Sudin, Momo, Kuik2, Mok, Xavi

4:07 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Erm..

Sekarang dah pukul 3.30 pagi. Kenapa entah tak boleh tido. Sejam dah terpusing-pusing atas katil tak lelap-lelap. Last-last tunggu sahur je lah.

Oh ye, esok ada exam Farm Animal.

Sebab dah tak larat baca buku dia, so konon-konon tadi pergila jalan-jalan blog kat internet. Target kali ni baca cerita haiwan plak ah. Malas plak nak baca update orang. Haha.. Seronok gak baca orang tensen bela binatang nih. Dengan tuan-tuan dia pun tak betul gak.

Tak tau kan tapi memang Mood Animal betul lah malam ni. Cuma sayang la sikit sebab tak ada plak orang nak update cerita-cerita lawak pasal lembu dan kambing dan biri-biri dan ayam yang ada dalam silibus Animal Health. Ada apa je? Kucing, Hamster, Kucing, Hamster... Ituuuuu je yang asyik jumpa. Ah, takpe. layan~~~~

Meh la perkenal beberapa ekor makhluk yang suka buat saya gelak sorang-sorang depan komputer. Mereka dan tuan-tuan mereka memang sekepala. Perangai pelik tapi melawakkan. Memang manusia membela binatang perangai macam tu kot ye. Saya pun sama gak tu. Nasib takde membela kat Jordan je. Huhu


1. Perkenalkan ini Sudin - kucing mengada milik Rashiedah Kamil (femes anda.. haha)



Shieda ni junior kat sini. Kucing dia, Sudin asal Jordan. Dari dulu lagi antara sebab utama nak datang blog Shieda ni adalah sebab nak baca pasal Sudin. Sudin suka buat benda pelik-pelik. And tuan dia si Shieda ni plak pandai betul timing amik gambar dia yang pelik-pelik. Caption merapu-rapu plak tu.

Sudin punya gambar selalu ada style. Berlagak giler konon pandai bergaya. Ke sebenarnya kena paksa rela dengan tuan dia? Haha.. Taktau2x! Tapi Sudin memang sempoi~ Boleh baca kat sini --> Seram, Nak terbang, Merajuk

2. Perkenalkan pulak, ini Momo - Hamster bijak milik Ash dekat France



Saya tak kenal tuan dia pun tapi aritu terdatang blog ni sebab pelik kenapa tajuk entry dia "SURAT UNTUK MOMO". Ingatkan manusia manalah nama aneh semacam tu, sekali momo tu nama hamster dowh.. Aiseh, ada gak manusia tulis surat layang kat binatang sendiri eh. Series, lawak giler! Haha..

Dengarnya Momo ni banyak peminat. Owh, memang kot. Saya pun minat Momo gak! Dah la comel, kiut, pandai, kuat, nakal! Hehe.. First time suka tengok spesis tikus nih padahal sebelum ni lantaklah apa orang kata pun, saya memang anti tikus/hamster/adik beradik diaorg. Phobia. Hoho, tapi Momo tak~ Credit sikit la untuk tuan dia sebab tuan dia tulis pun macam sama level je ngan merapunya perangai hamster dia sendiri. :P Antara perangai pelik Momo : Helmet

3. Next the last: Perkenalkan Kuik-Kuik (Hamster) dan Gemok (kucing) - milik Zulhairi





Ini pun saya tak kenal tuan dia. Tapi saya tabik satu benda pasal tuan dia. Idea blog tuan dia ni memang menarik! Blog tuan dia ni banyak buat komik sendiri. Best2! Lawak plak tu~ Bila dia cerita pasal binatang-binatang ni pun dia buat gaya komik jugak. Terer betul! Macam mana la nak pandai melukis macam dia nih.. -_-'

Oh lupa, ni cerita Kuik-Kuik dan ni cerita Gemok. Sikit je pasal diaorang tapi dia menarik pasal style dia cerita tu. Komik2 belaka. Bagus2~

4. Next, meet Xavi - kucing pemalu mengada milik Aliaa Radzi



Aliaa nih kawan saya kat sini. Si Xavi yang asal Jordan gak nih, bulu dia lebat macam kucing Parsi. Badan plak besar gebadak macam Garfield. Pemalu tak bertempat kalah anak dara. Ada orang baru je lari masuk bilik, lari masuk bawah meja, lari masuk tandas. gediks~

Haritu sampai 15 minit dengan saya-saya sekali masuk bawah katil sebab nak pujuk dia keluar. Last-last keluar gak walaupun tak sudah-sudah tenung orang macam tenung tikus. Haish. Tuan dia ni jarang cerita yang merapu-rapu pasal Xavi kat internet, takut Xavi malu kot. Haha.. Tapi kat luar dah 1001 hikayat Xavi kitaorang dengar dari tuan dia. Femes budak sekor nih. Geram tengok~ Contoh ni : Gambar

Habisss.... Ada lagi beberapa ekor kucing yang saya suka sakat macam Blair and Chuck kucing Bayt Farawlah, cuma diaorang x tulis dalam internet je. Tapi dua-dua ekor kucing ni kalau tuan-tuan diaorang naik nakal, habislah. Haritu dah kena denda kurung dalam loker sebab suka bising. Haha.. Senyap terus diaorang tahu.. :P

Seronok kan ada binatang belaan nih? Saya suka bela binatang gak. Kucing la terutamanya. Sejak usia setahun lagi gambar-gambar saya dah ada kucing yang menyibuk nak bergambar bersama kat rumah. Keluarga saya tak pernah tak berkucing, kecuali yang the latest baru pindah nih sebab baru nak biasakan diri dulu.

Tapi semenjak duduk Jordan, ahli rumah saya yang lain dah buat peraturan bahawasanya kalau saya nak bela kucing :

1. Saya tidur luar rumah terus atau
2. Kucing saya jangan bagi keluar bilik saya langsung

Aaaa, amat kejam sungguh la kalau saya nak berkucing gak macam tu! Haha. Tak pelah, redha je. Kat Malaysia dah banyak kucing dah. Kang kalau tak terbela kucing kat sini kang, saya gak yang berdosa. Kan?Kan? So, tak payah la berkucing. Pergi kacau kucing orang je lagi best... ^_^

Binatang adalah sangattt comel! Banyak ragam diaorang yang boleh buat orang hilang stress. Since saya berkucing dah sangat lama, agaknya kalau tulis balik entry2 ngada seekor kucing ni mesti lawak bila kumpul balik..

Eh, next time lah. esok exam. :P
Owh, ok. dah masuk waktu sahur. Jumpa lagi. bye!

p/s: sepatutnya baca pasal kambing + lembu + ayam, tapi apesal takde orang buat cerita pasal diaorang? Habis stay up malam ni jadi stay up petcare.. Adoi~

6 comments

Write comments
DreamLogic
AUTHOR
August 24, 2010 at 6:53 PM delete

umangaih!
kak arina hahaha!
tlg promote skli ade sape2 nk amek alih jge sudin x?

mmg xlarat dh nk jge ni! hikhik :P
(rse mmg xde kot)

Reply
avatar
Noi❤AnL
AUTHOR
August 25, 2010 at 12:40 AM delete

Woah comel betul kucing² ni.. gemok plak tu.. memang baka gemok ke ape.. hahaha.. kalau le Gira segemuk ini.. oh lagi le berat nak pangku dia @.@

Reply
avatar
aliaa
AUTHOR
August 25, 2010 at 2:18 AM delete

Ainul...aku dah bace..hahahaha...

Abesla xavi msk bwh katil blk malu ade entry pasal dye..

Tuan dye kan busy study + kacau xavi + gaduh dgn die...psal tula lom ade post gk..

Hehe, nanti jatuh saham i klu asyek promote xavi=p

Reply
avatar
akak
AUTHOR
August 25, 2010 at 6:42 AM delete

akak suka si sudin tu..hehe. Sabo je la nama. Kenapa pemilik nama sudin tu comel sgt..eee..comel la. Kalau sudin tu sepatutnya muka garang & macho sket..:P

Reply
avatar
August 25, 2010 at 9:18 AM delete

Shiedah:
Sudin suka gigit orang tak? kalau suka gigit, akak tolak awal2.. akak anti sket kucing suka menggigit nanti sbb takut nanti akak terkejut terus terlempang. haha.. :P

PROMOSI SUMMER : Sapa nak jaga SUDIN?
Comel, gebu, manja, mengada lagi pandai~ Pasti tertawan... ^_^Y

kak noi:
haaa kak noi kena la tanya tuan2 dia nih.. saya tak berapa tahu sgt dekat sini.. kucing kat rumah saya normal weight je. hehe

aliaa:
mengada ah xavi. Aku ikat dia terus kat kaki katil tu kang kalau dia nak malu2 kucing lagi ngan aku. haha.. kirim salam kat dia ye. suruh dia baca sket entry aku nih, dia kan pandai kamin komputer. :P

akak:
entah dia. macam ayu plak cam style dia bergambar tu, padahal nama sudin. hehe..

Reply
avatar
August 25, 2010 at 8:47 PM delete

i love cats!
yg paling chumel skali sure la xavi =]

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *