Psychology

7:23 AM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Erm, blogger tak bleh buka lagi. (_ _!)
Nak menulis pun macam dah tak berapa betul. Susah. Gambar pun tak boleh upload. Aish..

*withdrawal symptom*

Tak kira nak tulis gak. Panjang pun panjang lah. Bebel pun bebel lah. Tak kira~

Sabar..sabar...sabar...

Ok, tadi alhamdulillah baru habis exam subjek Psychology. Markah pun dah keluar. Syukurlah semua dah tamat~

Rasa macam sayang pulak nak lepas subjek nih. Psycho best! Kalau tolak tepi bab-bab ubat, memang psycho lah paling sempoi. Sambil belajar sambil tengok perangai orang. Kalau pelik sikit, haaa adalah la tu penyakit dalaman dia tu. Hehe... Lepas tu jugak boleh musahabah diri sendiri. Aku ni obessive compulsion kah? atau Depression kah? atau histrionic kah? atau dah sampai tahap schizo? Eh2, nauzubillah...~

Tapikan bila belajar pasal ni, memang nampak sangat manusia ni compleks ya amat. Dah la secara physical anatomy dan psyhiology-nya manusia ni sangat merumitkan dan terlampau detail, tambah lagi bila masuk aspek perasaan dan pemikiran lagilah masya allahhhh ..... 'Azimmm! Luar biasa lagi tak mampu ditandingi mana-mana ciptaan lain.. Subhanallah....

Sedih sangat bahaya (major depression), gembira sangat bahaya (mania), perasan sangat bahaya (idea of reference), takut sangat bahaya (paranoid), imaginasi terlebih bahaya (schizotypal) macam-macam lagilah penyakit akal manusia nih.. Macam-macam ada...

Waktu tu la baru terfikir rupa-rupanya nak jadi manusia yang betul-betul normal nih susah jugak eh..Kalau tak tahu bawa diri, selalu hanyut dengan persekitaran dan tak pandai kawal perasaan atau pemikiran, senang-senang je kita dah nak termasuk dalam golongan-golongan mereka yang bermasalah psychology nih. Sebab itu orang yang beragama itu beruntung sebab akalnya sedia terasuh supaya tidak mengikut nafsu semata. Alhamdulillah~

Dalam banyak-banyak case yang kami belajar, case Factitious Personality Disorder yang paling buat saya teruja. Sebab apa? Sebab dulu di sekolah lama saya, ada seorang yang berperangai ini. Aduh... sengsara betul jumpa orang macam ni. Tak habis-habis kami kena tipu dengan sakit dia yang pelbagai-bagai. Sakit betul tak apa, saya tak kisah. Tapi bila dah menyusahkan orang pukul dua tiga pagi kelam kabut kena temankan dia pergi hospital konon emergency, last-last doktor kasitau kami yang dia hanya berlakon sakit je.. Astagfirullah, sakitnya hati.... Mula-mula kami tak percaya, sekali bila doktor terangkan secara fakta serta beberapa trick untuk tengok reaction dia, memang bocor habis rahsia yang dia menipu... Aaarghh~! Bertuah punya budak, kurang sivik betul. Seriously ini first time saya jumpa orang sanggup buat perangai macam nih! Ingatkan dalam movie je ada. Adoi.. Lepas tu memang lah, asal dia buat hal, saya lari dulu. Tak nak terlibat dah. Cikgu pun banyak kali pesan jangan layan dia sangat. Biarkan je..... Dan sekarang saya belajar balik benda tu,. ^_^ Patut lah doktor tu dulu nampak sangat cool lagi yakin, dia dah biasa jumpa agaknya. huhu..

Makna kata, psychology memang seronok lah nak belajar. Boleh tengok perangai orang dan perangai kita sendiri. Macam scanner. Eh, sebut pasal scanner nih baru teringat dulu kat smka, golongan2 orang yang boleh kasyaf nih kitaorang panggil 'Scanner' sebab dia macam scanner la kan, boleh scan dalaman2 orang nih. Tapi wallahualam lah. Saya tak tahu kasyaf itu adalah cabang psychology atau tak. Wallahualam. Sapa tahu, boleh share kalau rajin.. hehe.

Tahun 5 nanti kalau tak silap ada belajar bab-bab psychiatric. Waaa! Best2.. Erm, tapi saya suka belajar psycho je, nak jumpa orang psycho saya tak suka. Macam mana nih nak melawat hospital sakit jiwa nih? Mereka dah la mysterious lagi menakutkan. Silap-silap saya yang lari dulu kang . Pangkah awal-awal lah bidang nih. Adeh. Saya dah la anti saspen yang horror2 ni. Tambah-tambah yang overpsychic macam citer Saw tu, boleh sakit jantung, memang saya tak pernah sentuh walaupun siri satu.... >_<

Huh, takpelah lambat lagi pun. Ada setahun lebih lagi baru sampai situ. Yang penting sekarang nih dah selesai pre-klinikal. Yes! Alhamdulillah... Semua dah selesai. Exam ikhtiari tinggal lagi dua je -25 dan 28 nih. Lulus dah sudah, tinggal nak naikkan markah je lagi. Yang ijbari semua dah tamat...~ ^_^ Yeay!

Ok, dah la. malam ni ada iftar kat luar. Malam ni jugak housemate sorang dah nak balik Malaysia. Lagi sorang 28 nih. Diri sendiri je lah yang tak balik dalam satu rumah ni. Sob2.. Sedih2. Raya nanti buat rumah tertutup je lah. Nak lari serbu rumah orang.. Selamat balik Malaysia kawan2~ T_T

Done, lama sungguh tak buat tulisan cerita panjang lebar macam nih. Sori pada yang terhabis masa. Saya dah gian. hehe. Dalam minggu ni insyallah nak gi Readers kat Cosmo, teman orang. Ada sapa-sapa nak menempah? ^_^

Ok, jumpa lagi!

p/s:
shoutbox saya tak dapat nk membalas sbb kalau lalu backdoor ni, dia tak kasi can tulis shoutbox. So apa2 hal, di komen ya!

To kak guest: Alhamdulillah dah selesai kak! hehe. tq~

7 comments

Write comments
August 22, 2010 at 11:38 AM delete

Memang best Psychiatry. Saya boleh jadi 'high' bila layan orang sakit gila. Sampai kena cium tak tentu fasal. Pening-pening.

Reply
avatar
aliaa
AUTHOR
August 22, 2010 at 12:10 PM delete

Ainul!!! Aku nk tulih jgk..npe xle..huhu

Aku punyela type pastuh takde button publish..ishk...

Ko gne vtunnel gk ke?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 22, 2010 at 12:49 PM delete

Salam cik Ainulllll heheh

sila install ini :

http://www.packetix.net/en/secure/install/

tapi kena guna internet explorer aje tau.. wajib hukumnya...

pastu install tu, boleh login blogger mcm biasa...

** sy lebih tertekan bila kerajaan jordan blocked blogger nie sebab blob spb tak siap lagi..

tapi alhamdulillah.. hehe ..

rajin2 singgah ok

sambutanpelajarbaru2010-2011.blogspot.com

**** ismiizzah @ zatie... hihi :P

Reply
avatar
Noi❤AnL
AUTHOR
August 23, 2010 at 1:33 AM delete

Hohoho.. ni gian punya pasal.. sanggup tu buat apa saja.. tapi takpe.. I like~!!!

Ainul.. Hmm.. akak ada sorg kawan yang kena penyakit skizo =(=(
This entry really remind me of her.. Hmm.. harap lah dia kalau terbaca ni dia tak salah faham.. cuma nak cakap entry ni remind me of her, tu je.

Susah kan nak jadi normal. Hihi, tapi rasanya sekarang ni akak normal kot (evilsmirk)



(^______^)

Reply
avatar
ikan kecil
AUTHOR
August 24, 2010 at 12:00 PM delete

salam cinul

ak pun x tengok lagi cite Saw tu.. mehlah join kita marathon Saw sampai Saw 5..haha..takut gak tgk sorang2..huhu..plus ak pun x balik gak..

ps: bulan pose, xde hantu..chance yg baik nk tgk cite2 gitu..hihi

Reply
avatar
August 24, 2010 at 12:02 PM delete

senior munir:
eww... haha

aliaa:
aah, setakat ni yg paling elok vtunnel. ada je la butang publish. kaler putih., try cari elok2..

zatie:
haha... baik2. tenkiu. tapi skrg blogger dah lega. cik zatrie pun lega dah kot skrg kot na? hehe..

kak noi:
iye? ish2.. harap2 dia makin ok sbbnya kitaorg belajar szicho ni takde rawatan nak kasi baik. just ada rawatan kasi slow je. kesiannya dia..

Reply
avatar
August 24, 2010 at 12:55 PM delete

ikan kecil:
ws.
giler. takmau aku.
Kang aku duduk rumah sorang2 takde teman, kalau aku terbayang2 kang sapa nak jawab? sori yer.. citer lain takpe, citer SAW aku tak layan. haha.. :P

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *