Pengorbanan Hamba

11:55 AM 7 Comments A+ a-



Assalamualaikum ~

Tahniah adik!

Akak tak sangka...

Semuda ini adik sudah mula mengeluarkan persoalan yang terberat di alam remaja. Nampak gaya adik sudah mulakan pencarian misi di dunia. Akak tahu, bukan memberontak niatnya cuma sekadar menambah keyakinan di jiwa.

Alhamdulillah, akak sendiri kembali bermusahabah diri.

" Kak, kenapa amalan kita kena berjiwa hamba? "

" Kak, kenapa kita perlu berkorban demi Allah sampai ke tahap bertaraf hamba? "


" Kenapa mesti HAMBA? "


Seisi alam terasa bagai sama terdiam. Berfikir cari ilham bagaimana untuk memberi faham. Persoalan ini bukan mudah. Salah bahasa boleh terlari makna. Silap petunjuk boleh tersesat langsung terduduk.

Bismillahirrahmanirrahim~

Adik..

Andai kata kita ini engineer dan kita cipta sebuah robot. Lalu kita letak padanya kebolehan berfikir dan berkata-kata. Kita cipta robot ini tujuannya supaya dapat membantu kita memudahkan kerja misalnya, mungkin sebagai robot pengemas rumah contohnya.

Salahkah kita kalau kita berkuasa untuk tentukan apa yang kita mahu robot ini lakukan dalam 'hidupnya'? Kejamkah kita kalau kita menghukum robot yang tak mahu menurut kata kita dan berbuat sesuka hati mereka? Bukankah itu fungsi robot ini kita ciptakan di dunia kita?

Siapa kita bagi robot itu? Dan siapa robot itu bagi kita? Bukankah kita ini dikira tuannya dan mereka itu adalah hamba ciptaan kita?


Itulah perumpamaannya antara kita dan Pencipta kita yakni Allah s.w.t ~

Kenapa kita hamba? ----> Kerana kita dicipta oleh-Nya.

Maka, by common sense pun sepatutnya wajarlah kita kena mengikut setiap arahan-Nya dan meninggalkan setiap larangan-Nya seperti mana seorang hamba patuh kepada arahan tuannya~

" Kalau kita tak nak jadi hamba? "

=)

Boleh!

=)

Tapi pulangkan dulu setiap pada yang Dia pinjamkan dan buktikan pada Dia bahawa kamu boleh berdiri sendiri tanpa-Nya.

Contoh pinjaman?

Pertamanya pinjaman jasad yang dia bentukkan. Mata, telinga, kaki, tangan, semua pulangkan balik. Bina anggota badan kita sendiri supaya kita tak bergantung kepada ciptaan Dia.

Tak pun, pulangkan tanah bumi yang kita duduki. Carilah mana-mana tempat yang bukan Dia ciptakan yang boleh kita duduki sebagai tempat tinggal kita.

Mungkin juga boleh pulangkan sama udara-udara yang kita hirup. Jangan langsung menghirup udara yang ada di bumi sebab udara ini pun kepunyaan Dia.

Erm, makanan! Jangan sesekali makan makanan yang diciptakan dari makhluk ciptaan-Nya. Binatang, tumbuhan, ikan, dan semua yang Dia ciptakan jangan ambil walau satu. Carilah makanan bukan dari kurniaan-Nya.

Oh ya, harta-harta kita. Itu semua pinjaman juga. Duit, rumah, keluarga, anak-anak. Duit biasiswa kita ini pun sama. Semuanya Dia yang beri pinjam. Pulangkan.Pulangkan. Baru boleh selesai hutang kalau tak mahu bertuankan Dia.

Atau akal kita ini pun. Pulangkanlah kembali pada Dia. Maka,kita nak pakai apa? Ntah, carilah sendiri bagaimana..


Aduh... Banyak ni dik. Tak terlarat akak nak sebut.. Apa kata kita bukak list pinjaman dalam Surah Ar-rahman? Kalau semuanya kita berjaya pulangkan, maka bolehlah kita keluar senarai dari menjadi hamba-Nya..

Macam mana? Okay tak? ^_^

Boleh ke kita buat macam tu? =)

.
.
.
.
.
.
.
.


Maka adik tersayang~

Pengorbanan sebagai hamba ini sepatutnya bukan atas makna korban yang menyusahkan diri kita.

Tapi
Korban ini maknanya tanda.

Tanda cinta.
Tanda terima kasih tak terhingga.
Tanda setia.
Tanda sujud seorang hamba.
Tanda percaya.
Tanda iman kepada Pencipta.

Bagai Ibrahim yang redha diuji
Demi cinta pada Allah, sanggup disembelih anak sendiri
Seperti Hajar yang setia disisi
Demi yakin pada Allah, sokongan diberi pada suami
Laksana Ismail yang rela menanti
Demi iman pada Allah, leher disua tak pernah lari

Tapi lihat, Allah tak kejam. Allah sekadar mahu menguji. =D

Maka natijahnya

Bila sedar kita hamba,
Bertuan Allah tujuan utama
Atas amal yang cuma sebelanga
Berbanding nikmat seluas saujana
Pasti
Tanpa sedar
Perintah-Nya sentiasa kita ikuti
Tanpa paksaan
Larangan-Nya tentu kita sentiasa jauhi

Syukur alhamdulillah...

Akhirnya petang ini jadi petang barakah. Moga persoalan tadi dapat kita ambil jadi ibrah. Aidiladha yang makin merapat, harapnya mampu kita genggam erat. Sebagai bukti ekspresi cinta seorang hamba kepada Pencipta, mari kembali hangatkan sumbu di kalbu. Moga nyalaan iman kembali marak menerangi hatimu~

Salam Aidiladha..

Dari hati kakak,
Ainul Arina Madhiah
9 november 2010
Irbid, Jordan

7 comments

Write comments
tepianmuara
AUTHOR
November 10, 2010 at 2:21 PM delete

hamba.


'ma asyrafa min zalik'


fuh.

Reply
avatar
Husna
AUTHOR
November 10, 2010 at 4:27 PM delete

Allah. Sungguh terkesan di hati :)

Reply
avatar
aisyahrkh7
AUTHOR
November 10, 2010 at 7:59 PM delete

membekas dihati.. phewww..

selamat menyambut adha di moscow..
[baca moscow macam yg ak salu sebut.. haha..]

btw doakn ak.. adha kali ni nmpknye will be sgt meaningful lah kan..

kerana Dia sahaja yg Maha Tahu akan hamba2nye..

Reply
avatar
November 10, 2010 at 8:15 PM delete

hanif:
yup! betul3..

husna:
alhamdulillah, moga Allah berikan hidayah pada kita semua.

aisyah:
hish, sempat lagi buat lawak. hehe..

insyallah dear, aku akan selalu9x doakan kau. ada apa2 hal perlukan pertolongan, jangan lupa roger2. okeh? insyallah everything will be fine! plus allah dah siap kasi doktor paling pakar plak tu tolong ko, aku yakin semua kuwaiyis nnti.. chaiyok2! insyallah, aisyah kuat! *sambil angkat pompom.. hehe*

btw, tenkiu. doakan safar aku ke moscow (mcam ko sebut ;p) nnti selamat pergi balik~

Reply
avatar
SoFie NuR
AUTHOR
November 10, 2010 at 9:59 PM delete

very nice writing :)

wahhhh...beraya kat moscow ke?

Reply
avatar
Saya Laa Dia
AUTHOR
November 17, 2010 at 9:20 PM delete

Assalamu'alaikum Ukhti..

Saya tak tahu kenapa link blog ukhti muncul dalam dashboard website saya.

Terima kasih atas entri yang sangat bermakna. Nice!

Oh. Sudah periksan sebentar tadi. Gambar paling atas tu bagi link terus ke blog saya. =)

Takdir. Entri yang agak menginsafkan.

Jazakillahu khairan.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *