Prolog : Moscow



Assalamualaikum~

Mereka kata...........

"Elders of Russia sangat sayangkan komunis. Sampai nanti, tengoklah kenapa. " -Yaqin-

"Salah satu negara yang sangat menghargai budaya adalah Russia. Macam fairytale." - Miss X -

"Russia dulu tertutup. Sekarang dah buka, jadi go & see. Ambil apa yang boleh " - Mr Z -

" Konflik Russia Chechen dah lama bergolak. Kisah paling terkenal adalah perjuangan Imam Syamil. Tapi sekarang, Islam bukan lagi asing di Russia." - Akhawat -

" Dasyat2 Jordan, dasyat lagi Russia rasanya.." - Adik -


=)

Saya suka dengar cerita. Tapi lagi suka kalau saya boleh pergi lihat apa yang diceritakan sendiri kalau ada rezeki.

Alhamdulillah, kali ini Allah permudahkan jalan ke sebuah lagi daerah yang Dia miliki. Kisah-kisah sukar yang saya dengari untuk masuk ke negara ini nampaknya banyak Dia elakkan dari kami. Syukur.. Moga-moga sepanjang ke sana nanti dipermudahkan jua.

Kenapa saya ke Russia, negara bekas komunis itu?

Malah ada yang mempersoalkan kenapa tidak ke negara-negara Islam yang masih ada?

Well, pertamanya siapa kata tiada Islam di bumi Russia?

Keduanya, saya lihat banyak perkara baru yang ada pada Russia dan tidak ada pada negara lain di sekitarnya atau di mana-mana juga. 'Every country has their own word'. Paling minima, saya mahu lihat budaya asli mereka. Yang baik boleh dibuat teladan, yang tak baik dijadikan sempadan. Contohnya? Nanti balik baru saya cerita ya~

Kebetulan, adik saya belajar di sana. Maka, sekurang-kurangnya safar mar-ah saya berteman ahli keluarga. Insyallah, doakanlah moga kembara kali ini dipermudahkan dan diberkati Allah hendaknya..

Cuma satu yang terkorban kali ini adalah kami terpaksa beraya di atas kapal terbang gara-gara tersilap tarikh tiket. Ingatkan raya Aidiladha 17 haribulan, rupanya 16. Huhu, tak apalah.. Tak ada rezeki. Baiklah, selamat hari raya, semua! ^_^

Dah nak bertolak nih. Jumpa lagi!
Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ya~

Oh ya, ucapan istimewa: Selamat Pengantin Baru buat Kak Amani dan Senior Abu yang bakal menikah malam raya pertama nanti! Moga kalian diberkati hingga ke syurga. Aminn..

*Selak buku*


"The Land of Moscow..."
[From "The Reminiscences at Tsarskoe Selo"]

The land of Moscow -- the land that is my native,
Where in the dawn of my best years,
I spared the hours of carelessness, attractive,
Free of unhappiness and fears.
And you had seen the foes of my great nation,
And you were burned and covered with blood!
And I did not give up my life in immolation,
My wrathful spirit just was wild!...

Where is the Moscow of hundred golden domes,
The dear beauty of the native land?
Where yore was the real peer to Rome,
The ruins, miserable, lied.
Oh, how, Moscow, for us, your sight, is awful!
The buildings of landlords and kings are fully swept,
All perished in a flame. The towers are mournful,
The villas of the rich are felled.

And where the luxury was thriving,
In shady parks and gardens, in the past,
Where myrtle was fragrant, limes were shining,
There now are just coals, ash, and dust.
At charming summer nights, when silent darkness roves,
The noisy gaiety would not appear there,
The lights are vanished over lakes and groves,
All dead and silent. All unfair.

Be calm, o, Russia's banner's holder,
Look at the stranger's quickly coming end,
On their proud necks and void of labor shoulders,
The Lord's vindictive arm is laid.
Behold: they promptly run, without look at road,
In Russian snows their blood like river's flood,
They run in dark of night, felled by famine and cold,
And swords of Russians, from behind.

~ Alexander Pushkin ~

p/s:

Bismillah...


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

[Ainul Arina Madhiah, 16-23 Nov 2010]

10 comments

SoFie NuR | November 15, 2010 at 1:11 PM

safe journey dear!!
and salam aidilfitri to u too!!

AuLiA | November 16, 2010 at 10:38 AM

welkam to rrrasya! (russia)

zmah | November 16, 2010 at 7:12 PM

BESTnya....akak punteringin juga ke sana,salam aidiladha 1431H

BAYT AMZAR | November 17, 2010 at 2:43 AM

bestnyerrr g moscow.. huhu.. tk cr ye.. :)

laila biruni | November 20, 2010 at 7:55 AM

selamat pegi n balik ainul.!!

muharrikdaie | November 20, 2010 at 1:08 PM

Nice blog .. teruskan menulis demi dakwah ini ...agar terkumpul pahala dari jemari yang tiada jemu ,,,

laki cikgu kimia | November 27, 2010 at 1:45 AM

berhati-hati ke tempat asing. :D

Ainul Arina Madhiah | November 28, 2010 at 5:59 AM

kak sofie:
thanks akak.. dah safely landed back in jordan~ hehe

aulia:
spasiba!

kak zmah:
insyallah ada rezeki, mesti akak smpai sana.~ ^_^

Ainul Arina Madhiah | November 28, 2010 at 6:00 AM

kak ayu:
besh2! ^_^

laila:
tq lai.. aku dah balik nih~

muharikkdaei:
insyallah.. doakan saya.

Ainul Arina Madhiah | November 28, 2010 at 6:01 AM

chiam:
yep encik! dah selamat balik dengan bahagia. alhamdulillah~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images