Count On Me



Assalamualaikum...

Buat tatapan mereka yang sering keliru untuk untuk berkongsi rasa..

Kita lihat dakwah nabi...
Jatuh bangun baginda bukanlah sekadar seorang diri. Sahabat setianya penuh di kanan kiri. Tunjangnya kukuh dipengaruhi kental kasih Siti Khadijah dan Abu Talib di sisi. Saling berkongsi suka duka perit jerih rahsia hati. Sampai ke hari ini nikmatnya Islam dapat kita rasai. Maka, kenapa perlu disebut mereka disini ? Kerana fitrahnya manusia perlu sokongan untuk terus berjaya di kemudian hari~

Kita lihat jari jemari yang ada...
Dicipta lima bukan sekadar sia-sia. Setiap satunya ada punca. Andai hilang walau sekadar satu, kesannya sangat terasa hingga hidup boleh terganggu. Penulis hilang daya, penjahit hilang punca, pengarah hilang kuasa, bahasa tubuh hilang makna. Maka kenapa dicipta sampai jemari sampai lima? Kerana setiap satunya perlu bersama baru segala kerja jadi sempurna~

Kita lihat lebah yang terbang disekeliling...

Hidupnya mencari madu buat khasiat manusia. Kecil kecil begitu sangat besar jasanya. Tapi bukan senang untuk mengumpul madu berlipat ganda. Hanya dengan kerjasama maka mereka berhasil melaksanakannya. Dan kita sebagai manusia, nikmat Allah itulah menjadi sumber tenaga dan penyembuh bahaya. Maka kenapa perlu kita perjelaskan sikap bantu-membantu mereka? Kerana atas dasar itulah, semua pihak mampu memperoleh kebaikannya. Kita dan juga mereka~

Kita lihat anggota badan yang berpasangan...
Setiap satunya ada separuh kekuatan. Tanpa keduanya, masing-masing hilang keseimbangan. Bermata satu, kita hilang jarak anggaran. Berkaki satu, kita hilang keseimbangan badan. Bertelinga satu, kita hilang nikmat bunyi ciptaan tuhan. Maka kenapa semuanya perlu dua? Kerana perpaduan adalah punca sebuah kekuatan~

Kita lihat adatnya manusia di atas bahtera...
Masing-masing punya fungsi yang sama pentingnya. Kapal akan hilang arah andai nakhoda tiada. Bahkan angin akan sendiri beraja andai layar tiada pengemudinya. Mereka yang berbeza posisi dan lokaliti perlu sentiasa bergabung tenaga. Andai tiada persepakatan, seperti tugas mengambil air misalannya, bahtera bakal musnah bila yang di bawah menebuk lubang tanpa berfikir panjang. Maka kenapa perlu sepakat semua? Kerana kita bukanlah hebat untuk melakukan semua kerja sendiri tanpa orang lain bersama~

Kita lihat hebatnya seekor semut ciptaan tuhan...
Tersangat kecil tapi fitrahnya menakjubkan buat manusia yang mahukan pelajaran. Rajinnya bukan sekadar rajin sendirian. Hidupnya berteman dan penuh persaudaraan. Sama mencari makanan buat bekalan, sama berjalan di dalam satu barisan, sama membina busut yang penuh dengan teknologi pembahagian ruangan. Hinggakan manusia sampai tertekan bila hadirnya mereka penuh satu kumpulan, mencari makanan menjelajah kawasan. Maka kenapa mereka bergerak segerombolan? Kerana dengan kesatuan, yang kecil dapat dibesarkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing~


Maka wahai insan yang disayangi, =)

Janganlah takut untuk berkongsi perasaan.
Masalah wujud bukan untuk disimpan sendirian
Yang perlu dicari adalah jalan penyelesaian
Supaya kita belajar demi masa depan
Menjadi lebih baik dan lebih berwawasan
Agar diri berguna untuk ummat dan generasi kehadapan~

Dan nasyid dibawah, saya dedikasi khas buat kalian mewakili rasa hati sendiri~

.: You and I See :.

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!

Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong

(by UNIC)


( ^_______^ )Y

Sekian..

Yang sedang mencuba untuk membaca diri,
Ainul Arina Madhiah
Irbid, Jordan
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images