Translator yang Lurus


Assalamualaikum (amaran: Entry tak de makna)

Saya baru habis baca satu lecture. Pening-pening lalat sudah. Maka dengan takde kerjanya, saya buat kerja pelik. Entah macam mana terfikir kalau ada orang tak faham bahasa Melayu cuba translate blog saya guna translator macam yang selalu saya buat untuk faham bahasa lain, macam mana rupanya ya?

Maka, saya pun pergi lah testing. Dan kemudian ini yang saya dapat.....

(Saya petik perenggan ini pada entry lepas)

Terkejut betul bila haritu lepas buat test darah doktor klinik suruh rujuk hospital untuk 2nd opinion.Ish,teruk sangat ke? Bila tanya, doktor kata saja. Erk,apekah? Boleh plak gitu jawabnya. Tensen betul. Sebetulnya saya rasa tak adalah serius mana allergic saya, tapi entahlah. Ikut je lah cakap doktor. Kang jadi apa-apa kang sapa nak jawab? Takkan nak guna alasan 'saya malas jumpa doktor'. Kan? Huhu.

(Tranlator google menafsirkan Malay-English menjadi ini)

Surprised if the correct blood test was last haritu clinic doctors refer to hospital for 2nd order opinion.Ish, to very severe? When asked, the doctor just said. Erk, apekah? Gitu plaque can implement. Tensen correct. Actually I think I was serious allergic where I, but dreams. Follow your doctor cakap je lah. Kang kang so any sapa nak jawab? I never use the excuse 'my lazy doctor'. Kan? Huhu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ERK!!!!!! Ewwwwwwwwww... >_<

Hodoh tahap tinggi!

Tatabahasa tunggang langgang!

Makna habis berkecai!

Ayam itik pun konfirm tak faham!

Markah Z- !

*pengsan* X_X


p/s: Salah ayat sendiri yang ber-slang atau translator yang lurus bendul?

p/s: Perlu letak tanda " Awas, Jauhi Translator! " di sini. ;p

Terkejut


Assalamualaikum

Entry sebelum ini saya menulis berkaitan hidup penuh kejutan. Panjang lebar saya terang kerana kebetulan waktu itu saya terkejut dengan sesuatu dan untuk memastikan saya tak terpesong-pesong fikir benda lain, maka saya tuliskan di blog sebagai pesanan buat diri sendiri.

Tapi sudahnya, saya terasa macam makin diuji-uji tentang perkara yang sama. Kejutan. Kejutan. Dan Kejutan. Aduh, moga kau sihat sentiasa wahai jantung yang sentiasa bekerja. Terimalah realiti, hidup memang penuh kejutan. Huhu

Kali ni sekadar nak mencatat beberapa kejutan hari ini pula. Nothing much maybe. But the last one is serious.

1. Tadi balik kelas, saya ke KAUH (King Abdullah University Hospital) untuk buat appointment bagi mendapatkan 2nd opinion tentang allergic tempoh hari.

Terkejut betul bila haritu lepas buat test darah doktor klinik suruh rujuk hospital untuk 2nd opinion.Ish,teruk sangat ke? Bila tanya, doktor kata saja. Erk,apekah? Boleh plak gitu jawabnya. Tensen betul. Sebetulnya saya rasa tak adalah serius mana allergic saya, tapi entahlah. Ikut je lah cakap doktor. Kang jadi apa-apa kang sapa nak jawab? Takkan nak guna alasan 'saya malas jumpa doktor'. Kan? Huhu.

Bila nak buat appointment, kawan dah pesan get ready la ye sebab tak mungkin boleh jumpa minggu depan. Kita yang first time pergi ni angguk-angguk saja. Ikut kau lah. Sekali bila buat, memang terkejut sungguh. Doktor free 12 May je. Kalau kira-kira dari hari ni, tu maknanya dalam sebulan lebih tu.. Ya Rabb, sibuk tahap tinggi betul doktor-doktor sini. -_-'

Tambah-tambah tengah terkejut dengar tarikh, kawan sempat buat lawak "Aku tak paham betul birokrasi appointment JUST ni, pesakit sempat mati tau sementara tunggu tarikh appointment. Tu pasal aku suka suruh doktor kasi emergency je kalau nak refer-refer nih." Erk, hahaha.. Ada sedikit betul di situ. Nak buat macam mana. Inilah Jordan. Sabar je lah..

2. Balik hospital, tiba-tiba teringin makan nasi cafe. Nasi cafe sangat murah dan boleh tahan sedap. Tapi dah pukul 2. Agak kelewatan di situ. Tapi takpelah, bantai je redah. Ada rezeki, adalah. Takde, kita balik.

Sampai cafe, kami terselamat seminit sebelum pakcik cafe bawak masuk makanan ke bilik basuh pinggan. Pelanggan terakhir. Mungkin simpati, dia pun benarkanlah kami beli nasi lagi. Bahagia. Tapi rasa bahagia tetiba bertukar jadi terkejut bila pakcik tu secara murah hatinya tambah nasi di pinggan kami double dish. Daging pun double triple dish.

Erk, pakcik, ni set berapa orang punya makan ni pakcik kasi kami setiap sorang? Student Arab lain pun macam tengok pelik-pelik. Apa budak ni makan banyak tahap tinggi nih? Mentekedarah ke hapa.. Sedikit malu di situ, tapi hentam je lah. Rezeki Allah kasi. Syukran jazilan pakcik. Walaupun kami tak berjaya habiskan, tapi keluhuran budi pekerti pakcik sangat kami hargai. Semoga Allah balas kasi rezeki pakcik berdouble triple lagi tinggi. Amin...

3. Balik rumah, terus menghadap komputer terus update email dan sebagainya. Mata tiba-tiba tertancap pada status adik saya di Russia "Hope all Malaysian are safe".

Eh apa dah jadi? Link yang diletak sekali saya buka. Allahu Akbar! Suicide bomber di Moscow! Terus saya buzz dia tanya khabar berita, dalam hati sambil-sambil doa janganlah dia jadi apa-apa. Saya pulak yang cuak lebih.

Alhamdulillah, adik saya tidak terlibat. Nearly sebenarnya. Nasib baik hari ni dia terbangun lewat dan tak pergi lecture (eh, ko ponteng yer? >_< ). Adeh la budak ini. Tak jadi nak bising. Kawan-kawan dia yang pergi lecture pula bernasib baik terlepas metro yang bakal dibomkan itu tadi. Tak tahu lagi ada pelajar Malaysia terlibat ke tak. Dengarnya ada yang cedera ringan. Uish, cuak saya dengar. Tambah-tambah dengarnya itu antara laluan utama pelajar ke kelas mereka. Ya Allah, selamatkanlah mereka semua dari bahaya dan bencana. Amin...

Sembang punya sembang, adik saya cerita kes masih dalam siasatan.34 orang awam disahkan mati dalam serangan. Pengebom katanya dua-dua perempuan. Russian suspek ini angkara Muslim Chechen. Sini ada sebut. Yang link ini baca guna translator yer sebab dia bahasa Russia ( adik kasi). Ini pula ada berita 1 dan 2 English Version. Lain-lain boleh google.

Setahu saya Moscow memang pernah kena bom dulu, jadi diaorang tak panic sangat cuma terkejut je. Itu saya tak kisah. Yang saya tak puas hatinya, Muslim punya nama gak kena. Haish, asal bom je muslim. Asal muslim je bom. Orang lain pun ada bom juga, apasal tak naik nama sama. Ntah apa-apa punya dikriminasi.

Apa-apa pun saya doakan semua pelajar Malaysia di sana selamat. Jaga diri baik-baik. Sebelum keluar rumah baca doa banyak-banyak. Semoga Allah lindungi korang dari sebarang perkara yang tak diingini. Takziah kepada mangsa yang terlibat.

Okay, ini beberapa kejutan terpilih hari ini yang berderetan jadi. Huhu, tak tahu nak cakap apa. Nama pun terkejut. Takpelah, yang baik moga terus kekal. Yang buruk moga tak jadi lagi. Hadapi hidup dengan tenang. Cool.. Itu je kot kesimpulannya. ^_^ Ok, jumpa lagi.

Life = Suprise




Assalamualaikum....

Doktor pernah cakap "Medicine is science of probability" .

Dan balik rumah, saya sambung ayat "And so do our life" .

Untuk kali yang ke berapa ribu puluh kali saya dapati hidup tak semestinya mengikut perancangan. Tentulah, namanya pun 'Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..'


Kita rancang nak pergi tempat A, alih-alih tempat B yang kita pergi

Kita rasa nak buat kerja C, alih-alih kerja D pulak yang kita siapkan dulu

Kita yakin dah takkan jumpa E, alih-alih lepas satu masa E muncul depan mata

Kita dah pakai baju lawa-lawa, alih-alih baju lencun kena percik air tepi jalan

Kita dah bajet dia kawin paling lambat, alih-alih dia kawin dulu antara semua

Kita yakin dah boleh jawab exam, alih-alih markah tak capai sasaran kita

Kita rasa kita dah cukup perancangan, alih-alih semua tunggang-langgang jadi lain

Kita rancang akan masa depan yang mantap, alih-alih mati awal pulak



Gulp, oh yang last itu agak bahaya tapi tak mustahil kan? Siapa tahu masa kita macam mana? Sedangkan orang sakit yang doktor predict 'masa yang tinggal' dia pun kadang-kadang Allah panjangkan atau pendekkan. Who knows....

Semuanya Qada' dan Qada dari Allah. Telah ditetapkan sejak azali. Tapi! Bukanlah bermaksud kita tak perlu berusaha dan duduk menunggu. Sebab kita sendiri tak tahu takdir perjalanannya macam mana.

Ada kawan pernah cakap 'semua yang berlaku pada kita hatta sekecil-kecil benda adalah bahasa sapaan Allah untuk diri kita'. Pernah atau tak kita terfikir apa yang sebenarnya Allah nak ajar atau beritahu kita kalau segala perancangan kita tak menjadi? Mana tahu mungkin kalau ikut planning sendiri, lagi haru biru jadi hidup ni. Yang penting, kena sentiasa constant yakin perancangan Allah yang palng terbaik dan paling sempurna. Sebab apa? Carik sendiri jawapannya dalam hidup anda.

As for me, banyak juga kejutan yang berlaku dalam hidup ini. Terbaru : Rumah Sukan dah tukar warna. ;) Tambahan sebelum itu, sepanjang 20 tahun yang sihat walafiat ini tiba-tiba dapat allergic untuk pertama kali. Sebelum-sebelum itu pula banyak lagi lah yang jadi. Dan blog ini juga, takdirnya sekarang berwajah baru. Cerah terang benderang dan simple. Serba semua baru, maka new life new world ---> keep running till the end.

Kenapa ya nak cakap tentang kejutan hidup? Sebabnya kadang-kadang kejutan boleh bawa macam-macam perasaan. Terkejut, pelik, gembira, sedih, bahagia dan macam-macam lagi. Termasuklah putus asa. Yang ini yang bahaya. Maka untuk elakkan ia, kita kena positif. Ingat balik tadi 'keep running till the end'. Salah satu caranya ialah dengan memikirkan di penghujung jalan nanti, ada orang yang sedang menunggu kita dengan penuh keyakinan dan pengharapan kepada kita. Mungkin keluarga, mungkin sesiapa yang percayakan kita atau yang lebih penting Allah sendiri. ;)

[76:30] Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ini adalah peringatan untuk saya juga. Sebabnya hidup penuh kejutan dan kadang-kadang kita perlu 'duduk sejenak dan beriman sebentar'. Ok, get ready for the next suprise~ ^_^

Oh lupa, ini ada sikit sirah sahabat tentang takdir. Menarik untuk dibaca, jenguk-jenguk la ya.

Ok, perancangan asal hari ni dah terubah. Plan nak ke library pukul 8.00 terlajak jadi pukul 8.30. Woops terlambat. Jumpa lagi!

Kamu lebah atau nyamuk ?


Assalamualaikum

Tadi siang saya mengadu pada seseorang..

"Sibuknya hari kita. Macam langsung tidak ada waktu"

Lalu si dia menjawab sambil ketawa...

" Ah, jangan bohonglah. Sedangkan yang termiskin itu punya masa sebagai harta."

Alamak... ~ Benarlah, orang-orang miskin pun kalau dihitung tentang harta, masih masa itu adalah kepunyaannya. Bukan hak sesiapa. Kan?

Konklusinya kawan, hitungan perlu dibuat dari kegunaan masa yang bijak, bukan masa yang tinggal. Semua makhluk di dunia ini sibuk. Tapi mereka semua berbeza, terbahagi kepada 2 kumpulan yang nyata.

Saya wakilkan sahaja kepada lebah dan nyamuk di sekeliling kita. Dua binatang ini sangat-sangat sibuk jika kita perhatikan sedalamnya.

Tapi lihat ya, sibuk sang lebah itu dipuji melangit tinggi. Sedang sibuk sang nyamuk tidak diendah malah sering diketepi. Kenapa agaknya?

Kerana sang lebah sibuk memberi manfaat kepada manusia manakala nyamuk pula sibuknya banyak bawa bencana kepada kita.

Maka kawan, kamu di golongan mana? Sang lebah atau sang nyamuk? Fikirkan ya.. ^_^

"Allah,moga kesibukan kami bakal jadi bekal untuk kami bawa ke hadapanmu kelak dengan gembira. Amin ya rabb.."

13:28



Buat Adik Farahin Bakhtiar, takziah akak ucapkan atas pemergian ayah kamu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Buku

Assalamualaikum

Seperti biasa, awal pagi saya mulakan dengan study di library. Mood pagi ini sangat hambar. Nota dibaca sekadar bersahaja walhal semalam saya sangat teruja membaca mengenai kehebatan penciptaan mata yang bakal dipelajari di kelas sistem CNS II ini. Tak sampai 10 mukasurat, mata dah terasa seperti digam-gam. Alunan MP4 ditelinga juga terasa seperti seakan hilang dibawa mengantuk. Ahhh sudah.. Ni tak best nih..

Dekat 15 minit berlawan dengan mengantuk yang datang, saya jadi bosan. Nak bersembang dengan kawan di depan pun macam tak berani. Muka dia serius sangat studi. Kasihan pula nak kacau. Maka, saya ambil keputusan 'bersiar-siar' dalam library. Mana tahu kot-kot terjumpa buku medik yang versi best sikit untuk saya studi daripada baca nota hitam putih je macam ni. huhu. Harap-harap hilang sikit mengantuk nanti.

Jalan punya jalan pusing almari buku yang timbun meninggi tu, mata saya macam terpaku pada satu buku comel yang kecil dan ada lakaran kartun diatas tray buku. Eh, sejak bila ada buku medik kecil macam ini, bisik hati. Maka terus buku itu saya hampiri.

Waaaaa.... Novel English!!!!

Dari mengantuk dan kebosanan yang tahap entah macam mana terus saya teruja macam kanak-kanak dapat gula-gula. Mungkin pelik bagi orang luar. Tapi bagi saya yang gilakan buku dan menyampahkan library JUST yang penuh buku medik dan buku arab sahaja buat saya rasa hari ini hari yang luar biasa. Yeay!!!

Dari plan bersiar-siar, terus statik lama di situ. Nombor siri diperiksa. Huruf P. Saya lirik ke papan tanda siri di dinding. P = Literature . Eh, banyak la pula bahagian dia. Kenapa tak pernah jumpa nih? Huhu. Terus saya laju-laju menuju ke rak bernombor P di sebelah kiri pintu masuk library.

Melihatkan apa yang terpampang di depan, mata saya seakan mengeluarkan cahaya blink-blink seperti orang tamak nampak wang. wah, banyaknya buku novel English! (walaupun tak sebanyak buku kat library malaysia, tapi okayla tu dari langsung tak ada).

Apa lagi... Memunggah selama yang boleh la saya di rak tadi.

Walaupun buku yang ada adalah buku-buku sastera yang agak tebal dan kusam tapi tak kisahlah asal buku cerita english. Kebetulan saya memang suka cerita klasik maka itu bukan satu masalah kalau tak jumpa buku novel moden.

Bukan sekadar American Literature, malahan Chinese, Japan, Jordan, Iraq dan pelbagai lagi novel literature luar dalam bahasa Inggeris ada di sini. ( Tapi yang diarabkan lebih banyak sebenarnya). Biografi pun ada. Teruja! Teruja! Saya nak pinjam buku cerita!

Setelah nekad mengambil buku 'Sister' karya Danielle Steel dan 'Excerpts from Three Clasiccal Chinese Novel' terbitan Panda Books, terus saya kembali ke tempat duduk. Semangat baru dah datang! Tak mengantuk dah. Kalau tadi muka mengantuk gila, sekarang dah riang-ria tak terkata. Dalam kepala asyik terfikir-fikir misi nak khatam buku novel english dalam library sebelum naik klinikal. Haha, takde kerja gamaknya~

Sampai ke kelas tadi tersengih-sengih happy. Mana taknya. Asyik baca buku medik je kadang-kadang rindu juga nak baca yang lain. Jordan ni macam Perancis. Buku English sikit sangat. Kedai buku pun tak banyak. Library awam apatah lagi. Hampa betul kalau bab cari buku.

Tak sudah-sudah tadi mempromote penemuan baru kepada kawan-kawan yang kaki membaca juga. Tapi dalam bahagia-bahagia itu ada seseorang telah berpesan " weih, baca buku cerita ni, buku medik jangan lupa. Study...! Study..! " Huhu, baik bos! Insyallah, buku cerita ni time masa-masa lapang je (Konon banyak masa. ;p)

Ok. Library JUST, kebosanan saya kepada buku-buku anda sudah berkurang! Tak tahulah either memang ada peningkatan penambahan buku atau saya je yang baru tahu. Tapi yang penting saya sangat suka hati library JUST dah ada buku fiction~ Huhu, Nanti tambah la banyak-banyak sikit eh. Kasi up sikit lagi level library biar berviariasi. Hehe.. Syukran Jazilan Katheeran! Hidup buku!

Langit Ilahi

Assalamualaikum...

(catatan awal: tiada kena mengena dengan blog terkenal Langit Ilahi )


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran: 190)


Sewaktu kecil dahulu, saya hanya pernah sekali menjejak ke langit. Tapi tika itu, yang ada di hati hanyalah keseronokan berada di perut besi yang terbang buat pertama kali. Namun sekarang setelah hampir tiga tahun merantau ke luar negeri, saya berpeluang berkali-kali kembali menyapa awan di langit tinggi.

Entah kenapa, berada di langit, perasaan di hati terasa sangat asyik. Terbuai ketenangan melihat dunia di sudut di berbeza buat seberapa ketika. Tambah takjub melihat hebatnya ciptaan Allah yang tak terjangkau dek akal manusia.

Yang dulu besar kini jadi sekecil semut. Yang dulu tak terpandang mata kini jadi peta yang luar biasa. Apatah lagi ketemu kepulan awan yang membukit seperti himpunan salji. Apa rasanya ya? teringin nak tahu.

Sungguh, semuanya buat saya tak pernah bosan berada di angkasa. Tentu yang sampai ke bulan lebih hebat perasaannya.

Di langit, saya senang kembali kembali jadi hamba. Tiada gangguan, tiada godaan. Hanya terhampar awan yang seputih salji dan bumi yang seindah lukisan. Cukup untuk buat saya terpaku betapa hebatnya Dia dan kerdilnya saya. Malahan ilham sangat tenang ditemui dibalik langit yang membentang di sisi. ;)

Kenapa saya rindukan langit sekarang? Entahlah, rasa seperti ada sesuatu yang kurang sekarang. Seperti terkurung. Dan secara tiba-tiba rasa mahu terbang. Ke langit sana. Untuk kembali tenang dan melihat agungnya Dia. (Kalaulah kapal terbang itu bas, pasti senang hati saya. huhu..)

p/s: Ada satu persoalan yang saya selalu terfikir. Kayangan itu sebenarnya apa? Langit? Syurga? Atau sekadar mitos dan lagenda? Cerita-cerita kayangan selalu buat saya teruja terlebih depan tv waktu kecil dahulu. ;)

******************************************************************************

Sesi Berkenalan dengan Langit dan Bumi

(dari kaca mata kamera sendiri)

1. Ini langit dan bumi permulaan kembara. Sewaktu pertama kali meninggalkan Malaysia. Cantik kan tanah air kita? Hijau dan biru seakan berpadu. Manis di mata walau sayu di kalbu. Dari atas, bangunan itu seperti lego kan? Langsung hilang kebesaran sebuah bangunan, dari sini nampak seakan sekadar mainan~ Itu bangunan yang gah. Manusia bagaimana agaknya?





2. Ini pula bumi JOrdan dari bahagian atas. Terasa mahu menangis sewaktu pertama kali tiba. Jauh beza benar dari Malaysia. Tapi tandus bukan sebarang tandus. Jangan lupa ini bumi sejarah kita, bumi penuh khazanah dan rahsia. Eh, tiba-tiba sayang JOrdan. ^_^



3. Ini pula langit sewaktu dalam perjalanan dari Granda ke Cordova. Bertemu subuh di tengahnya. Subhanallah. Tak tahu nak cakap macam mana indahnya. Memang terpaku sungguh-sungguh bila nampak gabungan pelbagai warna di sini. Nasib baik tak pandai melukis langit. Kalau tak, dah lama jadi bahan...





4. Ini bumi Cordova. Macam penuh gandum, sekali bila dah turun bawah baru tahu 'gandum' ini lebih tinggi dari bas double-decker. 'Autumn Jungle' barangkali.



5. Ini capture yang paling saya suka! Bukit bersimbah cahaya mentari di balik awan. Ada aura kuasa-kuasa ajaib di situ. Seperti dituruni sesuatu. Cantik kan? Ini di Granada, dalam perjalanan pulang ke Paris.



6. Dan selebih-lebihnya ini adalah langit yang sama di tempat yang berbeza di sepanjang perjalanan saya di atas sana. Ada di Malaysia, ada di Kuwait, ada di Bahrain, ada di Turki dan di pelbagai tempat lagi.

Mungkin entah negara mana saya saya tiba di atasnya sewaktu sedang mengambil gambar ini. Oh ya, saya juga suka langit di waktu malam. Gelap tapi senang untuk mengenalpasti lampu yang berkerlipan di bawah, tanda ada manusia di situ. ^_^
















********************************************************************************

Sekian kisah langit yang saya teringin nak bersua semula. Saya suka di atas sana.

Ada masa lagi dua bulan sebelum boleh menjejak langit. Dah mula terbayang-bayang sebenarnya. Tak sabar nak terbang dan pulang ~

Ada tugas sebenarnya yang sedang digalas. Di suruh menulis tapi malang ilham tak sampai-sampai. Ada siapa-siapa sudi sponsor naik ke langit? hehehe.. ;p

Akhir kalam, segala perkataan-perkataan 'naik ke langit' tiada kena mengena dengan kerajaan langit yang ber-arca teko itu. Huh, tetiba seram pula kalau ada yang baca salah makna. Na'uzubillahiminzalik~ Saya masih kukuh pada sunnah wal jamaah.. Insyallah.

Wassalam.

~ Langit, tolong aku kembali jadi hamba-Nya yang taat dan bersyukur. Aminn.. ~

A message for my dad ~



Assalamualaikum..

Dalam hidup saya, ada dua perkara yang paling saya sematkan dalam hati untuk saya hindari sampai ke mati iaitu lupa keluarga dan lupa diri...

Sebab tanpa keluarga, saya takkan ada apa yang saya ada sekarang dan saya takkan berdiri di sini.

Maka, apa-apa sekalipun keluarga adalah prioriti.

Tapi hari ini, saya terlupa satu hari yang paling saya tak pernah lupai. Hari lahir ayah sendiri. Oh, tidak! Haishhhhhhh...

My bad, my mistake~ Walaupun berkali ulang dalam hati yang sebenarnya dah ingat pagi tadi tapi asyik terlupa nak telefon sebab teralih perhatian ke perkara lain, still rasa bersalah tak hilang-hilang pergi.. Kesal tak sudah rasa kat hati. Ini namanya melanggar janji sendiri. T_T

Menjadi orang terakhir mengucap selamat hari jadi adalah agak mengecewakan. Kesian orang yang menunggu.. Mungkin nampak kecil pada orang lain, tapi bagi saya bila tiba hari jadi sendiri orang pertama yang saya tunggu wish dia adalah keluarga yang disayangi. Lantaklah semua orang tak ingat hari jadi saya, yang penting famili tak boleh lupa. Sebab itu pada ahli keluarga yang lain, saya mahu berikan perkara yang serupa. I'll be the first, itu janji saya.

Bila terbuat macam ini, saya jadi takut. Tolonglah Allah, jangan biar perkara ini berulang. Sesibuk mana pun saya, seberjaya mana saya, seteruk mana pun jadinya, jangan sampai saya lupa keluarga. Dari saat ini sampailah ke bila-bila. Jangan jadikan saya anak/kakak/adik yang lupa keluarga. Amin...

ok, part seterusnya ini adalah surat untuk abah sendiri.. (Orang lain tak baca pun takpe.)

Abah,
Kalau abah baca ini nanti, just take note,
I'm very regretful upon this day. Even Asyraf pun cakap pelik kenapa kakak dia lambat wish walhal selalunya tak nyempat-nyempat nak wish dari kecik sampai besar. At least, kalau ada hal pun supposely i should give you a sms to permit a delay wish. But i'm not... My mistake~ Minta maaf... T_T

Abah,

Nothing much to say now. I've done with all my wish during my call. Again, Arina doakan abah sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan sentiasa di bawah rahmat Allah, berjaya dunia dan akhirat. Thanks for everything and i'm sorry sebab terlewat wish. Really-really meant it. I hate what i've done. Last but not least, i found a nice poem just for you~ Deep from my heart (eventhough it just a copy n paste... ;p)

I don't always tell you
How you fill my heart with cheer
And how happy I am
Whenever you are near

I don't always tell you
That the love you give
Brightens every day
That I live

I don't always tell you
What's in my heart
That you are the most
Important part

I don't always thank you
For the many things you do
Or tell you how much
I really love you!

Y(^_^)Y Now, i do..! ARINA SAYANGGGGG ABAH! HAPPY BIRTHDAY!!

Ok, as been promised, i'll study hard after this. Take it as a denda. *oh, tetiba terfikir lama gila tak kena denda dengan abah.. hehe.. * Ha, lagi satu.. Jangan percaya cakap 'kawan' abah tu. Arina masih selamat dari sebarang unsur yang tidak tidak ada kena mengena dengan pelajaran, hehe... ;p
ok2. Bye~

Bila boleh keluar?


Assalamualaikum

Ragam pelajar Malaysia dan pelajar Arab banyak bezanya. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Dua hari lepas ada sesuatu yang menampakkan secara jelasss perbezaan ini.

Mengikut perangai kebanyakan pelajar Arab di Jordan, waktu habis kelas wajib tepat pada masanya perlu tamat. Kalau pensyarah terlajak, pasti ada yang bising-bising " Doktor2x! Masa dah tamat. Jom berhenti! "

Pelajar Malaysia pula secara kebiasaanya memang jarang dengar suara kalau dalam kelas. Apa-apa masalah pun semua luar kelas, kita semuka.

Dua hari lepas, ada satu kelas sahaja yang tinggal sebelum exam iaitu kelas Ethic. Daripada 500 buah kerusi di dewan, kurang dari 30 orang (mungkin) sahaja yang menghadiri kelas tersebut. Dan majoritinya adalah pelajar Malaysia. Pelajar arab ada lah dua tiga kerat.

Doktor sangat khusyuk mengajar sampai tak perasan masa dah habis. Ada sesetengah pelajar Malaysia yang dah gelisah-gelisah tengok jam. Tapi seperti yang di duga lah, tak siapa berani bangun bercakap seperti kebiasaan budak Arab suruh doktor berhentikan kelas. Mungkin dalam hati ada terfikir "Kalaulah budak arab ada.." Huhu.. ;p

Disebabkan lama sangat doktor terlajak, maka Mr. Ali (penjaga tapi bukan guard) dengan senyum simpul masuk ke dewan untuk memberitahu doktor bahawa masa dah habis dan dewan itu nak digunakan oleh pelajar kelas lain pula. Itu pun punyalah lama dia ambil masa sebelum masuk menyampuk waktu doktor tengah bercakap lagi. Syukran Ali!

Dalam hati saya terfikir, agaknya kalau Ali ni takde dan pensyarah yang kemudian tak datang-datang, agaknya bila lah yer pelajar Malaysia ni boleh balik?

Yela.... Kat sekolah dulu pun, mana pernah kita berbudaya bangun secara selamba kalau cikgu terlajak kelas dan berkata dengan beraninya "Cikgu, kelas dah habis. Dah.dah. Berhenti." Kalau berani begitu, mungkin boleh dapat hadiah pelempang agaknya. Kankankan? Maka tunggu je lah sampai cikgu seterusnya datang depan pintu menunggu cikgu dalam keluar. Betul tak? ^_^

Kesimpulannya selagi tidak menyalahi syarak dan akhlak, teruskan berakhlak terpuji. Boleh atau tidak bergaya seperti budak Arab itu perlu dipertimbangkan mengikut keadaan, tempat dan sebagainya. Di JOrdan, mungkin boleh. Di Malaysia, beware~

Sekian catatan di tengah ulangkaji. Jumpa lagi~ ^_^

eXAM:

CNS: 14 MAC
MANAGEMENT : 15 MAC
ETHIC : 23 MAC

Bila movie jadi bahan revision study


Assalamualaikum..

Hujung-hujung cuti dulu, saya sempat habiskan satu siri cerita Dr. House sebelum masuk kelas CNS. Sekarang dah dekat sebulan kami belajar sistem ini. Minggu depan pun dah nak exam. Sepanjang kelas haritu.....

Kelas Anatomy Satu

Lecturer: ... huntington disease..blablabla...autosomal dominan..blablabla... (kelas habis)
Ameera: Weh Ainul, ingat tak penyakit Thirteen dalam Dr. House. Penyakit tu, hungtinton la kan?
Ainul : Haah la.., mak dia kena dulu. Dia pun dah nak keluar symptom. Tremor segala bagai. Blablabla.....
Ameera: Caudate dengan putamen dia nak rosak rupanya....

Kelas Pharma Satu

Lecturer: .. parkinson disease... blablabla... hallucination...blablabla.. seizure..blablabla.. (kelas habis)
Ainul: Weh Meera, kan pompuan solek mayat yang hallucinate mayat bangun tu dia first-first ada seizure kan?
Ameera: Haah, yang dia hallucinate mak dia hidup lagi tu kan?
Ainul: Haaa, yang tu. Dia parkinson kan? Ingat tak Dr House kata dia hallucinate sebab dia ada delusion yang mak dia tak mati lagi?
Ameera: Haa, betul2! Mak dia pun dulu parkinson gak kan? Yang pernah jatuh terhentak kepala ngan tak leh butang baju tu..
Ainul: Ha.. betul2...

Kelas Pharma Dua

Lecturer: ..blablabla..amantidine....blablabla... antiviral agent..blablabla... high protein binding.. blablabla... (kelas habis)
Ameera: Oit Ainul, ingat tak kenapa Amber mati?
AInul: Aaaaa, keracunan amantidine..
Ameera: Haaa, betul! Sebab apa boleh keracunan?
Ainul: Sebab kidney dia rosak lepas accident. Pastu badan dia takleh tapis amantidine tu.
Ameera: Sebab amantidine tu high protein binding kan? sebab tu dialisis dia tak leh selamatkan gak kan?
Ainul: Haaa... betul3...
Ameera: Ingat tak kenapa dia makan amantidine?
Ainul: Selesema. Kenapa?
Ameera: Antiviral la kan ubat selesema...
Ainul: Oooo... Haah.. Betul2...

Kelas Anatomy Dua

Lecturer: Blablabla... Hungtington disease..blablabla... tremor at proximal... blablabla (kelas habis)
Ainul: Weih Meera, bukan ke Thirteen tu dia tremor kat pergelangan tangan waktu bentang diagnose?
Ameera: Haah la.. Ces, Dr. House menipu! haha..
Ainul: Ok, tang tu kita reject.! Tapi time dia kelam kabut ambil kertas jatuh tu macam mana dr House tahu dia hungtington?
Ameera: Entah, tremor bahu la kot..
Ainul: Owh, betul jugak..

Ok, cukup empat benda ni dulu. Karang kalau tulis semua revision, panjang berjela plak~

Sepanjang sebulan belajar CNS, sepanjang tu jugak la rewind siri Dr House lepas kelas dengan Ameera Suad. Kebetulan dia memang dah hafal lama cerita tu. Sama-sama minat. Maka, senang kerja. Hehe.. Saya dan Ameera duduk selang seorang di tengah kami. Bising betul kami ulangkaji subjek dalam movie setiap kali lepas kelas.. Kesian orang tengah, terpinga-pinga tentang Dr. House... Huhu.. Thanks Meera for the revision! ^^,

kebetulan siri yang saya baru tengok ini semua kait mengait dengan CNS yang saya baru belajar.Tapi seriusly, bab-bab yang ada kaitan dengan Dr House punya siri tu sangat senang nak ingat berbanding benda-benda lain yang baru belajar. Kan best kalau silibus semua ni diaorang buat cerita je. Senang sket nak hafal? Kan?Kan?Kan? ;p (nampak sangat dah cuak exam dekat tapi banyak lagi tak habis cover..)

Ok, exam dah nak dekat. Wish me... eh silap. Wish us luck ! 14 Mac nih exam CNS. Jumpa lagi~ *back to the book* Ta..

nota kaki untuk orang bukan medik:
1. Parkinson, Hungtington : Sejenis penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otak.
2. Caudate, putamen : Salah satu bahagian dalam otak
3. Amantidine : sejenis ubat selesema
4. tremor: sejenis keadaan yang ala-ala menggeletar tanpa dibuat-buat
5. Hallucination : nampak benda-benda yang sebenarnya tak wujud pun
6. Dellusion : kepercayaan yang salah
7. seizure : tarik, sawan
8. Antiviral : ubat bunuh virus
9. Proximal : bahagian yang terdekat dengan badan
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images