Tarawih

5:16 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum...



Hari ni saja-saja nak cerita pasal solat terawih dekat sini. Nak tulis lepas solat malas, mengantuk. So, sekarang je lah..

Selalunya time Ramadhan saya pergi solat dekat Masjid Taal je. Dekat dengan rumah. Tarawih dekat sini memang 8 rakaat sahaja sentiasa.

Time terawih selalu orang penuh sampai melimpah-limpah keluar. Tapi saya dan ahli rumah memang lagi suka sembahyang kat luar. Hehe.. Berlantaikan sejadah dan berbumbungkan langit. Lagi best kot. Lagi luas, lagi sejuk, lagi selesa, lagi khusyuk. Dalam kadang-kadang panas dan berhimpit kalau terlampau penuh. Tu malas tu.

Tapi kadang-kadang selalu gak sembahyang belah dalam. Itu selalu nasib lah kalau lewat kitaorang dikira awal haritu. Huhu. Kalau duduk dalam, kena solat depan-depan baru selesa.

Dekat Jordan, orang tak biasa datang masjid dengan pakai telekung. Diaorang kata macam hantu. Memang ah sebab telekung orang melayu je putih suci bersih macam tu. Orang Arab punya kaler-kaler. Tapi sebab masjid ni dekat sangat dengan rumah, kami hentam je buat. Hehe. Senang~

Orang Arab suka bawak anak dia datang solat sekali. Sama la macam orang Malaysia. Cuma lainnya, kalau budak-budak arab ni bising dalam masjid, kaw-kaw makcik arab lain marah diaorang kuat-kuat. Jangankan budak kecik je, budak besar macam kitaorang pun kecut perut dengar makcik arab mengamuk time tu. Hoho. Orang Malaysia mana main dah marah anak orang depan-depan orang ramai kuat-kuat macam tu, kan?



Time solat kalau boleh saya tak berapa nak duduk sebelah budak kecik arab sangat. Kalau yang dah pandai takpe, tapi kalau yang baru nak berlatih solat tu memang boleh buat saya tak khusyuk sikit lah. Sebab nak tergelak tengok diaorang solat.

Macam semalam ni lah. Duduk sebelah budak kecik umur dalam 3 tahun kot. Semangat dia nak belajar tapi melawakkan. Orang rukuk menghadap kiblat, dia rukuk membelakangkan kiblat. Nak tengok kakak dia buat macam mana kot. Huhu. Bila dah lama sangat solat, jadi bosan, dia main cak-cak plak dekat kakak dia yang tengah solat tu. Adoi.. Jenuh kakak dia kejap tarik kejap pegang budak tu biar diam waktu tengah solat.

Tengok budak tu teringat adik kat Malaysia dulu. Perangai sebijik macam tu. Orang nak pergi solat, dia nak ikut. Alhamdulillah, ok la fine bawak je. Tapi time solat tu, macam-macam benda dia buat yang melawakkan. Budak baru nak belajar lah katakan. Nak tahu macam mana?

Contoh waktu kita tahiyat akhir. Dia duduk dah tapi tak tahu nak buat apa lepas tu. So, dia raba-raba tangan mama kat sebelah. Oh, mama tengah angkat satu jari (waktu kalimah syahadah) so dia pun angkat satu jari gak. Lepas tu dia rasa-rasa lagi tangan mama tengah buat apa. Dah puas hati konfirm betul, baru dia buat kat diri sendiri.

Itu satu hal. Kalau dah main raba-raba pun dia tak faham lagi nak buat apa, terus dia selak telekung mama tengok apa yang mama tengah buat. Lepas tu dia letak balik before buat dekat diri sendiri. Bila dah habis solat, mama nak marah pun tak sampai hati . Tahu dia baru nak belajar. Tapi memang kena tahan la kot. Tahan khusyuk dan tahan gelak. Jenuh duduk sebelah budak-budak baru belajar nih. =)

Erm,tahun ni langsung tak sambut ramadhan kat Malaysia. Rindunya nak pergi tarawih sama-sama ramai-ramai dengan famili. Dulu time duduk Kampung Kedah, pergi tarawih macam pergi rombongan apa je. Ramai giler jalan berbondong-bondong. Mak, tok, makcik2, sepupu, adik2 semua pergi sekali. Tapi orang-orang muda selalu lari balik time 8 rakaat, tinggal orang tua je habiskan 21 rakaat kat masjid. Hoho. Ntah apa-apa, terbalik plak tenaganya~ Tapi best! ^_^

Tak apalah, 3 tahun je lagi pun. Lepas ni boleh buat kat Malaysia puas-puas. Yang penting bersyukurlah tahun ni jumpa solat tarawih lagi. Alhamdulillah~

p/s: semalam jugak ada sorang budak ni tak sudah-sudah tenung kami. Kami pun tertenung dia lama sungguh. Terpegun dengan mata bulat dia yang sangat biru macam air laut. Subhanallah. Lawanya~ @_@

7 comments

Write comments
August 14, 2010 at 9:02 AM delete

bagus dekat sini, budak-budak sekali satu saff dengan orang besar. so, diorang takut nak buat bising. Kalau dekat Malaysia, ada saff khas untuk kanak-kanak. Itu pasal diorang bising tak tentu hala

Reply
avatar
Syahida Majid
AUTHOR
August 14, 2010 at 2:14 PM delete

Macam menarek je sembahyang bawah langit. Boleh pakat-pakat gi sana pula lebas ni

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 15, 2010 at 10:05 PM delete

kak ina,,
siapa budak tu..???
i wonder????
_______MAY____________

Reply
avatar
August 16, 2010 at 1:20 AM delete

senior munir:
owh, itu eh cara dia?

kak syi:
sila-sila. masjid taal sentiasa menerima kunjungan anda. ^_^

amira:
hek eleh.. buat tak kenal plak dia. kak ina ada adik pompuan lain ke selain mira ngan arwah kak timah? kak timah mana pernah pergi masjid. so, maknanya kamu ler tu.. haha..

Reply
avatar
August 16, 2010 at 4:42 AM delete

ِAduh.. mmg tak tahan duduk sembahyang sebelah budak2.. (masa kita budak dulu apa cite pula ye.. haha)..

Syria pun best jg. Selang satu jami ke jmi lain kadang tutak sampai 500 meter.. pilih je lah nk solat di mana. ada masa, ahleeen :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 16, 2010 at 7:42 PM delete

erm, bukan ke klu kanak2 yg blom baligh satu saff dgn yg dah dewasa dikira putus saff??
sbb tu kat msia kanak2 kat blkg? ke camne?

Reply
avatar
August 22, 2010 at 8:32 AM delete

Mardhiah:
haha.. ntah la. tak pernah pulak tnya emak dulu kita buat apa. ;p
syria? insyallah, ada masa ada rezeki nnti nak pergi lagi.. hehe. dah sampai malaysia belum nih?

anonymous:
erm, saya pun sebenarnya tak berapa arif sangat bab nih. Sebabnya kalau dekat jordan ni, diaorang macam ok je. wallahualam. nnti saya tanya org yang lebih pakar ye.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *