Merdeka & Islamophobia

4:28 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum




It 31st of August! So, Selamat Hari Merdeka Malaysia ~

Tapi kelmarin, saya terbaca tentang rentetan pergolakan Islam di dunia. Yang jadi pada negara-negara Islam yang amat-amat mahukan merdeka tapi ditolak atas dasar kepentingan tamak haloba kaum kuffar yang bencikan Islam di dunia.

Credit pada majalah ITQAN terbitan PPMS, minggu ini kesedaran sejarah kami makin terjaga. Penceritaan yang simple tapi kuat mesej seperti itu amat saya sukai. Umat islam memang patut sedar supaya kita sendiri tak terperangkap dalam arus 'islamphobia' yang direka-reka.

Let me share something here...

1) Russian vs Cechnya :

Bila Soviet Union runtuh, banyak negara dapat berpeluang lepaskan diri dari cengkaman jajahan Russian seperti negara yang namanya ada tan-tan tu.. Tapi dalam semua negara ni, Russian takkan sesekali mahu melepaskan Cechnya! Why?

Orang cakap sebab negara Cechnya ni sangat kaya dan banyak kelebihan. Lepas tu plak, 90% orang Cechnya ni adalah Islam. As usual lah, orang kafir takkan sesekali benarkan Islam membangun. So,nak tak nak diaorang nak gak Cechnya tu jadi milik diaorang.

Orang Cechnya di panggil bangsa Chechen. Pernah dengar? Ala, yang baru-baru ni kecoh Moscow kena bom dan orang Chechen kena tuduh tu. Haaaa.. Tu la antara konflik2 mereka sekarang. Orang Cechen ni dikenali sebagai antara bangsa yang sangat kuat berpegang teguh pada Islam.

Sampai sekarang, dah 400 tahun mereka berjuang nak tegakkan Islam di bumi Cechnya dan mahukan kemerdekaan. Russia pula sampai sekarang masih nak keras kepala mahu ikut suka hati mereka. Sejarah lebih boleh usyar sini.


2) India vs Kashmir :

Maybe ramai dah tahu Pakistan berjaya ditubuhkan selepas lama giler gerakan nak wujudkan negara islam di India mula tercetus. Tapi dalam pada masa yang sama, Kashmir, sebuah negara yang 90% orangnya adalah Islam tidak dibenarkan secara total untuk turut sama menyertai pertubuhan negara Islam seperti Pakistan. Why?

Sama. Kashmir sangat kaya dengan galian dan batuan permata dalam perut bumi. Dan India takkan sesekali serahkan negara sekaya Kashmir untuk berdiri sendiri di atas nama negara Islam kerana mereka sendiri tamakkan harta dan bencikan Islam. Contoh cerita pasal Kashmir ada di sini.


3) Perancis vs Algeria

Yang ini sebenarnya saya first time baru dengar. Itu pun sebab terbaca dalam ITQAN tu. Kebetulan ada seorang akhawat France ada bersama kami, maka dialah yang menceritakan pengalamannya di France. Katanya sahabat Algerianya pernah bercerita yang mereka takkan sesekali lupakan peristiwa hitam fitnah ke atas Algeria di perancis yang mana sehinggakan saudara seislam Tunisia sendiri langsung tidak menghiraukan mereka. Astagfirullah..

Sama seperti yang lain, Perancis takkan lepaskan Algeria atas dua sebab - sumber bumi yang kaya + Islam yang dipegang teguh oleh masyarakat Algeria. Walaupun dah merdeka, keadaan tetap sama. Perancis masih jadi dalang dan Islam di kambinghitamkan. Boleh rujuk sini.


4) Serbia vs Kosovo :


Siapa tak pernah dengar tentang pembersihan etnik di Bosnia oleh Serbia yang sangat kejam? Semuanya di atas dasar mahu menghilangkan Islam di bumi Eropah tersebut. Boleh baca di sini dan di sini.

Tapi sekarang, Bosnia mungkin sudah kembali pulih dan lega. Tapi Kosovo? Masih lagi di takuk lama cengkaman Serbia. Mana mungkin Serbia nak lepaskan Kosovo yang sangat kaya dengan emasnya ke tangan Islam kembali. Sampai sekarang Kosovo tak dapat merdeka dan masih terseksa. Bertahun-tahun sengsara sebab Serbia tamak kuasa dan bencikan Islam juga. Tengok sini.


5) China vs Turkistan Timur

Yang ini pula kes Komunisme tension sebab tak dapat sebarkan komunisme di Turkistan. Maka, bagi mereka cara terbaik ialah hapuskan Islam secara besar-besaran. Macam pembersihan Etnik tu.

Alasan diaorang pakai adalah orang Turkistan dikatakan pernah bunuh Orang Han, so kira macam orang Han balas dendam la nih padahalnya kebenaran adalah sebaliknya. Tengok sini kalau tak percaya. Kejam giler sampai buat umat islam jadi ujikaji nuclear.


6) Israel vs Palestin

Alasan pertama Israel : Yahudi pernah di holocaust di German. Maka kini, Palestin jadi tempat sasaran balas dendamnya. ----> sama lah macam ayam gaduh dengan itik lepas tu ayam pergi belasah kucing sebab nak balas dendam dengan itik. Pe kaitan??!

Orang Barat cakap isu palestin dan Israel adalah isu tanah semata. Palestin kedekut tanah dan tak nak share2. Ini satu lagi benda tak logik. Rumah kita, sukati kita la nak buat apa. Apesal tak share Amerika je dengan Israel tu? Kan?

Palestin dah wide-known sebagai negara yang sangat kaya dan hebat sejak kurun-berkurun. Tambahan itu memang negara Islam. Dua faktor ni memang antara punca Israel tak sudah-sudah nak rebut takhta. Nak nama dan musnahkan Islam. Tak sudah-sudah buat kacau di bumi bangsa yahudi nih. Tengok sini.

7) Thailand vs Patani


Sejarah Patani ermula sejak zaman Brtish dan Perancis menjajah Nusantara termasuklah ketika pemerintahan Phibul Songgram yang mahukan seluruh Thailand di'siam'kan, Patani tak sudah-sudah ditekan kerana masih teguh berpegang dengan agama Islam.

Kenapa mereka menentang Thailand boleh di lihat di sini. Macam biasalah, isu nama dan harta yang buatkan Thailand jadi tamak haloba. Ish2. Padahal nak kata Patani kena tuntut merdeka sepatutnya tak logik sebab Thailand pun mana pernah terjajah. Ini sah sangat isu perasan hak sendiri. Tak patut!


.
.
.
.

Banyak lagi sebenarnya cerita -cerita negara islam lain yang bergolak di sekeliling kita. Afganistan, Sudan, Nigeria dan pelbagai lagi negara turut mengalamni nasib yang sama. Mereka masih kekal berdiri atas nama Islam walaupun kerap kali di asak oleh kafir zimmi yang tak sudah-sudah mahu merebut kekayaan bumi dan menghapuskan Islam dari terus dianuti.

Malaysian?


Bersyukurlah kerana kita di zon selesa. Tapi jangan ingat selama-lamanya kita boleh berjaya dan hidup senang lenang. Orang kafir tidak semudah itu untuk rela menyaksikan Islam berkuasa dan hebat seperti Malaysia. Mungkin kita juga diperhati, siapa tahu?

Sebab itu kita kena sentiasa berjaga. Be alert and keep concious! Nikmat yang kita ada jaga baik-baik dan gunakan di jalan yang sebetulnya. Jangan terlalu leka nanti sudahnya kita akan jadi ibarat buih di lautan. Senang dihancurkan dan senang dipisahkan. Nauzubillah~

Wassalam~

****************************************************************

p/s:

1. Maisarah & Wani - Happy birthday! ^_^
2. Asyraf, Selamat balik Russia~
3. Fitri, Selamat balik France!

Sorang-sorang

6:51 PM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Hari ini 28 Ogos 2010 kan?


8.15 pagi : Exam Animal Health (>_<)

9.15 pagi : Bye2 lagi sorang ahli rumah yang nak balik Malaysia (sob2.. T_T)

10.15 pagi : Saya sendiri bertolak ke Syria (^_^Y)

.
.
.
.

Hari ni last exam untuk JUST. Lepas ni semua orang dah berpusu-pusu balik Malaysia. Ahli rumah sendiri pun semua balik, tinggallah daku berseorangan. Eceh, macam apa je padahal ramai lagi budak batch tak balik. Ala, Tak kisah la... manakan sama feeling antara ahli bayt dengan ahli batch kan? Ahli bayt lebih sket kesayuan dia. hoho. :p

Tambah-tambah walaupun dah 3 tahun duduk kat rumah sebijik terletak dengan satu-satunya jiran yang selalu balik kampung ni, ahli bayt je la sumber inspirasi untuk bajet berani nak keluar malam atau masuk rumah waktu malam.

Ingat senang ke nak masuk jalan masuk ke pintu sendiri walaupun dah lepas pagar rumah. Dia punya dub.dap.dup.dap lalu tepi pokok2 dan nampak stor kosong dan taman pokok di belakang rumah adalah agak mencemaskan ok.

Kalau nak lari rumah jiran pun, kena keluar pagar baru bleh sampai rumah jiran, bukannya pintu sebelah-menyebelah pun macam rumah apartment atau flat..Huhu.. Erm.. lebih senang kot mengaku saya memang penakut kalau sorang-sorang. hehe

So, antara jalan untuk mengelakkan acute traumatized disorder, jom kita jalan sekali tinggalkan rumah beramai-ramai. Suruh Baba je jaga rumah ni. Haha.. At least bila balik nanti boleh set minda, owh ahli rumah aku balik lambat sket je dari aku. Takde la takut sangat kot. hehe.. Lepas ni sapa buat program malam2 sangat, memang sah sama ada memang saya takkan datang langsung atau takkan balik rumah langsung. ;p

Tabik betul lah orang tinggal sorang-sorang nih. Berani sungguh.

Oklah, nak bersiap. Wish us luck! Jumpa lagi minggu depan...

Bye Maisarah! Bye Akmal! Balik Jordan cepat sket nanti weh, aku taknak duduk sorang2 lama2..! hehehe... :D

p/s: orang kata kat Malaysia kalau nak berjalan, jangan bising2 cakap plan jalan dalam facebook sebab perompak zaman sekarang terer IT. Kat Jordan boleh praktik ke eh? Haish, nauzubillahiminzalik~ Semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak elok. Amin.....

Sudin, Momo, Kuik2, Mok, Xavi

4:07 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Erm..

Sekarang dah pukul 3.30 pagi. Kenapa entah tak boleh tido. Sejam dah terpusing-pusing atas katil tak lelap-lelap. Last-last tunggu sahur je lah.

Oh ye, esok ada exam Farm Animal.

Sebab dah tak larat baca buku dia, so konon-konon tadi pergila jalan-jalan blog kat internet. Target kali ni baca cerita haiwan plak ah. Malas plak nak baca update orang. Haha.. Seronok gak baca orang tensen bela binatang nih. Dengan tuan-tuan dia pun tak betul gak.

Tak tau kan tapi memang Mood Animal betul lah malam ni. Cuma sayang la sikit sebab tak ada plak orang nak update cerita-cerita lawak pasal lembu dan kambing dan biri-biri dan ayam yang ada dalam silibus Animal Health. Ada apa je? Kucing, Hamster, Kucing, Hamster... Ituuuuu je yang asyik jumpa. Ah, takpe. layan~~~~

Meh la perkenal beberapa ekor makhluk yang suka buat saya gelak sorang-sorang depan komputer. Mereka dan tuan-tuan mereka memang sekepala. Perangai pelik tapi melawakkan. Memang manusia membela binatang perangai macam tu kot ye. Saya pun sama gak tu. Nasib takde membela kat Jordan je. Huhu


1. Perkenalkan ini Sudin - kucing mengada milik Rashiedah Kamil (femes anda.. haha)



Shieda ni junior kat sini. Kucing dia, Sudin asal Jordan. Dari dulu lagi antara sebab utama nak datang blog Shieda ni adalah sebab nak baca pasal Sudin. Sudin suka buat benda pelik-pelik. And tuan dia si Shieda ni plak pandai betul timing amik gambar dia yang pelik-pelik. Caption merapu-rapu plak tu.

Sudin punya gambar selalu ada style. Berlagak giler konon pandai bergaya. Ke sebenarnya kena paksa rela dengan tuan dia? Haha.. Taktau2x! Tapi Sudin memang sempoi~ Boleh baca kat sini --> Seram, Nak terbang, Merajuk

2. Perkenalkan pulak, ini Momo - Hamster bijak milik Ash dekat France



Saya tak kenal tuan dia pun tapi aritu terdatang blog ni sebab pelik kenapa tajuk entry dia "SURAT UNTUK MOMO". Ingatkan manusia manalah nama aneh semacam tu, sekali momo tu nama hamster dowh.. Aiseh, ada gak manusia tulis surat layang kat binatang sendiri eh. Series, lawak giler! Haha..

Dengarnya Momo ni banyak peminat. Owh, memang kot. Saya pun minat Momo gak! Dah la comel, kiut, pandai, kuat, nakal! Hehe.. First time suka tengok spesis tikus nih padahal sebelum ni lantaklah apa orang kata pun, saya memang anti tikus/hamster/adik beradik diaorg. Phobia. Hoho, tapi Momo tak~ Credit sikit la untuk tuan dia sebab tuan dia tulis pun macam sama level je ngan merapunya perangai hamster dia sendiri. :P Antara perangai pelik Momo : Helmet

3. Next the last: Perkenalkan Kuik-Kuik (Hamster) dan Gemok (kucing) - milik Zulhairi





Ini pun saya tak kenal tuan dia. Tapi saya tabik satu benda pasal tuan dia. Idea blog tuan dia ni memang menarik! Blog tuan dia ni banyak buat komik sendiri. Best2! Lawak plak tu~ Bila dia cerita pasal binatang-binatang ni pun dia buat gaya komik jugak. Terer betul! Macam mana la nak pandai melukis macam dia nih.. -_-'

Oh lupa, ni cerita Kuik-Kuik dan ni cerita Gemok. Sikit je pasal diaorang tapi dia menarik pasal style dia cerita tu. Komik2 belaka. Bagus2~

4. Next, meet Xavi - kucing pemalu mengada milik Aliaa Radzi



Aliaa nih kawan saya kat sini. Si Xavi yang asal Jordan gak nih, bulu dia lebat macam kucing Parsi. Badan plak besar gebadak macam Garfield. Pemalu tak bertempat kalah anak dara. Ada orang baru je lari masuk bilik, lari masuk bawah meja, lari masuk tandas. gediks~

Haritu sampai 15 minit dengan saya-saya sekali masuk bawah katil sebab nak pujuk dia keluar. Last-last keluar gak walaupun tak sudah-sudah tenung orang macam tenung tikus. Haish. Tuan dia ni jarang cerita yang merapu-rapu pasal Xavi kat internet, takut Xavi malu kot. Haha.. Tapi kat luar dah 1001 hikayat Xavi kitaorang dengar dari tuan dia. Femes budak sekor nih. Geram tengok~ Contoh ni : Gambar

Habisss.... Ada lagi beberapa ekor kucing yang saya suka sakat macam Blair and Chuck kucing Bayt Farawlah, cuma diaorang x tulis dalam internet je. Tapi dua-dua ekor kucing ni kalau tuan-tuan diaorang naik nakal, habislah. Haritu dah kena denda kurung dalam loker sebab suka bising. Haha.. Senyap terus diaorang tahu.. :P

Seronok kan ada binatang belaan nih? Saya suka bela binatang gak. Kucing la terutamanya. Sejak usia setahun lagi gambar-gambar saya dah ada kucing yang menyibuk nak bergambar bersama kat rumah. Keluarga saya tak pernah tak berkucing, kecuali yang the latest baru pindah nih sebab baru nak biasakan diri dulu.

Tapi semenjak duduk Jordan, ahli rumah saya yang lain dah buat peraturan bahawasanya kalau saya nak bela kucing :

1. Saya tidur luar rumah terus atau
2. Kucing saya jangan bagi keluar bilik saya langsung

Aaaa, amat kejam sungguh la kalau saya nak berkucing gak macam tu! Haha. Tak pelah, redha je. Kat Malaysia dah banyak kucing dah. Kang kalau tak terbela kucing kat sini kang, saya gak yang berdosa. Kan?Kan? So, tak payah la berkucing. Pergi kacau kucing orang je lagi best... ^_^

Binatang adalah sangattt comel! Banyak ragam diaorang yang boleh buat orang hilang stress. Since saya berkucing dah sangat lama, agaknya kalau tulis balik entry2 ngada seekor kucing ni mesti lawak bila kumpul balik..

Eh, next time lah. esok exam. :P
Owh, ok. dah masuk waktu sahur. Jumpa lagi. bye!

p/s: sepatutnya baca pasal kambing + lembu + ayam, tapi apesal takde orang buat cerita pasal diaorang? Habis stay up malam ni jadi stay up petcare.. Adoi~

Bushido

9:13 AM 4 Comments A+ a-



Dalam tanggungjawab, selalu sangat orang beralasan...

" Saya belum bersedia "
" Sekarang muda lagi, enjoy lah dulu "
" Itu hal-hal orang dewasa. Tak perlu masuk campur lagi sekarang "
" Bukro..Bukro... (Esoklah..esok..) "

Optimis betul orang-orang zaman sekarang kan?

Sangat-sangat yakin yang waktu masih panjang dan tidak perlu terburu-buru. Semuanya boleh main tangguh-tangguh dan rileks sentiasa. Tak payah kelam kabut, sampai masa nanti sampailah seru. Pendek kata, selamber sudaaah~

Agaknya kalau kita bungkus dan pos mereka ini ke perkampungan samurai, mesti dah lama kena cantas agaknya...

Kenapa saya cakap tu?

Sebab dalam kod etika samurai, first and foremost : B.U.S.H.I.D.O.

Apa tu???~~

Bushido (Way Of Warrior)ni secara simplenya ialah satu kod etika moral falsafah samurai yang terdiri daripada 7 falsafah. 7 Prinsip Bushido itu ialah:

1. Gi (Ambil keputusan berdasarkan kebenaran)
2. Yu (Berani dan kesatria)
3. Jin (Murah hati, mencintai sesama insan)
4. Re (Santun, bertindak benar)
5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)
6. Meiyo (Menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)
7. Chugo (Mengabdi)


Bushido asalnya adalah rangkuman etika tiga agama di Jepun iaitu Shinto, Confusism, dan Buddhism. Tapi sebenarnya kalau ikut Islam pun, etika-etika ni memang dah lama wujud dan sedia ada. Cuma kita je yang susah amalkan..

Dalam banyak-banyak perkara yang disebut dalam bushido ni, saya paling suka nak sembang tentang aspek hidup Samurai yang sangat dekat dengan kematian. Mereka memang dah diasuh untuk sentiasa ingat mati. Kematian paling ter-best sekali bagi mereka adalah kematian waktu perang sebagai seorang pahlawan yang sedang berada dalam kondisi optimum/terbaik kehidupan dia.

Dan secara tak langsung bila mental samurai bersikap macam tu, diaorang akan ada satu dimension pandangan yang mana diaorang akan apprieciate sangat-sangat kehidupan dan tak akan sia-siakan apa yang diaorang ada dan diaorang sayang.

“As long as you keep death in mind at all times, you will also fulfill the ways of loyalty and familial duty. You will also avoid myriad evils and calamities, you will be physically sound and healthy, and you will live a long life. What is more, your character will improve and your virtue will grow.

If people comfort their minds with the assumption that they will live a long
time, something might happen, because they think they will have forever to
do their work and look after their parents-they may fail to perform for their
employers and also treat their parents thoughtlessly.

But if you realize that the life that is here today is not certain on the morrow,
then when you take your orders from your employer, and when you look in on your parents, you will have the sense that this may be the last time-so you cannot fail to become truly attentive to your employer and your parents. This is why I say you also fulfill the paths of loyalty and familial duty when you keep death in mind.”

('Bushido Shoshinshu' written by the 17th century Edo Period Samurai, Taira Shigesuke)


So, konklusinya perasan tak keadaan kita yang 'low-production' sekarang ni mostly sebab kita suka take things for granted? yakni sentiasa berharap semua benda akan kekal ada sampai bila-bila dan lupa yang kita sebenarnya bertuah sangat-sangat sebab ada benda tu sekarang.

Kenapa tak kita tiru aspek Bishido mereka yang ingat mati nih?

Even sebenarnya dalam Islam pun dah lama ada sejak zaman Rasulullah lagi cuma kita makin lama makin lupa, tambah-tambah bila dah ada dalam zon selesa.Dalam islam, kita panggil 'syahid'. See? Sama je~

Jadi, jomlah buat yang terbaik selagi mana kita sedang dalam keadaan yang terbaik.

Ingat kan pesan Rasulllah tentang 5 perkara?
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


=)

Dan yang terakhir, apa kaitan bushido, samurai dan gambar sakura?

Bushido = Samurai's Way of Life

Sakura = Samurai's Symbol Of Life ---> Precious And Fleeting Gift due to unexpected date of death

Bak kata puisi oleh Eugen Herrigel dalam buku Zen in the Art of Archery:

It is not for nothing that the samurai have chosen for their truest symbol the fragile cherry blossom.
Like a petal dropping in the morning sunlight and floating serenely to earth,
so must the fearless detach himself from life, silent and inwardly unmoved.


(p/s: Sakura blossoms in a brief period and then fall at the very height of their beauty)

Maka.............

... Ada keluarga? : Sayang betul-betul, jangan nak gaduh atau biar je ...
... Ada duit? : Guna betul-betul, jangan gila nak belanja je ...
... Ada kawan? : Jaga betul-betul, jangan nak asyik egois je ...
... Ada masa? : Urus betul-betul, jangan asyik tido atau main game je ...
.
.
.
... Ada exam? : Belajar betul-betul, jangan nak bising bila nak habis belajar je!


Adoi.adoi. Dah terasa sendirian berhad. Ok, selamat. Nak pergi study, esok exam Farm Animal. Doakan ya~

Jumpa lagi!

p/s:
For those who interested in Bushido
1. Understanding Bushido
2. Moral Dalam Bushido
3. Transformasi Bushido Terhadap Jepun
4. Review Buku : Bushido - Code Of Samurai
5. Etika Bushido
6. Wiki Melayu : Bushido

update: sehari lepas tulis entry tentang bushido, saya jumpa buku pasal hagakure di kedai. ^_^ best2~

Psychology

7:23 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Erm, blogger tak bleh buka lagi. (_ _!)
Nak menulis pun macam dah tak berapa betul. Susah. Gambar pun tak boleh upload. Aish..

*withdrawal symptom*

Tak kira nak tulis gak. Panjang pun panjang lah. Bebel pun bebel lah. Tak kira~

Sabar..sabar...sabar...

Ok, tadi alhamdulillah baru habis exam subjek Psychology. Markah pun dah keluar. Syukurlah semua dah tamat~

Rasa macam sayang pulak nak lepas subjek nih. Psycho best! Kalau tolak tepi bab-bab ubat, memang psycho lah paling sempoi. Sambil belajar sambil tengok perangai orang. Kalau pelik sikit, haaa adalah la tu penyakit dalaman dia tu. Hehe... Lepas tu jugak boleh musahabah diri sendiri. Aku ni obessive compulsion kah? atau Depression kah? atau histrionic kah? atau dah sampai tahap schizo? Eh2, nauzubillah...~

Tapikan bila belajar pasal ni, memang nampak sangat manusia ni compleks ya amat. Dah la secara physical anatomy dan psyhiology-nya manusia ni sangat merumitkan dan terlampau detail, tambah lagi bila masuk aspek perasaan dan pemikiran lagilah masya allahhhh ..... 'Azimmm! Luar biasa lagi tak mampu ditandingi mana-mana ciptaan lain.. Subhanallah....

Sedih sangat bahaya (major depression), gembira sangat bahaya (mania), perasan sangat bahaya (idea of reference), takut sangat bahaya (paranoid), imaginasi terlebih bahaya (schizotypal) macam-macam lagilah penyakit akal manusia nih.. Macam-macam ada...

Waktu tu la baru terfikir rupa-rupanya nak jadi manusia yang betul-betul normal nih susah jugak eh..Kalau tak tahu bawa diri, selalu hanyut dengan persekitaran dan tak pandai kawal perasaan atau pemikiran, senang-senang je kita dah nak termasuk dalam golongan-golongan mereka yang bermasalah psychology nih. Sebab itu orang yang beragama itu beruntung sebab akalnya sedia terasuh supaya tidak mengikut nafsu semata. Alhamdulillah~

Dalam banyak-banyak case yang kami belajar, case Factitious Personality Disorder yang paling buat saya teruja. Sebab apa? Sebab dulu di sekolah lama saya, ada seorang yang berperangai ini. Aduh... sengsara betul jumpa orang macam ni. Tak habis-habis kami kena tipu dengan sakit dia yang pelbagai-bagai. Sakit betul tak apa, saya tak kisah. Tapi bila dah menyusahkan orang pukul dua tiga pagi kelam kabut kena temankan dia pergi hospital konon emergency, last-last doktor kasitau kami yang dia hanya berlakon sakit je.. Astagfirullah, sakitnya hati.... Mula-mula kami tak percaya, sekali bila doktor terangkan secara fakta serta beberapa trick untuk tengok reaction dia, memang bocor habis rahsia yang dia menipu... Aaarghh~! Bertuah punya budak, kurang sivik betul. Seriously ini first time saya jumpa orang sanggup buat perangai macam nih! Ingatkan dalam movie je ada. Adoi.. Lepas tu memang lah, asal dia buat hal, saya lari dulu. Tak nak terlibat dah. Cikgu pun banyak kali pesan jangan layan dia sangat. Biarkan je..... Dan sekarang saya belajar balik benda tu,. ^_^ Patut lah doktor tu dulu nampak sangat cool lagi yakin, dia dah biasa jumpa agaknya. huhu..

Makna kata, psychology memang seronok lah nak belajar. Boleh tengok perangai orang dan perangai kita sendiri. Macam scanner. Eh, sebut pasal scanner nih baru teringat dulu kat smka, golongan2 orang yang boleh kasyaf nih kitaorang panggil 'Scanner' sebab dia macam scanner la kan, boleh scan dalaman2 orang nih. Tapi wallahualam lah. Saya tak tahu kasyaf itu adalah cabang psychology atau tak. Wallahualam. Sapa tahu, boleh share kalau rajin.. hehe.

Tahun 5 nanti kalau tak silap ada belajar bab-bab psychiatric. Waaa! Best2.. Erm, tapi saya suka belajar psycho je, nak jumpa orang psycho saya tak suka. Macam mana nih nak melawat hospital sakit jiwa nih? Mereka dah la mysterious lagi menakutkan. Silap-silap saya yang lari dulu kang . Pangkah awal-awal lah bidang nih. Adeh. Saya dah la anti saspen yang horror2 ni. Tambah-tambah yang overpsychic macam citer Saw tu, boleh sakit jantung, memang saya tak pernah sentuh walaupun siri satu.... >_<

Huh, takpelah lambat lagi pun. Ada setahun lebih lagi baru sampai situ. Yang penting sekarang nih dah selesai pre-klinikal. Yes! Alhamdulillah... Semua dah selesai. Exam ikhtiari tinggal lagi dua je -25 dan 28 nih. Lulus dah sudah, tinggal nak naikkan markah je lagi. Yang ijbari semua dah tamat...~ ^_^ Yeay!

Ok, dah la. malam ni ada iftar kat luar. Malam ni jugak housemate sorang dah nak balik Malaysia. Lagi sorang 28 nih. Diri sendiri je lah yang tak balik dalam satu rumah ni. Sob2.. Sedih2. Raya nanti buat rumah tertutup je lah. Nak lari serbu rumah orang.. Selamat balik Malaysia kawan2~ T_T

Done, lama sungguh tak buat tulisan cerita panjang lebar macam nih. Sori pada yang terhabis masa. Saya dah gian. hehe. Dalam minggu ni insyallah nak gi Readers kat Cosmo, teman orang. Ada sapa-sapa nak menempah? ^_^

Ok, jumpa lagi!

p/s:
shoutbox saya tak dapat nk membalas sbb kalau lalu backdoor ni, dia tak kasi can tulis shoutbox. So apa2 hal, di komen ya!

To kak guest: Alhamdulillah dah selesai kak! hehe. tq~

Final Preclinical

12:58 PM 10 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Ni hari kedua anything related to blogger memang tak dapat nak dibuka di Jordan. Kenapa eh? Takkan kena banned kot. Haish, jangan....

So, macam mana boleh tulis nih plak nih?

Hehe. Use back door. Google on 'how to go to restricted site' and alhamdulillah berjaya! Hehe..Astagfirullah~

Anyway, takpelah. Since secara skemanya blogger tak boleh nak bukak buat masa nih, maybe ini adalah petunjuk untuk fokus study.Acece, tapi betul lah.. Final dah terlampau dekat.

22 - Psychology
25 - Farm Animal
28 - Animal Health

Habis final ni nanti,bila dah keluar result, bermaknanya tamatlah sudah siri riwayat hidup sebagai pelajar perubatan tahun tiga kat sini. Next September, insyallah bakalan naik klinikal sebagai pelajar tahun empat pula.. Tiga tahun terawal sudah selesai. Ada lagi tiga tahun perjalanan berbaki.

Makanya, saya nak minta kawan-kawan pembaca doakanlah kami di sini. Semoga segala perjalanan kami dipermudahkan dan keputusan kami cemerlang, gemilang dan terbilang (*lama betul tak pakai ayat ni*). ^_^

Ok, Till then, jumpa lagi selepas blogger in Jordan kembali pulih or after exam.

Salam~

1 minggu

12:23 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

How's your Ramadhan?

It's already the 6th~

Kejar! Kejar! Lagi 24 hari je tinggal...



- credit : brotherhood arts -

Tarawih

5:16 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum...



Hari ni saja-saja nak cerita pasal solat terawih dekat sini. Nak tulis lepas solat malas, mengantuk. So, sekarang je lah..

Selalunya time Ramadhan saya pergi solat dekat Masjid Taal je. Dekat dengan rumah. Tarawih dekat sini memang 8 rakaat sahaja sentiasa.

Time terawih selalu orang penuh sampai melimpah-limpah keluar. Tapi saya dan ahli rumah memang lagi suka sembahyang kat luar. Hehe.. Berlantaikan sejadah dan berbumbungkan langit. Lagi best kot. Lagi luas, lagi sejuk, lagi selesa, lagi khusyuk. Dalam kadang-kadang panas dan berhimpit kalau terlampau penuh. Tu malas tu.

Tapi kadang-kadang selalu gak sembahyang belah dalam. Itu selalu nasib lah kalau lewat kitaorang dikira awal haritu. Huhu. Kalau duduk dalam, kena solat depan-depan baru selesa.

Dekat Jordan, orang tak biasa datang masjid dengan pakai telekung. Diaorang kata macam hantu. Memang ah sebab telekung orang melayu je putih suci bersih macam tu. Orang Arab punya kaler-kaler. Tapi sebab masjid ni dekat sangat dengan rumah, kami hentam je buat. Hehe. Senang~

Orang Arab suka bawak anak dia datang solat sekali. Sama la macam orang Malaysia. Cuma lainnya, kalau budak-budak arab ni bising dalam masjid, kaw-kaw makcik arab lain marah diaorang kuat-kuat. Jangankan budak kecik je, budak besar macam kitaorang pun kecut perut dengar makcik arab mengamuk time tu. Hoho. Orang Malaysia mana main dah marah anak orang depan-depan orang ramai kuat-kuat macam tu, kan?



Time solat kalau boleh saya tak berapa nak duduk sebelah budak kecik arab sangat. Kalau yang dah pandai takpe, tapi kalau yang baru nak berlatih solat tu memang boleh buat saya tak khusyuk sikit lah. Sebab nak tergelak tengok diaorang solat.

Macam semalam ni lah. Duduk sebelah budak kecik umur dalam 3 tahun kot. Semangat dia nak belajar tapi melawakkan. Orang rukuk menghadap kiblat, dia rukuk membelakangkan kiblat. Nak tengok kakak dia buat macam mana kot. Huhu. Bila dah lama sangat solat, jadi bosan, dia main cak-cak plak dekat kakak dia yang tengah solat tu. Adoi.. Jenuh kakak dia kejap tarik kejap pegang budak tu biar diam waktu tengah solat.

Tengok budak tu teringat adik kat Malaysia dulu. Perangai sebijik macam tu. Orang nak pergi solat, dia nak ikut. Alhamdulillah, ok la fine bawak je. Tapi time solat tu, macam-macam benda dia buat yang melawakkan. Budak baru nak belajar lah katakan. Nak tahu macam mana?

Contoh waktu kita tahiyat akhir. Dia duduk dah tapi tak tahu nak buat apa lepas tu. So, dia raba-raba tangan mama kat sebelah. Oh, mama tengah angkat satu jari (waktu kalimah syahadah) so dia pun angkat satu jari gak. Lepas tu dia rasa-rasa lagi tangan mama tengah buat apa. Dah puas hati konfirm betul, baru dia buat kat diri sendiri.

Itu satu hal. Kalau dah main raba-raba pun dia tak faham lagi nak buat apa, terus dia selak telekung mama tengok apa yang mama tengah buat. Lepas tu dia letak balik before buat dekat diri sendiri. Bila dah habis solat, mama nak marah pun tak sampai hati . Tahu dia baru nak belajar. Tapi memang kena tahan la kot. Tahan khusyuk dan tahan gelak. Jenuh duduk sebelah budak-budak baru belajar nih. =)

Erm,tahun ni langsung tak sambut ramadhan kat Malaysia. Rindunya nak pergi tarawih sama-sama ramai-ramai dengan famili. Dulu time duduk Kampung Kedah, pergi tarawih macam pergi rombongan apa je. Ramai giler jalan berbondong-bondong. Mak, tok, makcik2, sepupu, adik2 semua pergi sekali. Tapi orang-orang muda selalu lari balik time 8 rakaat, tinggal orang tua je habiskan 21 rakaat kat masjid. Hoho. Ntah apa-apa, terbalik plak tenaganya~ Tapi best! ^_^

Tak apalah, 3 tahun je lagi pun. Lepas ni boleh buat kat Malaysia puas-puas. Yang penting bersyukurlah tahun ni jumpa solat tarawih lagi. Alhamdulillah~

p/s: semalam jugak ada sorang budak ni tak sudah-sudah tenung kami. Kami pun tertenung dia lama sungguh. Terpegun dengan mata bulat dia yang sangat biru macam air laut. Subhanallah. Lawanya~ @_@

Juzuk

9:56 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum...


Promosi...promosi...



Juzuk

hari ini
juzuknya sudah lengkap untuk aku membenih
khusyuk cinta Nabi dan Ar-Rasul
tatkala risalah yang tersebar luas
pada bendera yang terpalitnya darah syuhada
tidak dikaburi dengan nafas alpa manusia
-Rahman D

Tuesday, August 10, 2010


Judul: Juzuk
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Hazwan Ariff Hakimi, Muhammad Iqbal A Ghani & Shahkang
Pengarang: 21 penulis luar negara
Penerbit: GKLN Publishing House
Jumlah halaman: 156
Tahun terbitan: 2010
ISBN: 978-967-0110- 00-4
Harga: RM (akan diberitahu kelak)

Klik sini untuk tempahan~
# Kalau nak menempah kepada saya, sila inform a.s.a.p ya..

*************************************************************

P/s:

To Arina dan seisi krew kot putih,
Ampun maaf zahir batin daku terlupa nak promosi buku Kot Putih kat sini. Draf terlupa nak publish sejak terlampau bahagia balik Malaysia. Dah jadi perkasam, tak dapat nak diselamatkan.. Hoho.. Sila lah buat edisi kedua. Insyallah on the spot keluar je, terus akan muncul kat sini. hehe.. Peace!! ^_^

Munzir

10:33 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum..


(gambar hiasan dari internet)

" Kau nak jadi apa besar nanti? "
" Aku nak jadi askar.. "
" Wow, kenapa? "
" Aku nak bunuh Israel.. "

Terdiam kami waktu dengar budak sekecil usia 13 tahun ini bercerita tentang impian dan kisah hidup dia.

Munzir..

Budak Palestin yang kerja sebagai tourist guide di Jerash ini banyak buat kami terpaku.Kami jumpa dia waktu saya dan WNA pergi bawa tetamu Jordan dari Russia dan US yakni Yaqin dan Nurul pergi jalan-jalan dekat sana.

Dah lama tak nampak budak Palestin yang bersemangat macam dia dekat sini. Yang selalu jumpa jenis yang macam dah lupa asal-usul. Ntahlah, mungkin saya sendiri yang tak pergi tanya. Wallahualam.

Tapi Munzir ni akhlaknya memang mantap.

Dia datang offer diri untuk ambilkan gambar kami. Mula-mula kami was-was jugak dia ni mintak cas atau tak, tapi rupanya semuanya free. Lepas tu bila kami ajak dia temankan kami jalan-jalan sambil cerita sejarah sini, dia ikut tanpa minta bayaran pun.

Sampailah dekat tengah jalan, tiba-tiba kawan-kawan dia datang marah-marah dia sebab kasi free dan suruh cas kami. Kesian budak nih. Banyak kali kena marah, tapi dia maintain tenang je. Diam je. Tak mintak duit kat kami gak tu lepas tu. Respek lah! Time kami berehat dia pergi jumpa seorang abang sambil peluk-peluk pinggang abang tu macam abang sendiri, even dah kena marah dengan abang tu jugak tadi.

Sampaikan Nurul sendiri tertanya-tanya "Budak ni takde emosi ke ha?" -_-' Ntahlah.

Mula-mula dia bawak kami pusing-pusing sampailah dekat Collaseum tu dia dah macam tak larat. Panas sangat-sangat waktu nih. So, kami bayar 2 dinar yang kami janji dekat abang dia. Lepas tu kesian tengok dia penat, kami offer dia air. Tetiba je dia jadi semangat excited terlebih nak sambung bawak kami jalan-jalan. Aik? Laju giler cas energy. Haha. Siap cari port suruh kami duduk berehat lagi.. =)

Saya dan WNA yang dah dua tiga kali datang Jerash pun rasa macam first time datang sebab Munzir cerita banyak sangat sejarah baru tentang kawasan tu. Dia kata ayah dia yang ajar dia dulu waktu dia baru sampai. Memang menariklah dengar dia cerita.

Munzir ni pandai. Dia rileks je sabar dengar Nurul dan Yaqin interview dia sambil tersekat-sekat susun ayat dalam Arab. Siap kadang-kadang ayat tak habis susun lagi, dia dah jawab dulu. Haha. Lawak betul.

Ayat Munzir pun dah campur-campur fushah dan ammi. Dia ada ajar juga Yaqin dan Nurul sebutan yang betul dengan perkataan-perkataan baru. Boleh main tebuk-tebuk ayat quran lagi.Bagus budak ni. Saya dan WNA di sebelah membantu bila perlu je. ^_^

Kami tanya dia, duit kau dapat sini kau buat apa? Dia jawab, bagi kat mak beli tepung, buat roti. Dia anak sulung. Kena tolong ayah kerja jugak. Dia semangat sangat cerita pasal keluarga dia. Seronok kami dengar. Habis semua pakcik-makcik dia punya nama pun dia cerita. :)

Tapi kami kesian sebab nampak sangat dekat kawasan ni semua duit yang dia dapat akan kena tapau dengan kawan-kawan dia yang lebih besar. Silap jugak tak beritahu dia awal-awal suruh sorokkan half yang kami bagi. Awalnya kami kasi 2 dinar, sebab nak belanja dia makan sekali bila habis nanti. Ingatnya nak bagi lagi duit nanti. Sekali budak-budak besar lain kerumun dia waktu kami dah jalan jauh sikit.Langsung dia tak dapat ikut. Ish...

Akhlak Munzir cantik sangat. Memang kami semua rasa sayang sangat dekat dia. Kasihan lagi lah berbukit-bukit banyaknya. Cumanya kami harap akhlak dia ni terjaga sampai dia besar nanti. Kalau difikirkan yang dia ni bercampur dengan budak-budak perangai teruk yang lain tu, memang harap lah sangat-sangat semua besar nanti dia tak ikut perangai diaorang.

Kalaulah semua budak kat sini perangai macam Munzir kan best. Tenang je hati tengok. Nak sayang pun senang. Moga Allah pelihara Munzir daripada sebarang perkara yang tidak elok dan memudaratkan dia. Amin...

Mode: Rindu Munzir~ ^_^

Luar Biasa Hanya Di Ramadhan sahaja

5:32 AM 4 Comments A+ a-

Semalam hari first puasa kan?

Dalam bulan puasa ni banyak benda yang lain sikit lah selalu jadi. Luar biasa. Biasa dalam Ramadhan je.

Tahun ni, macam biasalah bulan Ramadhan kelas makin awal dan makin pendek. budak-budak datang kelas pun makin sikit nampaknya. Apesal ntah. Sambut Ramadhan kat rumah kot. No comment.

Keluar pukul 7 pagi, balik pukul 10 pagi pun kedai banyak tak bukak. Sunyi sepi sikit lah pagi 1 Ramdhan nih. Dia gempak malam je kot.

Kedai-kedai luar, dah jual air tamar hind ngan air lemon. Qataif pun ada. Yum2. Kedai kat sini jadi semua kaler-kaler. Sebab ada tanglung dengan lampu liplap lawa tu. Nak bawak balik lah satu habis studi nanti. Biar Ramadhan Malaysia kalerful sikit. haha..



Lagi satu kan, bulan puasa ni bulan mengajar erti kesabaran. ye tak?
Nak marah orang tak leh..... bulan puasa weh!
Nak kutuk orang tak leh..... bulan puasa weh!
Nak buat jahat tak leh...... bulan puasa weh!
Nak makan-makan tak leh..... bulan puasa weh!

So kalau tengah hati sakit gundah gulana nak buat macam mana? Tido jangan suruh lah, panas ah tengahari tak leh tido. Baca quran/ solat - kalau dah cuba banyak tapi still tak hilang?

Yelah, puasa + summer + kelas + kerenah orang + handset rosak seminggu + internet macam chipsmore = hati jadi werewolf!

Semalam tengahari memang saya rasa pun benda tu. Dugaaaaannnnnn~ Nak me-rebel lebih-lebih tak boleh, puasa. Tiba-tiba dalam bahang tu dapat la pulak satu idea - tahu apa?

Lepas geram sambil baca buku!! How? Feeling-feeling la lebih sikit bila baca tu. Erm, agak tak leh pakai jugak la idea ni untuk sesetengah orang. Lantak lah tapi saya okay je buat semalam. Haha.

Buku target : Twilight series. Sebab? Ntah, macam best plak jadi vampire dengan werewolf time marah. Hoho. Mereng!



Memang tak pernah baca dan tak pernah tengok movie dia sebelum ni. A little bit ketinggalan zaman kan? Takpe, yang penting boleh pakai time nih

Baca buku vampire ketika kebengangan adalah sangat kasi efek tahu.Boleh rasa dia punya jiwa vampire yang sejuk beku dan werewolf yang panas berapi tu. Baca penuh khusyuk sambil bayang semua jadi depan mata.Eh, tapi you vampire don't ever dare to come to my room! Saya tidak sepelik Bella Swan untuk maintain cool tanpa takut. >_<

so,
Dari sebelum zuhur ke lepas asar: Twilight setel!
Dari lepas asar ke pukul 12.30 malam : New moon setel!


Lagi dua je lagi tinggal : Eclipse ngan Breaking Dawn.

(p/s: baca tu baca gak, solat jangan lupa na~)

Habis new moon, kepala jadi rollercoster. Tepu. Sendat. Tak leh masuk cerita baru dah. Ini kira rekod la nih baca buku 563 + 498 mukasurat dalam masa satu hari. Baca satu-satu tak main lompat-lompat pun. Baca buku medik pun tak pernah berjaya macam nih. *Terharu*

Esoknya, semangat kasitau kawan berkaitan tentang pencapaian pelik nih. Diaorang jawab apa tahu?

Arina (sumber pinjaman buku) : Tahniah2!
Aliaa (kawan jalan kaki gi sekolah) : Ko gila!

erk,Haha.. Huh..huhu.. ngeee, memang tak betul pun semalam..

Takpelah, yang penting alhamdulillah habis je baca buku tu dapat tidur dengan tenang sebab dah penat. Dah tak marah-marah. Tak rasa sakit hati pun. see? see? Berjaya~! ^_^

Ramadhan yang luar biasa! Berjaya menjumpai satu lagi cara menghapuskan marah dan kecewa. hehe. Alhamdulillahhhhhhh~

Jumpa lagi~

Marhaban Ramadhan~

10:57 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

************************************************************

" Pesan Nabi:

“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”


(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)"


*************************************************************

RAMADHAN KAREEM, kawan-kawan!!

Minta maaf salah silap. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bagus dari Ramadhan-ramadhan sebelumnya. insyallah~ ^_^

Love Ickle n Lardee

7:30 PM 3 Comments A+ a-

Salam

Having bad time, dude?

Let me introduce you to this little creatures. They are brilliant enough to give you such a great time. I bet you can't really resist to smile when you see them.

So cool and cute~



So here they are : Ickle and Lardee !!! *clap.clap.clap* ^_^

Sarkas-tik

10:58 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum...




Simpulan bahasa / peribahasa / perumpamaan :
Satu method orang melayu untuk berlapik dalam mengajar. Kadang-kadang tajam menikam walaupun bunyinya macam sedap tanpa perisa. --> SARCASM - berunsur sarkastik.

Eh.eh, orang bukan melayu pun ada bahasa macam simpulan bahasa jugak. Kalau orang putih, ada yang " as __ as ___ " tu. Amende ntah nama dia, saya lupa. Kalau Arab pulak ada tasybih. Yakni contohnya "Saya jumpa lautan dalam kelas". Fuh, hiperbola gitu.

Hujung minggu ini saya baru belajar dua peribahasa sarkastik baru dari dua buah negara (Rusia dan London)- credit to kisah benar kawan dan satu lagi dari buku. Yang dari London tu macam dah lama pakai, tapi uniknya dia men-scientifik-kan ayat. Uiks, macam best jugak nih. At least orang tak paham takkan terasa. Haha..

Let us begin~

A) Dari Rusia

Seorang cikgu sedang tension anak muridnya asyik tak dapat jawab soalan.

Cikgu : Kepala kamu ni ada otak ke ada cabbage?
Murid : *Blur* Apa kaitan otak ngan cabbage?
Cikgu : Cabbage tu kalau bukak punya bukak, last-last takde apa2. Ada paham?
Murid : *sob sob* Tak baik ooh cikguuu~ T_T


B) Dari London

Seorang kawan sedang tension kawannya lambat bersiap lalu dia kasi sms.

*Teet..teeett...*

To: A bukan nama sebenar
From : Z ialah nama betul

‘Oit Escargot…kitorang tunggu kat Hyde Park’

*...(Tamat)..."


"Escargot??! Kira berhemah la konon dari nak panggil aku ____? Mereng!" kata penerima sms.

Sekian~

Haha.. Sarcastic giler kan? Boleh terdiam terus kalau kena penampar angin macam tu. ;p Ini boleh kira macam simpulan bahasa moden ke eh?

Cakap tentang sarcasm ni, rasanya dia macam antidote untuk orang marah kan? Sangat melegakan dan kadang-kadang boleh buat orang gelak tak henti. Tapi ingat! Kalau salah pakai, kadang-kadang boleh jadi sangat insulting dan membahayakan diri sendiri dan orang di sekeliling.... You can hurt others~ =(

So, kesimpulannya kalau nak ber-sarkastik silalah beraksi dengan orang-orang sekepala yang memahami sahaja. Ataupun sarkastic dalam hati senyap-senyap sudah..

Bila kumpul ayat-ayat moden ala-ala simpulan bahasa nih, satu benda yang tiba-tiba datang dalam kepala saya ialah "HLOVATE". Aaaaa, sangat suka sarcasm dia! Cruel yet cute and funny~ Hehe. Erm.. Tapi kalau sampai se-sarcasm Dr Gregory House - ouch, that's really hurt! *Takmau* =)

Positively said, sarcasm can turn out to be supportiveness. But it depends on how to accept them in your heart. How? Just ignore the bitter side. Done!~ *\^_^/*

Kuiz: Apakah itu escargot? ^_^ Jawab..jawab! Hehe..

Fighting!!

12:44 PM 3 Comments A+ a-



Kepada : Orang Letih
.
.
.
.

Assalamualaikum~

“Teruskan bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruskan berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruskan berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruskan bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjalan, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”


Sekian. Ganbatte! Fighting! Wassalam~
.
.
.
.
Daripada : Orang Semangat

Masih ada kah mereka?

4:26 AM 2 Comments A+ a-


Assalamualaikum

Dah berminggu-minggu Radin promosi cerita Liar Game. Best katanya. Dulu awal-awal saya usyar macam memeningkan kepala. Tambahan aura dia ada macam psycho-psycho cerita Saw je. Anti sungguh la cerita kejam bunuh-bunuh gitu. Sakit jantung. Tapi bila Maisarah confirm cerita tu takde bunuh-bunuh pun, saya setuju untuk tengok.

Ok, kesimpulan pertama : Owh, macam ulangkaji Psychology je nih ayat-ayat dia.

Kemudian saya terkesan sesuatu. Betulkah semua orang tak boleh dipercayai?

Radin awal-awal dah pesan jangan pikir macam tu. Dia kata secara positifnya sepatutnya kena kata "Kita perlu berjaga-jaga dengan semua orang". Haih, sama je la...

Tapi lepas tu saya pilih untuk lebih melihat kepada ketabahan watak utama apabila dia sering ditipu tak sudah-sudah.

Dalam kepala saya masih lagi tertanya-tanya : Memang wujud lagi ke orang pure macam dia?

Saya jadi teringat beberapa buku novel Islami yang saya baca di mana kebanyakan watak utamanya digambarkan sebagai seorang yang perfect luar dan dalam. Baik, soleh, tak pernah bersangka buruk. Hati suci bersih pure. Sedikit salah atau kecacatan langsung tidak digambarkan. Memang perfect! Orang dah boleh kata memang dia baik macam malaikat sangat dah.

Buku-buku macam tu kadang-kadang buat saya keliru sama ada mahu percaya atau tidak masih ada lagi manusia seperti itu. Apatah lagi dalam zaman ini. Macam berjumpa dinasour je rasanya kalau ada yang seperti itu..

Tapi pagi tadi, hari saya macam dah penuh rama-rama apabila semua orang yang saya jumpa semuanya sangat mengembirakan hari saya. Terasa persoalan dalam hati sudah terjawab. Bagaimana?

Dalam sibuk-sibuk beratur berebut nak naik bas, ada akhawat melayu yang mendahulukan sahabatnya yang lain walaupun bukan dari batch sendiri. Sewaktu saya terkial-kial nak buka tingkap yang ketat, tiba-tiba ada tangan dari belakang yang membantu tanpa diminta. Bila dipandang oh akhawat Turki rupanya- "syukran!" ^_^. Bila nak bangun untuk keluar bas, saya terlanggar seorang akhwat Arab lalu segera saya berundur sambil meminta maaf, tapi dia pula berkali-kali membalas "It's okay, go on. You first," sambil tersenyum.

Sepanjang di jamiah pula hari ini semua yang saya jumpa semuanya nampak ceria. Waktu makan di kafe, ada junior tiba-tiba datang menghulur air soya hadiah dari doktor diaorang. Kami terambil banyak gara-gara excited tapi mereka cool saja sambil ketawa - bukan senang saya nak beramah dengan junior baru, sedikit segan tahun ini.

Pendek kata hari ini hari penuh bunga. Best! Sikit pun hati tak ada masalah. Kalau setakat orang buat bising, mengantuk atau hal kecil-kecil semuanya macam tak ada kesan. Yang menceriakan itu lebih banyak dari yang meresahkan. Semua orang macam sangat baik la hari nih~

Lalu saya jawab pada soalan sendiri : See??!!

Hey hati, kenapa mesti nak persoalkan masih wujud atau tidak orang sesempurna itu? Sedangkan Rasulullah dan para sahabat pun pernah tunjukkan akhlak sedemikian. Maka tak mustahil masih ada lagi penyambung dari generasi kini. Kan kau sendiri dah rasa betapa bahagianya kalau semua berakhlak mulia tanpa sengketa ataupun berburuk sangka?

Lagipun Allah itu kan ada? Jadi tak mustahil mereka yang kau tercari-cari itu juga wujud di sekeliling kita..

Lagipun wahai hati, kenapa mesti mencari? Kenapa tidak kau sendiri dahulu yang jadi?


Come on~

Makin lama makin terasa kan aura Ramadhan makin mendekat. Mungkin ini salah satu nya.
Why not kan? ^_^

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~ Rindunya... *Countdown*

Welcome back Famili Pisang!

4:10 AM 7 Comments A+ a-



Tahun lepas, saya ada cerita tentang mereka di sini. Eh, tapi bukan yang second family tu (keluarga mak ana) tapi yang family baru dekat perenggan pertama tu..

Dah setahun rupanya saya tulis..

Dalam setahun tu, banyak betul benda dah jadi.

Ada yang dah grad,
Ada yang dah kawin,
Ada yang dah dapat anak,
Dan ahli keluarga baru kami makin bertambah jugak..

Tapi yang tak bestnya, dalam setahun tu jugak komitmen luaran makin banyak, jadi ramai yang keluar dalam berat hati dan meninggalkan dunia kami. Bukan tak mahu jadi keluarga lagi, tapi sebab ada maslahat lebih besar yang sedang menanti. Dan dunia kami di sana pun makin lama makin sunyi. Seorang demi seorang pergi termasuk saya sendiri.

Tak apalah, tak penting pun semua tu asalkan ukhwah masih kukuh dan masih saling mengingati. ^_^

Tapi kan....

Minggu lepas, ada seorang kakak jemput kami semua balik kampung!

Rindu katanya. Lagipun lama tak sembang ramai-ramai macam dulu. Nak jugak update cerita-cerita baru mereka yang dah lama tak dengar khabar berita. *Seronok2!*

Kalau orang tanya apa yang best dekat sana, saya akan jawab : The people!!

Sembang dengan diaorang memang boleh padamkan bara yang marak kalau ada dalam hati. Bosan-bosan memang tentulah konfirm tak ada dah. Asyik-asyik gelak sahaja depan komputer. Pulak tu ada seorang dua famili di sana wujud di depan mata saya, kalau kami jumpa boleh plak sambung gelaknya. haha.

Look useless?

Naaa~ Ini salah satu cara mewujudkan 'hari wardah' bak kata salah seorang dari mereka dulu. ^_^ Plus, saya percaya dalam beberapa tahun lagi kami boleh berkumpul semula beramai-ramai bertentang mata di Malaysia. Just wait~

So my dear Pisang Joget Komuniti,welcome back! Glad to have you guys around~ (^_^)y
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *