My 3A'S

Assalamualaikum

Lagi dua hari nak exam dan lagi 16 hari nak balik Malaysia. *x sabar*

Semalam baru sudah telefon mama dan abah. Diaorang kat kampung Sabak Bernam, tengah ikut nenek buat kenduri kesyukuran kat sana. Waktu telefon semalam, latar belakang suara memang tengah bising teramat - tanda ramai orang. Kata mama, seorang orang turun kenduri dari yang paling tua hingga yang paling muda (aduh, cemburunya!!) kecuali anak-anak sendiri.

Hahaha, baru perasan rupanya kali ini mama dan abah balik dating berdua sahaja sebabnya saya dan Asyraf masih di luar negara, Amira di Sri Puteri sibuk exam manakala Aiman pula sibuk dengan latihan bola baling dia. Semua tiada! Maka, tinggallah mama dan abah sahaja yang pulang ke kampung sana. huhu. ^_^

*********************************

Bercakap tentang Aiman, baru-baru ini dia pecah rekod lagi. Clean clear punya antara kami adik-beradik yang lain. Selama ini ingatkan dia kaki bola sepak sahaja, rupanya-rupanya sekarang dah jadi jagoan bola baling pulak di sekolah dia. Kalau bukan sebab status Facebook guru kami di SKPTM tu, saya tak tahu pun dia berjaya terpilih sebagai wakil Penang untuk sukan bola baling ke peringkat Kebangsaan. Dulu mama cerita takat negeri sahaja. Amboi2, sakan sungguh budak nih!

Memang antara kami empat beradik, dia satu-satunya yang cenderung ke bidang sukan. Semuanya dia sebat, pantang ada peluang. :P Tapi takpelah, itu petanda yang baik. Sekurang-kurangnya dia ada keunikan tersendiri - SUKAN. Punyalah gila sukan sampai bila ditanya nak hadiah apa kami balik nanti, asyik minta barang-barang berunsurkan sukan sahaja kerja dia. Ish2..

But still, I'm proud of him! Tak sabar nak jumpa dia balik nih. Mesti tambah tinggi + hitam lagi budak tu. Hahaha... Balik ni, mama dah pesan suruh sental dia kasi study lebih sket. Dia dah nak UPSR. Siap kau balik nih, hehe~! *evil sister*

*********************************

Tentang Asyraf pula, dia macam dia lah. Tak termampu dah nak challenge akademik dengan dia. Huhu. Baru-baru ni dia cerita dia dapat aftomat untuk biology, latin, anat dan histo. Sudahnya final nih orang lain kena amik sampai 4 subjek, dia rilek-rilek je boleh ambil 2 je yang tak aftomat lagi -Kimia dan Physic. Gulp~ *jeles betul dengan sistem Russia macam ni*

Tapi yang lawaknya, dia tak sudah-sudah mintak nota dari Jordan. Dah la kekurangan lecture notes , buku teks pun pinjam library.Susah gak tu rasanya diaorang nak survive. Mantap2x! Nasib baik jugak dia ada kakak sama kos, senang kerja budak tu nak minta donation supply nota dan buku. Kan?kan? Hehe.. Takpe, baik-baik gak, upah mau ada. :P

*********************************************

About Amira, she is the our celebrity today~ HAPPY BIRTHDAY DEAR!!!!!!!!!!

1 June 1996. Tak dapat ingat clearly sangat time dia lahir as i remember every second of Fatimah's birthday. Tapi tak kisahlah yang itu, yang pentingnya di kampung-kampung kami setiap kali 1 Jun mesti meriah amat sebab di belah Ayah, dia sama birthday dengan Tok Wan. Di belah emak pula, dia sama birthday dengan sepupu lagi sorang. So senang cakap, birthday dia sentiasa outstanding. Huhu..

Dia dah tingkatan 2 sekarang. Makin matang rasanya sejak dah makin lama duduk asrama nih. Lama dah tak sembang dengan dia. Facebook pun dia dah jarang online, nak telefon apatah lagi. I guess Sekolah Sri Puteri memang deadly busy. :P

I wonder how she is right now? Sihat ke dia? Ok ke akademik dia? Dia still pegang jawatan batch leader yang memeningkan kepala dia lagi tu ke? Dia still ada problem bas balik kampung lagi ke? Dia still bajet cool depan kawan tapi dengan kami manja-mengada-tak-mau-balik-sekolah lagi ke? Dia still the same kaki melaram ke? How is my little sis right now? ^_^ Gosh, i miss her so much!!!!

Dear my sweet-14-Amira Amalina, happy birthday! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dalam segala hal. Kak Ina doakan moga-moga apa yang dihajati bakal diperolehi. Bitaufiq dalam exam nih. Teruskan usaha, solat jangan lupa, doa + tawakkal - Insyallah, pasti berjaya. A little present for you (The big one, tunggu kak ina balik nanti) :

For you, My Exceptional Sister

She's one in a million,
Our wonderful sister;
She's smart and she's strong;
We just can't resist her.

Sis, we're so glad
You're in our family;
We really do love you,
As you plainly can see.

So have a great birthday;
Know we're thinking of you,
Giving love and support
In all that you do!

Muahh! Love you~ (>_^)Y

**************************************

Oh tidakkk~ Hormon homesick dah mula datang balik. Nak balik! Nak balik! Cepatlah habis~~~~~~~~~ T_T

Doakan saya berjaya lalui exam dnegan cemerlang dan dapat balik Malaysia dengan bahagia dan excited. Please.Please. Sekian. ^_^

p/s: Gambar tidak berjaya dimasukkan gara-gara internet over lembap. Next time~

p/s lagi : To all seniors-seniorita Medik di Jordan, congratz! Whoaa, dah grad! Tumpang bangga dengan kalian. Tahniah2! Alhamdulillah~~~ Doakan kami seterusnya pula. ^_^ AL-dentist dan Al-Yarmouk tak dengar cerita lagi. Amacam? Habis dah gak ke? Kalau dah, inform eh. Nanti saya update. ^_^

p/s seterusnya : Tolong doakan keselamatan anak2 kapal LL4G yang diserang di Gaza. Hantu punya Israel~ Tak habis-habis nak buat keras kepala sendiri. X_X

Final Exams On The Air..





2 JUN - Midterm UGS
6 JUN - Final UGS
12 JUN - Final CNS I
15 JUN - Final CNS IIhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
16 JUN - Final Management
17 JUN - Final Ethics


Good Luck semua ! JUST + Yarmouk~ Senior + Junior~ (^_^)Y




*************************** DOAKAN KAMI YA !!! **********************

Sekarang baru tahu


Assalamualaikum

Ada lagi kurang SEminggu nak mid exam UGS. Semua makin sunggu-sungguh buat preparation.

Akhawat batch saya ada anjurkan kelas tutorial untuk subjek Anatomy dan Physiology untuk sesama kami. Kelas ini untuk kami cover beramai-ramai secara cepat dan menyeluruh. Juga sebagai satu medium untuk satukan kefahaman takut-takut ada yang tersalah faham dahulu.

Dalam kelas tutorial Anatomy Sabtu lepas, kami dibahagi ikut grup. Ada dalam 7 grup. Masing-masing akan diajar oleh tujuh tutor yang bertukar-tukar ikut tajuk setiap sejam.

Saya jadi salah seorang tutor Anat untuk kelas tutorial ini. Kena ajar dua bab Female Genital Organ yang merangkumi 11 mukasurat buku termasuk dua subtopik yang doktor kami langkau sebab tak sempat baca. Huhu, actually saya sengaja pilih bab tu sebab nak pastikan saya baca dan faham sefahamnya sebelum memahamkan orang lain sebab bab tu tak diajar dalam kelas. Secara tak langsung, saya boleh lebih fokus.

Kami mula dari jam 1.30 sehingga maghrib (7.30 malam). Ada rehat kat tengah-tengah.

Kali ini sistemnya murid duduk diam, tutor yang bergerak dari satu grup ke grup yang lain. Tajuknya kekal untuk setiap grup. Maka, sepanjang hari saya mengajar dua bab itu selama tujuh kali ulang sampai dah rasa boleh hafal sebijik-sebijik ayat buku bab itu sahaja. (Patutlah Dr Ziad Microb itu dah rasa macam buku teks microb bergerak sbb dia asyik mengulang benda yang sama je.... hehe.Now i know~)


Dalam sepanjang 6 jam tu, saya perasan pada 2 jam terakhir, muka anak-anak murid dah makin layu. Tegang semacam macam kena paksa telan ubat pahit. Hoho. Faham dah! Tepu sangat dah la tu. Tapi sebagai tutor yang kena ngajar gak, nak tak nak terpaksa saya ngajarkan kasi habis gak sebab nanti memang takkan sempat.

Terpaksa jugak sebenarnya buang rasa "eh, diorang ni tak nak dengar ke? *sedih sket* " sebab kita faham yang diaorang dah tepu teramat. Cuma waktu tu tiba-tiba terlintas dalam hati yang ini agaknya yang lecturer saya rasa kalau kami kadang-kala tidur dalam kelas atau malas nak dengar dah dengan muka tak sabar balik. Wuuuu, ampunkan daku doktor! Seriesly tiba-tiba rasa menyesal gila. Adeh, macam mana nak berkat ilmu ni kalau cikgu ada rasa macam tu kan? T_T

Takmau dah buat lagi perangai macam tu insyallah~

Ok, hari ini actually ada kelas tutorial Physiology pulak. Konsep ubah sikit : guna konsep lecutre hall pula. Saya masih jadi tutor lagi. Kali ini bab Pregnancy dan Lactation insyaallah. Sekarang ni tengah blur nak ajar macam mana Physiology. Kenapa entah rasa macam susah sikit nak mengajar subjek nih. Belajar sendiri reti, mengajar tu susah sikit sebab subjek ni tentang proses - perlu bayangkan sendiri. Huhu..

Takpelah, let do our best! Fighting!

p/s : Saya suka mengajar sebab saya lagi cepat hafal kalau mengajar dari belajar. Mungkin sebab darah mengajar-mengajar ni dah sebati dalam keluarga kot. Hehe. ^_^

Cuti

Assalamualaikum

Satu perkara yang membezakan JUST dengan universiti-universiti lain di seluruh dunia adalah kadar kuantiti cutinya yang sikit. Sangat-sangat sikit.

Unik? Pelik? Lain dari yang lain? Tak tahu. Tak Tahu.

Sejak tahun pertama lagi menjadi pelajar di JUST, adalah dimestikan untuk kami wajib menghadiri summer semester selama sebulan sekaligus menyebabkan cuti summer sem 3 bulan yang biasa diperolehi oleh pelajar negara-negara lain / pelajar jamiah di Jordan yang lain tidak dapat kami nikmati. Cuti terpanjang di sini : 1 Bulan sahaja - Summer Time!

Dah tiga tahun jadi pelajar JUST.

Tiap-tiap tahun bila cemburu tengok orang cuti panjang berjela, dalam hati saya tak putus-putus bersuara " Takpe2, kita kat JUST grad awal.. Assobru minal Iman.."

Maka, tutup sahaja mata dan teruskan belajar dalam panas summer di JUST dengan bahagia.

Ok, dah dekat tiga tahun dah. So far, alhamdulillah rileks-rileks sahaja.

Tapi tahun ni, wallahualam entah kenapa ujian banyak betul datang bab-bab cuti nih.

1) Cuti untuk bulan 6 ni pun haritu dah kelam kabut sebab exam main tukar-tukar tarikh. Ini memang kena kat diri sendiri la. Maka, memang seminggu buntu dan tension apa nak buat. Tapi alhamdulillah sekarang selesai.

2) Cuti untuk bulan 8 pulak dulunya dengar dapat sebulan. Alih-alih sekarang dipotong seminggu. Tambah perencah lagi, budak-budak yang naik klinikal dengarnya up lagi potongan seminggu. Erk.. Aduh, seksanya dengar cuti dipotong-potong nih. Yang ini saya tak terkesan sangat sebab saya tak balik, tapi tengok kawan-kawan yang kena, maka rasa macam kesian jugaklah sebab aritu yang kes cuti bulan 6 ni pun saya sendiri dah rasa tertekannya macam mana. Huhu. Tambah lagi kesian pada kawan yang kena problem sebab nak balik kedua-dua bulan. Alahai, sabar yer.. Moga dipermudahkan urusan..

Ya Allah, berikanlah kami kesabaran tahap gunung ganang nak berdepan dengan kerenah orang arab nih.

Kot ye pun nak buat suprise macam nih, bajet-bajet la encik bahagian mana. Kalau Jordan-Malaysia tu jarak dia macam Ipoh-KL dengan tambang yang serupa macam bas Ipoh-KL, bolehlah kami nak rileks cool macho je terima berita macam ni. Ini dah menganggu perjalanan dan jadual ramai pihak di Jordan mahupun di Malaysia ok. Tak kesian ke? Aduh la hai..

Lagi bertuahnya, boleh plak datang bertimpa-timpa dekat final exam. >_<

Ish, sabar Ainul sabar. Tiga tahun setengah je lagi...

*Tarik nafasss, hembussss. Ulang banyak kali ye biar tenang selalu.*

Exam.exam.exam.

p/s: Adakah ini latihan untuk bakal kurang cuti bila kerja jadi doktor nanti? ~Maybe~

Freedom Of Speech

Assalamualaikum

A quote of day i got from a friend:

"When u attack Black people, they call it racism.
When u attack Jewish people, they call it anti-semetism.
When u attack women, they call it sexism.
When u attack homosexuality, they call it intolerance.
When u attack ur Country, they call it treason.
When u attack a religious sect, they call it hate.
But when u attack the Prophet(saw.), they call it freedom of speech! "

Tsk.Tsk.Tsk... >_<

Our world of Sosial Science is really in a bad of shape nowadays ~

Saya rasa..


Assalamualaikum

*GEMBIRA*
Kelmarin ada program batch "Will You Date Me?". Sesama perempuan batch kami sahaja. Alhamdulillah sangat best! Satu batch berkumpul balik sambil beraktiviti - makan sama2, game sama2, tengok band sama2, gelak sama2, bergambar sama2, tukar hadiah sama2, buang tebiat sama2. ;p . Lampu kejap off kejap on sebab banyak pakai lilin dan slide show. Pening tapi cantik~

****************************************************************

*CONFUSE*
Semalam pula ada majlis Solat Hajat Perdana untuk Malaysia seluruh Irbid di Masjid Jamiah. Rasa macam kat Malaysia pulak buat majlis dekat masjid tapi takde orang Arab. Jumpa balik semua orang Malaysia di Irbid.

Saya duduk sebelah kakak2 yang nak grad. Tengah-tengah sembang, tiba-tiba ada drama air mata berlaku. Dari jadi penonton, saya pun jadi ahli. Sorang kakak marah-marah manja bengang saya balik awal Malaysia awal sangat bulan Jun sebab tak puas nak jumpa sebelum nenek dan cucu berpisah . Sorang kakak lagi buat muka Pussy Cat The Shrek suruh saya balik Jordan awal sikit untuk join AGM sebab tak lengkap famili kalau tak cukup ahli. Aduh.. Serba salah saya dibuatnya. Nak tolak kasihan, sebab mereka supaya rapat-rapat belaka dengan saya. Nak terima payah, sebab saya tak balik Malaysia bulan lapan dah. >_< !!!!!

**************************************************************************

*CUAK*
Kelas sudah selesai semalam. Tinggal case discussion je lagi. Lepas ni semua orang busy exam final. Confirm bakal jadi ashabul kahfi. Tutorial batch pun dah mula penuh jadual.

UGS mid term yang bakal tiba ni 8 kredit hour. My last system yet the biggest credit ever! Berdebarnya masya Allah~

Kawan2, good luck!
Senior2 + Junior2 lain, selamat berjaya!
Bakal2 graduan Yarmuk dan JUST tahun nih, bitaufiq! You can do it~
Student2 Uni lain yang exam, ganbatte kudasai juga!

Yang lain, doakan kami semua ya~

************************************************************************

*LEGA*
Alhamdulillah, tiket dilambatkan balik 2 petang. Lega. Tak perlu rush atau tukar tiket lain. Masih ada waktu insyallah. Yeay2, boleh balik 17 Jun!
- Akak Insyirah, asifffffffffffff..T_T -

****************************************************************************

*PELIK*
Makin nak exam, makin banyak benda jadi.
Ujian bertimbun-timbun. Emosi swing-swing. Kejap summer kejap winter.
Banyak tidur, banyak makan, banyak tulis, banyak takut, banyak emo, banyak auta.
Kiri kanan, lelaki perempuan, muda tua semua pelik2 belaka.
Saya juga ada masuk sama kadang-kadang. huhu. TER...
(bukti: tukar blog, tukar plurk, tukar tempat duduk, tukar bilik, tukar macam2..)
Nak tukar takmau ambil exam boleh?

Pre-exam syndrome ni eh?

Nasib baik kurang jumpa manusia time exam nih.
Selamatlah kami dari buat dosa kering kalau tak kena timing.

Distraction + Problems ?
Get out! Itla' Barroh! Keluar! Li kai! Deteitte! Na-ga! Ukhodi otsyuda!

Fokus exam.Fokus Exam.
Tarik nafasssssssssss, hembussss~ Fuh!

Ok sambung study!
bye!

***********************************************************************

Ahlan Ya Ibnu Batuttah!



Assalamualaikum

"How many fellow-travellers have i known? I cannot count.
How many corners of the Earth? I cannot tell.
Now that my wandering East and West are done,
There is but one least last corner left; my grave."

(The travels of Ibnu Batuttah, m/s xviii)

^_^

Seperti yang telah saya cerita di entry lepas, minggu lalu saya menyertai Family Day + AGM BKAN (badan kebajikan anak negeri) Pulau Pinang ke Petra dan Aqabah.

Alhamdulillah, ia merupakan satu kenangan yang cukup indah dan bermakna.

Tentang Petra dan Aqabah akan saya ceritakan di entry lain insyallah kerana entry kali ini saya khususkan buat satu penemuan yang saya kira cukup saya suka kerana sudah lama saya berhajat memiliki khazanah berharga ini.

"PENGEMBARAAN IBNU BATUTTA"

Siapa sangka dalam bosan-bosan tersesat jalan di Aqabah sana, saya bertemu dengan buku impian yang saya damba. Dari jauh nampak seperti buku lusuh yang tiada guna, tapi bila saya dekati, nama Ibnu Batutta yang tertera di depannya sahaja sudah buat saya terus jadi teruja, lantas harga yang agak 'istimewa' bagi saya terasa tiada makna. Biarlah sedikit mahal, asalkan pencarian kini menemui noktahnya. Sekurang-kurangnya angka itu lebih kecil dari di Malaysia. ;p

Sambil menunggu warga Penang yang sakan bergembira, saya uliti dahulu kalam dari pengarangnya tentang Ibnu Batutta yang mashyur namanya. Aduh, saya membaca sambil tersengih-sengih gembira sampai rakan di sebelah geleng-geleng kepala nampak saya macam hanyut langsung ke langit sembilan sana. Masakan tidak, dah lama saya teringin mahu baca diari Ibnu Batutta kerana pernah dalam angan-angan saya mahu menjadi seperti dia. ^_^

Tak sampai beberapa lama, saya kemudian telefon abah di Malaysia sambil jerit gembira beritahu saya dah jumpa buku yang pernah kami cari berdua. Abah sekadar ketawa sambil ucap tahniah pada saya yang gila. Haha, tapi ini kalau saya bawak balik Malaysia sebelum habis baca, saya jamin mesti abah guna kuasa veto - bagi dia dahulu yang guna. ;p

Hah.. Alhamdulillah, tak sia-sia saya juga saya ke Aqabah semula~

^_^Y

Tapi sekarang fatrah exam sudah bermula, maka diari emas ini terpaksa saya sorok dalam almari khazanah berharga. Tak boleh nampak, nanti rasa boleh jadi memberontak mahu mula baca. ;) Kita perlu utamakan yang lebih utama. Tak apa, insyallah buku ini kita baca waktu terbang di balik awan yang bakal tiba ya.

ok. 2 JUN ini exam bakal bermula. Yosh, fighting!!

Akhirnya.. Hai Petra!!

Assalamualaikum

Sudah menjadi kebiasaan selama 3 tahun menjadi penyewa tetap mama dan baba, setiap kali saya dan ahli rumah mahu berjalan keluar dari Jordan, kami akan memberitahu mereka terlebih dahulu. Kadang-kala kalau tempatnya sudah mereka lawati, pasti ada info-info dan nasihat yang mereka beri.

Cuma ada satu perkara yang saya tak tahan setiap kali pergi beritahu mereka.

Baba suka sangat bangkitkan pasal Petra!

Mana tidaknya, kami ini nama sahaja sudah 3 tahun duduk Jordan. Jalan-jalan melancong luar Jordan pun dah banyak pergi. Tapi PETRA yang dekat itu sebenarnya kami tak tersampai-sampai lagi. Suka sangat baba serumah semua gelakkan kami pasal 'kekurangan' yang itu.

Setiap tahun nak pergi bercuti, mesti dia tanya " Petra dah sampai belum? " sambil sengih-sengih perli. T_T Wuuu, bukannya kami tak nak pergi tapi nak buat macam mana sebab waktu kami ke Jelajah Jordan dulu, Petra waktu tu banjir dan ribut salji. Maka, sampai sekarang la tak pergi-pergi. -_-' Nak pergi time lain memang tak sempat!

Hurm.. Tapi...

Haaaa!! Hujung minggu ni BKAN Pulau Pinang buat Hari Keluarga pergi Petra dan Aqabah la~ Apa lagi, tentu sangat-sangat la saya akan pergi! Hehehe~ ;)

Mulai hari ini, baba tak boleh gelakkan saya dah!! Bolehla dengan bahagianya nak menjawab "saya dah pergi~" pada baba nanti. ^_^Y

Excited! Excited! Sila jangan hairan ya sebab saya tahu memang pelik tak pernah pergi Petra walaupun dah lama menginap Jordan. Huhu, nasiblah! Itu namanya takdir~ ;p

Ok, nak bersiap! Bye...!


*******************************************************************************
p/s :

1. Sekarang PERMAI tengah busy buat FESTBUK. Best! Terasa sikit rugi plak tak dapat join penutup. Asif Jiddan ya mama HELWI~ ;p



2. Ada lagi dua minggu nak midterm UGS. Takut ah~ Kena pulun study lebih nih. Habis trip, kena banzai tahap tinggi! Yosh!

3. Dapat berita sedih. Tarikh exam universiti dilewatkan dan waktu penerbangan flight balik Malaysia dipercepatkan. Gulp, apakah nih ??? T_T Aduh, harap-harap skuad jumpa Dean dapat bawak balik berita gembira~ Takmau la balik lambat, nanti cuti sikit...

4. 15 hb makin dekat. Tahun ni masuk tahun ke 6. I miss you a lot my dear sis!

5. 16 Mei (Hari Guru) pun dah dekat nih. Takde ke junior sekolah di Jordan dah buat aktiviti tahunan alumni kat sini lagi tahun nih? Roger2 senior ya~ ^_^

6. Cuti sem dah nak dekat. Ada orang tuntut cerita Spain. Ops, sori guys. Terlupa sangat. Tak boleh nak janji sekarang. Final menanti sangat mengerikan. Nanti saya cari masa kalau sempat.


**********************************************************************************

Kita dan Mereka : Di mana bezanya?



Assalamualaikum

"Kerana cinta, aku mampu bersungguh demi sebuah perkara "

Benar atau tidak, di sini saya temui jawapannya......

Pagi ini atas kerana minat yang tinggi pada yang bernama kisah sebuah sejarah apatah lagi berhubung dengan keunikan personaliti-personaliti yang bakal dikupas dan diulas, maka saya menyanggupkan diri hadir ke program SEARCH 10 yang diadakan kali ini.

Alhamdulilllah berbekal para pembentang yang hebat dan kajian yang sukar digugat, saya benar-benar berpuas hati dengan ilmu yang kami perolehi hari ini. Bukan sekadar kisah dodoian buat halwa telinga yang kekeringan, malahan juga kami disingkapkan dengan realiti dan hakikat situasi di mana titik tunjang perbezaan masa dulu dan kini jelas tertampang untuk dimuhasabah kembali.

Benar bukan mudah untuk menjadi sehebat Al-Razi atau sealim Imam Shafiee, tapi persamaan utama kita iaitu landasan tauhid yang satu dan tugas diri sebagai penuntut ilmu perlu kita sama sedari bahawa sebenarnya kita juga mampu berdiri sejauh itu andai beberapa perkara dan etika yang penting dapat kita pegang seperti mana kukuhnya ulama-ulama Islam terdahulu.

Cukuplah saya ringkaskan sebagai nota beberapa khususan penting yang saya kira wajib untuk ketahui bagi menyedarkan diri perbezaan kita dan mereka agar wujud dalam hati ada keinginan untuk lebih berjaya dan berusaha mencapai misi.

1) Kenapa kita harus tahu sejarah cendiakawan Islam dahulu?
- Perintah Allah dan saranan nabi
- Supaya akar umbi penemuan dapat kita perhalusi
- Sebagai pengukuhan akidah dan iman
- Agar keizzahan terhadap Islam makin meninggi
- Supaya umat Islam dapat kembali di-islahkan (diperbaiki)

2) Kualiti apa yang cendiakawan Islam dahulu ada hingga mereka mampu berjaya?
- Semangat cintakan ilmu yang teramat tinggi hingga sanggup diutamakan walau apa halangan yang bakal ditempuhi
- Kemampuan memahirkan diri dalam kepelbagaian bidang yang berbeza dan luas
- Bersemangat demi untuk menegakkan kebenaran
- Ketaqwaan yang tinggi kepada Allah dan niat yang betul


Kami kemudian dibawa menyelusuri sirah-sirah kehidupan beberapa cendiakawan Islam yang sangat kritis dan bermotivasi tinggi seperti Al-Razi, Al-Zahrawi, Ibnu Sina, Imam Shafie dan pelbagai cendiakawan Islam yang lainnya seperti ini. Bukan sekadar ilmuan dahulu, malahan professor zaman 1990-an juga turut dimuatkan di dalam kisah-kisah penceritaan pada hari ini.

Siapa yang hidupnya sangat cintakan Ilmu hingga sanggup menjual tiang rumah demi membayar yuran agar ilmu dapat diperolehi?

Siapa yang hidupnya sangat berbakti dan menghormati pesakit hingga wujudnya ilmu Etika di dalam bidang yang diceburi?

Siapa yang hidupnya sangat bertunjangkan kebersihan hingga mampu mencari tapak hospital yang paling sesuai didirikan bangunan dengan menggunakan prinsip kebersihan ini?

Siapa yang hidupnya berjaya mengubah kiblat diri setelah bertemu kebenaran kisah embryologi di dalam Al-quran selepas bertahun kajian dan misi pencarian dilakukan sekuat hati?

Siapa yang hidupnya dipenjara, dirotan dan dipaksa minum racun hingga mati hanya kerana mempertahankan sebuah kebenaran ilmu yang dianuti?

Siapa yang hidupnya diabadikan sebagai pencetus kajian ilmu falsafah di kalangan umat Islam walaupun diri berhadapan risiko tergugah akidah dan iman di hati?

Siapa yang hidupnya berjaya mewujudkan sebuah buku teks yang mampu bertahan digunakan hingga 900 tahun tak berhenti?

Siapa yang hidupnya penuh kisah pencarian Ilmu hingga digelar Nasirul Sunnah (Pembenteng Sunnah) dan kekal tersahih hingga ke akhir ini?

Siapa? Siapa? Dan siapa? :)

Kisah-kisah inilah yang saya nantikan dalam pencarian hikmah di balik sejarah. Semuanya penuh motivasi. Walaupun ada yang sudah saya dengari tapi saya kira ini adalah takzirah, pengingat dan pencetus kembali obor semangat yang kian malap dalam perjalanan saya mencari ilmu di sini.

Kehebatan mereka sangat terserlah. Dengan bertunjang ketaqwaan dan keinginan memberi sumbangan untuk masyarakat, sehingga kini mereka kekal masyhur sebagai penerima pahala atas segala ilmu yang mereka gagaskan buat tatapan kita. Indahnya saham ini.

Maka hari ini di tahap mana kita berdiri?

Setinggi mana cinta kita pada ilmu pengetahuan?

Adakah mampu kita katakan kebosanan mampu dihilangkan dengan mencari ilmu seperti mereka dahulu?

Sejauh mana sumbangan kita pada ummah?
Adakah mampu kita hasilkan sekurang-kurangnya sebuah kitab untuk rujukan kajian di masa depan?

Sekukuh mana kecekalan kita tidak berputus asa?
Adakah mampu untuk dihumban dan dipenjara sedangkan dimarah doktor/markah rendah pun sudah jadikan kita hampir separuh gila?

^_^ Fikirkanlah sendiri kerana saya juga sudah puas mengembara di dalam seminar tadi~

Cukuplah, masa nampak sangat mencemburui..

Hari ini saya mahu cuba berdisiplin setegas seperti Al-Zahrawi, bijak membahagi masa sehandal Imam Shafiie, sekritis Ibnu Sina dalam memandang jauh kemudian hari dan mencintai ilmu sedalam cinta-cinta para cendiakawan Islam yang saya kagumi.

Kerana kecintaan mereka inilah, mereka telah berjaya.

Dan kerana itu juga, saya sudah memasang tekad mahu turut sama menurut langkah yang serupa.

FIGHTING !

Jumpa lagi...

***********************************************************************************
p/s:

1) Kepada para ibu di Malaysia khususnya Mama kesayangan saya dan Mak Ana : SELAMAT HARI IBU~ ^_^

2) Kepada kontigen Irbid Akhawat KARISMA, terima kasih untuk segalanya terutamanya malam dinner tadi. Ku sangka diri sudah trauma masuk KARISMA, tapi bila difikirkan balik itu semua kenangan manis kita rupanya. Tak jadilah trauma dah! hehe.. You are the best team ever guys! ^_^

3) Ya Malazie fi Urduni..... baca ini. Wallahi, macam menakutkan tapi sepanjang yang pernah saya alami, banyak kebenarannya.

**********************************************************************************

Everything Will be Fine


Assalamualaikum..

Dua tiga minggu ini, saya banyak mengeluh bila mengenangkan hujung minggu - hujung minggu yang sangat padat semenjak dua menjak ini. Minggu depan Program FESBUK, minggu ni ada SEARCH + plan kawan, minggu lepas KARISMA, minggu sebelum tu MPPM+Amman, sebelum tu lagi exam, sebelum-sebelum tu SUPER 10, sebelum semua sebelum tu banyak lagi yang penuh.

Study?
Saya cuma boleh kata fokusnya hanya sepanjang minggu biasa.Hujung minggu,study saya merangkak-rangkak. Bohonglah kalau saya kata saya tak risau. Tengok orang sudah memecut macam cheetah dan hafal mantap macam doktor berkaliber, saya sudah rasa sangat tertekan. Saya di tahap mana agaknya.

Hari ini pula walaupun kelas semua batal, hari saya seperti terbuang lagaknya. Mengantuk sebab tak tidur untuk siapkan kerja rumah + sakit gigi yang mencucuk-cucuk, saya lalui hari dengan perasaan yang entah apa-apa. Habis 2 lecture pun rasanya hanya seperenggan yang berjaya dihafal. Lainnya, masuk mata kiri keluar mata kanan.

Hurm....
Penat. Tak larat.
Betul ke aku budak medik nih?
Betul ke aku masuk aktiviti ini nih?
Betul ke aku pegang bahagian ini nih?
Betul ke blablablablabla..... nih?
Kenapa rasa hidup macam susah amat sekarang nih?

Bila jiwa kacau, inilah jadinya. Cemburu tengok orang lain yang macam lapang bahagia walaupun saya tak tahu hidup mereka sebenarnya macam mana. Saya jadi pasif dan kurang optimis. Takut tak bertempat. Risau tak tentu hala. Paranoid tak kira masa.

Tiba-tiba malam ni, saya dihantar ayat ini :

" Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran " (90:04)

Ditambah pula dengan beberapa syarahan ayat yang saya kira buat saya terdiam malu mengenangkan diri sendiri yang terlupa hakikat kehidupan bahawa kesusahan itu sudah sebati sejak azali.

1. Susah sebenarnya menjadi sperma terpilih dan berjaya bercantum dengan ovum untuk persenyawaan.
2. Susah sebenarnya mahu lahir ke dunia secara sihat walafiat tanpa sebarang komplikasi sepanjang kita berada di alam rahim.
3. Susah sebenarnya kita sebagai bayi mahu belajar benda-baru di alam dunia asing ini.
4. Susah sebenarnya melatih diri belajar sepanjang hidup untuk menjadi manusia berguna
5. Susah sebenarnya kita hendak sampai ke tahap kita berada sekarang

Susah.Susah.Susah.Susah........SUSAH!

Memang semuanya susah lagi menyusahkan tapi lihatlah kesemuanya sudah kita lalui dengan jayanya dahulu. Telah bertahun lamanya kita melalui segala kesusahan yang ada. Alhamdulillah semuanya berjaya dilepasi.

Maka, kenapa kita masih perlu takut untuk melalui sesuatu yang biasa - KESUSAHAN?

Benar, tahap kesusahan hidup kita makin lama makin meninggi. Sesuailah sebenarnya untuk dibandingkan dengan tahap keupayaan kita yang juga semakin meningkat. Kerana keduanya perlu sentiasa selari agar manusia sentiasa dapat belajar memperbaiki diri.

Betul juga kan?

Tapi macam mana kita nak lalui semua kesusahan ni dengan berjaya? Ada tips?

- Tekan sini : MINTA TOLONG PADA ALLAH -

Y ( ^_^ ) Y

Alhamdulillah, makin tenang dan yakin rasanya. Insyallah, everything will be fine. Saya yakin - Saya ada Dia --> Allah yang sentiasa bantu saya! ;)

Kalian macam mana pula?
Saya doakan semoga kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan tenang-tenang selalu. Amin.. Doakan saya juga ya. Kita usaha dan tawakkal sama-sama.

Baiklah, jumpa lagi~

~ Put Your Trust In Allah ~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images