JUST + Yarmouk = Irbid~

Salam


" Kak, macam mana akak boleh rapat dengan orang Yarmuk? "

tanya seorang adik JUST lepas program BKAPJ tadi bila saya beritahu saya tidur terus di rumah program yakni rumah milik pelajar Yarmuk di sini. Apatah lagi bila semua ahli rumah ini telah tidur dan saya terus mengambil alih tugas jadi tuan rumah bila program habis agak lewat...

Hurm, macam mana ya?

Ntahlah~

Saya sendiri memang an out-going person. Tapi seingat saya rapat-rapat ini ia bermula awal-awal dulu waktu masih pegang biro KK di tahun dua, saya dan Fathiyah pemegang biro PP memang selalu balik lewat atas urusan kerja dan kami banyak berurusan dengan orang Yarmuk. Bila dah selalu balik lewat, kadang-kadang memang kena paksa tidur rumah orang sana terus.

Lama-lama dari sekadar urusan kerja, ukhwah jadi makin erat. Kalau dulu setakat mengadu hal-hal PERMAI, lama-lama terus tukar-tukar kisah sendiri dan berkongsi rasa. Jika dulu datang sekadar turun padang, sekarang datang sebab rindu plak yang bertandang. Biasalah bila lama tak jumpa walaupun sekadar seminggu dua. Sekali nampak, terus banyak cerita nak sembang.

Tambah-tambah bila berbeza bidang.Jadi kadang-kadang kalau rasa nak lari sekejap dari persekitaran medik, maka tempat dituju tentulah di rumah-rumah para ahli kuliah Yarmuk. Walaupun kadang bukannya bincang isu akademik pun, tapi bezanya masih ketara terasa lapang yang lain auranya. Hehe..

Dulu-dulu waktu ramai senior, rumah utama saya di Hijazi (kawasan Yarmuk) adalah Bayt Insyirah. Kakak-kakak di sini tip top! Dengan kapasiti satu rumah sampai tujuh orang, kalau berkampung beramai-ramai memang sangat riuh-rendah! Kalau ada masalah yang menyendat dada, masuk Insyirah memang lupa habis dunia. Tenang damai happy go lucky macam dapat balik kampung~ Memang itu pun kampung saya di Jordan nih.

Tapi bila Insyirah dah tak ada sebab akak-akak tu dah grad, datang pulak rombongan IKIP batch sebaya yang datang menggantikan mereka.Bayt Casa Intelek 2010. 6 orang serumah.Sama perangai sama gila sama satu kepala.Sebijik macam kakak-kakak insyirah jugak. Bezanya kali ini kami semua sebaya. Selain mereka, Bayt Nailah Al-farafisyah pun (Yarmuk 2007 sebaya) jadi lokasi tempat lepak-lepak saya juga~The only 5 yarmukian sebaya zaman first year. Hehe..

Dengan mereka-mereka ini lah kadang-kadang saya habiskan hujung-hujung minggu kalau tak ada kerja. Asal ada cuti, pasti ada sehari dua saya akan include-kan mereka dalam jadual diri. Makan sekali, tidur sekali, meroyan sekali, buat kerja program pun sekali. Owh lupa plak, Saya baru terperasan satu lagi persamaan mereka. Insyirah dan Casa Intelek dua-dua rumah program paling femes di Irbid. Memang dah dapat cop rasmi dah pun - warga suka berkerja. Haha~ Maybe ia jugak faktor saya selalu terdampar di sini.

Bila dah biasa melepak sama-sama dua bidang berbeza, barulah connection ukhwah mampu jadi lebih luas. Saya mengaku dan saya sangat-sangat sedar bahawa melalui rakan-rakan Yarmuk inilah, saya dapat kenal ramai lagi akhawat Yarmuk yang lain. Kalau tak kenal diaorang, memang agak sukar rasanya nak lengkapkan semua. Alhamdulillah setakat ini semua batch sendiri Yarmuk sudah sangat saya kenali. JAIS dan IKIP sendiri. Itu pun lepas secara tak sengaja terjoin program IKIP sahaja waktu saya sibuk uruskan SPB. Even malu tahap giga, tapi syukurlah kerana itu saya berjaya habiskan taaruf kami~ ^_^

Apa-apa pun, segalanya bermula dengan diri kita sendiri. Sama ada kita nak kenal atau tidak dan mahu rapat atau tidak. Kalau dalam diri ada kemahuan, insyallah Allah akan permudahkan. Malu di awal permulaan memang pasti ada, tapi kadang-kadang kita kena juga tebalkan muka. Kalau dua-dua asyik mengharap orang lain yang tegur masing-masing, sampai bila kita nak mula kenal dan bermesra? Kan?Kan?

Just make a move!
Break the ice!
Touch and grow
! *motto siapakah ini? hehe*

Kesimpulannya, semua orang boleh rapat tak kira berbeza bidang mahupun universiti. Kita semua sama. Pelajar Malaysia yang tinggal di bumi asing bersama. Generalize lagi kita punya akidah dan adat yang serupa. Patutnya lebih senang nak berhubung bila masing-masing saling perlu bergantung.

The main point is ourselves.

Hopefully dalam makin ramainya warga Malaysia di Irbid ini yang datang sekarang, gap antara Yarmuk dan JUST takkan bertambah. Suasana sekarang bagi saya sudah sangat bagus. Cumanya yang adik-adik masih perlu dirapatkan lagi antara JUST dan Yarmuk (akhawat). Tak apa, insyallah masa mereka masih ada.

Mungkin program percampuran universiti perlu dikaji dan dibanyakkan lagi semenjak sekarang nampak gaya program campur-campur makin kurang sebab bilangan yang terlampau ramai - tempat tak cukup + masa tak sama. Kalau campur terus semua pun tak boleh pakai sangat jugak sebab takkan sempat tertegur semua dalam satu masa sahaja.

Anyone has an idea?


p/s : Sebenarnya saya ada juga terselit satu niat dari dulu lagi kenapa saya suka kenal ramai orang dan rapat dengan mereka. Saya nak buktikan budak-budak medik bukan manusia nerd yang sekadar buku semata dan tidak sosialize. Connection kami juga bukan sekadar orang-orang medik sahaja macam orang lain suka assume. Pantang sungguh dengar orang kata macam tu.. (\ _ /) Huhu. See? See? Saya budak medik dan saya suka bersosial! (sosial ikut syariat ye, bukan yang main redah tak kira hukumm. =D )

p/s II : Nak habiskan semua Malaysian seJordan memang susah, tapi tak mustahil! Huahuaua.. Cabaran2x~ ^_^

p/s III : Kalau dapat buat ramai-ramai kepada yang bukan Melayu juga, anda memang hebat lah! Teach me! Teach me! huhu... Saya lemah sikit kalau dengan orang bukan sebangsa dan sebahasa nih.. -_-'

Ok, jumpa lagi~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images