Date of Death


Assalamualaikum...


" This patient won't live long... The farthest will be just around 40 years old.."

Terdiam kami semua dengar prognosis doktor. Kasihannya dia ~

Siapa tahu dalam senyum gelak-gelak dia layan kerenah kami budak baru belajar nak ambil history, rupa-rupanya beban yang dia tanggung tersangatlah berat.

.
.
.
.
.
.
.
.

Seawal jam 8.30 pagi seperti biasa kami mulakan rutin harian dengan mencari pesakit yang boleh bekerjasama untuk mengambil history. Jadual di kaunter medical attendance kami rujuk dan ambil datanya.

Eh, ada kes Thalasemmia! Menarik nih~

Jom-jom pergi tengok cepat. Karang jenuh nak rebut-rebut dengan student nursing~

.: Room 300* , Bed 0* :.

There he is~! Sedang tersenyum memandang kami yang sedang mencari-cari tanda mengalu-alukan kehadiran kami di awal pagi..

Ismak Ahmad Al-urduni (bukan nama sebenar) ? [Nama kau Ahmad Al-urduni?]

Aiwah! [Ya saya]

Ehna tullab sanah Robiah Tibb Basyari. Mumkin as-alak syuai an musykiltak ? [Kami student medik tahun 4. Boleh tak nak tanya kau sikit tentang penyakit kau]

Tafaddhol.. [Silakan]

Memandangkan kami berlima dari 2 grup yang berbeza mengambil history yang sama hari ini, tugas menyoal saya beri kepada rakan yang lain. Saya pencatat data sambil-sambil membuat penelitian sedikit secara kasar terhadap pesakit.

Pesakit ini nampak muda, saya jangka dalam awal belasan tahun kalau ikutkan wajahnya.

Iddish 'umrak?
[Berapa umur kau?]

Talat 'isyrin [23 tahun]

Erk! Lari jauh giler dari jangkaan~ Kami lagi muda dari dia rupanya...

Banyak lagi yang ciri-ciri aneh ada pada pesakit ini. Dia orang Arab tapi kulitnya pucat kehitaman, seperti orang India. Eh, tak macam India sangat pun, tapi macam mana ya nak terang? Macam orang India yang tengah sakit pucat lesi kot. Selain tu jugak, di kulitnya juga ada macam serbuk-sebuk putih macam yang selalu jadi bila kita lama tak bukak stokin waktu winter. Kering dan berhabuk. Nampak jelas. Matanya sedikit kekuningan.

Wajahnya pula nampak agak lain. Bahagian pipi dan keningnya sangat ketara berbonjol. Jarak antara hujung hidung ke bahagian tengah bibir atas agak jauh. Saya buka buku sekejap untuk tengok ciri-ciri pesakit talasemia : Prominent feature of face and skull deformities. Skull! Dan bila saya renung dari tepi, memang jelas rangka kepalanya sedikit berbentuk bukan seperti biasa. Lebih besar dan lebih jelas rautnya.

Mukanya sangat licin, langsung tiada tanda pertumbuhan rerambut muka yang biasa ada pada lelaki normal. Waktu kami lakukan pemeriksaan di tubuh badannya, kami juga dapati ciri yang serupa di bahagian dada dan perut. Tak ada rerambut di dada dan perut yang biasanya menjadi bukti tumbesaran sekunder lelaki yang biasa. Sah, dia delayed puberty (pertumbuhan terbantut).

Juga di bahagian tengah perutnya ada satu parut pembedahan besar yang melintang tanda kesan spleenectomy yang dibuat beberapa tahun lepas. Kebanyakan pemeriksaan lain yang memerlukan sentuhan di perut seperti check saiz hati dan palpation tak dapat kami lakukan sebab dia akan sakit di kawasan perut. Tapi bukan di kawasan parut tu pun. Sebab apa? Kami pun tak pasti sebab doktor masih belum diagnose lagi kerana dia baru masuk wad sehari sebelumnya.

Hampir sejam kami bersoal jawab dan buat physical examination pada badannya. Dia langsung sikit pun tak merungut. Malah kadang-kadang sempat lagi bergurau-gurau dengan kami bila ada di antara kami tersilap pakai ayat yang dia sendiri tak faham. =)

Syu na'ouk talasemia 'indak? [talasemia jenis apa eh yang kau ada nih]

Major [major]

Erm.. That is quite bad actually.. Moga dia cepat sembuh.

Tepat jam 10, doktor kami datang bertanyakan kes untuk kami bentangkan lalu kami ceritakan tentang pesakit Talasemmia tadi. Maka sekali lagi kami berkumpul di sekeliling pesakit yang sama untuk mendapat penerangan yang lebih mendalam dari doktor.

Sedang-sedang doktor menerangkan kepada kami tentang keadaan pasakit ini, doktor sembang-sembang gurau sekali dengan pesakit tadi.

(saya translate siap2 la ye)

Kau ada terfikir nak kawin tak?
Haha.. Kalau ikut, memang la semua orang nak doktor tapi aku takut.
Kenapa?
Aku takut anak-anak aku jadi macam aku. Taknak lah.
*senyum*
Dr,aku serah je kat Allah. Kalau tu yang terbaik, aku redha.

Moga Allah selalu permudahkan urusan kau

Kami yang disekeliling semua tersenyum nipis. Rasa kasihan membuak-buak dalam hati. Doa kami moga-moga dia cepat sembuh dan kembali sihat. Tapi...

Ok, korang semua dah faham tentang Talasemia? Jom keluar tengok patient lain.

Berhenti. Eh? Rupanya, doktor keluar tak bawa kami jumpa patient pun. Doktor berhenti di koridor luar bilik pesakit tadi.

Sebenarnya aku nak bagitau korang, pesakit tadi sebenarnya life span dia takkan lama. Dia berjaya sampai umur 20-an ni pun dah kira sangat agak luar biasa. Aku predict umur dia takkan sampai 40. Max 40! Itu fakta tentang Talasemia.

Erk.. Terdiam habis semua orang. Ya Allah, kiranya harapan kami supaya dia sembuh dan kembali sihat tu rupanya memang sangat mustahil. Kasihannya..

Rasa pelik sangat bila dapat tahu orang depan kita takkan hidup lama. Apa eh rasa dia? Confuse? Pedih? Sakit? blur? Ntahla... Tapi memang lain..

Well, itu kali pertama jumpa patient yang kita tahu bakal mati cepat. Tak kisah lah dapat beat the odd or not. But the prognosis is clear. Dah nama pun hospital kan? Cumanya harapan saya, moga suatu hari nanti berita-berita macam ni takkan jadi lali pada hati saya. Hidup dan mati manusia adalah perkara yang sangat-sangat penting pada jiwa kita kerana dengannya kita mampu lebih dekat dengan Pencipta. Wallahualam~

8 comments

toRA@7 | November 5, 2010 at 12:58 AM

Pengalaman clinical mmg besh kn??even akak yg bukan medic student ni pon rase mcm yg ina rase...
contoh nye..ari2 kite prepare ubt untok pt tu..ttbe nurse dtg return blk ubat sbb pt tu akn "expired"(dead)..die on ventilator...sedeyh jugak...kdg2 bile anta ubat kt ward slalu gak visit2 pt...huhu

Shazwani Adnan | November 5, 2010 at 2:17 AM

salam Ainul.

dua minggu lepas baru kami buat discussion tentang thalassemia. memang prognosis untuk thal major tak berapa bagus. dia perlukan blood transfusion ke? tapi memang splenectomy tu biasanya perform kat patient.

semoga Allah merahmati pesakit Ainul tu. Jika dia benar2 redha dengan ujian yang menimpanya, insyaallah hidupnya diberkati.

Rossarina™ | November 5, 2010 at 4:18 AM

aku pun dapat patient thalassemia (betul ke eja nih?) jugak hari tuh. pempuan. dapat palpate liver die. besar! :O pempuan tuh pun umur die 23 gak. sobs sedih pulak aku tibe2 :'( semoge mereka di rahmati Allah ..

akak | November 5, 2010 at 6:36 AM

Ya Allah..sedihnya. Baru 23 tahun tapi besarnya ujian utk dia. Tapi dia antara hamba² yang terpilih kan Ainul. Betapa dia redha dengan apa dia dapat..Semoga Allah akan sentiasa permudahkan urusan dia..dan kita² semua jugak..

Ainul Arina Madhiah | November 5, 2010 at 9:19 PM

kak tora:
best2.. boleh nampak real kes punya.. tapi kadang2 kesian la kat diaorg, tak bleh nk buat apa. rasa mcm buat diaorg jadi bahan eksperimen pun ada gak.. huhu

kak wani:
ws akak.. thalassemia major memang kena buat blood transfusion. dia buat every month, tu pasal iron overload kat badan dia macam severe sgt smpai jadi hitam2 tu.. aminnn...

arina:
kat KAUH ke weh? aminnnnnnnnnnnn...

Ainul Arina Madhiah | November 5, 2010 at 9:20 PM

akak:
kesian kan akak... amin..

aisyahrkh7 | November 6, 2010 at 10:55 AM

ade gak jumpe ptn thalasemia kt mafraq hukumi time intro dlu.. baru2 ni kt kauh de ptn ITP.. erm..

p/s.. ohh colonoscopy... penah tengok?

Ainul Arina Madhiah | November 6, 2010 at 9:38 PM

aisyah:
dua kali tengok colonoscopy, dua kali tengok gastric endoscopy. semua dalam masa sehari. hoho, ketat tekak aku asyik tengok jolok2 org je sehari tu..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images