor bad mood, ponteng separuh hari terus ditanda ponteng 3 hari. Aaaa... T_T

Peliknya kalau doktor tak sihat kena periksa pesakit yang sama sakit. aneh. Satunya kesian kat patient sebab hak mungkin tak tertunai. Second,kesian kat patient yang immune compromise takut-takut si doktor jadi pembawa infection plak. Third kesian kat doktor sebab kena tolong orang dalam keadaan diri tak tertolong. Huhu. Macam mana nih? Hurm..

Soalan ni masih tak berjawab sampai sekarang. Saya sendiri tak tahu. Cumanya lepas kena macam ni, yang saya baru dapat belajar dari pengalaman ni ialah doktor kena sentiasa jaga kesihatan lebih dari orang lain. Adalah sangat teruk berada dalam kondisi ini. Badan tak sihat, hati pun tak sedap.

Oklah, sampai sini dahulu. Nak sambung rehat sambil study mana yang patut untuk esok. Jumpa lagi. Wassalam~

p/s:

To my dear brother Asyraf Syahmi + my sister in law Kak Azni,
HAPPY BIRTHDAY!!!!!! Semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan dalam segala urusan~ Amin...... ^_^

Tun Dr. Mahathir Mohamad



Assalamualaikum~

....Dalam perjalan ke Amman hari jumaat lepas bersama adik-adik mentee....

Pakcik Teksi : Kau orang Malaysia eh?

Saya : Ye. Kenapa?

Pakcik Teksi : Owh, bagus2! Kau orang ada Mahathir Mohammad. Bagus! Kenal tak dia?

Saya : Mestilah kenal. Kenapa? Macam mana ye kau kenal dia?

Pakcik Teksi : Kalau kau nak tahu, di Jordan nih dikalangan budak-budak University dan orang-orang yang dah kerja, siapa yang tak kenal Mahathir Mohammad di Jordan maka dia adalah keldai!

Saya : (Hamboi~) Oh, macam tu ye? Kenapa?

Pakcik Teksi : Dia tu orang yang sangat berani. Dia sorang je yang berani bersuara dedahkan skandal Yahudi nak porak-porandakan ekonomi dan masyarakat Islam sebelum nih. Pemimpin Arab sendiri penakut. Tak berani bersuara, diam je. Mahathir Mohammad je yang ke depan.

Saya : ooooo...

Pakcik Teksi : Kalau ikut pendapat aku la kan, Mahathir Mohammad tu orang luar biasa. Dia bawa pembaharuan dikalangan orang Islam. Aku sebenarnya ada gak berharap yang dia tu dari kalangan orang Arab nak buat macam mana, orang Arab sendiri tak seberani macam dia.

Saya: Iye?

Pakcik Teksi : Betul! Aku kagum sangat dengan dia. Kau orang beruntung ada Mahathir Mohammad.

Saya: *sengih*

..then, kami beralih ke topik2 ilmiah lain seperti kondisi umat sekarang dll...

p/s:
Hebat betul pengaruh Tun Dr. Mahathir di negara Jordan nih. Dah berganti sampai dua perdana menteri pun, orang-orang Jordan tak habis-habis sebut jasa Tun Dr. Mahathir.

CNS Internal Med Intro - Last ~

Assalamualaikum...

23 Sept 2010, Princess Basma Hospital -

Nothing much to say for today. Overall-nya it started with a little bad hair day. Blamed my worst nightmare which end me up struggling till half of the day to be happy and chase the depression away. Huhu..

Plus, hari ini Doktorah Iman cakap fully Arab owh... Adeh2, bertambah-tambah depression jadinya. Nasib baik Doktorah Iman comel dan banyak buat demonstrasi Physical Examination for CNS (Central Nervous System) punya topic hari ini. At least, lepas diri sendiri kena jadi model untuk corneal reflex (sentuh bebola mata dengan sedikit tisu basah untuk check blinking ada ke tak), saya dah kembali normal lepas cuak dan ketawa waktu itu. Alhamdulillah~

Pagi-pagi tadi pukul 8 dah bersiap-siap turun Hospital Basma. Waktu orang lain rileks tunggu doktor, saya dan Fathiyah dan pergi jumpa nurse awal2 kata nak cari patient untuk ambil history sendiri. Ala-ala sediakan payung sebelum hujan takut2 kalau kena berebut atau nanti senang nak accompany ahli grup lelaki jumpa patient perempuan. And we got an epilepsy patient - dari tiga je patient yang ada kaitan ngan CNS hari ini.

One of our arabic friend from other group, Salar kebetulan ikut kitaorg time jumpa nurse dan tiba-tiba dia dapat jumpa patient tu dulu daripada kami. Huhu, ma'alish. Share je lah. Tapi mcam biasalah, kitaorang banyak jadi pendengar. Never mind. Maybe we can have another patient later. Plus, Salar is good enough to help us a lot this morning~

Makcik yang kena epilepsy tu pagi ni takde masalah sangat. Nampak macam normal je. Tapi rupanya dah banyak kali dia masuk hospital sebab selalu tak sedar diri time kena epilepsy attack. So far nothing abnormal can be seen dari luaran. Nak buat test pun kami macam tak berapa reti sangat lagi, lagipun ini kes epilepsy. Tak tahu sangat epilepsy punya test macam mana. huhu.

After that, around 8.30 Doktorah Iman datang dan bawa kami ke satu bilik kuliah untuk perbincangan. Tajuk hari ini CNS. As been told before, she was talking in Arabic 100%. So, fokus2! Nasib baik pagi tadi gak ada tulis setiap perkataan berkaitan dengan CNS dekat borang history taking siap2. At least, ada certain word yang pelik-pelik tu kita boleh tangkap dengan lebih baik dari hari sebelumnya. Alhamdulillah~

Hari ni gak doktorah banyak kasi penerangan than asking us any question. It's okay since she has to show us a lot of demonstration about CNS test for the patient. Oh ya, saya juga nampak sedikit perubahan corak model pada hari ini di mana semua model2 exam hari ini adalah akhawat sahaja, maybe sebab doktorah Iman sendiri adalah perempuan. Tapi Siham dan Fathiyah lah yang kena banyak kali sebab diaorang paling depan. Saya di line kedua kena sekali je. Huahuahua..

Bincang punya bincang sekali jam dah pukul 12. Makna kata, hari ini memang tak jumpa patient langsung. Phewh, nasib baik pagi tadi dah ambil history siap2. Sekurang-kuranya ada sekali gak lah jumpa patient dalam sehari. ^_^

About lecture di Red Hall KAUH pula, hari ini kami dah start tengok wayang physical examination. Dengar kata minggu depan full seminggu tengok video. Aish, duduk dengar lecture dalam red hall yang lampu kelam2 tu pun boleh terlena, inikan pula tengok video. Huhu, ish2. Tak bleh2~ Kena jaga dan dengar! Doktor panggil ke depan suruh kejut kang, baru tahu malu. Huhu..

ALhamdulillah around 4 o'clock, kelas tamat. Plan asal nak balik pergi klinik untuk ambil second dose Hepatitis B vaccine, tapi mcam tak sempat plak since ada kerja menunggu di sakan. Tak apalah, esok2 je nanti.

Ha, Intro INternal Med dah selesai! next week kita rotation INtro Surgery plak. Kawan-kawan yang dah sudah dah pesan siap2, selamat berdiri lama2. Huhu, nasiblah. Dah la syita' pun dah nak mula.Ada kawan yang dah menegur dah symptom lama dah nampak balik. Confirm lepas ni tiap2 malam kena tidur sambil angkat kaki. T_T

Ok, that's all for today~ See ya! Wassalam..

p/s:



For my dearie best friend - Aimi Athirah Azmi Murad! 24th Sept 1989~

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...~
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...~
SELAMAT HARI JADI KE 21...~
SELAMAT HARI JADIIIIIIIIII !!!!~

^_^

Miss you so much my dear. Kullu 'am wa antum bikheir.. Tak sabar nak jumpa awak~

Pertama di H. Basma

Assalamualaikum

22 Spet 2010 - Princess Basma Hospital

Kalau 3 hari yang lepas kami berkampung di KAUH (King Abdullah Univeristy Hospital), hari ini kami ke Princess Basma Hospital di Irbid.

Topik hari ini adalah CVS (Cardio Vascular System : JANTUNG) .

Pertama kali datang ke hospital ini, kami awalnya agak kelam-kabut dengan system di sini. Nak tunggu di mana? Nak daftar di mana? Macam mana kelas semua kami tak tahu. Bila semua ahli grup dah sampai, kami ikuttt je CR (class representative) gi cari doctor. Rupa-rupanya doctor suruh ambil history sendiri awal-awal pagi ni dulu. Aish, penat orang tunggu sejam lebih kat luar rupa-rupanya semua masuk buat kerja sendiri dulu. Takpe, sabar2~

Saya, Fathiyah, Sarah terus bergegas ke wad Internal Medicine wanita sebab wad lelaki dah penuh dengan student medical lain. Aha, kosong! Bestnya, x yah berebut-rebut patient~ ;p

Senarai nama kami ambil dari nurse bertugas dan kami jejaki patient-patient yang ada penyakit-penyakit berkaitan CVS. Ok, ada satu unstable angina dan satu lagi DVT (deep vein thrombosis).

Awal-awal lagi kami dah pesan pada Sarah “ Sarah, kitaorang nak berlatih sendiri cakap arab dengan patient. Bagi kitaorang peluang, and kalau kitaorang tak reti baru kitaorang akan tanya kau. Jangan menyampuk or anything yang kacau kami nak bercakap. Masyi?” Alhamdulillah, Sarah sangat memahami. Dia agak concern sikit bab-bab toleransi dan beri peluang pada orang sket ini. Hehe. Bagus2. Senang kami nak straight forward cakap apa kami nak.

Makcik pertama yang kena unstable angina ni memang sangat baik. Senyum je memanjang. Tapi penerangan dia kadang-kadang agak panjang dan melawakkan. Bila kami tanya kau ada weight loss atau tak, seronok je dia cerita dulu dia 140 kg sekarang dah 50+kg. Dulu nak tunduk pun macam nak terkeluar jantung, sekarang dah boleh buat kerja rumah sikit-sikit dah. Dah makin kurus dan lawa. Haha.. Adeh la makcik. Comel je anda.

Kalau kami blur sket apa yang dia terang dalam arab, dia siap praktis kat badan kami plak gaya macam dia doctor kami student. Dia buat demo kat kami apa feeling compression pain, macam mana pain tu nak radiate dan macam-macam lagilah. Siap buat sendiri pitting edema tunjuk kat kami. Kalau kami tak tanya, dia plak yang ingatkan soalan kat kami. Hoho, sonang kerja den kalau patient semua gini. Dah biasa kena tanya student katanya. Hehe ^_^

Patient kedua kami yang pulmonary edema tu, kami tak dapat interview dia sendiri sebab dia lemah sangat. So kami tanya ahli family dia. Tapi time ni ramai plak kawan-kawan arab lain dah start join sama. Apa lagi, seperti yang dijangka, mulalah beberapa orang menyampuk kami dan terus tanya soalan-soalan lain pada family tersebut sampai kami terganggu dan tergendela. Tapi kali ni kami bertegas. Haaaa, kan dah kena tegur~ Baru nak senyap~

Habis ambil history 2 patient, CR panggil kata dr dah suruh buat diskusi. Okeh. Jom! Tapi, rupa-rupanya diskusi kami bukan di secara duduk selesa di bilik kecik macam KAUH, sekali rupa-rupanya kena berdiri tepi katil atau tepi-tepi dinding wad sahaja lama-lama. Lama tau! Lama giler sampai dekat 3 jam. Macam nak tercabut kaki berdiri. Saya dah la pernah trauma pengsan waktu kawad dulu. Oh tolonglah jangan nak memengsan kat sini. Please2, badan sila kuat! Sampaikan tadi, bila doctor cerita tentang varicose vein boleh terjadi sebab berdiri lama sangat, terus sorang ahli grup bergurau “ Duktur, aku rasa kami semua dah kena varicose vein dah ni..” Haha.. Doktor gelak je, nampak sangat budak lelaki pun sama tak larat. Tapi doctor maintain rileks sampai tunjuk varicose vein kat kaki dia sambil kata “ ini asasi” … Waaaa T_T

Dr yang berdiskusi dengan kami hari ini namanya Dr Naseer. Agak tua tapi mantap. Cumanya hari ini 75% penerangan doctor adalah dalam bahasa Arab. Adeh, berpinar kepala. Memang kena focus elok-elok untuk dengar betul-betul apa doctor cakap. Dr Naseer tanya sikit-sikit je, dia banyak beri penerangan sambil jawab soalan-soalan dari kami.

Tapi uniknya Dr nih, semua contoh surgery CVS semua dia tunjuk kat badan dia. Memang dia pernah kena semua lah senang cakap. Bedah jantung, varicose vein kat kaki dll. Teringat plak cerita Surgeon Bong Dal Hee bila tengok doctor banyak parut bedah kat badan sendiri tadi.

Oh ya, hari ini pun kami ada model lagi. Kali ini Ridhuan. Memandangkan model kali ini kita kena cari kedudukan jantung di badan dia, memang dia kena buka baju atas habis. Dalam hati saya ‘nasib baik aku pompuan’ . Insyallah kot takkan jadi model, sini jaga amat rasanya kehormatan wanita dia, insyallah selamat. Huhu.

Dalam pukul 11.45, rotation tamat. Hari ini agak kepeningan sikit sebab doctor cakap arab banyak sangat. Nasib baik boleh faham gak cumanya itulah takut-takut kalau ada gak terlepas point-point penting yang tak faham atau tersilap faham. Nauzubillah. Harapnya tak lah~

Ok, tamat rotation hari ini. Macam biasa, habis rotation kena pergi lecture di KAUH, Tapi hari ni habis lambat. Balik dah lembik. Adeh, ni baru minggu first. Macam mana lah senior-senior lain hebat sangat lalu klinikal sambil sibuk kerja-kerja lain dan banyak aktiviti. Huhu. Tabik2~ Semoga kami budak2 baru klinikal dapat jadi pelajar klinikal yang berjaya. Amin.. ^^,

p/s: kerja gila sungguh buat 4 entry dalam satu malam. Burn habis malam nih. Esok lah baca CVS. Dah ngantuk sangat la plak. Ok, wassalam~

Mari Jadi Berani




21 Sept 2010 , KAUH-

Assalamualaikum

Kalau semalam Dr malignant dan kelmarin Dr beningn, saya tertanya-tanya Dr apa pula yang bakal kami temui hari ini.Dr bertugas kami hari ini ialah Dr Usamah. Topik perbincangan kami pula kali ini adalah topic RS (respiratory system).

Dr Usamah kelihatannya macam Dr Rubaba’ah kelmarin. Banyak tembak dan banyak terang. Takdelah malignant sangat. Penyampaian kelas beliau boleh tahan bestnya. Oh ya, lupa pula, dalam kelas Dr Usamah tadi kerusi berasingan untuk akhawat cuma ada dua. Bakinya adalah dua kerusi panjang macam kerusi sofa. Bila saya dan Fathiyah lambat masuk, kami macam sedikit keseganan nak duduk berapat-rapat dengan rakan lelaki yang lain di sofa tersebut. Nak tahu apa Dr Usamah buat? Dia beri kami bantal untuk diletakkan sebagai pemisah di antara kami akhawat dan rakan lelaki di sebelah. Lega.. Fathiyah tak henti2 bersyukur “inilah nikmat duduk negara Islam.” ^_^

Seperti semalam, kami juga ada model khas untuk dikerjakan sebagai bahan eksperimen untuk topic kali ini. Macam biasalah model mesti kawan lelaki.Hari ini kami sudah mula guna stetoskop. Hoho.. excited nih~ Tapi ada satu yang saya perasan, sejak kami sudah berkelas dengan Dr لواء الإسلام, rakan-rakan arab sudah mula menunjukkan perubahan. Mereka tak lagi kuat menyampuk. Nak menjawab masing-masing beradab dengan mengangkat tangan tanda minta izin. Hanya seorang dua kekal berperangai sama. Hehe.. Alhamdulillah~

Model kami hari ini ialah group/ class representative kami sendiri. Kalau semalam Bashar, hari ini Abdul Fatah sendiri. Dr terangkan satu-satu macam mana nak check pesakit menggunakan stetoskop. Banyak betul bunyi yang kami belajar hari ini. Dull, Stony, Resonance, Crackers , Bronchial Breathing, Wheezing, Stridor dan macam-macam lagi. Dah macam jadi gendang plak model kami. Habis kena ketuk ramai-ramai untuk buat percussion guna jari. Haha.

Tapi hari ni pun, budak perempuan tak kena pegang model lelaki lagi. Kami praktis sesame perempuan sendiri. Alhamdulillah, bukan apa sebab kami dengar cerita ada kumpulan lain mereka yang perempuan pun still kena praktis pada model yakni kawan lelaki grup sendiri.. Aish, segan2. Kalau patient , lain cerita lah. Huhu..

Habis berolok-olok testing check patient, maka sekarang adalah time untuk cari patient sebenar. Maka kami pun beramai-ramai mengikut Dr Usamah menjelajah tiap penjuru wad untuk mencari patient yang bersesuaian. Dah macam anak ayam ikut mak nyer saja. Hehe. Lama gak cari patient. Bukan senang tau. Tak semua patient nak cooperate. Dan bukan semua patient ni memang berpenyakit yang melibatkan RS. HUhu.. Tak pe. Tak pe. Cari lagi. Cari lagi.

Alhamdulillah hari ini kami jumpa tiga patient berkaitan. Pertamanya seorang pakcik yang baru lepas lalui pembedahan thorax. Dadanya ditebuk dengan satu tiub yang akan alirkan darah dan cecair yang berkumpul dalam peparu ke dalam satu botol plastic besar atas lantai. Banyak sangat darah yang dah keluar. Dr kata tebukan tu dibuat sementara paru-paru pakcik tu nak kembang elok-elok balik jadi normal. Keduanya patient yang alami complikasi DVT (deep vein thrombosis). Sebelah kaki pakcik ni bengkak. Doktor tunjukkan kami cara nak buat pitting edema pada pakcik tu. Wow!

Ketiganya adalah pakcik yang ada masalah Aortic Valve Regurgutation ke bronnchoectasis ntah.Tak berapa dengar doktor cakap sebab tu tengah sibuk dengar bunyi kat dada patient. Pakcik ni baik sangat. Sangat Co-operative. Dengan pakcik ini best sket kot, barulah kami dapat praktis dengan macam-macam bunyi dalam peparu. First time dengar tu memang teruja lah. Pelik-pelik bunyi dada pakcik tu. Memang abnormal! Ada wheezing dan ada crackers. Subhanallah. Allahu yusalmik, pakcik!

Selain bunyi kat dada belah belakang, doctor suruh kami cari 2nd intercostals pakcik tu untuk dengar bunyi artificial valve yang pakcik tu guna. Yang ni memang saya menggeletar sikit mula-mula nak pegang dada pakcik tu untuk cari dan detect tulang rusuk dia. Takut oh! Mana pernah pernah lelaki asing selama nih. Ini rupanya perasaan Siham semalam. Ok, faham. Huhu..Takpe2, ini patient, kena professional! Bunyi artificial valve memang sangat kuat dan laju. Macam bunyi air pancut. @_@

Ok, habis time rotation. Disebabkan doctor habis awal, saya dan Fathiyah cadang nak praktis amik history sendiri. Target kami, tentulah pakcik baik tadi. Tapi tiba-tiba kawan arab kami dua orang ikut. Dan salah seorang diantaranya terus decide untuk dia sendiri yang tanya soalan dan nnti dia translate semua pada kami. Erk! Dia dominate lagi~ Adoi.. Terus saya dan Fathiyah minta diri dan cari patient lain. Tak nak dah ajak budak Arab. Biar kami sendiri terkial-kial asal kami boleh tanya dan belajar sendiri hari ini.

Nak cari patient macam susah. So kami decide ambil je patient yang kami jumpa pada hari first, iaitu seorang makcik yang sangat baik dan peramah. Tambah-tambah bila dia kata “Ana jahiz ya dukturah! (Aku bersedia bila-bila ya doctor untuk tolong kau) ”, lagilah kami happy dan bersemangat. So, kami terus jumpa makcik yang sorang ini. Dia masuk wad sebab sakit dada.

Alhamdulillah macam yang kami jangka, dia memang best. Walaupun dia tak reti cakap English, dia sabar je dengan kelemahan kami yang bahasa arab biasa-biasa je. Lawak gak bila dia dah stat bercerita benda lain yang agak lain dari pengetahuan kami, kami memang nganga habis. Mende makcik cakap nih? Haha.. Depan makcik tu la kami pertama kali susun ayat, depan makcik tu la kami pertama kali buka buku kamus dialog perubatan arab, depan makcik tu jugaklah kami pertama cakap tergagap-gagap dan tunggang tebalik ayat medic dalam bahasa arab dengan patient. Alhamdulillah berjaya gak. =) Sayang sangat makcik tu!

Selesai! Hehe. Best2~ Sebab kami dah kenyang dengan perasaan puas hati dah berjaya ambil history sendiri dan detect kelemahan utama kami iaitu vocab, kami decide taknak makan tengahri dan terus duduk kat tempat tersorok (yakni tepi tangga kat bawah jalan) untuk berlatih berlakon patient dan doctor dan berkomunikasi dalam arab untuk hilangkan gugup. Dah macam budak kecik main doctor-doktor plak. (Sapa kata budak besar tak main ;p) Hehe. Tapi asal ada arab lalu je, kami diam. Arab takde kami pomprang pomprang berlakon cakap arab. Arab lalu kami diam. Haha. Teruk kan? Pemalu sangat~ Yang penting, rotation hari ini berkesan dan lebih baik dari semalam! ^_^

Dr. Malignant



20 Sept 2010, KAUH -

Tajuk hari ini Physical Examination

Seperti biasa kami berkumpul beramai-ramai di tingkat 10. Sementara tunggu Dr betugas grup kami pada hari ini iaitu Dr.لواء الإسلام mengambil kami, saya dan yang lain membuat persediaan awal dengan membaca sekilas langsung bahan pembelajaran kami pada hari ini dalam lecture notes tahun lepas dan buku teks McLeod.

Alhamdulillah, Dr tiba tepat jam 8.30 pagi. Dr لواء الإسلام adalah seorang doctor yang agak muda berbanding Dr Rubaba’ah semalam. Apa pangkatnya di hospital saya tak pasti sebab menurut kata senior-senior Dr-Dr lecturer yang mengajar serta bawa student round hospital ni selalunya berpangkat tinggi dan hebat. Tak pernah ada doctor M.O yang jadi lecturer student di sini. Saya sendiri tertanya-tanya dr ini pangkatnya apa.

Awal pagi, seperti semalam kami perlu berdiskusi dahulu mengenai topic hari ini. Tapi Dr nampaknya mereview kembali topic semalam terlebih dahulu. Tapi ini bukan review ni, dah memang detail teramat gayanya. Banyak jugak info yang dr tambah dalam jadual yang senior Malaysia kasi dulu. Kata Dr, dia nak pastikan kami betul-betul kuasai history taking semalam. Tapi tengok dari gaya dan ilmu dr ni, beliau memang mantap!

Satu perkara yang paling saya suka pada Dr لواء الإسلام ialah sikapnya yang sangat tegas tentang adab. Dia memang anti perangai suka menyampuk dan memotong jalan waktu orang lain tengah bercakap. Ramai rakan arab yang lain terkulat-kulat bila Dr pandang mereka dengan pandangan berapi kalau mereka buat begitu. Haha, suka2~! Lebih organize dan senyap kelas hari ini ^^,

Dr لواء الإسلام pun suka main tembak-tembak tanya kami soalan medic. Tapi hari ini auranya lebih menakutkan sebab dr ini nampak garang dan tegas. Kalau tak reti jawab, dia punya tenung tu lain macam je rasanya. Kadang-kadang dia akan terus tunjuk pada rakan lain “ You! Help him!” dengan suara tegas. Yang nak membantu pun rasa macam kena freeze.. Selain tu juga, bila jawapan kami mula lari dari skema beliau, memang beliau akan ulang dua kali jawapan beliau sendiri sampai kita akur bahawa beliau adalah betul walaupun ada di antara kami cuba nak tegakkan pendirian sendiri dahulu. Huhu.. *takut*

Dr ni memang no Compromise kalau main-main. Ada seorang dia antara kami telah dihalau keluar dr diskusi sebab jawapan yang diberikan agak luar biasa logiknya.Entahlah, saya tak rasa sangat kawan saya tu sengaja tapi maybe dr ni tak suka kot jawab macam tu. Wallahualam. Ni baru hari kedua nih. So, I told you… Beware dengan Dr لواء الإسلام. Ini Dr malignant ni rasanya.

Lepas habis diskusi history taking, kami mula masuk physical examination. Seorang rakan lelaki arab kami diminta jadi model di hadapan kami yang lain. Dr mula suruh seorang demi seorang mula buat Physical Examination pada model tersebut. Tak ajar lagi dah suruh, memang cuak ah~ Dr memang bajet kita dah ready. Tapi kalau kita salah, dia tak marah pun. Dia pergi tunjukkan balik mana yang betul. Alhamdulillah. Seorang demi seorang lelaki pergi testing. Saya yang masih duduk dah terfikir sesuatu “ Eh, takkan saya nak sentuh kawan lelaki sendiri.. Segannya. Pesakit lainlah” Tapi Alhamdulillah, kami tak sempat. Haha.. lega..

Kemudian habis berlakon guna model, dr bawa kami menuju ke seorang pesakit di wad tersebut. Kali ini hanya satu katil pesakit yang kami dekati. Semua berkumpul di sekeliling. Dr mula panggil sorang demi sorang untuk buat physical examination (PE) pada pesakit lelaki tersebut.

Macam biasa, semua orang yang nampak terer di kelas bila depan pesakit semua macam gigil-gigil cuak salah. Apatah lagi bila doctor sendiri buat gaya ala-ala kerek tengok kami buat PE sambil cekak sebelah pinggang dan tengok kuku/jam dan memandang kami macam guna sebelah mata . Adeh la dr nih. Kot ye pun macam cool, you’re making us more terrified-lah! Huhu. Takde siapa di antara kami berani nak lawan cakap dia. Muka dia memang garang giler pun. Kadang-kadang je dia senyum (termasuk time saya sekali terjawab over-advance. Hehe..)

Mula-mula budak lelaki je dr suruh buat PE. Itu pun tak semua dapat sebab masa tak cukup. Tiba-tiba dr panggil seorang rakan perempuan arab kami untuk buat PE – Siham. Dia je yang dapat peluang sentuh patient hari ini. Siham nampak rileks je waktu buat, sekali rupanya bila kami tanya apa perasaan dia lepas habis kelas, dia cerita pada kami “ Waktu Dr suruh aku check tremor pada patient tadi, kalau ko nak tau tangan aku yang lagi tremor dari patient tu.. Menggeletar aku tahu..” Haha..

Habis PE, kami berkumpul di kaunter nurse dalam wad sementara tunggu Dr لواء الإسلام bercakap dengan ahli keluarga patient dan nurse. Waktu kami tengah perhati doctor di situ, saya dan Fathiyah memang sangat terkejut bila tengok dr لواء الإسلام berubah 180 darjah jadi sangat happy go lucky dan sentiasa senyum ketawa dengan family patient. Uih, lain habis dari dia dalam kelas tadi! Takjub kami, sahih betul kata senior bahawa Dr malignant selalunya memang double personality kalau berdepan dengan patient. Tabik2! ^_^

Bila doctor perasan saya macam terkejut tengok beliau, doctor senyum lalu cakap “Okay, khalas. You can go now,” Aaaa, lagilah kami berdua terkejut. Lagi-lagi Fathiyah. Sangat tak puas hati Dr senyum 2 kali pada saya padahal dengan orang lain pun Dr senyum je. Haha.. Sori poyo~

Next, kami ke café untuk makan-makan sebelum kembali Red Hall untuk dengar lecture sampai pukul 3.30 seperti selalu. Maka berlalulah hari kedua rotation kami dengan natijahnya keterbalikan perasaan di hari penutupan. Kalau semalam saya tension Fathiyah ok, hari ini saya ok Fathiyah plak tensi. Hehe.. I’m no longer in a bad mood! Love clinical years!!! ~

Notes:
Dr Malignant - Dr garang
Dr Benign - Dr tak garang

Alkisah bermula 190910


Assalamualaikum..

****************************************************************

Bulan lepas sewaktu dalam perjalanan balik dari Readers dengan rakan-rakan kaki buku, ada seorang rakan saya menggesa untuk saya tuliskan catatan hidup menjadi pelajar medik di Jordan. Mana tahu boleh ikut jejak langkah Dr Khadra,penulis buku biography Surgeon yang kami sama minati.

Haha, gelak besar saya dengar. Masakan saya boleh jadi sehebat itu. Tambahan waktu itu saya berdepan dengan masalah penulisan, minat saya makin pudar dan makin malap. Lagipun KOT PUTIH kan dah ada. Saya tak mampu apatah lagi untuk berkeyakinan begitu. Tapi bila teringat balik betapa dia bersungguh-sungguh galakkan, saya jadi teragak-agak.

Maka hari ini, saya tekad. Tulis sajalah. Kalau tak jadi buku pun, boleh jadi koleksi sendiri. Lagipun angan-angan menjadi pelajar perubatan kini sudah terlaksana. Kenapa tidak saya nukilkan balik realitinya untuk dibandingkan dengan segala yang pernah saya mimpikan dahulu kan?

Menjadi pelajar perubatan di bumi asing bukan semudah yang disangka. Saya bukan pelajar genius yang hebat IQ nya. Apa lagi dengan penggunaan bahasa yang tidak selalu digunakan dengan banyak di Malaysia. Perit susahnya memang orang yang alami sendiri yang tahu nikmat rasanya.

Well, kalau begitu mari saya kongsikan kisah saya dan rakan di sini. Selamat bersama~


***************************************************************************

19 September 2010, KAUH -

Hari ini hari sejarah. First time nak jumpa patient depan-depan. Nervous.

Oh ya, saya grup A1. Kumpulan kecil dalam rotation Internal Medicine. Tapi bulan ni bulan Intro saja baru. Grup saya ada 4 perempuan dan 8 lelaki. Orang melayu ada 4 - Saya, Fathiyah, Naqeb dan Qayyim. Budak perempuan Malaysia lain panggil grup kitaorang grup MPPM. Kenapa? Semua ex-ex skuad MPPM dulu tapi sekarang hanya Fathiyah dan Naqeb yang masih tabah berkerja. Huhu.

Hari pertama semua datang awal. Tepat 8 pagi ramai dah datang. Kelas katanya pukul 8.30. Semangat nak tunggu doktor di Tingkat 10 (Bahagian Internal Medicine - Arabnya : Batini ). Ramai juga ahli grup A nombor lain waktu ini di sini. Waktu ini masing-masing dah pakai labkot dan letak stetoskop di leher. Woh, sangat smart! Muka semua excited.

Tunggu.Tunggu. Dan tunggu. Grup lain semua dah mula didatangi doktor kecuali grup kami. Kami je yang masih tidak dipanggil2. Saya dah resah. Dahla panas pakai labkot nih. Aish. Mana doktor ni... >_< Sambil menunggu saya cuba mengecam ahli grup kami yang lain - Sarah, Siham, Abdul Fatah, Abdullah, Zeid, Bashar, Ridhuan, dan Husam.

Ok, doktor dah sampai! Doktor kami hari ini, Dr Muhamed Rubaba'ah salah seorang consultant di KAUH. Tajuk hari ini 'History Taking'. Dr. Rubaba'ah nampak busy. Handset tak henti-henti berbunyi dari awal. Macam Dr Ziad Microb plak. Ah, biarlah. Nama pun consultant.

Awwalan, kami berdiskusi di bilik kecil berhampiran wad pesakit. Sambil berkenalan, Dr terus tembak-tembak dengan soalan satu persatu. Sambil tembak sambil menerangkan banyak aspek history taking ini. Saya duduk betul-betul bertentangan dengan Dr. Owh, memang perut banyak rama-rama. Bila doktor panggil, terus blur. Adeh. Takpe2, first time. First time.

Apa yang saya perhatikan, budak Arab grup saya semuanya excited-excited belaka. Cakap punyalah laju, info punyalah banyak. Tak sempat orang lain nak habiskan jawapan, ada sahaja mulut lain nak menyampuk. Ok, memang saya kurang bekenan sikit perangai menyampuk-menyampuk ni. Ish, sabar2. Doktor nampak rileks macam tak kisah. So, biarkan jelah.

Dalam sejam lebih berdiskusi, doktor suruh kami praktis ambil history taking pada patient sebenar. Mula2 Doktor bagi dua patient dan bahagi kami jadi enam2. Tapi kemudian kami pergi cari sendiri lagi 2 orang patient untuk kecilkan jadi tiga-tiga. Saya dan Fathiyah ambil keputusan berpisah. Dr ada hal maka Dr tinggalkan kami semua sendirian dengan patient masing-masing dan team kecil saya pergi cari patient sendiri. Susah giler cari patient hari ini. Tak semua nak cooperate tambah-tambah kes kat sini macam banyak yang kritikal dan tak mampu bercakap. Kalau jumpa patient yang muka masam tu, lagilah saya tkut. Huhu.

TAPI! Seriesly, bila dapat patient and lepas ambil history baru saya perasan keputusan saya dan Fathiyah salah! Kawan-kawan Arab yang semuanya nampak too excited sampai lupa saya di sebelah. Diaorang sorang-sorang tanya sendiri sampai habis semua soalan! Dan saya di belakang terkapai-kapai nak bertanya. Asal nak buka mulut, diaorang lintas soal lagi. Asal nak bersuara, diaorang bantai tanya lagi. Ya Rabbana... Grrrrrr~

Dah la saya still takut-takut lagi nak cakap arab dengan patient arab. Semua diaorang dominate dengan tanggapan saya tak reti cakap arab dan nanti diaorang translatekan balik. Padahal saya faham je walaupun bukan semua 100%. Banyak cantik diaorang! Lastly, saya fed-up. Aaaa, >_
Habis ambil history kami berkumpul kembali dalam bilik tadi balik. Doktor suruh kami terangkan apa yang kami dapat dan dia betulkan mana yang salah. Tapi time ini doktor banyak bercakap sendiri dan kami hanya dengar.Lamanya...Lama-lama masing-masing dah mula minum air dan alih-alih badan atas kerusi. Saya yang depan doktor betul-betul ni pun dah terkebil-kebil. Ngantuk! Tepat jam 12.30 tengahari, semua bersurai~ Yeay!

Saya dan Fathiyah bermesyuarat pintu lepas kelas. Saya memang tak puas hati hari pertama. Terasa macam tunggul je. Apa nih? Mana pergi feeling-feeling tengok cerita doktor yang best-best kat hospital macam Bong Dal Hee, House, ER dan Iryu tu? Eh lupa plak, memang lah best sebab diaorang cakap bahasa ibunda masing-masing. Kitaorang? Waaa... T_T Tensen2!

Silap gak, dah habis rotation baru teringat pesan senior suruh jangan berpisah ngan budak melayu untuk minggu first sebab nanti konfirm budak arab dominate di awal-awal macam ni. Aiseh.. Tak leh jadi nih. Takpe2. Esok jom kita buat perubahan. Tak kira. Nak cakap ngan patient gak esok! Gagap pun gagap lah. Grammar terabur pun lantak la. Janji dapat cakap dan buang rasa takut. Humph!

Maka, kemudian lepas rehat sampai pukul 2, kami kembali ke Red Hall untuk dengar lecture a.k.a macam seminar. Penatnya~ Nasib baik dua lecture je. Pukul 3.30 dah boleh balik. Alhamdulillah..

An awful first day, isn't it? Tak apa, itu pengalaman kata Fathiyah. Next time kita ubah mana boleh ubah. At least hari ini dah rasa sendiri betapa susahnya cari patient sendirian berhad tanpa doktor. Hari pertama tuu.. INgat senang nak buat gaya macam hospital sendiri waktu baru first time datang? Huhu. Never been afraid like this before. OK, Chaiyok! Ganbatte!

My Bongsu


[in picture : Aiman the biggest bongsu among the bongsu-s~ =) ]

Assalamualaikum....

'5 Misscall. 1 call waiting..'

Bertalu-talu handset berbunyi waktu baru melangkah keluar dari dewan kuliah tadi. Nak tak nak sambil tangan kelam kabut penuh sesak pegang lab kot dan buku teks McLeod dan nota, handset saya kepit di celah bahu dan telinga sambil berjalan bergerak ke bas.

"Salam.Kak Ina, ko lupa ke esok ada apa??!! " bebel Asyraf si budak Rusia celup dalam telefon tak menyempat-nyempat..

"Ha? Ha? Ada mende? Sori2. Orang baru habis kelas lah tadi.." balas saya sambil duduk menanti bas.

"Esok Aiman UPSR la weh, ko tak call wish dia lagi ke?" Rungut budak itu lagi.

Opss, alamak!!!!!!

Apa lagi, mau dekat 15 minit budak tu membebel-bebel sebab keterlupaan kakak dia nan sorang nih. Rasanya ni dah kali keempat ke kali ke berapa ntah saya kena lecture dengan dia sebab lambat take action pada hari-hari penting. Padahal pasal Aiman ada UPSR ni saya memang dah teringat sejak minggu lepas, tapi hari ni je terhilang plak ingatan tu. Huhu. Tadah je la telinga, Asyraf memang sangat prihatin bab famili, saya pun kadang-kadang kalah. Asal call famili di Malaysia, mesti dia nombor satu walaupun saya dah sedaya upaya call on time lagi awal dari dia. Huh~

So, habis je dia letak telefon terus saya call Malaysia..

" Assalamualaikum. Hello Aiman Farhan Najmi!!!!!! Macam mana persiapan exam? Good luck! Do your best! Buat elok-elok! Jangan ketaq2! Doa banyak2! blablabla......" berbungkus-bungkus pesanan saya beri pada adik bongsu ini.

Macam tak percaya plak budak ni dah darjah 6. Dah nak habis sekolah rendah dah pun. Lepas ni dah jadi remaja sekolah menengah. Huahua. Pelik nyer nak sebut. Masakan tidak, dia ni anak bongsu. Manja memang nombor satu la. Sampai pernah dengan selambernya minta izin mama dan abah nak sambung belajar di USM saja sebab dekat dengan rumah waktu kami yang lain berebut-rebut berangan-angan nak pergi oversea. Adeh..

Aiman adalah orang terakhir famili saya yang bersekolah di SK Permatang Tok Mahat. Cikgu semuanya kenal dia dari awal lagi sebab kakak-kakak dan abang dia sekolah yang sama. Risau juga saya kalau dia tension diperbandingkan tapi alhamdulillah dia nampak boleh berdiri sendiri malah jauh lebih hebat dari kami. Syukur.. Memang dia jarang kalah kalau kami main lawan-lawan pencapaian sekolah rendah di rumah. ;p

Di rumah sekarang memang tinggal dia sorang je yang temankan mama dan abah. Penglipur lara habislah~ Memandangkan kami baru pindah rumah, mama kata kawan dia kat area ni jauh lebih banyak dari kawan mama dan abah sendiri. Selalu sangat dia yang perkenalkan jiran-jiran kami kepada keluarga sendiri. Peramah sungguh. Mana taknya, kat padang bola tu kawan-kawan dia terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Yang baya-baya saya pun layan geng dengan dia. Huhu.

Bongsu-bongsu dia ni pun, dengar cerita dia ada bakat abang mithali. Adik-adik sepupu yang kecik-kecik semua suka sangat rapat dengan dia. Saling memahami agaknya jiwa-jiwa kebongsuan diaorang nih. Haha.. Kami suka buli dia suruh buat macam-macam time balik Malaysia sebab rindu sangat nak sakat dia waktu dekat rumah dulu. Kalau dia tak nak, buatlah gaya mengharap-harap sikit, confirm dia cepat cair punyalah dengan kakak dan abang dia nih. Hehe, tu pasal kami sayang sangat budak nih!

Well, oklah. Pendek kata esok dia nak UPSR. Walaupun UPSR saya rasa sangat senang dah sekarang untuk saya, tapi saya tetap anggap kalau dia dapat 5A UPSR ni, dia memang sangat-sangat pandai! Siapa lagi nak backup adik sendiri kan? Hehe..

Ok Aiman Farhan Najmi (the only one yang ada tiga nama selain saya di rumah)..!

Good Luck & All the best in UPSR~ Bitaufiq my dear!

Buat elok-elok....

Semoga dipermudahkan segalanya insyallah~

Nanti kalau dapat 5A, tunggulah kak Ina & Abang Asrap punya kiriman ye. Buat betul-betul sungguh-sungguh baru boleh dapat okeh! ^_^

Bye, love you! Y(^*^)

Busy Bee


Assalamualaikum

1) - 17,18,19 September 2010 -

Dari awal lagi dah bajet, hari ini bakal jadi sangat sibuk. Bincang punya bincang, jadual akhirnya selesai dibajet.

7.30malam - 12.00mlm (17th) : meeting reconstruction SPB
12.00 mlm - 3 pagi (18th) : buat kerja + main untuk elak tidur
3.30 pg -5.00 pg : bertolak ke airport utk ambil budak private baru
5.00 pg - 7.00 pg : urusan budak private di airport selesai
7.00 pg - 9.00 pg : lepak airport lagi utk tunggu bdk JPA baru plak
9.00 pg - 1.30 tgh : urusan budak JPA setel - balik Irbid
1.30 tgh - 5.00 ptg : urusan penempatan, mentor dan taklimat budak JPA
5.30 ptg - 9.30 mlm : urusan tukar duit, simkad n keperluan sementara mentee
9.45 mlm : balik tido
8.00 pg (19hb) - 3.30 ptg : Hospital + Kelas
4.30 ptg - 6.15 ptg : bawak mentee gi shopping barang keperluan
6.30 ptg - 8.30 mlm : taklimat junior fasa II
9.00 mlm - 10 mlm : meeting tiba-tiba SPB
10.30 mlm : balik tido

X_X

Ish, kalau tiap-tiap hari keluar pagi balik malam untuk study, kerja, makan tungang langgang gini boleh kurus jadinya. haha...
Takpe2, ni tahun akhir kot nak join sambut budak-budak baru. Moga-moga ada hikmah.Insyallah...

2) Kuasa sehelai jaket

Suatu hari dalam perjalanan balik irbid lepas ambil junior baru,

Junior 2nd year syabab :
Ok adik-adik, saya perkenalkan diri saya. Nama saya sekian sekian tahun 2 kos sekian sekian, uni JUST. Yang belakang korang tu abang sekian sekian, tahun sekian sekian uni JUST. Yang sebelah korang ni plak akak... (tanya saya kejap, akak nama apa eh?).. oh, ok ni kak ainul (tanya saya kejap balik, tahun empat kan kak?) ha betul ,tahun 4 kos perbankan islam yarmuk~

Saya :
eh!eh!eh! akak perubatan la medik tahun 4 JUST.. (terkejut. Eh, takde plak dia ni nk tnya pasal kos. huhu)

junior 2nd year syabab :
ehh yeke? aiseh sori akak! erm, tapi dah tu baju jacket yang akak pakai ni bukan jacket iqtisaod ke?? (blur)

Saya:
Akak pinjam la, pagi tadi lupa bawak sweater..

Junior 2nd year syabab:
oh hehe... sori kak, maaf ye adik2. wrong information. ni kak ainul tahun 4 medik JUST. kenal tapi tak berapa kenal. huhu

Serius ini lawak sungguh semalam. Tiba-tiba je satu hari saya jadi student Yarmuk gara-gara seharian memakai jacket blazer siswi Yarmuk kos perbankan Islam. Padahal saya pinjam je sebab waktu stay di rumah akhawat Yarmuk saya lupa bawa sweater untuk ke airport pagi-pagi buta tu. Tak sangka banyak impaknya. Bukan sahaja semua junior baru ingat saya budak yarmuk, junior lama pun tertipu jugak rupanya. hehe..

3) First Day in Hospital sebagai pelajar clinical


Keseluruhannya, ok tapi kami tersilap strategi. Saya terlupa pesan senior supaya di awal minggu pertama, jgn berpisah dgn kawan melayu. Sudahnya jadi tercengang-cengang sendirian ambil history dengan student arab yang sama terlebih excited sampai lupa orang sekeliling. Cakap plak macam bullet train. Perkataan-perkataan baru semua saya terlepas. T_T

Tapi nasib baik doktor discuss dalam english di discussion room. Doktor plak sangat best. Sekurang-kurangnya kata satu-satunya teman akhawat semelayu saya dalam grup tu, Fathiyyah, at least kita beruntung dah tahu mana silap kita dan kita beruntung juga sebab dah lalui pengalaman doktor tinggalkan kita sendiri untuk cari dan temubual patient dan independent di hari pertama. Kan ke unik tu.. Huhu, insyallah~

Oh ya, hari ini juga saya terperasan, bahawasanya saya ini berada di keliling manusia-manusia yang serba sibuk. Fathiyyah memang makruf wanita tersibuk di Jordan + Irbid, rakan segrup pun ada yang sama kes dengan Fathiyyah, ketua grup yang orang arab itu pun orang kutlah (persatuan pelajar di JUST) yang amat sibuk, doktor consultant kami yang pertama tadi pun nampaknya amat sibuk sampai kami jadi kumpulan last doktor datang sambil telefon beliau tak henti-henti berbunyi tiga empat kali dalam session. Apa semua sibuk-sibuk nih, orang yang tak sibuk macam saya pun jadi sibuk sebab nak mencari time orang-orang sibuk macam diaorang... haha.. >_<

Macam-macam sungguh hari pertama. Tak tertulis semua hari ni.. So far, alhamdulillah


p/s: Kak Ayyash, saya terfikir-fikir saranan anda untuk dijanjikan sesuatu di Amman tempoh hari.. Doakanlah ya! Ada rezeki, mungkin bakal jadi. hehe. ^_^

Ok, jumpa lagi. Dah 12 mlm. Nak tido. Esok ada kelas. Wassalam~

Pause




Sesat.
Tak tahu.
Tercegat.
Keliru.

Pintu-pintu ini dulu senang terbuka
Kuncinya mudah
Dan aku bahagia redah dunia baru

Tapi kali ini, pintunya pintu besi

Tahu besi?
Macam perak tapi rendah nilai sisi
Keras.Kaku.Sejuk.
Langsung tak mudah terbengkok.

Dah banyak kali aku cuba
Kekal, pintu ini tak terbuka-buka

Dia buat aku sesat
Aku penat
Aku memang tak larat
Maka di tengah jalan aku berhenti
Cukup,
Cukup sampai sini

Maaf
Aku anti pintu besi
Selagi kunci tak tertemu
Izinkan aku diam
Aku bukan lari ke belakang
Bukan juga berpatang arang

Aku cuma sedang melilau memerhati
Pintu mana lebih baik untuk aku lalui...


p/s:
Konflik dalaman.
Nak buat tapi tersekat. Nak terus tapi tak terurus.
Orang kata sayang kalau kelebihan terbuang tapi nak buat macam mana..
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Maka, mari berhenti bertafakur seketika.
Doakanlah semoga perjalanan ini dipermudahkan sentiasa.

Aidilfitri 2010

Assalamualaikum...

Raya Pertama + Kedua :

Berhari raya di rantauan bersama saki-baki akhawat Malaysia yang tinggal di bumi Irbid. Daripada 300 akhawat, hanya 90 lebih sahaja yang tinggal. Itu belum kira yang raya bukan di Irbid mahupun di Malaysia. Tambah tolak yang tinggal macam tak sampai 50 orang pun. Rumah nak pergi beraya pun 10 je yang ada sebab semua main gabung-gabung rumah bila kebanyakan orang dah tinggal sendiri-sendiri time cuti. Eid mubarak!



Raya Ketiga :

Hari bersejarah buat warga batch MEP7 atas perkahwinan sulung batch kami. Merupakan pasangan kelapan (betulkan?) student Irbid yang berkahwin. Tapi uniknya kali ini pasangan lelaki adalah student JUST manakala zaujahnya pula adalah student Yarmuk. Gabungan pertama JUST-Yarmuk di Irbid! ~ Mabruk Firdaus & Anis!



Raya Keempat :

Hari pertama masuk sekolah balik buat batch medik MEP7 a.k.a hari pertama jejak kaki ke KAUH ( King Abdullah University Hospital) sebagai warga pelajar clinical tahun 4. Teruja dalam kesedihan. Excited sebab dah berjaya melangkah ke tahap ini tapi sedih sebab orang lain semua still bahagia cuti-cuti raya tapi kami dah stat sekolah plak. Aish. Tapi takpelah, daripada student uni negara lain yang raya sambil kelas di luar, at least bersyukurlah ye~ Good luck my friend!



Raya - raya seterusnya :

Masuk kelas sambil kerja Sambutan Pelajar Baru 2010. Ahlan Wasahlan adik2! (dah takde akak2 mahupun rakan sebaya yang bakal hadir. Maksudnya? Hehe..)

Ok, jumpa lagi~

Kullu Am Wa Antum Bikhair

Assalamualaikum...

Buat tatapan keluarga dan rakan-rakan,




p/s: Jordan sambut raya hari yang sama dengan Malaysia~

Summer Holiday 2010



Assalamualaikum...

Target cuti :

1) Ramadhan -

Dah berbaki seminggu sahaja lagi. Macam tak sedar plak. Cepat sungguh. Di Jordan, feeling Ramadhan nak habis tak nampak sangat, tapi aura sakan merebut lailatulqadar tu makin terasa-rasa. Masing-masing nampak lagi zouq nak kutip pahala yang berbaki.

Minggu ini saya aim mahu menghabiskan tarawih yang berbaki di Masjid Jamiah. Tambah-tambah bila ada ura-ura Sheikh Makmun dah nak pindah Saudi. Ish, dah tak dengar la suara dia nanti. Tapi bila dah solat di Masjid Jamiah, tak boleh la nak balik rumah sendiri. Lewat sangat dah habisnya. Rumah dah la jauh. So, minggu ini jadi minggu menetap di Hijazi. Alang-alang nak solat sini, baik ikut je terus jemputan iftar diaorang sambil berziarah kawan-kawan syariah. Plus, bila duduk ramai2, feeling nak berebut beribadah lagi terasa, baru saki baki degil boleh basuh dengan clorox. ^^,

2) Ukhwah -

Budak-budak JUST banyak di Duwar Kubah, Budak2 Yarmuk plak banyak di Hijazi. Jadi cuti ini, plannya mahu lebihkan sedikit di Hijazi sebab jarang jumpa mereka selalu.

Semalam dah kena test sebut semua nama budak2 bacth IKIP gen-3 dalam gambar waktu bermalam di Andaleep. Huh, fail! Hari ni kebetulan diaorang jemput join iftar batch diaorang sambil ang-alang saya balik lambat dari airport. Peluang keemasan! So, alhamdulillah hari ni dah kenal dan hafal dan masuk dengan semua~ Horeay!! hehe.. Tapi ada ke patut diaorang cadangkan buat list tidur rumah IKIP sepanjang minggu ni untuk saya. adoi, payah tu. Hari ni tido kat CI, tapi nnti mana yang dan, insyallah.

3) Sambutan Pelajar Baru (SPB) -

Kerja terakhir barangkali sebelum masuk klinikal. Kali ini jadi Timbalan Biro Tugas-tugas teknikal. Uruskan bahagian2 pengangkutan, sambut-menyambut student di airport, PA system dan cleaner dewan. Alhamdulillah so far agak seronok. Cumanya agak risau sebab nanti ada bertindih dengan minggu pertama persekolahan. Tak apalah, moga2 Allah permudahkan urusan kami.

Ahlan wasahlan buat semua student baru JUST dan Yarmuk. Tahun ni ramai giler orang baru nak datang. Makin meriah nampaknya Irbid. Tapi nampaknya kena memecut jugak nak mengenal orang-orang baru. Yang tahun lepas pun tak habis kenal semua, harap-harap bila dah jadi AJK SPB, sedikit sebanyak bab2 nak kenal orang lagi better lagi dulu.

Dalam mesyuarat selalu pesan, jangan jeles2 tengok orang bercuti senang lenang bila kita kena buat kerja time nih. Agak aaa.... Takpe2, ibadah2~ Ni nanti boleh jadi saham kat akhirat insyallah... plus, nasib baik tahun ni duit tak cukup nak jalan2, haha.. selamat bank aku~

p/s: Kepada ex-Igopian yang bakal tiba di Mu'tah - Amalina & Adibah, ahlan wasahlan! ^^,

4) Syawal

Ini tahun kedua raya di rantauan, tahun lepas dapat cuti raya kat malaysia. Takpelah, nak buat macam mana. Lagipun secara positifnya, tinggal tiga tahun je lagi nak rasa raya di rantauan. Pas ni raya puas2 kat Malaysia nun.

Plan tahun ni, sebab saya tinggal sorang, raya kali ni batch MEP7 akhawat nak buat open house ramai-ramai gabung mana yang tertinggal kat Irbid. Aaa.. best2! Tak sabar nak gotong-royong ramai-ramai macam di sakan dulu.

(ish, ape nih orang rumah ni bukak lagu raya time orang tulis blog. aish, feeling2 la plak. hehe.. :P )

Selamat hari raya orang-orang kampung!

5) Jalan-jalan

Sebab tahun ni dah offer diri masuk SPB plus mahu berjimat cermat, maka jalan-jalan cuti ini adalah sekitar Syria sahaja. Alhamdulillah haritu dah selesai! Berjalan dalam Ramadhan adalah sangat-sangat zouq di Syria!!

Tiba-tiba macam dalam kepala ni next time Ramadhan nak gi safar lagi. Lagi best kot, bleh tarawih tukar2 masjid-masjid baru di tempat lain. Pastu boleh buka puasa dekat tempat-tempat best macam taman-taman yang takde di Jordan atau dengan masyarakat2 luar Jordan. Ibadah? Buat di tempat-tempat ziarah tu la.. Ibadah sambil safar ke tempat2 sejarah Islam lagi menikam kalbu.Baru sedar diri sikit macam mana orang perang time2 puasa dan sebagainya. Tapi tak payah la buka puasa time safar. Baru ada feel~ ^_^

Travelog sejarah syria saya update next time. Insyallah~

oklah, ada budak dah bising suruh makan ramai-ramai. Rezeki tak boleh tolak, nnti tidur luar. haha. Ok, bye! Jumpa lagi bila2~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images