Munzir

Assalamualaikum..


(gambar hiasan dari internet)

" Kau nak jadi apa besar nanti? "
" Aku nak jadi askar.. "
" Wow, kenapa? "
" Aku nak bunuh Israel.. "

Terdiam kami waktu dengar budak sekecil usia 13 tahun ini bercerita tentang impian dan kisah hidup dia.

Munzir..

Budak Palestin yang kerja sebagai tourist guide di Jerash ini banyak buat kami terpaku.Kami jumpa dia waktu saya dan WNA pergi bawa tetamu Jordan dari Russia dan US yakni Yaqin dan Nurul pergi jalan-jalan dekat sana.

Dah lama tak nampak budak Palestin yang bersemangat macam dia dekat sini. Yang selalu jumpa jenis yang macam dah lupa asal-usul. Ntahlah, mungkin saya sendiri yang tak pergi tanya. Wallahualam.

Tapi Munzir ni akhlaknya memang mantap.

Dia datang offer diri untuk ambilkan gambar kami. Mula-mula kami was-was jugak dia ni mintak cas atau tak, tapi rupanya semuanya free. Lepas tu bila kami ajak dia temankan kami jalan-jalan sambil cerita sejarah sini, dia ikut tanpa minta bayaran pun.

Sampailah dekat tengah jalan, tiba-tiba kawan-kawan dia datang marah-marah dia sebab kasi free dan suruh cas kami. Kesian budak nih. Banyak kali kena marah, tapi dia maintain tenang je. Diam je. Tak mintak duit kat kami gak tu lepas tu. Respek lah! Time kami berehat dia pergi jumpa seorang abang sambil peluk-peluk pinggang abang tu macam abang sendiri, even dah kena marah dengan abang tu jugak tadi.

Sampaikan Nurul sendiri tertanya-tanya "Budak ni takde emosi ke ha?" -_-' Ntahlah.

Mula-mula dia bawak kami pusing-pusing sampailah dekat Collaseum tu dia dah macam tak larat. Panas sangat-sangat waktu nih. So, kami bayar 2 dinar yang kami janji dekat abang dia. Lepas tu kesian tengok dia penat, kami offer dia air. Tetiba je dia jadi semangat excited terlebih nak sambung bawak kami jalan-jalan. Aik? Laju giler cas energy. Haha. Siap cari port suruh kami duduk berehat lagi.. =)

Saya dan WNA yang dah dua tiga kali datang Jerash pun rasa macam first time datang sebab Munzir cerita banyak sangat sejarah baru tentang kawasan tu. Dia kata ayah dia yang ajar dia dulu waktu dia baru sampai. Memang menariklah dengar dia cerita.

Munzir ni pandai. Dia rileks je sabar dengar Nurul dan Yaqin interview dia sambil tersekat-sekat susun ayat dalam Arab. Siap kadang-kadang ayat tak habis susun lagi, dia dah jawab dulu. Haha. Lawak betul.

Ayat Munzir pun dah campur-campur fushah dan ammi. Dia ada ajar juga Yaqin dan Nurul sebutan yang betul dengan perkataan-perkataan baru. Boleh main tebuk-tebuk ayat quran lagi.Bagus budak ni. Saya dan WNA di sebelah membantu bila perlu je. ^_^

Kami tanya dia, duit kau dapat sini kau buat apa? Dia jawab, bagi kat mak beli tepung, buat roti. Dia anak sulung. Kena tolong ayah kerja jugak. Dia semangat sangat cerita pasal keluarga dia. Seronok kami dengar. Habis semua pakcik-makcik dia punya nama pun dia cerita. :)

Tapi kami kesian sebab nampak sangat dekat kawasan ni semua duit yang dia dapat akan kena tapau dengan kawan-kawan dia yang lebih besar. Silap jugak tak beritahu dia awal-awal suruh sorokkan half yang kami bagi. Awalnya kami kasi 2 dinar, sebab nak belanja dia makan sekali bila habis nanti. Ingatnya nak bagi lagi duit nanti. Sekali budak-budak besar lain kerumun dia waktu kami dah jalan jauh sikit.Langsung dia tak dapat ikut. Ish...

Akhlak Munzir cantik sangat. Memang kami semua rasa sayang sangat dekat dia. Kasihan lagi lah berbukit-bukit banyaknya. Cumanya kami harap akhlak dia ni terjaga sampai dia besar nanti. Kalau difikirkan yang dia ni bercampur dengan budak-budak perangai teruk yang lain tu, memang harap lah sangat-sangat semua besar nanti dia tak ikut perangai diaorang.

Kalaulah semua budak kat sini perangai macam Munzir kan best. Tenang je hati tengok. Nak sayang pun senang. Moga Allah pelihara Munzir daripada sebarang perkara yang tidak elok dan memudaratkan dia. Amin...

Mode: Rindu Munzir~ ^_^

4 comments

Cidak | August 12, 2010 at 3:44 PM

Tenang hati baca kisah ni.

pentakde | August 13, 2010 at 10:00 AM

Dari Sahal bin Saad ra., ia berkata:

Al-Mundzir bin Abu Usaid, ketika baru dilahirkan, dibawa menghadap Rasulullah saw. Beliau meletakkan di pangkuannya sedangkan Abu Usaid duduk. Lalu perhatian Nabi saw. tercurah pada sesuatu di depan beliau. Maka Abu Usaid menyuruh seseorang mengangkat anaknya dari atas paha Rasulullah saw. dan memindahkannya. Ketika Rasulullah saw. tersadar, beliau bertanya: Mana anak itu? Abu Usaid menjawab: Kami memindahkannya, ya Rasulullah saw. Rasulullah saw. bertanya: Siapa namanya? Abu Usaid menjawab: Fulan, ya Rasulullah saw. Rasulullah saw. bersabda: Tidak, tetapi namanya adalah Mundzir. Jadi, pada hari itu, Rasulullah saw. memberinya nama Mundzir. (Shahih Muslim No.4002)

:)

Abdul Munir Sanusi | August 13, 2010 at 4:36 PM

Bukan senang nak jumpa budak macam ni. Bila dah jumpa, sila ingat sampai bila-bila. Badan dia kecil, hatinya sangatlah besar

Ainul Arina Madhiah | August 13, 2010 at 6:27 PM

cidak:
betul3...

pentakde:
ooo.. tak pernah dengar pun hadis ni sebelum nih.syukran atas perkongsian.

senior munir:
haah, melekat habislah dalam hati.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images