Berpisah kerana Gene

12:46 PM 7 Comments A+ a-


Assalamualaikum.

Hari ini ada satu kisah sedih jadi depan mata.

Dua minggu lepas,

Encik Arab A : Weh korang, aku berkhitbah minggu nih~ *sengih*
Kami : Iye??! Wah, tahniah2!! *sambil sambut cokelat dia*

.
.
.
.
Tadi,

*setelah terkejut melihat kadar kecepatan Encik Arab A menjawab beberapa soalan Dr. tentang Thalasemia selaju bullet train hari ni sampai semua orang ternganga...*

Saya : Erk, dahsyat sangat budak ni jawab soalan Dr hari ni. Kalah sheikh kabeer Encik Arab B. *sambil cuak dalam hati*

Kakak Arab C
: La, ko tak paham ke apa dia cakap time kami sembang lepas Dr ngajar tadi? Dia dah baru baca la bab tu. Tu yang terer sangat tu..

Saya : Mana aku dengar la. Tadi aku kan discuss pasal benda lain ngan si D tu..

Kakak Arab C
: Ish ko nih. Bukan nak dengar orang cerita tadi. Dia dah masyi habis pasal Thalasemmia sebab dia baru putus tunang lepas test dia ngan bakal isteri dia dua-dua carrier Thalasemmia ..

Saya
: Haaa??!! Biar betul...~

Kakak Arab C
: Betul. Dia yang cerita ramai-ramai tadi. Tu la tak dengar sapa suruh. Kat Jordan, Thalasemmia ni endemic. So semua wajib buat test before kawin. Memang itu peraturannnya.

Saya
: Oh, eh? Kesiannya dia. *simpati dalam hati*

Kakak E
: Adalah hikmahnya tu. Mana tau jodoh dia nanti lagi terbaik untuk dia. Belum sampai waktu lagi la tu..

Kami
: *Angguk2*

>> Tak sangka plak bakal nampak sendiri kes-kes tak jadi kawin sebab masalah genetik nih. Bahaya nya~ Tapi memang wajar kot check awal-awal daripada tanggung risiko anak bakal menderita teruk macam pesakit-pesakit Thalasemia yang kami banyak jumpa dekat Jordan. Bukan sekadar Thalasemmia je, yang AIDS tu pun sama penting gak untuk check dulu. So, para bakal pengantin-pengantin, silalah hargai diri anda dan pasangan anda. Check everything sebelum terlambat! *isk, macam promoter Jabatan Kesihatan Negara plak*

>> Buat yang terlibat, didoakan yang terbaik bakal menyusul untuk dirinya. Berat tu dugaan kena berpisah dek kerana perkara yang tak dapat nak dielakkan (genetik bukan pilihan kan?). Insyallah, moga Allah balas segala kesabaran kamu dengan ganjaran yang lebih hebat. Amin..~

7 comments

Write comments
Cidak
AUTHOR
December 20, 2010 at 2:45 PM delete

huhu.

sedih plak saya baca ni.

Reply
avatar
Hanan Mahmood
AUTHOR
December 20, 2010 at 3:26 PM delete

ok sayu je trpksa brpisah jua akhirnya.

Reply
avatar
kawan segroup
AUTHOR
December 21, 2010 at 4:48 AM delete

Ntah2 jodoh Encik Arab A tu ngan Cik "Saya"...ngeh2..jahat btol

Reply
avatar
December 21, 2010 at 7:34 AM delete

cidak:
doa-doa lah moga dijauhkan dari kita semua..

hanan:
tu la.. kesian dia..

Kakak D:
Kureng sungguh tekaan anda.. that is a very rare possibility okeh! haha.. nasib baik sedar diri tengah buat jahat, maknanya hati anda yang solehah tengah berperang la tu. ana maafkan. jangan buat spekulasi. karang ada nama baru naik kat sini karang. buattttt~ *padan muka! ;p *

Reply
avatar
Rossarina™
AUTHOR
December 21, 2010 at 8:42 PM delete

weyh, hampir menangis aku bace cite nih. :'(

Reply
avatar
aku ^_^
AUTHOR
December 22, 2010 at 7:13 AM delete

tetiba terdetik nak komen..haha

dlu masa form 5 ad dak laki mintak couple ngn ak..tp x nak ak!!(alhamdulillah iman masih kuat..eceh)

dan soalan dia sblm mintak couple tu : "awak ad penyakit telesemia x?"..dia tnya cam tu sbb dia ad penyakit tu n x nak isteri dia pon ad penyakit tu..

dan alhamdulillah dia skrg amek medic dkt uni tuttt..dan masih mencari2 calon isteri..hohoho..

Reply
avatar
December 24, 2010 at 1:37 PM delete

arina:
aku tak sempat nangis, sbb haritu mini osce baru nak stat time aku dengar citer nih..huhu

aku ^_^ :
oooo... alhamdulillah, bagus la tu tanya awal2. selamat masa depan. takpe2. insyallah ada jodoh dia nanti tu. =)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *