Polis Jordan fasih cakap Malaysia



Assalamualaikum

Tengahari tadi singgah bank kejap, nak masukkan duit kepuk2 junior yang baru ditukar dari travelers check ke akaun sendiri sementara waktu untuk keselamatan. Kemudian, saya ingat nak gi tanya ahli bank macam mana nak buka akaun baru untuk junior jugak.

Fathiyah sedang tunggu di luar. Kaunter pertanyaan semua penuh, so saya setia berdiri di tengah2 jalan tunggu giliran. Kaunter tengah tutup. Kaunter kiri dan kanan pula masing-masing ada customer. Dua-dua lelaki. Tiba-tiba customer lelaki di belah kanan menegur.........

Encik A : Awak nak apa?

Saya : Ha? (aku salah dengar ke nih?)

Encik A : Nak apa? Sinilah. Saya dah nak habis.

Saya : Err.. Mmm.. Err.. (Eh, confirm telinga sohih. Dia speaking melayu lah~ Ber-saya awak siappp. Sopan ala Malaysian nih~) *terkebil-kebil sambil blur nak jawab guna bahasa apa*

Encik A : Awak nak bukak akaun ke?

Saya : Aiwah. Eh, haah, yer. Kejap, cam mana tau cakap melayu nih? How come?

Encik A : Dulu saya kerja di Malaysia. Jual tudung. Lama duduk kat Malaysia. Dekat 6 tahun jugak lah.

Saya : (padanlah tak broken langsung) seriously? Area mana?

Encik A : Alor setar.

Saya : Oh.. Jap eh.. (tetiba rasa tak secure sebab ada orang terer cakap melayu, so terus suruh Fathiyah temankan saya balik kat dalam bank)

Sambil saya bawa Fathiyah ke tempat tadi, sempatlah kami dengar Encik A sembang-sembang dengan encik bank tentang keupayaan dia cakap Malaysia. Encik Bank kelihatannya sangat impress dengan encik A.Uish, serious cakap Encik Uniten dulu pun tak sefasih dan semantap encik A nih. Memang fasih dan lancar sangat-sangat. Cakap dengan dia macam cakap dengan kawan Malaysian sendiri. Kami cuba gak guna ayat-ayat Malaysia yang belit-belit dan slang, semuanya dia boleh jawab dengan sangat bagus. Good!

Saya : Kerja lagi ke kat Malaysia sekarang?

Encik A: Owh tak dah. Sekarang dah kerja sini. Jadi polis.

Kami : (Uish, polis? Wah, boleh suruh tolong KK nih) Owh eh? Polis mana? Janubi ke?

Encik A : Haah, dekat-dekat area ni je. (sambil keluarkan batch polis dia) Kalau awak ada apa-apa masalah, kasitaulah saya. INsyallah saya boleh tolong.

Kami : Hah, elok gak tu. Senang sikit nak terang dalam bahasa Melayu dekat polis. Minta nombor boleh?

Encik A: 017....

Kami : (secara innocentnya tekan 017 sebelum tiba-tiba terperasan "eh ini nombor Maxis!") Eh2, bukan yang ni lah. Nak yang Jordan punya.

Encik A : Haha.. Saya ingat awak tak perasan. Saja je tadi. Ok2. 077.......

Kami
: (Sengal!) Ok, terima kasih!

Encik A
: Awak berdua dari mana?

Kami : Kami dua-dua Perak.

Encik A : Owh, saya duduk Alor Setar. Tapi selalu bukak gerai dekat Jalan Masjid India. Jual tudung-tudung labuh macam kamu dua orang pakai nih. 60 inch. Lagipun abang saya pensyarah dekat UiTM Kuala Lumpur.

Kami : Oh, dengar dah tadi awak beritahu encik bank tadi. UiTM kat Shah Alam lah, bukan Kuala Lumpur. Owh, maknanya abang pun pandailah cakap Melayu ye?

Encik A
: Owh, mestilah! dia lagi hebat dari saya. Dah duduk 15 tahun dekat Malaysia.

Kami : Ic..

.....then sambung cakap arab balik dengan encik Bank. Tapi ada masalah sikit sebab iqamah junior tak siap buat lagi....

Encik A : Kalau diaorang tak ada iqamah, suruh diaorang bawak cop polis yang tiga bulan tu lah dulu. Ada je kan yang itu? Yang tiga bulan tu boleh pakai.

Kami : Aaaa, rasanya ada je. nanti saya kasitau diaorang balik. Oklah, terima kasih. Nak minta diri dulu.

ENcik A
: Eh, awak dua nak pergi mana? Jomlah saya belanja minum-minum dulu.

Kami
: Erk. takpe2. Kami banyak kerja lagi nih. Takpelah ye. Terima kasih. Assalamualaikum.. ( kalau encik A ni pompuan, for sure kitaorang terima. haha. Macam best je nak sembang melayu dengan dia..)


-Tamat-

First impression kami?
Polis arab pandai cakap melayu? Wow! Impressive! One in a million nih. =)

Ini yang kita cari-cari. Haha. Kebetulan haritu baru Ustaz Sulaiman pesan balik even ada kes-kes kecil-kecilan yang ganggu-mengganggu perempuan ni sepatutnya still kena buat gak laporan kat balai polis. Huhu, siap kau pasni para lelaki bermasalah!

Macam lawak je tadi. Selalunya kita yang tercengang-cengang kalau diaorang speaking arab laju-laju (in case time belum fasih la). Tapi tadi Encik Bank pulak yang terkebil-kebil dengar kami cakap bahasa Malaysian laju-laju. Tak berfushah plak tu. Lagi lah layan. Bangga plak. hehe. Tapi still nak cakap isi hati dengan kawan kena bisik-bisik, sebab dah ada yang faham la plak. Huhu.

Tapi tadi senior pesan, hati-hati sama. Takut-takut Encik tadi tu adalah SB. SB tu apa? Dia ala-ala FBI atau CIA or something seangkatan dengannya. Tapi pendek kata, kalau SB tu maknanya bahaya lah. Boleh jadi, who knows~ So, just be careful yeah!

Ma'alisyh~

So, Biro KK! -> Miss Izzati Razak + Ketua,
Lepas ni bolehla ambil nombor contact encik polis pandai cakap melayu ni dari kami yer. Semoga ada kebaikannya untuk kalian dan budak-budak Malaysia di Irbid insyallah~

Ok, that's for today!

Happy weekend~
Jumpa lagi~

11 comments

Rossarina™ | September 30, 2010 at 5:40 AM

hahahaha gelak sakan dah aku mase bace yang part die bagi nombor malaysia! LOL LOL.

best ah, Ainul. ko nih selalu jumpe orang arab yang pelik2 tehehe. teringin gak la aku nak jumpe die LOL.

Ainul Arina Madhiah | September 30, 2010 at 6:52 AM

arina:
Tu la pasal. Nasib baik Fathiyah perasan dulu, aku mmg blur dah. hehe.
Pegi la syurtoh janubi tu, gi carik dia.

ayyash | September 30, 2010 at 8:26 AM

menarik pengalaman ko..

Raihana Nazri | September 30, 2010 at 2:04 PM

kompius,

nak like ke taknak pak cik tu..

izzatibaik | October 1, 2010 at 3:31 AM

cik ainul, thanks 4 the information.

btw, polis ckp arab pn saya xjumpa lagi ni kan pulak polis cakap melayu..

teruja ok!

KK thn ni brtuah ke apa mksudnya tu?asal ada kes je....

"pakcik nak buat aduan kes ni..!!"

xperlu lagi berbasa basi memikir ayat in arabic spnjang naik teksi..hoho

thanks dear!!

BAYT AMZAR | October 1, 2010 at 4:51 AM

hehe.. ainul, jaga2.. nampak cam encik polis tu berminat tu... mana tau nk cr wanita melayu..kih2x... ;)
(gurau aje)

pengalaman yg menarik!! ^-^

SoFie NuR | October 1, 2010 at 10:27 AM

wahhhhhhhh!! mesti cam excited kan jumpa orang leh cakap melayu...

Ainul Arina Madhiah | October 1, 2010 at 11:48 AM

ayyash:
menarik2! hehe

rai:
akak tambah butang 'confuse' je la gitu. hehe

izzati:
agak bertuah lah KK tahun nih. mabruk! hehe. nnti ingatkan tau ainul kasi no dia kat awak.

Ainul Arina Madhiah | October 1, 2010 at 11:52 AM

kak ayu:
haih, melayu tetap dihati~ hehe ;p

kak sofie:
indeed! tapikan awal2 tu ainul lebih rasa scary dr rasa excited jumpa polis pandai cakap melayu nih.. huhu

hidayat | October 10, 2010 at 3:06 PM

bagus tu...bole kasik nombor kat KK...

p/s : kalau dy dh pndai ckp melayu,mestila pandai bace melayu...so ntah2 blog ni pon dy bace...

Ainul Arina Madhiah | October 13, 2010 at 6:36 AM

hidayat:
opss, hopefully takla.. lagipun nama dan nombor dia akak tak letak sini,plus dia tak tau nama akak. insyallah susah detect. hehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images