Ramble I


Assalamualaikum~

1. Kelmarin Jordan dah mula bersalji. Di Amman dan Ajloun je lah baru. Awal gak tahun ni eh. Selalu dia start tengah bulan satu tapi sekarang akhir bulan 12 plak. Makanya bila dah salji ramailah warga Amman terperangkap takleh datang jamiah. Grup hospital saya pun tinggal separuh je haritu. Macam aneh je doktor tanda hadir walaupun tak hadir sebab salji. Alasan yang cepat diterima. Huhu. Irbid? Belum lagi bersalji even tahun ni dijangka ada. Suhu dah cecah 6 degree haritu. Turun la salji~ Turun la~ Walaupun takde lah excited mana sebab dah main salji baru-baru ni, tapi still nak lagi rasa salji di rumah sendiri selepas 4 tahun tak ada. Feeling dia tetap special. hehe =)

2. Tarikh exam makin dekat. Makin cuak plak rasa. Nota bertimbun lagi tak habis. Kalau habis pun, harap-harap bolehlah hadam ingat semua. Internal Medicine punya silibus banyak giler tapi study macam heaven pun ada. Orang-orang Surgery dan Pedi semua hidup di lingkungan disiplin yang tegas tapi Internal Med ni rasa macam melingkupkan lagi disiplin ada lah. Datang lambat takpe, kelas selalu takde, doktor mostly benign belaka dan macam-macam lagi lah. Takut plak nak habis dan masuk round lain. Hish, jangan biarkan keadaan sekeliling mempengaruhi anda. Andalah yang kena mempengaruhi keadaan sekeliling. *Moto hidup minggu ini*

3. Orang-orang luar Jordan dah ada banyak update cerita baru. Chiam + Kak Arifah dah dapat anak. Abg Kemal dah bertunang. Kakak H nak kawen. Dan macam-macam lagi lah. Tahniah2 semua orang~ Seronok plak dengar. ^^,

4. Time bercuti haritu ada singgah Mesir jumpa orang tersayang. Aceh. Hehe. Kawan baik lah~ Aimi Athirah Azmi Murad. Dah 4 tahun tak jumpa dia! Waaaa, seronok2! Makin hebat dia sekarang ni. Calon bonda perubatan tu. Mantap~ Tak puas rasa nak share banyak stori-stori sama-sama. Next time nak kena stay lama sket lah. Ha,dan jumpa gak beberapa lagi kawan terlibat yang sanggup tunggu sampai jam 2 pagi semata-mata nak jumpa tetamu Jordan yang datang 12 jam je. Huhu. Syukran katheer habibty!

5. Haritu jumpa sorang patient perempuan kat KAUH. Bila tanya dia kenapa sakit balik, dia kata dia takde duit nak beli ubat yang doktor suruh beli, so dia biar je lah dulu. Ish, sebak nya dengar. Tak tahu dah nak cakap apa kat dia. Nak tolong pun tak tau macam mana. Kesian kan patient2 yang miskin macam ni. Nak beli ubat pun tak mampu. Berserah pada takdir je. Moga Allah murahkan rezeki dia suatu hari nanti. Amin..

6. Alamak, habit lama datang balik. Asal takut je, gagap. Asal nervous terlebih je, gagap. Macam mana nak masuk OSCE nih? T_T Alaaa, sejak bila dia jadi balik nih.. Dulu rasa dah hilang dah~ Aish.. Abah kata psycho je lebih gagap nih. FACE YOUR FEAR..! Betul2, tapi takut gakkk.. Gulp... Kawan2 plak kata apa kes debator gagap. Kurang asam betul! Hehe.. Apa? Ingat debator takde takut ke atas pentas? Itu control je lebih tahu. Huhu. Nampak gaya kena reset mind balik nih macam nak debat dulu2. Penonton itu kayu. Pentas itu billik sendiri. Aku berani. Aku tak takut orang lain. Chaiyok2~!

7. Semalam Ku Amira punya famili datang Jordan. Buat makan-makan. Masakan ibu habis~! Seronok jugak jumpa balik kawan-kawan dentist yang lama dipisahkan oleh klinik yang berbeza sekarang. *rindu* Terus teringat famili Nabilah Muhaimin yang datang Jordan jugak baru-baru nih. Ramai sungguh tetamu Jordan tahun nih. Tahun depan bulan satu pun berderet-deret orang nak datang. Ahlan wasahlan! Harap-harap Jordan tak buat perangai tak normal lagi macam naikkan bayaran masuk Petra sampai 50JD seorang macam sekarang. Menyeksa tetamu namanya tu. Kesian orang luar nanti..Ish2..

8. Baru-baru ni entah kenapa sangat tertarik dengan idiom. Idiom English terutamanya. Macam sedap plak pakai ayat-ayat yang maksudnya kena fikir lebih macam tu. Takdelah statik straight je bunyinya. Tapi baru-baru ni baru perasan yang kalau guna ayat-ayat macam tu pada orang yang tak biasa dan tak paham, boleh haru biru. Dari benda series boleh jadi lawak. Tapi kalau nak buat lawak pakai idiom, boleh jadi langsung tak lawak sebab orang tak paham.. Contohnya:

A: Why baby strawberry is crying now?
B: Because her parent are in a jam

Double meaning kan? Konfirm kalau yang tak biasa guna akan konfius sket maksudnya apa..

9. Owh, baru dapat msg dua minit tadi. Mini Osce will be on 28/12 and OSCE will be on 30/12 ! Selamat maju jaya kawan2~ Ok, jom study!

10. Erm.. last but not least. Saya rasa entry kali ini adalah sangat dull and plain. Ergh, writing block maybe? It really bugs me. Maaf kalau membuang masa~ Namanya pun Ramble kan~.. Ok bye.

... -_-'

3 comments

n0n0i♥a'n'l | December 15, 2010 at 10:09 PM

Eh takde lah, ok je entry ni... Better lah dari entry-entry akak yang banyak mengarut je HAK HAK.

Bestnyaaaaaaaaaaaaaa salji. Kalau salji turun tolong pegang salji utk akak. Wakil! EKEKEKE.

Abdul Munir Sanusi | December 16, 2010 at 3:01 AM

Stail post tergesa-gesa. Persis budak medik!

Jemput mai blog baru saya

Ainul Arina Madhiah | December 17, 2010 at 10:29 PM

kak noi:
ainul pun tak jumpa lagi slaji kat jordan taun ni akak.. tak sempat pegi.. huhu

senior munir:
persis? sy memang budak medik. hehe.
tq2. insyallah nnti saya mai rumah baru.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images