SMS And Calls

Assalamualaikum (I don't think i have any any lesson included in this entry. ^^,)..

Nothing much to say, just an announcement for those my Jordanian-Malaysian friends who read this blog.

Currently, erm.. nope. Actually for these few weeks being, my mobile had been diagnosed as having a malignant uncapable-to-send-any-sms-oma disease. Totally untreatable!

So guys, please do not expect me to reply your message as soon as possible or maybe forever i guess. huhu. Just call me directly or please be ready to receive any call after you sent your sms ( only if i think it must be important to be replied or else.. )

I've been trying to use the orange.jo lately but seems the disease had been spread there too. So, first of all for those who didn't get the reply - I'm sorry . And it would be really kind of you if you call me directly for any important purpose due to my declining credit too. Thanks.

Don't worry, the problem will be solve after June. Because i've made a promise only to buy another one in Malaysia. Big task to endure, isn't it? -_-' Never mind. I've learn a lot trough it. Such a long journey to go but now it is nearly Mac. I'm on my way~ (Don't ever mentioning about why. It just a promise and i would like to do so. Done. ^_^)

And to my life savior regarding the phone thingy, thanks a lot! I owe you much~ ^_^

Thanks again for reading a piece of information in this blog.

Erm, I'm doing the first entry in English, i guess.. Maybe due to my sudden increase frighten after realising that middle east student might lost their English capability if they keep being anything that make it be (after my back to school session talk actually). So, anyone? Any progression grammatical error here?

Okay. Got to get off the computer. I think i'm still a week behind from the silibus and i need to catch them up before this weekend end, hopefully with the chilly cold weather. Got to beat the big thick blanket too. Wish me luck! See ya~

Debat Piala Presiden Permai 2010



Assalamualaikum

Alhamdulillah, malam ini pertandingan final debat Piala Presiden Permai selesai dan tamat dengan jayanya. Istimewanya malam ini, buat julung kali final diadakan antara pasukan lelaki dan perempuan di Irbid, walaupun sebelum ini pernah berlaku pertembungan pasukan Irbid juga sewaktu di Debat Yayasan Perak di Mu'tah dahulu.

Keputusannya : dewa sebulat suara menerima usul - Rancangan realiti : Kebajikan Plastik. Maka, pasukan lelaki selaku pencadang menang dengan margin 8-3. Tahniah! Tak lupa juga untuk adik-adik pasukan perempuan, kalian sudah buat yang terbaik, malah jauh lebih baik dari pertandingan sebelumnya, banyak pembaikan. Tahniah juga! ^_^

Kali ini macam biasa sasaran saya : tak nak masuk tapi nak cari bakat baru. Tahun lepas jadi skuad suruhanjaya, tahun ni jadi hakim pula. Penat kurang tapi baru belajar cara cari kefokusan yang sangat tinggi untuk mengadili kedua-dua pihak. Nice~ Susah sebenarnya kalau cepat lost dan tertinggal kereta!

Alhamdulillah, banyakkkkk sangat mutiara terpendam rupanya kali ini. Yang baru tergilap dan dah sedia tergilap pun ada. Seronok tengok adik-adik semua berani ke depan dan berdebat dengan baik. Kakak-kakak di belakang semua saling jadi tukang hulur idea teknikal perdebatan, dan sangat jelas perubahan yang kami nampak pada pada peserta semua. Leganya~ Lepas ni banyaklah stok pasukan di Irbid harapnya.. >_<

Eh, tapi niat utama bukan sekadar cari bakat tapi untuk dedahkan masyarakat Irbid dengan dunia perdebatan. Perdebatan bukan sekadar cakap-cakap kosong tapi salah satu medan perbincangan yang menarik kalau betul-betul diikuti dan difahami. Lebih-lebih, boleh baca sini.

Ok, tak nak cakap banyak. Cuma nak letakkan dua benda tentang perdebatan yang suka untuk saya peringatkan.

Imam Asy-Syafi‘i berkata,

“Aku tidak berbicara kepada seorang pun kecuali aku sangat suka jika ia mendapatkan taufik, berkata benar, dan diberi pertolongan. Ia akan mendapatkan perhatian dan pemeliharaan dari Allah. Aku tidak berbicara kepada seorang pun selamanya kecuali aku tidak memperhatikan apakah Allah menjelaskan kebenaran melalui lisanku atau lisannya.” Ibnu Aqil berkata, “Setiap perdebatan yang tujuannya bukan untuk membela kebenaran adalah kebinasaan bagi pelakunya.”


“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah)

Tambah sikit, jangan lupa profil-profil pendebat idola (Zakir Naik & Ahmad Deedat ) yang AJK tak sudah-sudah promote tu ya. Moga-moga kita juga mampu jadi seperti mereka - pejuang agama yang berjasa~ Amin...

Ok, kembali ke landasan harian yang sebenar : BELAJAR PENUH TEKUN~ wassalam....

p/s: setelah beberapa lama tak hujan, tadi hujan balik tapi dari balik cuti dulu badan tak baik-baik secara sepenuhnya lagi. kejap ada kejap takde. kejap baik kejap tak sihat. doakan saya dan semua kawan-kawan sembuh sepenuh-penuhnya dengan cepat ok!

Tamsilan Cermin Sisi


(sumber : google )

Assalamualaikum..

Saya terfikir sesuatu..

Kita melalui hidup macam kita sedang bawa kereta. Kena selalu hati-hati, ada peraturan, perlukan minyak dan macam-macam lagi.

Dan yang paling saya nak cuba tekankan : Kita ada cermin sisi.

1.Walaupun kita dah tinggalkan masa lampau, kita masih boleh lihat apa yang kita tinggalkan di belakang.
2.Kadang-kala apa yang kita lihat dari cermin sisi buat kita terfikir bahawa kita pernah berada di sana dahulu. Kalau kita nampak orang dalam sisi sisi tu, kita juga akan rasa kita pernah berada di tempat orang tu dahulu.
3.Dengan cermin sisi juga, kita dapat belajar banyak benda dengan jadi lebih berjaga-jaga.

Apa yang saya boleh kata ialah cermin sisi adalah pemberi ingatan kepada kita: tentang masa dulu dan masa hadapan juga.

Cermin Sisi Hidup Saya - Hidup saya sekarang - Tamsilan Cerita Lama Saya Dahulu

Tamsilan = Pantulan, Biasan

Entah kenapa banyak benda yang baru jadi macam pernah jadi dulu atau sekurang-kurangnya buat saya tefikir apakah sesuatu yang sama pernah jadi dahulu. Baik atau buruk, macam ada kaitan dan perhubungan.

Saya melayan baik sebab saya pernah dilayan baik.
Saya tidak dilayan baik adakah kerana saya pernah tidak melayan baik juga?

Allah, kalau ini yang mahu Kau tunjukkan pada aku, ampunkanlah segala dosa aku dan dosa seluruh orang muslimin di dunia ini atas kealpaan kami. Amin ya rabbal 'alamin~

Padah Salah Pengurusan

Assalamualaikum

Minggu kedua kelas sudah bermula.Silibus minggu sudah masih berbaki. Tugasan-tugasan luar pun banyak tak terbuat. Apa kes? Semuanya gara-gara tersilap merancang organiser. Post-holiday syndrom kah? Huh, alasan~ Habis tunggang langgang jadinya. Tambahan, dua minggu ini aktiviti luaran sangat banyak sampai terasa macam tamak nak ikut semua tapi tetap tak dapat~

Yang dah ada dateline, ditangguh-tangguhkan
Yang takde dateline, lagilah jenuh beratur panjang

Bila yang baru datang berbondong-bondong, padan muka diri sendiri kena tanggung! >_<

Wuuuu.. T_T

sekian pengajaran hari ini. Kepada sesiapa yang ada perangai teringin suka ikut semua aktiviti macam saya, silalah jangan cari nahas menangguh-nangguh kerja. Kalau dari dulu semua dah siap, kan ke senang sekarang boleh join macam-macam. Tu laaaaa....

Ini bukan masalah hidup perlu buat pilihan, tapi ini masalah masa tak pandai diuruskan. Maka, benda yang tak perlu dipilih terpaksa jadi taruhan. Ambil yang aula (lebih penting), yang lain terpaksa bye-bye. Maka sila tahan dan lain kali ambil buat pengajaran~ DON'T TAKE THINGS FOR GRANTED,DEAR...

Bila nak amal budaya 'organiser' yang disedut khas dari Perancis nih ha? @_@

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nothing much to say as the works are pilling up..
Just a few updates :

1. Sepanjang minggu ini adalah minggu pertandingan debat Piala Presiden Permai dan saya bertindak belakang tabir sahaja. Bila lagi nak cari bakat kan?

2. Sudah banyak kali terfikir-fikir tahun ni nak balik Malaysia bulan enam atau bulan lapan? Mak kata suruh balik sama adik, tapi hati kata nak balik raya~ Macam mana nih! Any idea?

3. Adalah sangat tertekan duduk paling hujung dalam barisan di kiri area nak belakang dewan kuliah yang besar gedabak itu untuk belajar CNS. Nak tengok slide kena senget-senget badan, Bila doktor pergi hujung kanan, kena senget-senget kepala. Bila gambar saraf dan tulisan halus macam kuman, kena fokus power mata (tapi dah bertambah sejak balik cuti) dan ke depankan kepala . Sengsara sedikit jiwa raga nak belajar dengan bahagia~ T_T Nak duduk tengah!!! Ish..

4. Hujung minggu ni rasa macam nak pergi lepas tension kejap : kedai buku Amman atau sukan BKASJ?

5. Travelog kembara saya? Erm, mungkin lepas segala yang teramat aula selesai dulu ye. Maaf. Maaf. Maaf. Tapi insyallah, still akan ada seperti biasa hatta terlajak expired date jua.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okay, pen off!

Mukaddimah Ringkas Hikayat Kembara France-Espana

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kembara kali ini tamat dengan pelbagai perkara yang cukup bermakna. Berjalan mencari hikmah selama 2 minggu ke bumi Perancis dan Spain seperti tidak cukup untuk menggali keseluruhan mutiaranya di sana.

Pertamanya maaf pada yang telah saya janjikan untuk terus update dan berkongsi sebaik sahaja tiba. Internet dan komputer bermasalah buat masa sekarang. Ini pun sekadar menumpang seketika. Nanti pulih, insyallah saya akan kongsikan secepatnya.

Secara ringkasnya tanpa gambar dan fakta menyeluruh, mungkin saya boleh kongsikan beberapa info yang saya baru temui sebelum, semasa dan selepas saya berjaulah ke sana. Ada sesetengahnya yang agak menarik sampai saya terjerat untuk ke Perancis buat kali kedua dan tak sabar-sabar ke Sepanyol buat julung kalinya.. ;)

1. Buat penggemar sejarah Islam yang belum tahu, Islam sebenarnya telah pun menapak ke Perancis sejak dahulu. Bukan sekadar imigran, tapi dengan sepasukan tentera Islam yang hebat dan digeruni Kristian. Ada ceritanya sebenarnya cuma kita tak pernah tahu kerana sejarahnya seperti tersembunyi.

2. Di bumi Cordova, sudah tidak ada orang Yahudi melainkan dua tiga keluarga kecil yang sudah hilang identiti Yahudinya di sana. Mereka tiba dan pergi dengan pelbagai kisah dan di antaranya ada kaitan dengan orang Islam di sana. Unik dan lain senarionya dari biasa, itu yang saya rasa. Ceritanya tunggu ya~

3. Islam Andalusia jatuh kerana umatnya yang makin jauh, Kristian Sepanyol dan Portugal pula naik dengan beberapa sifat Islam yang makin ditinggalkan orang Islam sendiri. Apa? Bukan sekadar satu, dua atau tiga tapi banyak ceritanya. Ramai orang terbabit juga termasuk Melaka, Demak, Majapahit dan Acheh Indonesia.

4. Hanya ada satu masjid yang dibenarkan azannya berkumandang di luar masjid, lainnya semua azan dalam masjid sahaja. Masjid itu pula betul-betul terletak di antara sebuah gereja terkenal di kanannya dan sebelah asrama rahib wanita di kirinya. Masjid yang penuh kisah, penuh sejarah dari mula planning hingga kini.

5. Buat kesekelian kalinya, sejarah memaparkan seorang Non-Arab menjadi pemacu kemenangan Islam di bumi Sepanyol-Morocco sana. Seperti Salahuddin Al-ayubi yang berbangsa Kurdish, panglima kali ini berdarah Baberian. Gagah dan hebat! Siapa, cuba teka? Kisahnya sangat hebat!

6. Dahulu saya dimogokkan bahawa orang Perancis ini sombong-sombong belaka. Bila tiba di sini, lain pula yang saya jumpa. Mungkin jua Allah yang bantu agar tak jumpa yang perangai singa, tapi ada beberapa perkara yang saya baru tahu hingga terasa seperti ditegur - jangan mudah hakimi manusia sewenangnya~

7. Bahasa Inggeris adalah bahasa keempat yang saya guna sepanjang perjalanan ini kalau warga pekerja pelancongan tak termasuk dalam bancian saya. Tapi ada banyak cerita kenapa saya lebih suka begitu dan ada pengajarannya.

8. Kalian mungkin terdengar tiada Islam di bumi Andalus kini, tapi ketahuilah bahawa kini bilangannya meningkat, agak ramai sebenarnya. Walaupun jarang ternampak dek mata tapi akan ada masa tersendiri kita sendiri terbeliak, baru terperasan ooohh, ramai rupanya~ Bila? Kat mana? Bagaimana? Nanti saya kisahkan.

9. Apa agaknya perasaan seorang lelaki bila ada wanita yang berkata padanya 'Menangislah engkau seperti seorang wanita kerana kehilangan Andalusia setelah kau gagal melindunginya seperti lelaki yang perkasa'. Ouch, that's hurt! Tahu ayat ini? Apa ceritanya?

10. Al-Hambra sebenarnya sangat-sangat hampir dibom oleh Napoleon sewaktu perang dunia. Tapi terselamat dengan sipi-sipinya kerana seorang manusia. Kemudian nak tahu huduh bagaimana perangai perangai akhir umat Islam di Andalusia dulu, boleh baca novel Washington Irving yang amat terkenal di sini. Aduyai, malunya~ Entah tipu atau benar, tapi kalau tipu pun, betapa kita teruknya imej kita dijaja.

11. Salah satu ayat yang saya paling kagum mendengarnya " When you cannot travel over the world, make the world come to you.." Ayat yang mudah dan ringkas dari seorang bukan muslim yang sangat penuh makna sampai terdiam semua di sekelilingnya sewaktu dia berbicara. Kenapa? Nanti ya!


Oklah, panjang amat dah ini. Pendek kata, saya memang sangat suka, jatuh hati, bahagia datang ke bumi Andalusia walaupun masih ada kesedihan dengan keadaan Islam kini di sana. Sampai Swizterland yang indah itu telah saya jatuhkan tahta sebagai tempat yang saya nak datang balik dan diganti dengan Sepanyol yang hebat sejarahnya itu, disamping Turki juga! Tapi ada sikit terkilan tak terjejak ke Tours dan beberapa tempat lain yang saya impikan. Huhu, takpelah. Next time kalau Allah kasi rezeki.

Pergilah walau sekali kalau ada rezeki. Seriusly, sangat seronok untuk dikaji dan diteliti. Bagus untuk booster diri betapa anda sangat diperlukan untuk kembali menegakkan Islam ke tempat tertinggi, ustaziyatul alam seperti yang pernah terjadi. It's your mission. It's your destination. Whoever you are, whatever you do, it just like back to the basic.

Insyallah, cerita panjang lebar tentang perjalanan dan beberapa kisah di sebalik sejarah juga perjalanan jaulah akan saya kisahkan bila ada masa dan keadaan mengizinkan. Saya akan kongsikan sebanyak mana yang saya mampu supaya kalian tahu apa yang saya tahu, dan andai ada yang bakal pergi ke sana nanti moga ada perkara yang dapat membantu agar perjalanan bukan sekadar mata yang dijamu, tapi jua hati dan iman.. Insyallah~

Hati Terluka Di Cordova

Assalamualaikum..

Dalam hening pagi, saya bergerak penuh harapan ke Mozquieta Cathedral untuk melihat bangunan sejarah yang paling saya impikan..

Subhanallah.. memang mengagumkan apabila dilihat dari luar tapi..





Sebelum masuk ke dalam, saya diberi risalah tentang masjid ini. Sungguh! Faktanya sangat menyeleweng! Umat islam dianggap penyibuk yang mendirikan masjid di atas tapak cathedral sebelum Kristian mengambil kembali kawasan ini setelah keruntuhan Andalusia. Urgh, hati yang mula-mula tenang tia-tiba jadi menggelegak sedangkan kaki masih belum melangkah masuk ke dalam masjid.



Di dalam bangunan ini, masjid sudah hilang tanda. Yang tinggal hanya kesan-kesan sejarah. Semuanya sudah ditukarkan menjadi gereja. Penuh dengan gambar-gambar yang memuja tuhan mereka. Bunyi azan dan ayat quran telah lama lenyap dan diganti dengan nyanyian gereja dan bunyi loceng yang berdenting saban waktu.



Mimbar dikunci. Lakaran-lakaran islam hanya terpamer di balik kaca. Hilang ditelan zaman. Hendak dibangga pun rasa tak guna. Kalian lihatlah sendiri betapa masjid ini seakan tercemar penuh cela. Malu rasanya. Sedih tak terkira. Pedih!



Sungguh, air mata saya tak berhenti mengalir. Saya sebak melihat masjid diperlakukan sebegini rupa. Sakit hati bertambah berganda bila propaganda kristian diagung-agungkan dan islam dihina sehingga sebegini rupa. Terasa seperti masjid ini menjerit-jerit meminta tolong dari umat islam yang bertandang tapi saya hanya mampu memandang.



Kamu tahu, di sini kami dilarang bersolat. Kami dilarang berdoa. dan kami dilarang berbuat apa-apa. Semuanya serba dilarang atas nama ini adalah gereja! Dan apabila kami bertemu rakan-rakan Islam dari luar, kami diarahkan berpisah kerana 'disini tidak dibenarkan berkumpul'. Benci! Sangat saya benci! Setiap gerak kami diperhati!



Tapi maaf, saya bukan penurut kebatilan. Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya untuk bersujud syukur di tanah Andalusia, di bumi Masjid Cordova dimana ini tanah Islam yang pernah menjadi saksi kebangkitan Islam di dunia. Di hujung sudut masjid, saya bersujud penuh harap dicelah-celah saat pengawal terleka, tanpa tahu arah kiblat saya bertawakkal kepada-Nya (alhamdulillah, insticnt kiblat saya tepat akhirnya)... Alhamdulillah, saya berjaya.



Di hadapan saya, baru saya terjumpa mimbar. Mimbar yang berpagar! Supaya jauh dari manusia, hanya mampu dilihat tanpa mampu dirapat. Mengigil tangan ini menggenggam pagar yang memisahkan kami. Saya benci! Di fikiran saya terbayang-bayang, di sini dahulu penuh jutaan manusia sujud menghadap Allah. Mungkin termasuk jua Ibnu Sina, Ibnu Rus, Zahrawi dan sekelian manusia Islam hebat yang lainnya. Rindunya pada mereka...



Semua pertanyaan kami tentang Islam di masjid ini hanya bakal dijawab " ini bukan masjid, ini adalah gereja." Tersiat-siat rasanya hati di sini. Malah lebih menyakitkan apabila perhimpunan paderi bermula, penuh dengan bau kemenyan dan bunyian gereja. Sedang saya di hujung masjid ini sedaya upaya mengalunkan ayat Quran, supaya masjid ini masih ada ayat-Nya yang kekal berkumandang walaupun sayup dan sipi, tapi saya yakin suatu hari nanti, masjid ini akan kembali ke sisi kita..

Saya sumpah! Saya pasti! Umat Islam pasti kembali ke sini. Jika ada peluang dan rezeki saya menyaksikan masa tersebut, saya mahu kembali ke sini. Saya mahu bersujud bukan lagi dengan ketakutan dan keraguan, tapi dengan kebahagiaan dan kesyukuran.

Allah, kembalikanlah masjid ini ke tempat yang sepatutnya. Kau bangkitkanlah umat ini kembali supaya kami tidak lagi dihina sebegini dan Islam kembali menerangi alam-Mu yang sekarang dalam kezaliman. Aku sebagai hamba-Mu akan sedaya upaya berjuang agar Islam kembali menang. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Seruan Andalusia

Assalamualaikum...

Demi jejak cahaya
aku tiba kali kedua
dengan misi baru
aku nekad kembali ke situ

bukan napoleon yang aku rindu
tapi sejarah tariq yang aku buru
bersama sirah andalusia
aku tiba menyahut rasa
ziarah sepanyol julung kalinya
bersama perancis menuju cita

biar apa orang bersuara
aku kaya, boros atau gila
yang penting misiku berbeza
dulu menjengah, kini menjelajah
kerana perancis, bumi misi abbasiyah
menebar islam ke dunia eropah

andai dulu aku dungu
kini banyak yang aku mula tahu
maka itu aku tetap melangkah
membongkar rahsia sejarah
islam andalus dan eropah
agar diriku kian gagah
bersama keyakinan dari ilmu bumi allah......

---------------------------------------------------------------------------
p/s:

terlampau banyak kisah baru dan dahulu yang saya temui kali ini. Pengalaman kali ini teramat berharga.. tak sabar saya nak kongsikan bersama semua.. biar kalian tahu, bagaimana kisah saudara kita di sana - bumi andalus dan bumi perancis yang penuh rahsia...

doakan saya pergi dan pulang dengan selamat.. moga ada sesuatu yang boleh dikongsi dengan semua
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images