Travelog Russia - St Petersburgh & Moscow 2010

7:29 PM 24 Comments A+ a-

Assalamualaikum~

Peringatan: Travelog ni panjang ya amat~

Pertama-tamanya : Salam Maal Hijrah buat semua! ^_______^

Memandangkan 1 Muharam ni cuti umum di Jordan, jadi saya decide baik saya setelkan siap-siap travelog sekarang supaya tak berapa basi sangat nanti sebab exam pun dah nak dekat..

Let's begin~



Ok, secara pengenalannya Russia ni adalah negara yang sangat-sangat besar. Terletak di Timur benua Eropah. Lain-lain fakta biasa boleh rujuk terus sini.

Memandangkan bahasa Russia agak aneh dan macam susah nak survive kalau sendirian berhad, maka saya travel ke Rusia guna khidmat adik dan rakan-rakan sebagai tour guide. Di 5 daerah di sini yang ada student Malaysian - Moscow, Volgo, Niznhy, St. Pete dan Kursk. Tapi jarak masing-masing jauh ya amat. So, saya pergi 2 tempat je yakni Moscow & St Pete. Itu pun naik flight sejam setengah macam nak pergi Mesir dari Jordan.

Oh ya, pada yang nak gi tengok majoriti Muslim di Russia, saya sarankan pergi Kazan. Rugi betul tak pergi haritu. Lambat tahu dan kurang info tentang tempat ni. Tapi still, teringin sebenarnya nak pergi. Huhu

Tentang Visa Russia, takde lah susah mana pun. Tapi saya tak buat sendiri. Saya guna agent di Amman. So dia yang uruskan segala visa dan invitation letter serta urusan dengan embassy. Tempoh nak dapat visa pun tak lama, just dalam seminggu je. Alhamdulillah so far takde masalah.

Bahasa Russia memang agak susah. Tapi huruf Russia agak senang! Betul! Saya sendiri just sempat study sepanjang flight je which is 6 jam untuk hafal semua huruf dia. Insyallah senang, just macam kod-kod rahsia sikit je. Dan bagi saya, once dah hafal huruf dia insyallah jalan takkan sesat. Boleh jalan sendiri dan balik sendiri.Student sana tak teman pun insyallah ok. Dengan syarat tak payah bercakap la sepanjang jalan. Jalan guna mata dan kaki je. Hehe.. Dijamin no problem, sebab saya dah buat haritu~ Tapi still kalau nak bercakap gak, kena lah hafal ayat2 simple mereka.



Mostly di Russia, transport banyak pakai metro, bas, trolley bus, tram, mashut(van)atau taxi. Kos metro utk 20 kali lalu mesin dia adalah 450RB. Bas plak 20 kali naik bas harga dia 350RB. Mahal gak la.. T_T

Owh lupa. Currency 1JD = 44RB (rubble). Kalau Malaysia RM1 = 10RB. So boleh convert sendirilah nanti ye. ^_^



So, sekarang kita mula catatan kembara~

Saya bertolak bertiga ke Russia bersama teman serumah Maisarah dan Akmal pada 16hb November 2010 jam 5 pagi. Bersamaan dengan hari pertama Raya Aidiladha! Berhari raya di rantau sungguh nih~ Nasib baik transit Mesir kejap. Jadi sempatlah solat raya di Airport Cairo. Menariknya waktu transit tu, kami terjumpa dengan satu famili Malaysia yang sedang sama transit. Sembang punya sembang, last-last diaorang jamu kami kuih-kuih raya dari malaysia. Nasib baik rendang tu leceh nak makan, kalau tak, memang raya sakan kat airport. Hidangan Malaysia tuuu.. ^_^



Dari Mesir ke Moscow ambil masa 4 jam setengah. Jadinya kami sampai di Domodenovo Airport jam 3.30 petang. Suhu waktu tu 2 darjah celcius. Fuh, takpe. Adik dah warning awal so preparation untuk extreme cold dah ada. Bila sampai Moscow, kami terus balik rehat kat apartment kawan2 adik di Universitet. Malam ni sesi rehat2 and ice breaking je dengan tuan rumah. Esok pagi nak bertolak ke St Pete plak.



First impression tentang Russian people : Kasar + Serius.

Baru di airport, dah jumpa sorang Russian yang hentak2 paip dengan ganas bila air tak keluar. Terkejut kitaorang. Mostly diaorang semua series memanjang. Kalau masuk metro awal-awal datang tu, rimas sket lah sebab diaorang obvious sangat perhati kita head to toe tak henti-henti. Still trauma dengan bombing suicide dulu kot. Maybe~

K,ni lah tuan rumah kami. Junior tahun 2 MMA. 5 orang serumah. Hazel, Amira, Aysha, Piqa dan Ria. (Ria takde dalam gambar sbb dia tengah bed rest due to post surgery). Never met them before but they are very outgoing and friendly. Alhamdulillah diaorang duduk apartment, jimat duit kitaorg gak sbb mosly student sini duduk hostel, orang luar kalau nak masuk kena bayar. Apartment Russian mostly Western style, kecik je. Tapi sewa tinggi. ⊂•⊃_⊂•⊃ Eh lupa, dah nama pun Moscow. Hehe



A little brief about Malaysian student in Moscow. Uniknya di Russia..

1)result exam bergantung kepada status mental lecturer. Erk? Yup! Kalau lecturer bad mood, bad la markah. Tengah baik, maka baiklah resultnya. Uish, bahaya oo~
2)Kebanyakan lecturer agak baik dan bertimbang rasa. Misalnya kes Ria yang terpaksa meninggalkan kelas agak lama sebab tak sihat, pensyarah dia kasi zachut terus untuk semua exam. Erm, kira macam pass terus la.. Wa, baik giler! Alhamdulillah..
3)disebabkan TB terlampau common di Russia, diaorang siap ada Cycle/Round TB lagi! Dekat Hospital TB gak. Khas serba TB semuanya. Menarik~
4) Student Russia banyak giler test mingguan. Marks antara 1-5. 5 (pyat) is the best. Dalam semua test2 minguan tu, kalau semua test dapat pyat, maka dibenarkan tak payah ambil final. Ok, best kot... ! =)

Done sampai situ dulu ye..



Sekarang mari bertolak ke St Pete~ Keluar dari rumah jam 6.30 pagi yakni sebelum subuh! Subuh pukul 7.15. Nasib baik naik aeroexpress lama, jadi terus solat dalam train. Kami guna flight Aeroflot utk ke St Pete.





Dari Airport Sheremetyevo ke St Pete Airport ambil masa sejam setengah. Jadi kami terbang pukul 10 pagi dan sampai jam 11.30 tengahri. Lepas tu balik rehat hostel kawan kejap makan-makan sebelum keluar balik jalan-jalan pukul 3.30 petang ( padahal maghrib pukul 4.30).Oh ya, Muslim Russia pertama yang saya jumpa adalah di sini. Sangat baik. Tahu sahaja kami Muslim, terus ditolongnya tawar menawar bas sampai dapat murah.





Ini plak salah satu metro di St Pete. Cantik kan? Tak ingat plak nama stesen dia apa. Tapi kalau tak silap, untuk ke Nevsky Prospect tu kami berhenti di Metro yang area Gostiny Dvor. Peta sepanjang boleh rujuk sini ye.



Ringkasnya, sepanjang petang sampai ke malam kami berjalan-jalan bersiar-siar di sekitar bandar St Pete. Pertamanya kami berjalan kaki melalui Nesky Prospect, yakni antara jalan utama di St Pete yang menghubungkan pelbagai monumen-monumen menarik di sini seperti Admiralty, Peter The Great Monument, Kazan Cathedral dan lain-lain lagi.





On the way tu, kalau ada mana-mana bangunan yang penting dan menarik kami akan berhenti ambil gambar. Tak masuk pun. Diaorang nak terang panjang lebar tak sempat sebab takut terlewat. Balik nanti baru search balik dalam buku tempat ni nama apa. Contohnya macam Kazan Cathedral di seberang jalan nih. Dah balik Jordan baru tahu dalam dia ada Museum of the History of Religion and Atheism. Adeh~ Huhu..



Oh lupa. Actually sebelum sampai Kazan Cathedral ni ada simpang ke kanan yang membawa ke Art Square and Russian Museum. Tapi waktu murakib yang senior tu ajak, semua orang dah jalan jauh ke depan. Saya yang tertinggal kat belakang je dengar. Tapi dah semua tak pergi, takkan saya nak pergi sorang kan? Takpelah, tak sempat. Tengok dari jauh pun jadiklah... (gambar internet)



Dari depan Kazan Cathedrak tadi, kami susuri jalan tepi sungai untuk ke Church of Savior On Spilled Blood. Tapi kan actually sebelah sungai ni ada satu kedai buku besar sangat-sangat - Dom Knigi. Diasaskan pada tahun 1919 bagi menggantikan Singer House, Dom Knigi yang dikenali sebagai House Of Book ni dikira sebagai kedai buku pertama di Soviet Russia!



Okeh, sambung jalan tepi sungai. Dari sini dah boleh nampak Church Savior On Spilled Blood. Nasib baik malam winter ni sejuk ya amat. Kalau tak, memang dah lama diaorang nak ajak naik cruise lalu Neva River. Kalau summer best la kot. So, kita berhenti sini dulu ambil gambar banyak2. ^_^







Sekarang kita mara ke Church of Savior On Spilled Blood atau lebih senang dipanggil Spilt Blood. Actually Spilt ni banyakkk lagi nama dia.. Spilt ni bentuk dia macam ala-ala St Basil kat Moscow sikit kan?





Next, sambung jalan kaki ke Hermitage pulak. Hermiga sederet gabung dengan Winter Palace. Hermitage ni sebenarnya dulu digunakan sebagai Istana Raja. Tapi sekarang dah tukar jadi Muzium Seni yang terbesar di Russia dan tergolong gak antara yang terbesar dan terhebat di dunia. Ada khabar angin kata 'kalau kita tengok setiap barang kat dalam Hermitage ni seminit serba satu, kita perlukan 11 tahun untuk habiskan kesemuanya..' Wow~





Depan Hermitage ni actually dikenali sebagai Palace Square. Tengah-tengah Palace Square ni plak ada satu tiang besar tinggi yang dinamakan Alexander Column. Kalau ikut arah, utara Palace Square ada Hermitage. Selatannya pula ada bangunan lama Imperial Army General Staff yang turut bercampur dengan Triumph Arch (gambar 2 : belakang Column). Belah timur plak ada bangunan Royal Guard's General Staff dan last sekali, barat dia ada Admiralty (gambar 3: bangunan berkubah ada tajam ke atas).







Disebabkan kitaorg terus pergi shopping sikit-sikit bawah Triumph Arch dan terus menghala ke Nevsky Prospekt balik, maka tak sempat nak pergi tengok monumen Peter of The Great kat sebelah Admiralty tu even dah dekat sangat (padah tak baca buku awal2).. Huhu.. Ni gambar monumen paling femes tu waktu siang. Oh lupa nak cakap, belakang Hermitage ni semuanya Neva River tahu~ Lawaaaa.... ☾˙❀‿❀˙☽



Ok, sekarang masa untuk shopping dan makan2~ Makanan Russia pertama yang kami rasa di bumi Soviet ini nama dia Blin. Lempeng je pun sebenarnya. Tapi lempeng dia banyak isi. Ada cendawan, ada pisang campur coklat, ada caviar dan macam-macam lagi ikut citarasa sendiri. Brand dia : TEPEMOK. Tapi cara baca dia TEREMOK ye~







Dalam on the way balik ke rumah, kami terserempak dengan Museum Of Chocolate. So, singgah tengok dan beli sekali sikit saja merasa. Dia punya coklat macam lebih kurang dengan bentuk daripada Kilang Coklat Belgium. Maybe just lagi banyak varities. Dan alhamdulillah lepas tu tamatlah sesi jalan-jalan St Pete~



Esok paginya seawal jam 8.30 pagi, kitaorang dah kena bertolak ke airport balik. Wah! Keluar rumah je kena ribut salji lebat sungguh~ Suhu cecah -2 degree kalau tak silap. Hai Salji! Hehe.. Seronok tu seronok jugak. Tapi dalam hati doa-doa moga tak de la problem nanti kat airport. Delay flight kang jenuh! Tapi saya baru perasan taxi Russian memang sangat menepati waktu. Kalau kata pukul 8.30 tunggu, 8.30 lah dia dah terpacak depan rumah. Bagus2~



Oh ye, sebenarnya di St Pete ni student Malaysia sini yang banyak tolong kami. Mostly semuanya junior tahun 1 dan tahun 2. Uniknya, kami tak pernah kenal pun sebelum ni. Hanya melalui facebook, first time kami kenal sebab saya nak tanya tentang St Pete.Datang ni baru bersua muka dengan Tina, Farah dan Sahliza selain tambah kenalan : Atiqah, Lina, Amira, Lydia dan Lella serta 4 murakib lain. Semuanya kos marine engineering. Membina ukhwah melalui travel memang sangat best!

Ok, Review St Pete: Student Malaysia di sini 45 orang sahaja. Jadinya semua saling bergantung antara satu sama lain. Hostel mereka sebelah universiti tapi keadaannya agak susah. Jauh berbeza dengan rumah-rumah di Jordan. Dalam setiap bilik kecil( sakan first year Jordan pun luas lagi), ada tiga penghuni. Satu floor kongsi bilik air, tandas dan dapur yang sama. Tapi dapur diaorg buat mini sendiri dalam bilik sbb takut campur benda2 haram. Kluar masuk bilik kena berjaga-jaga sebab floor campur lelaki perempuan pelbagai warganegara. Fuh, memang mencabar kesabaran! Tabik sungguh diaorang boleh tahan menuntut ilmu dalam keadaan macam tu.. Huhu. Saya tak tahu saya boleh atau tak hidup begitu. Baru duduk 2 hari dah selalu sangat terkejut dan takut-takut, 4 tahun macam mereka? Ish..

Dengarnya ini kali pertama mereka terima tetamu student luar Russia. Jadi, yang tak pernah keluar malam pun sanggup nak keluar teman semata-mata kami sahaja. Tambah lagi, sanggup tumpangkan kami bertiga dalam hostel diaorang (dahla takyah bayar. Jimat 600RB) yang agak cukup-cukup ruang untuk mereka sahaja. Makanan pun tak habis-habis dilimpahkan kepada kami. Ya Rabbi, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..! You guys are really a great sisters and host..~ Terima kasih banyak2... =D



Terus-terang, kembara ke St Pete bukan kembara jalan-jalan semata. Banyaknya lebih kepada mengambil teladan tentang situasi pelajar Malaysia di situ. Apatah lagi kami sekadar jalan pusing-pusing waktu malam. Mana yang sempat, kami pergi dan ambil gambar di luar sahaja. Tapi seriously di sini ukhwah dan ibrah sahaja dah cukup buat saya terkesan dan berpuas hati. Perlu lebih belajar untuk bersyukur. I'll miss them so much! =)



Okeh, kembali ke bandar Moscow. Moscow tak snow lagi. Panas sket dr St Pete. First things to do now is the visa registration. Sebenarnya kalau duduk hotel atau hostel, benda ni free dan akan disetelkan terus oleh pengurusan hotel tu. Tapi sebab kami duduk luar, so kena la fikir sendiri buat macam mana. Nasib baik agent Jordan kasi agent Russia yang ok, so dia yang buatkan cuma kena cas je lah. 1500RB. *Melayang lagi duit*



Disebabkan lokasi agent Russia tu susah sket nak dicari, adik bawa kawan Russian dia,Ilya untuk tolong kami. Alhamdulillah berkat pertolongan Ilya, urusan kami selesai walaupun terpaksa pusing kawasan yang sama 2-3 kali. Melalui Ilya dan agent Russia, saya dapat konklusikan sikit tentang sikap orang Russia.

1) Berkeyakinan tinggi - Dia nak jugak cari sendiri tanpa tanya orang even jenuh kami cadangkan suruh tanya orang.
2) A little bit selfish - Ini bukan Ilya. Tapi ini sikap mostly Russian yang Ilya nak try tanya. Bayangkan lah kan, Ilya yang Russian pun diaorang tak layan apatah lagi kita yang asing nih. Fed-up sket kadang-kadang tengok.
3) Jalan laju - selama ni mana pernah jalan seiring dengan Russian. Jenuh kot nak kejar. Maybe dia pun rush nak mencari.
4) Sesuka hati dia je nak ubah2 something - Got the impression from the agent. A little bit macam Arab. Sikit-sikit esok. Sikit-sikit nanti.Pantang lewat sket, terus tinggal. Aish. Jenuh nak tunggu siap urusan secepat boleh.



Habis urusan, Ilya terus temankan kitaorang jalan-jalan pusing Red Square malam tu. Sambil jalan sambil berkenalan lebih lanjut sesama kami + Ilya dan Asyraf jadi jurukamera. Bukan senang nak jumpa Russian peramah dan baik macam dia. Plus, dia memang belajar Bahasa Malaysia sendirian berhad (bukan student medik MMA, dia ambil kos computer science di MSUIECS - kenal dengan Asyraf melalui internet). Jadi kadang-kadang dia berlatih bahasa Malaysia dengan kami. =) He is a nice Russian, sekurang-kurangnya imej Russian di mata saya kembali ok sket bila tengok sikap dia. huhu ◔̯◔



Tadi tu gambar dengan Ilya. Yang bawah ni plak gambar dengan murakib tetap kami yakni adik saya, Asyraf. The most important person for us in Russia. Takde budak ni, jenuh. Kesian dia sepanjang hari tu kelam kabut jemput kami pastu lari gi jawab exam, pastu datang balik bawak jalan. Thanks a lot dear brother! <【☯】‿【☯】> *meh2, datang Jordan plak*



Ok, jadi malam ni plannya kita sekadar ambil-ambil gambar suasana Red Square waktu malam~ Dalam Red Square ini ada banyak tempat khusus lagi sebenarnya. Yang pertama ini : St Basil. Bangunan kubah warna-warni yang saya selalu sebut sejak kecil sebagai rumah bawang Hensel-Gretel. Kenapa entah? Sebab dia warna warni agaknya.. Hehe



Yang ini plak, State Historical Museum. Hari ni kita tengok luar dulu. Hari last nanti baru masuk dalam, kita cerita lain.



Yang ini kiri Red Square ni ialah dinding kubu Kremlin dan Makam Lenin. Kremlin kita bakal jalan esok pagi. Makam Lenin ni jalan luar je la. Tak sempat masuk dalam pun even dalam dia ada mayat Lenin yang diawet sampai sekarang dan boleh masuk tengok sebenarnya.



Lastly, GUM Department Store. GUM ni sebenarnya shopping complex yang sangat besar. Ada dalam 200 store kalau tak silap. Tapi ni bukan calang-calang punya shopping complex nih. Hanya jenama-jenama highly-branded je yang ada dekat sini. Even ZARA yang macam gah sangat tu pun tak layak lagi bukak cawangan dalam GUM. @-@ Ih.Ih. Orang-orang kayo je kot shopping sini, orang biasa macam kite cuci mata je lah. Uhuk~ Habis pusing dalam GUM, balik rumah tidur....







The next day, destinasi utama adalah KREMLIN. Kremlin ni dia kubu yang sangat2 luas. Ada banyak benda yang kita boleh lawat dalam nih. Tapi semuanya tiket dibahagikan kepada 4 sub major. Rujuk sini. Daripada 4 tiket ni, kami tak ambil Armory Museum saja sebab tak sempat dah nak patah balik memandangkan dia bukak waktu2 khas sahaja. So, harga yang patut kena adalah 1350RB. Disebabkan kami ada ISIC card, maka diskaun boleh dapat jadi 500RB. Tapi alhamdulillah entah apa silap entah orang tu kira pada kami, diaorang cas kami 250RB je sorang untuk tiga tiket setiap orang. Uiks, alhamdulillah~ =D



Dalam semua tiket yang kami beli, tiket Ivan bell Tower ada program khas which ia hanya boleh masuk jam 11.25. Disebabkan kami datang jam 10.30, jadi pusing2 je sekitar dulu sekitar Ivan Tower Bell nih. Pertamanya, tengok Czar Cannon 74 yang dibuat pada tahun 1586 dan pernah dikatakan sebagai meriam terbesar di dunia. Wallaualam~



Kremlin ada banyak menara kubu dan setiap menara ada kisahnya dan namanya tersendiri. Area Cathedral Square pula terdiri daripada Cathedral of Assumption, Cathedral Of Archangel Michael, Cathedral Of Annunciation, Ivan Great Tower, Terem Palace, Patriarch's Palace and Tweleve Apostles Church. Area ni nampak macam architecture gereja biasa, tapi bila sambil melawat sambil pegang buku guide book, banyak benda best yang kita boleh cari dan jumpa di dalamnya.



Contohnya di Catheral Assumption yang telah berabad lama terkenal sebagai pusat upacara pertabalan takhta di Russia. Gereja ini ada tersimpan singgahsana-singgahsana lama raja yang pernah dipakai dahulu kala. Besides, this place has been described as "the image of the world church and the earnest of Russia's state integrity".



Cathedral Of the Archangel Michael pula adalah gereja yang menyimpan makam-makam diraja Russia yang terkenal termasuklah Ivan The Terrible, Ivan Kalita ("Moneybags"; c.1304-20), Dmitri Donskoi, Ivan the Great, dan Romanov Royal Families (Sejarah Pembunuhan Kejam Kelaurga Romanov & Kehilangan Anastasia).



Cathedral Annuncuation pula yang menarik hanyalah paparan lakaran kisah-kisah bible berkaitan nabi seperti Nabi Yunus yang ditelan ikan paus. Saja- saja nak tengok gambar. Lain-lain tak paham apa pun. Terem Palace dan Patriarch's Palace and Twelve Apostle Church pula ditutup (kalau tak ada muzium sejarah Russian sikit dalam dia), maka kita bergambar dari luar sahaja.







Now, it's time for Ivan The Great Bell Tower Show! Semua yang masuk dalam Ivan Tower akan dapat audio-guide sebab dalam dia nanti ada wayang sejarah pembinaan Kremlin. Sambil dia berwayang, dia akan tunjukkan sekali kaitan dengan artifak-artifak yang ada dalam menara nih. Ivan The Great Tower ni pernah jadi menara tertinggi di Moscow dulu.







Ivan The Great Tower ni ada 3 tingkat. Setiap tingkat ada wayang masing-masing. Ada satu kali tu, loceng-loceng dengan Ivan Tower ni berbunyi macam Muzik Box. Macam mana boleh jadi, tak tahu la. Lupa. Habis wayang, pakcik jaga tu bawak kami naik puncak menara lalu tepi-tepi loceng sambil tengok pemandangan Kremlin dan Bandar Moscow dari atas.









Cuba tengok kat bawah nih... Boleh nampak kan One of The Seven SIsters?



Yang comelnya waktu kat atas menara ni, pakcik jaga semangat terlebih plak bila tahu kami semua dari Malaysia. Dia kata dia suka Malaysia sangat, jadi dia layan kitaorang high class sket. Apekah? Haha.. Tapi kiranya pakcik jaga ni la yang jadi cameraman sepanjang kat atas. Nasib baik Asyraf je boleh communicate dengan dia. Harapkan kami? Mengulang sebut Spabisa(thanks) dan Da(ok..) je la tak habis. ;p





Keluar dari Ivan The Great Tower, kami pergi jalan-jalan dekat taman dalam Kremlin dan ambil gambar di kawasan-kawasan Palace, Arsenal, dan bangunan-bangunan yang berbaki termasuklah Armory Museum.



Oh, lupa! Czar Belle! Salah satu loceng terbesar dan terberat yang terjatuh dari Ivan The Great Tower dulu. Dari jauh nampak kecik, sekali datang dekat rupanya kita ni tak sampai suku pun tinggi dengan loceng tu. tebal dia plak dekat 61cm. Berat dia 200tan. Memang dah diakui sebagai loceng gereja terberat di dunia dah pun. @_@





Habis jalan-jalan Kremlin sampai sakit kaki, kami berjalan di kawasan Alexanderovsky Garden. Tenang je rasanya bersiar dekat taman nih. Cumanya kawasan sini sangat berangin dan sejuk. Daripada Arsenalnaya Angle Tower ke Borovitskie Gate, terdapat juga Unknown Soldeir Memorial yang dikhabarkan tak pernah padam, obelisk dan grotto pavillion ruins di kawasan ini. Keluar je garden, sambung jalan-jalan lagi dekat sekitar luar Red Square~









Seterusnya, kita bergerak pula ke Bolshoi Teather. Awalnya dulu plan nak tengok ballet, tapi tak jadi sebab mahal sangat plus teater biasa je ada. Teater lain semua tak best. So, tengok tempat je la. Ada dua teater : Grand teater dan Maly(small) Teater.



Next, pergi amik registration dulu sebelum boleh shopping dengan senang hati di Arbat Street. Actually kalau nak banding, Izmaiovsakaya lagi murah barang dari Arbat Street, cumanya Izmailov takde baju-baju. So better gi Arbat beli baju je, then barang-beli lain beli kat Izmailov. Ada beberapa kedai lace dan baju traditional Russia dibuka disekitar Arbat Street. Di sini mostly semua pekedai cakap boleh English, jadi takde masalah nak shopping. ^_^





Arbat Street ni approximately lebih dari 1 kilometer . Sepanjang jalan di Arbat Street penuh dengan kedai-kedai cenderahati, lukisan, cafe, bangunan-bangunan lama yang klasik dan cantik dan gerai-gerai buku terpakai. Tambah menarik, beberapa check point Arbat Street telah menjadi tumpuan pemuzik jalanan dan klon-klon seiras sebijik macam Lenin, Alexander Pushkin dan Stalin yang membuat persembahan di situ.



Selain tu jugak, di Arbat Street ni ada banyak arca tokoh-tokoh terkenal Russia seperti Alexander Pushkin dan Bulat Okudzhava, poet terkenal negara ini. Kediaman Alexander Pushkin yang sekarang ni jadi muzium pun ada di Arbat Street, berdekatan dengan metro Slemnovskaya. Vachtangov Theater yang terkenal dan Hard Rock Cafe juga terletak di area ini.





Disebabkan saya tak berapa nak shopping sangat di sini, saya lagi prefer jalan pusing-pusing sahaja sambil memerhati orang. Kebanyakan yang saya lihat pekerja-pekerja di sini mostly immigrant dari negara-negara jiran seperti Turkistan, Azerbaijan, Kazastan dan negara-negara tan-tan yang lain. Sebab itu banyak di antara mereka yang wajahnya seakan muka cina seperti di mana-mana tempat walhal mereka bukan. Immigrant-immigrant dari negara tan-tan ini selalunya beragama Islam.



Mengenai barangan kraftangan Russia yang selalu menjadi pilihan sebagai cenderahati adalah Matryoshka (nesting doll), Russian Lacquer Box (lukisan tangan di kotak-kotak comel), Faberge Easter Egg, Amber Stone, zhohloma dan banyak lagi~ Rujuk sini..



Habis yang lain shopping, maka episod hari ini selesai. Jadi, kami balik dan berehat di rumah atau sembang-sembang lagi dalam dengan adik-adik yang ada tu. Daripada apa yang saya dapat tahu, di Russia ni kebarangkalin untuk dikacau pada waktu malam kalau sorang diri adalah lebih teruk di kalangan budak lelaki daripada budak perempuan (risau plak Asyraf selalu balik lewat) dan juga student pompuan kat sini tak digalakkan pakai warna hitam semua head to toe supaya tak di suspek sebagai terrorist. Hesh, memang islamophobia sungguh!



Hari esoknya pula, awal-awal pagi ni saya dan kawan-kawan pergi melawat Ria, ahli rumah kami di hospital. Ria baru lepas surgery sebab herniated disc. Kesian dia. Moga cepat sembuh, syafahillah~ Hospital yang Ria masuk namanya EMC. Swasta. Awal-awal masuk dah kena pakai plastic biru kat kasut macam kat bilik steril. Pelik juga saya. Rupa-rupanya semua hospital di Russia dengarnya macam tu. Wa, jaga kebersihan sungguh nih! ^^, Jordan apesal tak buat eh?



Waktu lawat Ria ni lah banyak jumpa ramai student Malaysian Moscow yang lain termasuk Senior Ku Ammar - abang Ku Amira. Semua terkejut dengar kami ni rupanya tetamu dari jauh. Hehe, pelik kot sebab datang Russia time-time sejuk sangat macam nih. Dah takde cuti lain nak buat macam mana~ =p Okla tu baru 0 degree sekarang daripada -30 time january nanti. lagi tak sanggup. huhu.

Habis melawat Ria, petangnya kami menuju ke Izmailovskaya. Tempat shopping yang paling murah antara semua tempat kat Moscow ni. Waktu ni dah agak petang jadi tak banyak kedai sangat bukak pun. Takpelah, kami memang abjet kejap je sebab nak bergegas ke circus plak. Asyraf bawa kami ke kedai yang pemiliknya boleh cakap Melayu. Apa lagi, makin sakan lah kami tawar menawar~ Alhamdulillah, berbaloi lah kalau memborong dekat sini dari tempat lain. Memang murah sangat-sangat. Macam dekat St Pete plak harganya.



Eh lupa kalau nak masuk ke Izmailovskaya nih, everyday free kecuali hari ahad. Ahad kena bayar 10RB.

Belakang pasar Izmailovskayani actually ada macam kilang/ muzium kapal untuk cenderahati kalau tak silap. Ramai kata best kalau dapat pergi tapi sebab kami tak sempat dah sekarang, jadi biar je lah.. Kawasan ni macam fun fair pun ada gak rasanya. Warna warni and penuh culture. I like! ^_^



Barang-barang yang kami shopping Amira bawakkan balik dan dia tukar shift teman dengan Aysha untuk bawa kami ke Circus. Aysha datang sekali dengan Nazri. Macam biasalah, murakib mesti selalu ada. Circus Bolshoi ni terletak dekat sangat apartment rumah yang kami duduk yakni di Metro Universitet. Bayaran masuk circus 300RB. Tiket kena tempah awal-awal, takde on the spot service. Makanan2 dalam circus semua naik 2 kali ganda mahal dia.





Budak-budak ni pesan sebelum pergi tadi, bila dah start circus tu nanti tutup2 mata lah selalu. Maksudnya seksi sangatlah orang-orangnya nnti. Tapi rupanya kali ini semua pakai tutup-tutup belaka, except ketat macam orang pergi renang tu je. Maybe sejuk agaknya jadi diaorang pakai macam tu. Hehe, baguslah.. Takde sakit mata sangat.







Selain persembahan orang-orang yang buat stunt, melompat, terbang, buat lawak dan silap mata, ada juga beberapa persembahan haiwan yang sangat-sangat comel macam beruang, monyet, singa, singa laut dan macam-macam lagi. Pendek kata memang best lah circus nih! Rugi kalau tak pergi. Comel je tengok binatang tu beraksi. Lagipun circus ni salah satu kemahiran Russia yang sangat terkenal dari dulu. ^_^ Done! Itu saja untuk hari ini.











21th haribulan tu pula, awal paginya saya dan yang lain join student perempuan kat Hostel Spartiv buat program. Walaupun tak lama, sempat jumpa saya bersua muka dengan kenalan-kenalan lama yang pernah jumpa tapi tak ingat kat France dulu. Yang di St Pete pun turun bertandang skali. Oh lupa! Pagi ni Moscow dah turun salji...! (▰˘◡˘▰) yeay~

Agak-agak dalam pukul 11.00 tengahri (waktu semua tempat konfirm dah bukak), kami keluar pulak dengan Kak Wani Adnan, kenalan blog yang selama ni kenal trough KS dan Kak Asma Haslan sahaja. Jumpa jugak kami akhirnya~ Hehe. Kak Wani akan bawak kitaorang jalan hari Ahad ni sebab hari minggu je dia cuti (6th year). Kak Fida pun ikut sama gak. So, first destination will be our biggest tempting museum - Museum Cosmonautic!! (^_^)Y



Selain US, takde negara lain yang lebih hebat dalam astronomi selain Russia. Muzium Cosmonout ni memang superb lah. Lengkap serba serbi. Ada replika Laika (anjing first yang ke angkasa), ada replika satelit2 macam soyuz, ada bukti-bukti research, life asronout dan 1001 benda lagi yang berkaitan dengan astronomi. Memang lengkap dan best sangat-sangat! Cumanya.... takde penerangan dalam english la plak.. T_T... So, kita pergi utk tengok dan baca je la. Paham nyer idak.huhu. *keras betul ego Russia takmau buat research dalam English. Kot ye pun,bagila semua muzium dalam english gak* 〴⋋_⋌〵







Dari lantai hingga ke siling semuanya dibuat dalam keadaan seolah-olah berada di angkasa lepas. Terasa macam jadi astronout pun ada, Hehe... Tengok ni, info tentang Malaysia dan Sheikh Muzaffar pun ada. Diaorang kata gambar dia ada, tapi tak jumpa plak.


Alamak, lupa plak nk cerita pasal bayaran. Nak masuk cosmonotic museum ni actually 70 RB kot kalau tak silap, tapi sebab kak wani bawak 3 bekalan student kad kawan-kawan dia untuk kami, maka kami pun dapat free. Hehe.. Alhamdulillah ;) Just kamera je kena bayar 130RB kalau tak silap gak. Maaf, tak berapa ingat~





Lepas selesai Muzium Cosmonout ni, kami bergerak ke Masjid di Prospek Mira untuk solat. Waktu Zuhur time ni orang sangat-sangat lah ramai sampai area perempuan kat belah atas pun lelaki terpaksa ambik half. Padanlah diaorang tengah mempebesarkan masjid. Ramai sungguh rupanya umat Islam kat Moscow ni..



Kalau ikut yang saya tahu Moscow ada 4 masjid utama. Satu dekat prospek Mira nih atau nama betul dia Sobornaya Mosque ataupun MOscow Cathedral Mosque.Satu lagi Yardeem Mosque kat Otradnoye.Pastu ada lagi Historical Mosque dekat Paveletskaya dan last sekali Memorial Mosque dekat Park Pobedy. Tengok sini. Dengarnya pembinaan masjd kelima tengah hangat diperdebatkan. Moga Allah permudahkan mereka, aminnnn...



Masuk-masuk masjid je dah ada budak datang kasi coklat dan roti. Macam tau-tau plak orang lapar (padahal ada je beli roti kat kedai makanan halal dah kat bawah. =p). Bagusnya lah. Waktu ni baru nampak muka pelbagai jenis rupa sujud sama-sama di bumi Russia nih. Tenang je hati~ =) Orang ori Russian pakai tudung macam Arab Jordan. Kalau orang tan-tan tu mostly pakai tudung macam orang Turki yang labuh tu. Senang sangat cam. Makcik-makcik dalam masjid ada tegur something tapi sebab kitaorang tak paham sepatah apa, dia senyum je sambil pegang kitaorang dan suruh kakak senior translatekan.. Kami sengih je lah.. Hee, sorry makcik~



Setel solat Zuhur, kami bergerak plak ke Tretyakov Gallery. Gallery ni antara gallery seni terhebat kat dunia. Dalamnya menempatkan karya-karya seawal abad ke 11 lagi sampai abad ke 20 sekarang. Nak masuk Tretyakov harga asal 130RB. Tapi sebab ada kad student kawan-kawan Kak Wani, kami dapat 70RB je.. Selamat duit den~



Contoh-contoh lukisan yang ada dalam gallery ni adalah lukisan Ivan The Teribble ter-bunuh anak sendiri (famous tau lukisan nih kat sana.. Ala-ala monalisa plak) dan lukisan Unequal Marriage. Sedih je kan tengok lukisan nih. Dalam gallery nih ada lebih 70 bilik-bilik berasingan yang menempatkan kesemua lukisan-lukisan hebat di sini. Besar sungguh~





Keluar je dari Tretyakov, dah masuk maghrib. Means dah 4.30petang sekarang. Kalau tadi kami datang naik metro dari Tretyakovskaya, balik ni Kak Wani ajak jalan-jalan malam berjalan kaki lalu Moscow River ke Ohotny Ryad, metro next station. Oh, of course la kami yang kaki jalan ni lagi setuju. Mari memaksimakan masa yang ada. ^_^

Dari gallery tadi, kami menyusuri satu jambatan yang atas dia ada deretan beberapa pokok sebaris. Ingatkan pokok biasa. Sekali rupanya-rupanya pokok mangga. Eh, bukan mangga buah tau! Mangga kunci...~ Ni haa... Ni sah-sah kerja couple-couple muda mudi zaman sekarang la nih. *Aceh, macam la dia matured sangat. hehe* Ape ke bende la nak buat main kunci2 gitu? Buat karat je kena snow macam nih~







Jambatan ni licin betul dengan salji. Pakat-pakat buat macam skate plak semua orang. Tapi pemandangan dari pokok kunci mangga dan jambatan tadi agak lawa la. Nice. Banyak betul rupanya jambatan dan sungai kat Moscow nih.Boleh rileks-rileks. Jalan-jalan tenangkan fikiran. Banyak taman. Best je rasa. Jordan langsung tak ade satu pun. -_-'



Depan jambatan ni plak, ada satu patung Alexander Pushkin. Wah, berapa banyak da arca dia kat Moscow saja. Femes sungguh~ Saya dah beli siap buku Pushkin Fairy Tale. Rasa macam kanak-kanak jumpa buku cinderella pun ada, just kali ni tukar culture sket, bukan budaya princess baju kembang-kembang orang putih tapi baju warna warni orang Russia. =) Boleh lah lepas ni buku ni buat turun-temurun. Apa barang asyik Snow White je. Bosan. щ(゚Д゚щ)





Dari patung tadi, kami lalu celah-celah taman dan terus naik jambatan yang lalu betul2 atas Moscow River yang disebelahnya terus ada dinding Kremlin. Waaaaa....! Lawa..!!! (づ。◕‿‿◕。)づ Apa lagi, snap-snap gambar cepat~



Belakang dengan Jambatan ni, kami terus ternampak Catedral Christ the Savior. Yes, kira dah boleh masuk list nak nampak dan dah pergi la ni walaupun tak masuk dalam dan datang dekat kan? ;p



Lepas je jambatan rentang Moscow River ni dah kami lalu, Kak Wani bawak kami turun ke satu taman lagi. Eik, macam kenal je laluan nih.. Laaaaa, ni kan Alexander Garden yang pergi pagi tadi.. Oooo, ni ke jalannyaa...~ Alang-alang lalu taman ni pada time yang berbeza, maka kamera kenalah sentiasa beraksi. ^_^. Punya sakan amik gambar, sekali last-last kitaorang berlima terpecah dua. Sebab sejuk sangat nak tunggu masing-masing kat luar, last-last semua sepakat balik je sendiri and jumpa kat hostel.






Sampai Hostel Spartiv, Kak Diba housemate Kak Wani dah tempah nak ajak makan malam kat bilik diaorang. Uh, rezeki? Alhamdulillah.. Sambil-sambil solat dan makan, kenal-kenal la sama dengan ahli-ahli rumah Kak Wani yang lain yang selama ni saya selalu dengar nama dari blog KS&K.Wani, just cuma tak pernah jumpa -Kak Diba, Kak Pena ngan Kak Fatini. Ada 2 akak lagi tak sempat jumpa- K Emy ngan K Sha. Well, seronok! Rasa tak percaya sket pun ada sebab selama ni asyik baca pasal tempat ni, bilik ni, orang2 sini, life kat sini dari blog KS dan Kak Wani and hari ni Taraaaa!!! I'M HERE~ 乂◜◬◝乂 Hehe.. Sayang sikit tak berkesempatan jumpa Ks lagi~ Takpe2. Next time..



Before balik, pergi jumpa kejap senior-senior yang jemput datang makan semalam tapi tak sempat sbb diri sendiri busy kejar masa. Baru sekarang berkesempatan nak sembang-sembang lebih sket. So, barulah kenal Kak Murni, Kak Syikin, Kak Winda, Kak Izzni, Kak TIqah dan beberapa lagi akak2 lain yang jumpa pagi tadi. Fuh, in one day i got a lottttt of sisters! Seronoknya~ ^__________^ Some og them ada yang dah siap plan2 nak datang Jordan. Wah, ahlan wasahlan! Ahlan wasahlan! Datang la~ Datang la~ =)

Dalam pukul 8 malam, bertolak balik rumah Kak Fida plak di Skobelevskaya.Tidur sana. Jemputan khas. Kalau naik metro 1 jam, kalau naik mashut 20 minit (hopefully tak jammed la) by lebuh raya. Wa, tempat baru! Yes~ Ooo, rupanya jalan ke rumah akak ni actually jalan kitaorang datang dari airport awal2 dulu. Patut jumpa IKEA & few shopping compleks besar2 kat pinggir kota nih.. ^_^

Jadi malamnya ni plak sesi ice breaking baru lah. Dengan kakak-kakak baru. Jumpa Kak Zaff, Kak Wan, Iman ngan Kak Aisyah. Borak dengan orang lama macam diaorang nih topic dia best sket. Lebih global lebih syumul. Buat sket-sket sharing antara 2 negara dan tukar-tukar pengalaman. Rasa kecil je diri bila dengar pengalaman-pengalaman diaorang kat sini. Haish, chaiyok2! Kena bawak balik semangat baru nih dan gunakan di Jordan nanti. Insyallah.. Aminnnnnnnn ó‿ó



Okeh, disebabkan esoknya tu semua sekolah dan kami macam tak berapa reti sangat nak balik, Kak Zaff offer diri temankan. Adeh, bersalahnyer lah rasa (padahal Asyraf pun selalu gak tuang minggu ni sebab temankan kitaorang. adeh2. Moga Allah balas semua jasa baik korang semua. Amin!) On the way balik, kami singgah Ashan. Ashan ni macam Giant. Kalau nak borong coklat atau teh banyak2, better beli kat Ashan dari pergi tempat lain. Lagi besar Ashan tu, lagi murah harga dia. So, Ashan yang sebelah IKEA ni Ashan terbesar sekali kitaorang pergi. Borong coklat untuk bawak balik Jordan. =)



p/s: Suhu makin turun. -7degree

Dari Ashan, naik mashut sampai Yugo Zapadnaya. Kat sini kami berpecah. Kak Zaff pergi kelas, kami balik rumah letak barang. Kebetulan time tu dah pukul 1.00 tengari. Pukul 2.00 kami dah janji nak jalan2 Red Square waktu siang plak dengan kawan-kawan tahun 4. Owh, ramai sungguh tourguide kitaorang. Main tukar-tukar plak. =B

Ok, sesi jalan kali ni kitaorang berkenalan dengan Ain, Fina dan Aisyah. Kali ni main just jalan-jalan pusing Red Square. Saja nak tengok dia macam mana time siang and time salji macam nih. Seriously lain... Bila dah serba putih merah nih rasa macam suci bersih plak. ;P Jomlah tengok gambar-gambar pusing-pusing yang dah di ambil. Tak perlu terangkan nama kot ye sebab sama je macam yang lepas. Cuma ubah waktu ambil gambar je. ~_~












Disebabkan masih belum maghrib, maka kami decide nak masuk State Historical Museum. Bayaran sepatutnya seorang dalam 100+RB. Tapi lepas tunjuk ISIC kad sendiri, dapat diskaun jadi 80RB. Kamera kat sini sama macam di Cosmonout. Nak bawak kena bayar. So, bayar la sebuah kamera dengan harga *lupa berapa*



Awwalan ishi, masuk je State Historical Museum ni kita akan nampak himpunan emas-emas dan senjata-senjata dan harta-harta diraja. Waaa, blink2 mata~ Lega sket hati lepas kempunan nak masuk Armoury. Ni dah macam Armoury la nih, cuma takde mahkota2 je. Takpe2..



Kemudian set seterusnya adalah set Permulaan wujudnya Manusia. Oh tidak, dia guna kondep Darwin. Tengok gambar pun dah tahu. Ye la sebab tak paham because dia tulis penerangan dalam Russia. Ada sekeping je kertas English. Huh. Dari Darwin, ke Paleolitik, ke set2 sejarah seterusnya termasuk hubungan diplomatik dan perkembangan agama.





Kemudian beralih ke perkembangan politik dan sosioekonomi masyarakat Russia termasuklah keluarfa diraja dan rakyat biasa. Banyak sangat benda-benda dipamerkan di Muzium nih.



Tapi makin lama rasa macam makin penat plak. Besar sangat satu hal, tiga tingkat plak tu! Adeh, tercungap-cungap nak habiskan pusing satu muzium. Betul2 tak larat dah.. Maybe sebab dah bosan tengok muzium juga agaknya. Huhu. Mungkin.


Sepanjang 8 hari lagi duduk kat Russia, kami dah rasa 5 jenis makanan tempatan (termasuklah Russian dan Tartar). Yang pertama nya ni diberi nama manti. Macam dumpling inti dgaing.



Kedua yang ini la blin yang saya dah sebut time ke St Pete hari tu.



Yang ini pulak nama dia dia Lagman. Ala-ala mee goreng sket. Campur dengan sup pun sedap jugak.Ni pun makanan orang Tartar.



Ini pula nasi Plouf. Nasi minyak campur daging. Agak sangat oily tapi sedap. Macam rasa briyani sikit.



Dan last sekali, ini namanya Kartoshka. Ubi ketang lenyek yang di makan dengan lauk isi pilihan sendiri, contohnya either cendawan berkrim atau salted salmon atau isi ketam.
Ini fast food Russian. Ala-ala macam syawarma bagi orang Arab.



Malam lepas pergi Historical State Museum tu, diaorang semua ada hal lain. Jadi disebabkan malam masih muda, saya dan kawan yang dua ni decide untuk pusing metro dan ambil gambar di sekitarnya. Metro Russia kan unik. Inilah masa untuk betul2 fokus perbezaan rekabentuk yang ada di sini. Nasib baik dah boleh baca tulisan, so setakat pusing-pusing belit-belit metro alhamdulillah tak jadi masalah. ^_^ Dan inilah beberapa metro yang sempat kami ambil gambar.




















Suhu : -12 degree

That's it for now..
And it's time to go back.home.
Bye Moscow.
Gonna miss you forever~ =D



Terima kasih pada semua yang banyak membantu kami sebelum, semasa dan selepas perjalanan kembara cuti Aidiladha kali ini..

Ku Amira, thanks banyak2 tolong bagi banyak sangat info by your experiences..
Asyraf, thanks banyak2 jadi murakib and helping your sister there..
Warga Moscow + St Pete, thanks banyak2 for the wonderful experience we had together..

Semoga Allah memberkati kita semua~ Amin.... ^_^

p/s :

1) Warga Russia, dengarnya suhu dah mencecah -25degree, jaga kesihatan diri elok2..
2) Warga Jordan, korang pun jaga kesihatan diri elok2.. hujan dah turun tiap2 hari ni..
3) Saya bakal exam hujung bulan 12 nih, tolong doakan ya~ Thanks..

24 comments

Write comments
Your Bro....
AUTHOR
December 8, 2010 at 2:58 PM delete

first of all....

thanks for the comments....now you know how hard to live here..hehe

secondly,there are some wrong info there...ilya is not learning Malay at his uni...he learns it by himself...!!arbat street is much longer than 1 km....yang kite pegi tu cume 1/3 drp keseluruhan arbat street...than about the food...yang macam nasi beryani tu plouf...yang kentang lenyek tu name dier kartoshka.....

Reply
avatar
cikEff
AUTHOR
December 9, 2010 at 1:09 PM delete

1. teringat buku Bumi Cinta bila baca cite awak ni.
2. pergh! boleh ek awk buat satu entry je utk keseluruhan cite pengembaraan. tahniah2x! haha.
3. best. menggugat jugak nafsu mengembara saya. insyaALlah, ada rezeki nk gi jugak.
5. bahasa sll jadi masalah ye kalo jalan2 cenggini. ini gunanya ada murakib! haha!
4. thanx for the sharing. may Allah bless.
(dah-dah. gi stdy!)
;)

Reply
avatar
ismiizzah
AUTHOR
December 9, 2010 at 1:16 PM delete

Salam..

serius jeles...!!

* laju internet kat rumah upload gambar... hehe

* panjang sangatlah... pas imtihan ni saya baca... hoho

* Datang rumah pas sy exam nanti, boleh ber'gosip' keh9999..

Reply
avatar
December 9, 2010 at 8:12 PM delete

fuh. fenat membaca *sebab panjang*. tp seronok. rasa mcm nk pegi skali. *tp bila la tu.huhu*

down L :)

Reply
avatar
December 9, 2010 at 8:59 PM delete

asyraf:
hehe.. terima kasih betul kan.. nnti kak ina repair balik.. :)
btw, jaga kesihatan elok2 kat sana..

cikeff:
saya pun baru baca bumi cinta tu lepas balik nih. uu, menggugat2 rindu nak pergi sana lagi. hehe.. sama2, smeoga dpat pelajaran skali~ ;)

izzati:
ole2 utk korang ada je berkepam dah nih, bila ntah nk jumpa.. hoho.. dah2 gi study, nnti baru dtg sini balik.. hehe..
p/s: gossip tu jgn kasi cold dulu na.. wait for me. hehe

down L:
hukhuk, sorry lupa letak amaran. hehe.. ^_^

Reply
avatar
akak
AUTHOR
December 10, 2010 at 8:31 AM delete

tak sempat membaca dgn khusyuk lagi..kene cari satu masa yg tenang supaya dpt berada sama dlm 'kembara' Ainul ni..kalau tak mesti blur je membaca travelog nie..hehe..

Reply
avatar
shiedahkamil
AUTHOR
December 10, 2010 at 11:56 AM delete

fuh!
selesai sudah membace travelog ni.

tabahnye kak ainul taip pnjg2. mmg detail dan mantap :D

teringin la pulak nk g sane :P

Reply
avatar
Sam'z Ha
AUTHOR
December 12, 2010 at 10:35 PM delete

nak jerit jap~ WAAAAAAAWWW!!!!! nk ikut, nk ikut!! haha.

ehemm~

salam, ko btuah sgt2 coz dpt can g sna. pas2 kongsi lak pnglman ngn ktorg. baek ati tuii r. btw suka sgt2 food pics. low ble, psni bg msyuk byk2 skit k. mlele ae liu gua. haha. :)

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
December 12, 2010 at 11:40 PM delete

salam,

pertama sekali entry ini memang tersangat panjang...berhari2 bro terpaksa membacanya..maklumlah banyak sangat aktiviti, tengah syok baca kena pergi market, sambung baca kena stop tolong k.mai masak, sambung balik kena hantar anak tuisyen + piano dan seterusnya sampai 3 hari baru settle semua...hehe

Bestnya kalau dapat jenjalan ke Moscow cam ainul ni, bilalah berkesempatan agaknya...nampaknya kat Rusia banyak buildings yang architecturenya cantik2...pilihan yang sesuai untuk student2 architecture selain dari Barcelona dan Istanbul...anak2 lelaki bro minat nak jadi architect, nantilah ikut diorang pergi moscow..

okaylah jangan lupa cerita lagi apa2 travelog yang menarik. selamat belajar

Reply
avatar
December 14, 2010 at 12:07 PM delete

akak:
takpe2.. take your time. tak hilang kemana pun travelog ni akak, insyallah. ^_^

shiedah:
tabah la sangat, akak pun amik masa dua minggu tulis stop tulis stop. saja buat detail2 nnti senang kalau ada sapa2 yg nak ke sana rujuk, akak sendirian berhad cari macam susah sket mula2 dulu.. pergi la kalau ada duit lebih, best. tak rugi. =D

sam'z ha:
aiseh, dah balik dah pun macam mana nak ikut? ;p
makanan lain2 tak sempat nak rasa banyak pun. bukan semua halal. sana banyak sushi gak. lain2 makanan kitaorg makan semua masak sendiri.. huhu

Reply
avatar
December 14, 2010 at 12:13 PM delete

bro fisol:
haha.. adeh, mintak maaf sangat2 sebab panjang giler. saya pun berhari2 gak nak tulis travelog ni, kira sama seksa lah dengan orang amik hari2 nak baca. hehe..
russia punya bangunan memang unik sket dr europe lain. dia punya culture ada basic kuat sampai skrg. mmg bagus kot utk kaji architecture kat sana rasanya. Pelik macam barcelona. Sambil2 tunggu anaqi and brothers besar, bolehlah kumpul duit banyak2 sket nak gi sana ramai2. baru senang. kitaorg yang duit sket ni pergi tengok je, shopping takde. hehe.. Tapi jangan pergi time peak sejuk, tak tahan nnti...~

Najihah:
Terima kasih sudi baca. jemput singgah lagi~ ^^

Reply
avatar
AuLiA
AUTHOR
December 24, 2010 at 2:05 AM delete

salam alaikum.

hohoho. engat kan da tak wat post travelogue ni. rupa2 nya saya terlepas pndang. wah wah wah. hebat la kalau plancong mcm ni. saya duk sini pn saya x tau mnda2 tu suma. kalah eden.

russia ni, nk jalan2, besh aaaa.. kalau nk tggal.. besh jgak.. tp kurang sikit... (kurg banyak kot)

aigooo~

selamat mlancong ke tmpat lain lak
:)

Reply
avatar
December 31, 2010 at 8:30 AM delete

Salam. Tahniah. Catatan pengembaraan yang sangat menarik dibaca.

Reply
avatar
March 3, 2011 at 7:04 AM delete

aulia:
ws.
ala takpe je, memang tempat sendiri selalu buat dono dulu, tengok2 tempat lain. normal laa.. =)
russian sgt mencabar kot nk duduk sana, tahniah la berpengalaman. akk dgr adik akak cerita pun mcm akak malas nak duduk sana. haha. btw, doakan trip seterusnya lancar. nnti boleh share lagi.

ustaz hazimin:
ws ustaz. terima kasih. terima kasih. =)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 29, 2011 at 1:08 AM delete

wow, panjangnya cerita cerita bergambar ini. boleh dibukukan dan dijual kalau very enterprising.
saya harap anak saya Myra dan aiman bila dtg bulan 7 ini dapat berjalan jalan.
Arbat pedestrian walik saya dah pergi begitu menarik dengan aksi seniman jalanan, pelukis dan bermacam macam lagi. this is a real touristic place for all.

good. keep it up.

Reply
avatar
bdk2 @ John
AUTHOR
December 19, 2011 at 10:37 AM delete

hi arina,

sorry baru sempat nk jenguk2 blog awak ni. tak sangka dh byk sungguh awak travel ke negara org ye. insyaALLAH...gonna use your blog as my reference. ^_^

tengah exam ek? i wish you gudluck!

Reply
avatar
December 27, 2011 at 6:50 AM delete

anon:
thanks ^^

john:
sila2~ as usual lah. saling bantu-membantu bab2 travel nih. hehe. tq!

Reply
avatar
June 8, 2012 at 6:34 AM delete

salam, akak, saya dari india nak tanya pasal russia ni lagi detail, mcm mana ya nak contact? fb mungkin? ^^

Reply
avatar
Armon VeRgiL
AUTHOR
August 28, 2015 at 10:28 AM delete

Hai,slm sejahtera.kalau awak x kisah,boleh x awak ceritakan kos utk melancong ke moscow bermula dpd malaysia? Hee sy exited sikit psl moscow ne,,, please,,,

Reply
avatar
Ain Mardhiah
AUTHOR
September 1, 2015 at 3:02 AM delete

armon: err.. dh 4 tahun dah. sy pun dh lupa kos dia berapa.. sorry. huhu

Reply
avatar
Armon VeRgiL
AUTHOR
September 15, 2015 at 4:40 PM delete

haha,,,xpe2,,,by the way,,,blog ne sgt best!

Reply
avatar
Armon VeRgiL
AUTHOR
September 15, 2015 at 4:43 PM delete

aku dah tiga kali baca blog ne,,besttt,,hihihi,, my dream there...

Reply
avatar
July 11, 2016 at 1:18 AM delete

Hai salam akak. Kita student jordan jugak and tgh plan nak ke russia. Macam mana ya nak pm akak

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *