Bidadari Besi Kita

3:16 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum



*Bed Time Story*


" Sapa nak jadi kuat??!! "
" Sayaaaaaa, cikguuuu! "


Ok, sebab semua orang nak jadi kuat maka cikgu hari ni nak cerita sikit psal seorang perempuan yang sangat40x kuat yang pernah wujud di dunia nih... Bidadari Besi nih~

" Siapa tahu siapa perempuan terkuat di dunia??! "

" Mak saya! " (erm, bukan kot..)
" WWF kat tv! " (Ya Rabbana..)
" Catwomen! " (pengaruh kartun sungguh..)
" Nyonya Meneer! " (-_-' hxchfhczjksq!!)

Haih. Diam. Diam. Skema sikit. Orang nak cerita nih~

Wanita terkuat di dunia adalah Fatimah Az-zahra Binti Muhammad s.a.w....!

Iye ke? Buktinya?

1) Dalam perit menahan pemulauan kepada keluarga, Fatimah berjuang menerima kenyataan ibunya telah tiada dalam usianya yang masih muda. Datuk saudara yang turut bersama juga pergi dimamah usia. Demi ayah, Fatimah takkan menyerah. Walau kecil, Fatimah akan sentiasa tampil.

2) Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) gelaran Fatimah yang utama, tanda hebat seorang anak yang sentiasa menjaga ayah tercinta.. Ibu yang pergi, Fatimah lah yang mengganti. Bila ayah sedih, Fatimah hiburkan hati. Bila ayah kerja, Fatimah uruskan rumah yang ada. Bila ayah bahagia, Fatimah juga berlapang dada.

3) Walaupun Fatimah bongsu, kakak dan abang semuanya pergi dahulu bertemu Tuhan yang satu. Tinggal Fatimah seorang diri menemani ayahnya di dunia ini. Tapi hanya kerana Fatimah, waris si ayah kekal wujud sehingga kini. Walau dulu pernah diperli, janji Allah tak pernah mati.

4) Semenjak kecil penderitaan ayah di saksi menahan siksa kafir quraisy tak berhenti. Najis dilempar Fatimah buangkan. Pasir di baling Fatimah bersihkan. Luka di pukul Fatimah ubatkan..Ayah tak pernah ditinggal sendiri, Fatimah pasti ada di sisi.

5) Menjadi puteri Rasulullah bukan bermakna menjadi puteri raja. Sedekah bukan miliknya. Hal ummat menjadi prioriti utama. Semua tetamu dirai walau rumahnya tiada berisi. Kurang makanan dan kurang harta peribadi. Segan meminta pada ayah, sanggup Fatimah berdiam menahan segala mehnah walau calar tangan dan berbekas di badan.

6) Sewaktu hijrah, Fatimah cekal menyerah diri dan hati pada illahi walau risaukan ayah yang pergi sendiri bersama sahabat sejati. Biar ditinggalkan seketika, Fatimah yakin di Madinah kelak mereka akan kembali bersua. Hanya kepada Allah segala perkara diserahkan untuk dijaga.

7) Suami Fatimah bukan hartawan di dunia malahan Ali antara pemuda termiskin semasa zaman mereka. Walau hidupnya susah walau selepas bersuami, Fatimah tak pernah mengeluh dan menyesal sendiri kerana tahap hebatnya iman dan peribadi Ali teramat tinggi hingga satu-satunya dipilih menjadi menantu nabi,suami kepada penghulu wanita di syurga nanti.

8) Patuhnya Fatimah pada suami jelas tertera saat pertama kali Ali terguris hati. Kerana risau tidak diampun suami, maaf diulang berjuta kali. Malah ditawafnya Ali 70 kali semata mahu mendamba keampunan suami. Tabah sungguh hati isteri sehingga Ali kembali senang hati.

9) Di Perang Khandak, Fatimah antara tenaga wanita yang menyediakan makanan buat wira-wira penggali strategi. Di Perang Uhud, Fatimah jua yang turun sendiri merawat luka ayahanda yang cedera di medan bakti. Di mana ada Rasulullah, di situ pasti ada Fatimah.

10) Saat ayahnya hampir wafat, Fatimah tetap berdiri kuat Hatinya bercampur sedih dan bahagia. Pertama kerana ayah tercinta bakal pergi . Kedua kerana Fatimah bakal terawal menyusul nanti...

Kata ibu tirinya (Aishah r.a):
"Saya tidak pernah berjumpa dengan susuk peribadi yang lebih besar daripada Fatima, kecuali keperibadian ayahnya."


Kata ayahnya pula (Rasulullah s.a.w):
"Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku"

.
.
.

oooooooooooooooooooooooooooooo ~

Padanlah Fatimah Az-zahra terpilih menjadi penghulu wanita syurga...
Tabahnya Fatimah hidup di dunia bukan sebarang sikap biasa...
Tak tentu semua wanita mampu berdiri secekal Fatimah di dunia...
Memang sesuai Fatimah diangkat wanita terkuat yang pernah wujud dan ada..

" Cikgu, jom jadi kuat macam Fatimah yer...! (semangat) "

" Baik! " =)




p/s: Ya Allah, kuatkanlah kami sebagaimana engkau kuatkan orang-orang terdahulu sebelum kami.

6 comments

Write comments
ainshams
AUTHOR
December 17, 2010 at 7:26 PM delete

Fatimah RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW =D
nice!!

Reply
avatar
Rossarina™
AUTHOR
December 17, 2010 at 9:21 PM delete

seyes aku terase macam kanak2 tadika bile bace cite nih haha. :D hebat nye Fatimah. nak name kan anak aku nanti dengan Fatimah lah. :D

Reply
avatar
December 17, 2010 at 10:23 PM delete

kak ain:
Rasa macam dah kenal tapi bila tengok2 balik rupanya banyak lagi tak tau pasal dia.. huhu..

arina:
pas ni ko nak aku buat latar apa plak? hospital? taman bunga? hehe..

Hebat kan? hebat kan? arwah adik aku pun nama panggilan dia Fatimah, sbb dia suka nangis waktu kecik dulu. Nak kasi kuat la kot.. ntah. hehe

Reply
avatar
December 17, 2010 at 11:12 PM delete

salam kak..

tu la..ase cm budak2 lak ble bace..kih2..cm akk cte kt adek2.. keh2..but nice ~!!hehe:)

Reply
avatar
nurhdyh
AUTHOR
December 17, 2010 at 11:32 PM delete

i'm touched.

hidayah like this!
:)

Reply
avatar
December 24, 2010 at 1:35 PM delete

wawa:
awak bukan kira adik gak ke ngan akak? bajet2 la kunun akak cerita face to face kat awak gini.. hehe... ^_^

murhdyh:
alhamdulillah =D

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *