Summer Holiday 2010

1:30 PM 8 Comments A+ a-



Assalamualaikum...

Target cuti :

1) Ramadhan -

Dah berbaki seminggu sahaja lagi. Macam tak sedar plak. Cepat sungguh. Di Jordan, feeling Ramadhan nak habis tak nampak sangat, tapi aura sakan merebut lailatulqadar tu makin terasa-rasa. Masing-masing nampak lagi zouq nak kutip pahala yang berbaki.

Minggu ini saya aim mahu menghabiskan tarawih yang berbaki di Masjid Jamiah. Tambah-tambah bila ada ura-ura Sheikh Makmun dah nak pindah Saudi. Ish, dah tak dengar la suara dia nanti. Tapi bila dah solat di Masjid Jamiah, tak boleh la nak balik rumah sendiri. Lewat sangat dah habisnya. Rumah dah la jauh. So, minggu ini jadi minggu menetap di Hijazi. Alang-alang nak solat sini, baik ikut je terus jemputan iftar diaorang sambil berziarah kawan-kawan syariah. Plus, bila duduk ramai2, feeling nak berebut beribadah lagi terasa, baru saki baki degil boleh basuh dengan clorox. ^^,

2) Ukhwah -

Budak-budak JUST banyak di Duwar Kubah, Budak2 Yarmuk plak banyak di Hijazi. Jadi cuti ini, plannya mahu lebihkan sedikit di Hijazi sebab jarang jumpa mereka selalu.

Semalam dah kena test sebut semua nama budak2 bacth IKIP gen-3 dalam gambar waktu bermalam di Andaleep. Huh, fail! Hari ni kebetulan diaorang jemput join iftar batch diaorang sambil ang-alang saya balik lambat dari airport. Peluang keemasan! So, alhamdulillah hari ni dah kenal dan hafal dan masuk dengan semua~ Horeay!! hehe.. Tapi ada ke patut diaorang cadangkan buat list tidur rumah IKIP sepanjang minggu ni untuk saya. adoi, payah tu. Hari ni tido kat CI, tapi nnti mana yang dan, insyallah.

3) Sambutan Pelajar Baru (SPB) -

Kerja terakhir barangkali sebelum masuk klinikal. Kali ini jadi Timbalan Biro Tugas-tugas teknikal. Uruskan bahagian2 pengangkutan, sambut-menyambut student di airport, PA system dan cleaner dewan. Alhamdulillah so far agak seronok. Cumanya agak risau sebab nanti ada bertindih dengan minggu pertama persekolahan. Tak apalah, moga2 Allah permudahkan urusan kami.

Ahlan wasahlan buat semua student baru JUST dan Yarmuk. Tahun ni ramai giler orang baru nak datang. Makin meriah nampaknya Irbid. Tapi nampaknya kena memecut jugak nak mengenal orang-orang baru. Yang tahun lepas pun tak habis kenal semua, harap-harap bila dah jadi AJK SPB, sedikit sebanyak bab2 nak kenal orang lagi better lagi dulu.

Dalam mesyuarat selalu pesan, jangan jeles2 tengok orang bercuti senang lenang bila kita kena buat kerja time nih. Agak aaa.... Takpe2, ibadah2~ Ni nanti boleh jadi saham kat akhirat insyallah... plus, nasib baik tahun ni duit tak cukup nak jalan2, haha.. selamat bank aku~

p/s: Kepada ex-Igopian yang bakal tiba di Mu'tah - Amalina & Adibah, ahlan wasahlan! ^^,

4) Syawal

Ini tahun kedua raya di rantauan, tahun lepas dapat cuti raya kat malaysia. Takpelah, nak buat macam mana. Lagipun secara positifnya, tinggal tiga tahun je lagi nak rasa raya di rantauan. Pas ni raya puas2 kat Malaysia nun.

Plan tahun ni, sebab saya tinggal sorang, raya kali ni batch MEP7 akhawat nak buat open house ramai-ramai gabung mana yang tertinggal kat Irbid. Aaa.. best2! Tak sabar nak gotong-royong ramai-ramai macam di sakan dulu.

(ish, ape nih orang rumah ni bukak lagu raya time orang tulis blog. aish, feeling2 la plak. hehe.. :P )

Selamat hari raya orang-orang kampung!

5) Jalan-jalan

Sebab tahun ni dah offer diri masuk SPB plus mahu berjimat cermat, maka jalan-jalan cuti ini adalah sekitar Syria sahaja. Alhamdulillah haritu dah selesai! Berjalan dalam Ramadhan adalah sangat-sangat zouq di Syria!!

Tiba-tiba macam dalam kepala ni next time Ramadhan nak gi safar lagi. Lagi best kot, bleh tarawih tukar2 masjid-masjid baru di tempat lain. Pastu boleh buka puasa dekat tempat-tempat best macam taman-taman yang takde di Jordan atau dengan masyarakat2 luar Jordan. Ibadah? Buat di tempat-tempat ziarah tu la.. Ibadah sambil safar ke tempat2 sejarah Islam lagi menikam kalbu.Baru sedar diri sikit macam mana orang perang time2 puasa dan sebagainya. Tapi tak payah la buka puasa time safar. Baru ada feel~ ^_^

Travelog sejarah syria saya update next time. Insyallah~

oklah, ada budak dah bising suruh makan ramai-ramai. Rezeki tak boleh tolak, nnti tidur luar. haha. Ok, bye! Jumpa lagi bila2~

8 comments

Write comments
izzatibaik
AUTHOR
September 3, 2010 at 3:21 PM delete

oit2!!Auriss Haira...

meriah nampak!!hehe..kembali ke Andaleep cepat...nak test nama ni igt ke x....

Reply
avatar
MounLike
AUTHOR
September 3, 2010 at 8:44 PM delete

selamat Hari Raya kak~! ^^

Reply
avatar
September 3, 2010 at 11:15 PM delete

izzati:
uit2 kak KK...

haha... takde2. malam ni jom qiyam kat casa intelek. esok aku gi stay nailah plak. andaleep sila buat appointment dulu yer. haha, bajet hot, bluwek! :P weh, mana ada org buat exa, yg sama dua tiga pat kali seminggu, kasi la can lama sket. hehe..

munirah:
selamat hari raya dik! ^_^

Reply
avatar
Nadiah
AUTHOR
September 4, 2010 at 9:00 AM delete

Sepupu Kak Nad bakal jadi junior Ainul inshaAllah :)

Selamat hari raya, Ainul! Maaf segala khilaf dan salah ^___^

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 5, 2010 at 5:27 AM delete

salam dik ainul..

mate den ngantuk bonar neh. camne nak terawih ni...

semoga den kuat..InsyaAllah

Reply
avatar
keyna.na'im
AUTHOR
September 5, 2010 at 8:44 AM delete

salam..naiss blog!!
huhh lame xvisit blog ainul..
pe kaba?? xbalek ek??
nway saje nk inform.
blog kite da tukar
http://kesahkeena.blogspot.com

salam eid fitri

Reply
avatar
September 6, 2010 at 9:04 AM delete

Rasa sangat best sambut Raya dengan member-member. masak ramai-ramai. Bukan senang. Siap terpaksa call mak minta resepi macam-macam.

Ramadhan kareem.

Reply
avatar
September 6, 2010 at 8:59 PM delete

kak nad:
siapa sepupu akak tu?
selamat hari raya jugak kak nad! ^_^

anonymous:
ws. bawak air sebotl besau letak depan saf. ngantuk je minum, minum je ngantuk. hehe.. insyallah kheir. ^_^

kinah:
ws kinah!!
aa tak balik kali nih, sbb bulan 6 aritu balik dah. selamat raya raya gak! ^_^ nnti ainul tukar link.

senior muneer:
itu ler pasal. harap2 bergotong royong dpat mengurangkan syahdu tak balik malaysia. ramadhan kareem~

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *