Selamat Jalan, Baba!

10:24 AM 3 Comments A+ a-



Assalamualaikum..

Tengahari semalam, waktu saya dan rakan-rakan tengah happy-happy sakan merewang(gotong-royong masak) untuk walimah batch kami di Irbid, saya dan Maisarah dapat berita gempar dari seorang lagi ahli bayt kami, Akmal..

" Korang, tadi Ummu Rahaf datang bagitau baba meninggal 4 hari lepas.. "

Allah.... Innalillah~ T_T

Terkejut sangat! Memang hilang habis la gelak-gelak kami tadi. terkebil-kebil kami baca sms betul ke tak berita kami terima nih. Sepanjang balik ke rumah tu, masing-masing terdiam tak terkata dengan mata yang dah bertakung dan merah. Teringat balik everything pasal baba. Susah nak percaya yang baba tak takda dan takkan ada balik. Tambah-tambah bila dah 4 hari baba pergi baru kami dapat berita...

Sebak!
Terkilan!
Sedih!


Malam tadi baru kami semua pergi ziarah mama dan family. Itu pun teragak-agak jugak gara-gara agak cuak sebab tak pernah melawat family orang meninggal di tanah arab nih. Aura dia mesti berbeza dari selalu kan. Memang kami blur sangat. Nak cakap apa nih nanti? Tahu 'Allahu yarhumahum' (allah rahmati dia) je.

Tapi alhamdulillah so far tadi semuanya ok. Sempat tangkap beberapa doa yang orang lain wish pada mama macam 'moga allah kuatkan kau sekeluarga' dll. Awkward juga mula-mula tak tahu nak mula macam mana. Tambah-tambah tadi semua ahli keluarga diaorang dan jiran tetangga ada sekali. Masing-masing dalam kesedihan, apatah lagi mama. Kami sendiri sedih tengok riak dia. Lost.

Mama cerita baba masuk hospital raya kedua. Kena strok ke heart attack entah. Tapi baba memang dah lama ada hypertension dan diabetes. Cumanya kebelakangan sebelum ni hypertension baba mencanak naik sangat-sangat. Maybe itu antara faktornya.

Tapi yang lebih kami semua terkilan sangat-sangat bila kami tak sempat jumpa baba langsung sebelum tahu nih. Mama ada minta maaf terlupa nak beritahu sebab keadaan tengah kelam-kabut. Takpe, kami tak kisah itu. Yang kami terkilan bila yang time baba sakit tu actually baba dekat sangat dengan kami tapi kami tak perasan.

Mama kata last baba pergi tengok kami ialah time dia serahkan bil air kami beberapa hari sebelum raya yang mana waktu tu saya saja ada di rumah sebab orang lain semua balik Malaysia. Baba ada ketuk pintu tapi tak berjawab. Mungkin baba ingat saya tidur so dia letak kat pintu je. Ini terkilan saya yang pertama. Mana saya pergi waktu tu? T_T

Keduanya, waktu baba masuk wad di hospital King Abdullah University selama 2 minggu lebih. Waktu tu tiap-tiap hari mama pergi hospital. Wad baba kat tingkat 11 yakni kawasan Cardiac (jantung). Dan sepanjang tempoh itu sebenarnya tiap-tiap hari saya dan ahli rumah buat round rotation tingkat 7 (internal med) atau tingkat 10 (surgery). Sikit pun kami tak pernah terserempak atau bertembung mahupun terbaca nama baba di list patient admission. Ini terkilan saya yang kedua. Terlampau dekat tapi tak terjumpa.

Sakit pula rasa bila terbayang balik. Sebijik kena macam waktu adik saya meninggal dulu, tak sempat jumpa dia di saat-saat akhir. Tapi at least dapat juga tengok jenazah. Baba ni langsung tak jumpa terus dah. Last jumpa waktu akhir summer sem bila terserempak waktu nak pergi kelas. Baba sempat ajar nak cakap selamat pagi dalam banyak bahasa waktu tu. ;) *Rindu baba*

Tadi sorang kawan ada cakap " Ainul, cukuplah pengalaman hilang bapa macam ni di Jordan sahaja. Doa-doalah bapa yang di Malaysia tak jadi macam ni. Kalau tak, lagi seksa..." Gulp~ Na'uzubillah.... >_<

Banyak sangat kenangan manis dengan baba sepanjang di Jordan. Dah 4 tahun dengan baba, dia memang pengganti bapa sendiri dekat sini. Tengok baba dah boleh ubat sikit rindu pada abah dan tokwan kat Malaysia. Lagipun dia sendiri anggap kami macam anak dia dekat sini sebab mostly anak-anak perempuan dia semua dah takde ikut suami duduk luar negara.

Baba adalah tuan rumah yang sangat-sangat baik. Terbaik mungkin lebih sesuai untuk kami gambarkan. Kawan-kawan kami semua tahu pasal baba. Ramai cemburu bila kami cerita pelbagai kebaikan baba terhadap kami sebagai penyewanya. Baba baik sangat-sangat. Susah nak jumpa orang macam baba. Memang one in a million. Dan bagi saya sendiri, baba dan mama adalah orang arab terbaik yang saya pernah jumpa sepanjang duduk Jordan

Sejak sem kedua tahun satu saya dah menyewa rumah baba. Dah nak masuk 4 tahun dah sekarang kiranya. Hingga kini memang kami serumah tak terfikir langsung nak pindah walaupun sampai ke tahun 6. Antara faktornya adalah baba.

Baba tak pernah berkira sangat dengan kami. Selalu sangat dia tolong kami macam-macam tentang rumah kami nih. Walaupun dia dah sibuk dengan kedai baju yang dia buka kat balad, kalau kami ada apa-apa masalah, baba confirm akan cepat-cepat tolong selagi termampu. Kalau dia tak daya, dia serah pada orang lain suruh tolong kami.

Waktu saya di preklinikal, saya selalu keluar ke kelas tepat jam 7 pagi. Dan tiap-tiap hari saya akan terserempak dengan baba yang sedang uruskan pokok-pokok di kawasan rumah kami. Setiap pagi memang konfirm akan sembang-sembang sikit dengan baba sebelum ke kelas. Dan kalau saya mula masuk mode tak paham, mulalah baba nak mengusik atau membebel panjang. Huhu, patutlah rasa pelik kenapa bulan ni tak nampak baba langsung pagi-pagi. Ingatkan sebab saya dah makin lambat keluar rumah tapi rupanya memang baba tak datang langsung..

Setiap pagi summer, asal kami keluar rumah pagi-pagi tu je mesti ada beberapa buah tin dan eskadania fresh tersedia atas tembok beranda. Tahu sangat lah mesti baba yang letak. Pagi-pagi waktu ambil buah, baba tak pernah lupa beri kami sikit. Memang breakfast dengan buah dari baba je tiap-tiap hari. Kadang-kadang kalau dia ambil bunga untuk mama pun dia akan kata sekuntum dua untuk kitaorang jugak. ^_^

Satu perkara yang ada pada baba dan takkan ada pada orang lain saya rasa ialah habit dia datang buat inspection rumah selalu. Adus, kami memang alert sungguh lah pasal ini. Tambah-tambah kalau time final exam. Selalu sangat baba buat check mengejut. So, kalau rumah tak bersih atau ada apa-apa yang tak menyenangkan mata dan hati baba, panjang berjela nasihat baba akan kasi on the spot. Dan inilah antara salah satu faktor yang selalu buat kami agak prihatin tentang kebersihan dan kekemasan rumah.. Oh y, baru perasan dah dua bulan baba tak buat inspection...

Baba tak macam orang Arab biasa yang suka bangun lambat. Tiap-tiap hari mesti baba akan uruskan taman rumah kami dari pukul 6.45 pagi. Sebab tu asal keluar rumah nak gi sekolah konfirm jumpa baba. Even hujung minggu pun, selalu sangat nampak baba kat luar rumah pagi-pagi. Terfikir gak baba ni memang jenis sentiasa bangun awal ke eh? Respek betul.

Baba selalu beri kami macam-macam lagi. Banyak kali dia gak bayarkan bil air rumah kami. Itu belum masuk dengan dia kasi free semua perabot lama dia yang still cantik pada kami without naikkan harga sewa langsung. Maintain 140JD dari dulu sampai sekarang even rumah dah upgrade jadi mafrusyah(berperabot). Kalau salah seorang dari kami tertinggal di Jordan waktu orang lain balik Malaysia, dia mesti selalu jenguk. Kadang-kadang ajak pegi rumah makan sama-sama. Tak terasa takut sangat kadang-kadang bila tahu baba ada dekat. Huhu..

Terbayang waktu kami ziarah rumah dia raya lepas sambil perbaharui akad rumah. Kami ada cakap nak stay lagi rumah nih. Baba kata duduk lah sampai bila-bila tahun 2 ke tahun 3 ke tahun 4 ke tahun 5 ke. Bila kami kata sampai tahun 6, tiba-tiba baba macam terkejut eh lama rupanya kami duduk Jordan ye. Tapi siapa sangka rupanya masa kami dengan baba lepas perjumpaan tu rupanya dalam setahun dua sahaja.

Banyak sangat kebaikan baba kalau nak cerita. Pendek kata kehilangan baba memang sangat-sangat terasa di sanubari. Lepas ni semua yang saya cerita kat atas ni semuanya takkan jadi lagi. Baba dah pergi bawa semua sekali kecuali kenangan yang tinggal dengan kami. Pagi-pagi lepas ni takkan jumpa baba dah. Takde dah orang nak selalu nasihat kami tentang hidup bermasyarakat dengan arab. Dan tak ada dah orang yang paling suka sakat kami sepanjang di Jordan nih. Sedih sangat baba dah tak ada. T_T

Kalau kami yang sekadar penyewa ni pun dah amat terasa baba pergi, apatah lagi rasanya pada ahli keluarga baba. Everybody love him so much! Tapi yang pergi takkan kembali dan yang hidup tetap masih kena teruskan perjuangan. Moga roh baba tenang di alam barzakh. Doa kami moga baba ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

" Baba, selamat berehat! Kami akan menyusul kamu di kemudian hari. Semoga kita bakal ketemu semula di syurga sana. Insyallah. Amin ya rabbal 'alamin... "

Al-fatihah~

p/s: eh, baru perasan. Kami takde langsung gambar baba.... -_-

3 comments

Write comments
Rossarina™
AUTHOR
October 3, 2010 at 3:47 AM delete

Ainul, aku pun sedih same nih :'( semoge roh nye di tempat kan di kalangan orang2 yang beriman. amin

Reply
avatar
DreamLogic
AUTHOR
October 4, 2010 at 5:08 AM delete

" Ainul, cukuplah pengalaman hilang bapa macam ni di Jordan sahaja. Doa-doalah bapa yang di Malaysia tak jadi macam ni. Kalau tak, lagi seksa..."


saya sbg yg berpengalaman akui .. mmg pedih dan seksa. :(

sabar ye kak ainul.

Reply
avatar
October 5, 2010 at 7:49 AM delete

arina:
amin... T_T

Syida:
Erk, awak ada pengalaman mcm tu eh? huhu.. thanks!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *