Kembara Ramadhan Syria Summer 2010

9:26 AM 13 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

Exam dah habis! Alhamdulillah... Erm, tapi hati masih tak tenang sebab resultnya belum keluar. Debar-debar lagi nih. Tolong doakan ya kejayaan saya dan kawan-kawan dekat sini..

Dah dekat seminggu blog ni tak berupdate. Salahkan internet yang lembap! Hehe.. Lagipun saya dah target dah habiskan kembara Ramadhan Syria. Selagi tak habis, selagi tu malas nak update yang lain. ALhamdulillah hari ni selesai. Oh ya, saya nak kreditkan juga beberapa gambar yang saya ambil dari kenalan blogger dan encik google sebab kamera saya banyak plak gambar blur. Huhu. Thanks ya! =)

Abah, nah!
Lepas ni insyallah kembali kepada pace yang biasa. Hehe.. Macam pelik plak bila abah tanya kenapa blog tak berupdate dah. Ni semua sebab sudah nak upload gambar la nih. Tu pasal dia slow.

Jom Berkembara...

*******************************************************************************

Seorang. Dua. Tiga orang. Semuanya risaukan kami atas benda yang sama.

"Awak biar betul nak berjalan-jalan time-time puasa nih.."

=)
Tapi, nak buat macam mana?
Tetamu kami dari France dah kesuntukan masa.
Kami pula ada target mahu mencabar diri sendiri untuk peroleh tarbiyah bermusafir melintas sejarah dalam bulan puasa.

Nak atau tidak, kami tekad. Mari jom jelajah Syria dalam Ramadhan yang mulia~



Sikit sejarah ringkas kenapa nak pergi Syria :

1) Syria adalah kota saksi kepada kisah hidup manusia-manusia pertama di muka bumi iaitu keluarga nabi adam - Habil dan Qabil.

2) Syria adalah antara kota tertua di dunia yang pernah ditakluki kerajaan -kerajaan hebat spserti Aramea, Parsi, Babylon, Rom, Ummayyah, Abbasiyah, Fatimiah, Ayyubiah, Mamluk, Monggol, dan Uthmaniyah.

3) Syria adalah bumi sirah Nabi Muhammad s.a.w - pecahan terbesar kota Syam

4) Syria adalah kota yg padanya terdapat maqam2 Ahlil Bayt Rasulullah, Sahabat, dan Solihiin..

5) Syria adalah Kota yg mengumpulkan ramai Qurra', Ulama' dan Fuqaha' Mu'asiriin

6) Syria adalah dikatakan Kota Dataran Mahsyar kelak

7) Syria adalah kota yang bakal menyaksikan turunkan Nabi Isa yang ditunggu.


[ Hari Pertama ]

Bertolak ke Syria selepas saja tamat exam Animal Health yang diawalkan. Pakcik Border kali ni sangat strict, penat nak melayan. Sedar tak sedar tersangkut 3 jam di border. Sabar. Sabar. Tengah puasa nih. Alhamdulillah, asar kemudian baru kami tiba di Damsyik.

Tempat pertama singgahan kami adalah Masjid Umawi. Bangunan ini sebenarnya dah wujud beratus-ratus tahun yang lampau. Sebelum menjadi masjid, ia pernah digunakan sebagai Temple of Hadad (Aramea), Temple Of Jupiter (Rom), dan Church John The Baptist (Rom Kristian). Dari segi binaannya juga memang dah nampak banyak unsur gabungan zaman-berzaman. Memang hebat!










Selain tu, masjid ini agak unik waktu zaman pemerintahan Islam bawah pimpinan Umar Al-Khattab apabila kawasan masjid ini pernah dibahagi dua dengan dnding pemisah untuk kegunaan Muslimin dan Orang Kristian. Boleh bayangkan bagaimana azan dan loceng bersahutan serta dua agama saling beribadah tanpa ragu bersebelahan di sini?



Oh ya, cakap tentang azan, kalau nak tahu azan di masjid ini 7 kali semuanya. Sebabnya dah jadi tradisi sejak dulu time tak ada pembesar suara, semua menara (7 buah) akan saling azan bersahutan-sahutan secara beramai-ramai di setiap penjuru. Sampai sekarang azan 7 kali macam ni still lagi diteruskan.



Di timur masjid ini, ada sebuah menara putih yang di katakan bakal menjadi lokasi turunnya Nabi Isa a.s. berdasarkan sebuah hadis yang Rasulullah ucapkan.



Di dalam masjid ini juga, terletak macam Nabi Yahya yang dipanggil John The Baptist (sebab Nabi Yahya yang dulu mulakan suruh mandi di Sungai Jordan utk taubat) oleh Orang Kristian. Makamnya terletak di area orang Kristian dulu-dulu. Ingat sejarah Nabi Yahya? Baca sini ya. Kepala Nabi Yahya di makamkan di sini. Ikut sejarah, kepala Nabi Yahya ditemui dalam bekas tembaga waktu masjid ni dibina. Boleh baca sini kot tentang itu.



Di dalam masjid ini juga ada satu lapangan yang ditinggikan tempat orang-orang di sini menuntut ilmu. Menurut orang sini, dulu Imam Nawawi juga duduk di atas lapangan ni untuk belajar di sini. Waktu kami datang, ada seorang syeikh tengah beri ceramah tentang Ihya Ulumuddin. Ramai sangat orang yang datang mengaji di masjid ni. Nampak sangat hidup!




Kemudian kami ke Makam Saidina Hussin di kawasan masjid Umawi. Dikatakan kepala Saidina Hussin dimakamkan di sini lepas dibawa ke Damsyik. Kami dikabarkan di sini ramai orang Syiah tapi alhamdulillah waktu kami pergi tak ada lah sangat mereka meraung menangis-nangis yang melebih-lebih. Tapi memang sesak sangat.





Seterusnya ke makam Salahuddin Al-Ayubi. INi makam dhorih tau! Makam yang ada jenazah di bawahnya. Tapi sayang sebab lewat petang begini, makam ni di tutup. Jadi kami cuma sampai dan jenguk-jenguk di pintu sahaja. Tak ada rezeki.



Di makam ini lah yang menjadi saksi kisah General Gerald yang datang ke Syria,setelah Perancis merebut Syria dari tangan Turki Uthmaniah. Dia memasuki Masjid Umayyah di Damaskus dan menendang makam Salahuddin Al-Ayubi sambil berteriak, "Saladin, bangun! Kami kembali!" (Cerita ini oleh Adian Husaini dalam bukunya Wajah Peradaban Barat dari Serge Latouche,:The Westernization of The World(Cambridge:Polity,1996,hlmn 5). Umat Islam, apa perasaan anda?



Usai menziarahi Salahuddin, kami bergerak pulang ke rumah untuk meletakkan barang dan bersiap mahu berbuka tapi bukan berbuka di rumah tau. Lokasi berbuka hari ini ialah Jabal Qasiyyun. Dari atas bukit ini, seluruh bandar Damsyik kini jelas kelihatan di hadapan kami. Azan maghrib dalam rona senja menemani kami berbuka sambil menyaksikan bandar di depan kami bertukar menjadi warna-warni di kaki langit yang indah. Subhanallah, sangat cantik dan nyaman~





Habis melepak dan menyaksikan keindahan alam, kami turun dan mengambil keputusan untuk bersolat tarawih di Masjid Umawi. Dalam perjalan, ustaz murakib bawa kami ke Bab Touma. Bab Touma ni salah satu dari 7 pintu masuk utama kota lama Damsyik. Ketika awal zaman pembukaan islam di Syam, kebanyakan pintu2 tersebut dimasuki oleh sahabat2 Rasulullah seperti Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah dan sahabat2 Rasulullah yang lain untuk membebaskan kota Damsyik dari Empayar Rom Timur. Tapi sekarang Bab Touma ni kira kawasan majoriti Kristian. Ini Bab Touma waktu siang~


Berhampiran dengan pintu ini, ada makam Khaulah Bin Azwar. Wah, teruja kami! Masakan tidak, dah lama saya menyimpan angan-angan menziarahi Pahlawan Berselubung Hitam yang terkenal ini selepas mendengar kisahnya di makam abangnya di Irbid (Dhirar B. Azwar). Tapi sayang, taman yang menyimpan makam ini ditutup waktu malam. Aiseh~

Kalau tadi petang kami ke Masjid Umawi melalui jalan Souq Hamidi moden, malam ini kami berjalan melalui jalan tradisional souq Hamidi. Berada di celahan kedai-kedai lama di tepi jalan-jalan berbatu-bata, terasa seperti saya berada di lokasi penggambaran cerita Ali-Baba zaman P.Ramlee. Sangat klasik! Tambah cantik dengan rimbunan pohon-pohoh rendang dan lampu yang bergantungan di sepanjang jalan, jalan yang jauh langsung tak terasa.



Sampai di Masjid Umawi, kami bergegas solat jamaq qasar maghrib dan isyak sebelum masuk jemaah tarawih dengan Imam. Sedikit kepeningan di sini sebab saff-saff wanitanya berterabur terputus-putus. Teringat kisah kakak rumah tumpangan yang muslimat Syria banyak buat saff ikut kipas. Ish3. Bantai je lah. Janji dapat terawih sama-sama.





Saya paling tak boleh lupa feeling solat tarawih di masjid Umawi. Sangat khusyuk dan nyaman. Tambah-tambah bila solat di kawasan marmar tidak berbumbung. Lepas solat, memang kagum perhatikan kecantikan masjid ni waktu malam. Kebetulan lepas solat, kami terserempak dua family Chinese Muslim dari China, apa lagi berkenalanlah~ Di antara kami hanya sorang je yang fasih cakap China, maka yang lain2 semua berbual dalam bahasa Arab sesama kami. ^^,



Alang-alang lalu souq Hamidi lepas solat, kami singgah makan aiskrim tumbuk Syria yang terkenal tu. Ya Rabbi punyalah ramai orang makan ice cream lepas solat. Sibuk sungguh. Habis makan aiskrim, semua balik rumah tidur....





Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Bab Soghir, kawasan yang menempatkan puluhan makam-makam sahabat dan ulama di Syria. Tapi kawasan ni kuat Syiah. Untuk elak kami bertembung grup-grup Syiah yang besar takut sesak, kami disarankan pergi se-awal yang boleh. Banyak sangat makam di sini, saya ceritakan satu-satu tanpa ikut susunan takpe kan? ^_^



Makam pertama adalah makam khalifah pertama selepas peninggalan 4 amirul mukminin iaitu Muawiyah Bin Sufyan. Insan yang menjadi mangsa fitnah golongan Syiah gara-gara peristiwa perang antara beliau dan Ali atas sebab beliau tidak mahu membaiah selagi Ali tidak menghukum pembunuh Uthman. Makam Mauwiyah sangat menyedihkan kalau dibandingkan dengan makam Ahli Bayt lain di kawasan ini. Kurang terjaga. Tapi alhamdulillah masih ada usaha memagarkan makamnya dari terus diperlakukan sesuka hati kerana orang Syiah menjadikan makam beliau sebagai sasaran baling botol, kencing, pelbagai lagi perbuatan tak elok untuk balas dendam. Kasihannya. T_T



Di hadapan kawasan makam Muawiyah ini, ada satu makam Ulama penulis kitab. Lupa plak nama dia apa. Anehnya makam beliau terletak betul2 tengah roundbout tengah jalan. Pelik kami tengok. Rupanya menurut cerita ustaz, waktu kerajaan nak pindahkan kubur2 lama di kawasan ni, kubur ulama ni susah sangat nak alihkan. Kren semua stop, buatlah apa2 pun kubur ni memang takleh ganjak. Last2 diaorang tinggalkan je satu2 kubur ni kat sini, sambil buat roundbout. Subhanallah~



Kubur yang seterusnya pula adalah kubur kumpulan besar : Kubur 12 kepala pejuang2 Karbala. Wow, boleh tahan betul hiasan dalam ni. Serba kaca semua. Ini memang port major orang Syiah. Cuak pulak nak masuk sebab dah dengar cerita darah Sunni halal orang Syiah bunuh. Gulp. Banyak sangat alat-alatan mourning orang Syria dalam ni. Duit dalam makam pun banyak giler. Memang pemurah betul diaorang nih.







Seterusnya adalah makam seorang lelaki buta yang sangat terkenal sampai Allah turunkan ayat tegur nabi sebab abaikan dia. Ha, siapa? Kenal? Yaaaa, namanya Abdullah bin Umm Maktoum. Apa surah yang terlibat? --> Abasa~. Tapi bukan setakat ayat Abasa je, ayat pengecualian perang pun diturunkan sebab dia yang memujuk Rasullulah tanyakan Allah sebab dia tak mampu ke perang. Hebatkan?



Next, maqam 2 isteri Rasulullah. Makam yang pertamanya ini penghuninya adalah seorang wanita yang sangat tabah sebelum dinikahi Rasulullah. INgat tak kisahnya yang berhijrah ke Habsyah, lalu suaminya Ubaidillah Jasyh murtad masuk Kristian dan dia ditinggalkan dengan 3 pilihan yakni ikut suami murtad, balik kembali kepada ayahnya yang kafir iaitu Abu Sufyan, atau duduk sorang-sorang sebagai Islam? Ya, dialah Ummu Habibah yang sangat tabah! Bukan calang-calang orang Ummu Habibah ni, dia juga adik kepada Muawiyah b. Sufyan.



Makam kedua ini juga isteri Rasulullah. Isteri yang ini bijak orangnya sampai berjaya menyelesaikan kemelut nabi yang kebuntuan berhadapan dengan umat Islam sewaktu mahu menunaikan haji. Berusia 65 sewaktu dinikahi Rasulullah, wanita ini merupakan janda kepada Abdullah Bin Abdul Asad yang merupakan antara golongan terawal masuk Islam. Siap dia ni? ---? Ummu Salamah~





Yang di bawah ini pula adalah makam Ummu Kalthum dan Sukainah, cucu dan cicit nabi Muhammad dari galur Ali dan Fatimah. Ini pun dua-dua makam dhorih (berjenazah dibawahnya). Memandangkan ini kawasan ahli Bayt, maka hiasan makamnya memang sangat mantap.





Seterusnya yang bawah ini pula adalah makam Fatimah Sughra, anak kepada Imam Husin bin ali yakni cicit kepada Rasulullah. Oh lupa nak cerita, di kawasan Bab Soghir ni senang sangat nak cam makam ahli bayt, caranya tengok kubah hijau. Semoga makam Ahli bayt di sini semua berkubah hijau.


Ok, yang seterusnya adalah makam Abdullah bin Jaafar At-Tayyar. Siapa ini ya? Ini secara ringkasnya senang cerita adalah anak kepada Jaafar At-Tayyar. Kisah Abdullah tidak se-femes kisah ayahnya. Kenal tak ayah Abdullah nih? Jaafar at-Tayyar ni lah antara pemegang panji Islam yang terkorban di perang Mu'tah bersama zaid b. Harithah dan Abdullah Rawahah.



Selain makam Abdullah bin Jaafar, makam ibu Abdullah - Asma bt Umais pun ada di sini. Jauh betul mereka anak beranak terpisah dari jenazah Jaafar yang di Jordan tu. Asma ini pun terkenal dengan kisahnya yang pernah berkahwin dengan tiga lelaki hebat Islam - Jaafar Abu Talib/At-tayyar & Abu Bakar Assiqid & Ali B. Abi Talib.



Makam seterusnya pula adalah makam seorang wanita Ummul Mukminin lagi. Ummul Mukminin ini pernah dipinangkan oleh ayahnya kepada Uthman b Affan dan Abu Bakar Assidiq tapi semua mendiamkan diri kerana teringatkan hadis nabi bahawa "Uthman akan berkahwin dengan wanita lebih baik daripada dia & dia akan berkahwin dengan lelaki yang lebih baik daripada Uthman.." Siapa dia? ---> Itulah Hafsah b. Umar Al-Khattab~



Haaa, ini makam Muazzin pertama umat Islam? Siapa tak kenal memanglaaa~ Yup, ini makam Bilal B. Rabah, insan kesayangan Rasulullah yang tidak mampu untuk azan buat kali ketiga selepas wafatnya Rasulullah dan terus tinggal di Damsyik hingga meninggal kerana terlampau rindukan baginda. Macam tak percaya sudah bertentang mata dan menyentuh makam Bilal. Jasad yang pernah dihempap batu di gurun panas rupanya kini di hadapan mata sendiri. Sebak. Makam inilah yang paling sayu untuk saya tinggalkan.



Dan terakhir sekali, kami menziarahi makam-makam huffaz yang ada di Syria. Makam para Huffaz ini terletak di sebuah madrasah yang masih dipakai hingga kini sebagai tempat pengumpulan penghafal-penghafal quran di sini.



Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan segerombolan Syiah seramai 3 bas yang baru datang ke kawasan Bab Soghir. Fuh, macam nak pergi haji. Ramai giler. Nasib baik kami dah ada dalam van. Huhu..

Habis Bab Soghir, kami menuju ke Halab. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Halab terkenal dengan kubu Solahuddin. Memandangkan saya pernah pergi dulu, kedatangan kali ini lebih kepada ziarah buat kali ketiga. Dalam kubu Solahuddin ni actually ada makam Nabi Khidir. Besar sangat kubu nih, penat kot kalau nk pusing habis puasa-puasa nih~



Nak shopping dengan Souq Halab pun macam tak berminat, sama macam di Souq Hamidi juga sebab memang kali ini saya datang dengan niat tak mahu shopping cukup sekadar ziarah makam. Teman je lah kawan-kawan yang first time datang pergi shopping~



Oh ya, di Halab ini juga ada makam Nabi Zakaria a.s. Tahukan kisah baginda yang digergaji dua sewaktu bersembunyi dari kaumnya yang engkar. Di sini dikatakan muncul kotak marble aneh yang tertulis " INi mengandungi organ Nabi Zakaria". Wallahualam. Selain kotak tersebut, di tempat yang sama turut diletakkan cop ngan helaian janggut nabi yang masih tinggal.




Lepas pusing Souq Halab yang tempat jual-jual barang tu, ustaz bawa kami lalu Traditional Souq Halab Route. Owh, best! Apesal ntah suka betul lalu jalan-jalan traditional nih, baru rasa feeling lebih masuk kota lama kan? Hehe..



Di Traditional Souq Halab Route ni, mula-mula kami singgah di hospital lama Halab yang digunakan zaman khalifah dulu. Aish, sayang sikit sebab Pakcik Guard hospital ni lost in action plak. Terpaksa amik gambar depan saja.



Kemudian kami pergi pula ke Masjid Karimiyyah yang menempatkan ada bekas tapak kaki nabi. Menurut kisah ustaz murakib, imam masjid ini dahulu bermimpi ada kabilah dari madinah yang akan datang berehat di kawasan ini dan mereka ada bawa sesuatu dari madinah yang perlu imam tu ambil. Mimpi tersebut terbukti benar apabila suatu hari ada kabilah dr madinah smpai rehat di masjid tu, tapi kemudian ada masalah untuk pulang. Bila imam tu datang dan tanyakan barang apa yang dibawa untuk diambil, rupanya itu adalah bekas tapak kaki nabi. Bila diserahkan baru kabilah tu senang nak balik. Subhanallah~



Seterusnya, mari kita melawat masjid Bantusa. Masjid ini ada dua keunikan. Satu, dia ada menyimpan bekas tapak tangan nabi. Oh, plak dah. Tapi best dapat tengok dan pegang. Rasa dekat sangat dengan Nabi. Iyelah, nak gi makam Nabi kat Makkah tu tak berpeluang, ini je la yang boleh dapat. Huhu. Takpe2.



Keunikan keduanya pula adalah makam dhorih Nabi Bantusa. First dengar nama nabi Bantusa. Dah try cari tapi tak dapat-dapat pun info Nabi Bantusa. Wallaualam. Nak try tanya penduduk tempatan tak sempat pulak haritu. Siapa tahu, mungkin boleh share.





Selesai itu, kami mula bertolak ke Hama. Tiba-tiba Pakcik driver excited ajak pergi Majid Hussien. Ikut je lah. Rupanya ini masjid (dulunya gereja) di mana tempat askar-askar berehat sewaktu dalam perjalanan bawa kepala saidina hussin ke Damsyik. Mengikut cerita version ustaz, paderi kat sini mimpi sebelum jumpa askar2 tu bahawa ada cahaya keluar dari langit ke sebuah kepala dalam mimpinya. Tapi version dinding masjid plak kata paderi tu nampak cahaya dari langit menyuluh ke kepala saidina hussien waktu askar tu betul2 datang berehat.



Tapi yang sahihnya sama, selepas itu paderi tu mintak pinjam kat askar tu kepala saidina hussien untuk dicuci dan dibersihkan dari darah. Proses cucian tu dibuat atas seketul batu. Tengah2 dia cuci tu, tetiba kepala tu bersuara " sesungguhnya aku adalah keturunan Rasulullah". Terus tergamam paderi tu. Kemudian dikatakan paderi tu habiskan sehari bercakap kepada kepala saidina hussien. Wallahualam. Tapi lepas tu memang paderi tu terus masuk Islam. Wow~



Ok, sekarang baru kami bertolak Ke Hama. Jauh gak dalam sejam lebih. Hari ini memang banyak habis atas kenderaan. Kami sampai tepat di Kincir Air Hama tepat waktu maghrib. So, inilah lokasi kami berbuka hari ini. Best juga berbuka di tengah taman yang cantik dengan lampu dan tenang dengan desiran air yang diangkut kincir air. Sedikit cemburu rasanya sebab Jordan tak ada tempat rekriasi best macam Syria.



Menurut sejarah, Hama menjadi menjadi tempat pembunuhan umat Islam besar-besaran zaman ayah Pak long dulu. Eh lupa plak nak cerita, di syria ni dia anti sket kita sembang pasal pemimpin dia, paranoid kena kutuk kot. So, budak Malaysia panggil presiden dia dengan nama panggilan Pak Long. So, dulu ayah Pak Long ni macam kejam gak la. Sebab ada konflik antara Ikhwan Muslimin dan Parti Ayah Pak Long di Hama, maka Ayah Pak Long ni suruh semua orang keluar dari bandar Hama dalam masa 3 hari. Then, lepas je tiga hari tu, terus seluruh bandar Hama kena bom. Sehari lepas kena bom, terus diaorang buat taman yakni taman yang kami sedang jejaki sekarang. Adoi, seram plak dengar. Aku jalan atas kubur manusia rupanya. >_<



Hama ni terkenal dengan Kincir Air. Berapa banyak da kincir air kat sini.. Ada kecik, ada besar, ada boleh tengok dari jauh, ada boleh masuk bawah belakang kincir tu. Macam-macam lagi lah. Memang best betul kami pusing-pusing malam tu di bawah kelolaan pakcik driver Syria yang excited nak tunjuk macam-macam.





Di Hama ni pun, kami pergi jalan-jalan ikut dia punya traditional Hama Route. Memang lawa sungguh! Sebijik macam kat Spain. Rindu2! Ada satu kedai ni pun memang kekalkan ciri-ciri klasik zaman Islam dulu kala betul. Teruja rasanya berada sekejap dalam situasi klasik yang jauh dari dunia moden.





Agak-agak dah puas jalan Hama sambil tengok kincir air yang banyak tu, kami bertolak plak ke Homs. Tujuannya nak pergi ziarah makam Khalid Al-walid di sana. Sambil-sambil tu boleh join terawih gak kalau sempat. ^_^.INi masjidnya waktu siang.



Ha.. Inilah makam Khalid Al-walid dalam masjid nih. Sebenarnya sebelah makam nya ada makam anak dia, di hujung masjid tu jugak ada makam anak Umar Al-Khattab tapi time tu jemaah lelaki ramai lagi baru habis solat, so kami susah nak masuk yang belah-belah dalam. Maka makam Khalid sahaja yang sempat ziarah. Ingat kan siapa Khalid? Dalam perang Uhud, dia panglima Kafir Quraisy tapi seterusnya bila dia masuk Islam, dia adalah Panglima Islam yang tak pernah terkalah!



Tapi tahu tak, Khalid Al-walid adalah satu-satunya panglima Islam yang tak mati syahid di medan perang~ Dia meninggal sakit di atas katil. Dan itulah antara perkara yang paling dia kesali. Tapi jangan tak tahu, waktu dia nak meninggal tu badan dia tak ada langsung satu ruang yang tiada kesan panahan dan tusukan pedang waktu pedang. Punyalah hebat~ Di luar masjid ini ada satu tugu yang mencatatkan kata-kata terakhir Khalid Al-Walid sebelum meninggal iaitu " AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BADANKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG YANG PENGECUT. "



Usai solat Tarawih dan ziarah makam, baru kami bertolak pulang ke Damsyik dan sampai jam 2 pagi. Waktu melalui Souq Hamidi terkejut kami lihat souq tu masih penuh dengan orang dan tak kosong-kosong. Diaorang ni shopping raya ke apa? Huhu. Sampai rumah, terus tidur sejam sebelum bangun balik lepas tu untuk sahur.

Ok, last day~

Awal-awal pagi, kita bertolak ke Nawa untuk menziarahi makam Imam Nawawi. Ingat cerita imam ni? Beliau tersangatlah suka kan belajar sampai sanggup rendam biskut dalam air supaya senang telan bagi jimat masa makan untuk kasi lebih masa belajar. Beliau jugalah yang sentiasa tidur di meja dan sanggup tulis ilmu di mana-mana kertas yang ada sebab tersangat-sangat suka belajar. Ya Allah, hebatnya dia! Moga-moga aku dapat jadi penuntut ilmu seperti beliau yang sangat cintakan ilmu.



Makam Imam Nawawi ni agak unik. Di atasnya tumbuh sepohon pokok yang sangat-sangat besat dan rendang. Tapi pokok tu dengarnya pernah diusahakan untuk dimatikan sebab ramai sangat buat benda khurafat kat makam ni, tapi still dia masih besar sangat jugak. Orang kata dulu semua batang, daun dan bahagian pokok ni adalah tulisan Allah. Waaaa, ajaibnya!



Lepas tu, kita pergi pula ke makam Nabi Ayyub. Aha, inilah seorang lagi nabi yang sangat tabah terima ujian yang sangat hebat. Harta benda habis, anak-anak semua meninggal. Kemudian dapat pulak sakit kulit yang teruk. Kalau kita di tempat baginda, pasti tak mampu nak jadi setabah ini. Nabi Ayyub terkenal dengan cerita baginda dan isterinya~ Berdekatan dengan sini ada telaga Nabi Ayub, tapi kami tak sempat pergi.



Habis lawat makam, kali ini kita menuju Busra pula. Busra ini tempat sejarah yang menyaksikan peristiwa Nabi mulai dikenali sebagai bakal utusan yang bakal turun. Ada banyak tempat yang terlibat di kawasan Busra ini yang merupakan tempat singgahan Nabi waktu mengikut ayah saudara baginda yakni Abu Talib berniaga.




Pertamanya ialah kewujudan Buheira Cathedral iaitu gereja Buhaira yang menempatkan peristiwa di mana seorang paderi ketika itu yang bernama Buhaira memberi amaran kepada Abu Talib supaya menjaga Nabi elok-elok kerana dia dapat melihat tanda kenabian di dalam diri nabi. Ingatkan dulu kita ada belajar waktu kecik-kecik macam mana nabi ikut abu talib berniaga waktu umur 12 tahun dan jumpa Buhaira? Baca sini. Kalau tak silap waktu tu, ada awan yang hanya memayungi Nabi dan buhaira minta nabi tunjukkan satu tanda di badannya. Inilah tempatnya~ Terbayang-bayang macam benda tu sedang berlaku di depan mata kita. Subhanallah, lamanya tempat ini dah wujud.



Keduanya ialah Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah iaitu lokasi Rasulullah memberhentikan untanya dan unta yang pertama membawa mashaf Al-Quran yang pertama berhenti di Syria. Waktu kami sampai kebetulan Penjaga masjid tu tak ada, maka kami tak berpeluang melihat quran tertua di dunia tu. Ala... T_T Tapi kesan tempat unta Nabi duduk dan bersandar sangat jelas di sebuh batu kat mihrab di masjid ni.



Seterusnya kami terus ke kota kubu Busra yang telah ditabalkan menjadi salah sebuah UNESCO World Heritage Site kini. Kota yang pernah menjadi kota Nabatean pertama di dunia ini pernah ditawan orang Rom dan masyhur sebagai salah sebuah kota metropolis yang hebat waktu dulu. Sejarah Islam di sini bermula apabila Khalid Al-walid berjaya menawan kawasan ini sewaktu Perang Busra. Ala-ala Jerash sikit lah kota nih~



Nampak tiang-tiang tinggi ini? Bila berdiri, kami hanya separas batu asasnya sahaja. Menurut cerita ustaz, tiang-tiang ini dahulunya adalah tiang besi yang menempatkan katil di atasnya dimana seorang puteri raja Rom disorok disitu oleh ayahandanya supaya tidak dijumpai musuh. *Dasyat betul tinggi ni nak menyorok* Tapi malangnya puteri itu akhirnya mati bukan sebab musuh, tapi sebab tersengat kala jengking waktu menyorok atas katil ini. Ish3..





Banyak lagi benda-benda menarik ada dalam kubu nih. Contohnya batu bertulis ayat quran nih. Ha, lupa. Di sini juga ada collaseum macam di Jerash. Memang benda wajib dalam binaan bangsa Rom agaknya. Ada banyak patung-patung yang masih baik dan cantik terukir dalam kota ini jugak. Pendek kata kota ni ada seribu satu campuran sejarah Byzantin, Rom, Christian dan Islam di dalamnya~











Tempat terakhir dalam kota ini yang kami lawati adalah Masjid Al-Umari,salah satu masjid tertua dalam sejarah Islam. Di bina oleh Khalifah Umar Al-Khattab sewaktu dalam usaha menyebarkan Islam ke Syam suatu ketika dahulu. Luas dan cantik. Kolah air dia dalam masjid, senang nak ambil air wuduk. Tiang dia pun banyak campur-campur corak Umawi dan Ayubi. Terbayang-bayang saya macam mana agaknya rombongan Khalifah Umar datang solat di sini~ Lepas balik baru terbaca rupanya ada satu muzium dalam masjid nih. Adeh, terlepas!





Benda last sekali kami buat di Syria hari ini adalah shopping! Hurm, sebab dah dua tiga kali datang shopping sahaja di syria, kali ni ziarah syria dah takde mood shipping sangat. Tengok-tengok je. Kalau beli benda pun beli stokin syria je sebab kat Jordan takde plus balik Malaysia lambat. Hehe.. Nothing much! Tapi untuk peminat shopping, syria memang heaven! ;p *teringat kata-kata seorang kawan kaki shopping waktu datang sini 'nasib baik Allah takdirkan aku study kat Jordan, kalau study kat Syria nih jenuh asyik shopping je..' erk, hehe.. *





Alhamdulillahhhhh....

Selesai semua tentatif untuk 3 hari nih. Nampak pendek tapi banyak sungguh pengalaman yang dapat saya kutip. Memang tak terhabis lagi semua kesan sejarah di Syria. Tapi untuk 3 hari di bulan Ramadhan ni dah cukup bagi satu kepuasan yang amat-amat sangat kepada saya.

Best rupanya berjalan sambil puasa dalma bulan Ramadhan. Tak rasa penat sangat pun sebenarnya. Plus, dapat jimat banyak sangat bajet sebab potong duit makan. Malam-malam boleh terawikh banyak masjid baru. Siapa kata susah jalan-jalan waktu Ramadhan? Belum cuba belum tahu tau. Bagi saya, saya suka! ^^,

Rindunya nak ke sana lagi. Syria bumi barakah~ Moga-moga suatu hari nanti saya akan kembali ke sini lagi untuk melengkapkan kembara yang masih menanti. Amin~

***********************************************************************

Cuti raya haji ini ada 2 minggu lebih. Mahu berjalan di bumi Allah yang mana satu kali ini ya?
Saya sudah memasang beberapa perancangan. Moga segalanya bakal dipermudahkan.
Doakan ya~

13 comments

Write comments
fareast
AUTHOR
October 11, 2010 at 4:30 PM delete

salam ziarah, berjalan-jalan luaskan pengalaman di bumi Syria. Saya juga ada nukilkan pengalaman saya tatkala Ramadhan di bumi Sakura. All the best...

Reply
avatar
Bung
AUTHOR
October 11, 2010 at 5:42 PM delete

Menarik, Sangat berinformasi.

Reply
avatar
October 11, 2010 at 6:03 PM delete

subhanallah...suatu pengembaraan yang best...

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
October 12, 2010 at 8:20 AM delete

fathy mcm nak pergi jordan lg waktu raya haji ni! huhu

Reply
avatar
October 12, 2010 at 12:32 PM delete

Patutlah ponteng kerja SPB hari tu.Keh3..Bamzah..

Btw,great travelogue!

Reply
avatar
October 13, 2010 at 1:46 AM delete

Walaupun dah banyak kali ke Syria, tapi tak pernah habis pusing main city. Selalu baca dalam internet je. Bertuahnya kamu.


Saya paling teruja dengan kata Khalid Al-Walid. Taks abar nak pergi Homs

Reply
avatar
October 13, 2010 at 6:43 AM delete

faiz:
ahlen!
saya dah baca travelog ramadhan jepun awak. teringin nak pergi sana gak nih, insyallah lah kalau ada rezeki nnti. =)

bung:
terima kasih dtg baca~ ^_^

insan lemoh:
maha suci allah pemilik seluruh alam~

Reply
avatar
October 13, 2010 at 6:51 AM delete

fathiyyah:
tarikh bizzob tu bila?
datangla lama-lama sikit, takut awal2 tu ainul keluar kejap. hehe..

helmy:
opss, kantoi sudah.. huhu, sori bos! tapi tak kacau kerja kan? hehe..
thanks dtg baca~ ^^

senior munir:
sila-sila. semoga dipermudahkan cepat pergi syria. syria memang masyuk. saya pun nak pergi lagi sekali, nak habiskan mana yang tak terhabis lagi terutama yang latakia tu..

Reply
avatar
October 22, 2010 at 4:36 PM delete

wah best best..nanti ada rezeki kak pun nak pegi jugak sbb nak tgk makam salahuddin al-ayyubi.kat mesir ada kubu perang dia je..

em ada pembetulan sikit ainul..seingat akak,yg akak pernah baca: pahlawan berselubung hitam tu perempuan-namanya khaulah al-azwar, bukan khaulah bin azwar.apa yg akak baca,dalam satu perang tu kaum muslimin semua dah lemah semangat.beliau ketika tu sedang merawat para mujahidin yang cedera (bersama muslimah lain).beliau rasa kecewa tengok keadaan ni (kekalahan umat Islam) lalu beliau pakai pakaian serba hitam dan berselubung hitam hingga hanya nampak kedua-dua biji matanya pastu naik kuda dan meluru keluar ke medan perang. seorang demi seorang kafir tumpas di tangannya. kaum mujahidin yang dah lemah semangat tuh pun jadi semangat balik. pastu sebelum khaulah al-azwar tinggalkan mereka, kaum mujahidin yg tercengang-cengang lihat keberanian beliau pun bertanya siapakah beliau yang sebenarnya tapi part ni akak tak ingat beliau jawab apa huhu maaf ya dik...

Reply
avatar
October 22, 2010 at 10:52 PM delete

kak laila:
eh.eh.. haah la, bru terperasan ainul tulis khaulah bin azwar. khaulah memang perempuan, tak perasan plak binti tertulis bin. hehe. thanks akak. ainul dh perbetul kesilapan tu. =) yang pasal kisah dia tu, actually dia mara masuk perang tu sebab utamanya ialah abang dia Dhirar al-azwar kena tawan, so dia nk gi selamatkan abang dia. yg pasal soalan org tanya pada dia tu ainul pun tak sure. sbb kalau version yg ainul dgr, dia tak kasitahu sesiapa pun yg dia yg pergi, tapi org dapat tahu bila khalid al-walid baru smpai kat medan perang tu sbb sebelum ni org ingat dia tu khalid al-walid sbb hebat sgt. hehe... takpe je akak.. kita sharing2 sama2. ^_^

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
December 7, 2010 at 4:57 AM delete

Bestnya,rezeki belajar di sana dan cuba cari pengalaman mengembara di kawasan berdekatan insyaallah akan lebih banyak pengalaman yang dapat kita kongsi bersama,tak sabar rasanya nak ke sana....

Reply
avatar
May 22, 2012 at 6:36 PM delete

ASSLAMAUALAIKUM... WAH TERUJA SANGAT NGAN INFORMASI YANG SUNGGUH BERMANFAAT,,,

walaupun dah post 2010... la ni baru bace.. still tharu.. keep up with ur good traveling.. and bagtaw kami k.. sirah2 anbiya dan sahabat.. supaya kami yang jauh di malayasia dapat jadikan pengajaran... sob sob

Reply
avatar
May 22, 2012 at 7:17 PM delete

kak zmah:
insyallah =)

nina diana nawi:
wa'alaikumsalam. jemput baca. ^^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *