Merdeka & Islamophobia

Assalamualaikum




It 31st of August! So, Selamat Hari Merdeka Malaysia ~

Tapi kelmarin, saya terbaca tentang rentetan pergolakan Islam di dunia. Yang jadi pada negara-negara Islam yang amat-amat mahukan merdeka tapi ditolak atas dasar kepentingan tamak haloba kaum kuffar yang bencikan Islam di dunia.

Credit pada majalah ITQAN terbitan PPMS, minggu ini kesedaran sejarah kami makin terjaga. Penceritaan yang simple tapi kuat mesej seperti itu amat saya sukai. Umat islam memang patut sedar supaya kita sendiri tak terperangkap dalam arus 'islamphobia' yang direka-reka.

Let me share something here...

1) Russian vs Cechnya :

Bila Soviet Union runtuh, banyak negara dapat berpeluang lepaskan diri dari cengkaman jajahan Russian seperti negara yang namanya ada tan-tan tu.. Tapi dalam semua negara ni, Russian takkan sesekali mahu melepaskan Cechnya! Why?

Orang cakap sebab negara Cechnya ni sangat kaya dan banyak kelebihan. Lepas tu plak, 90% orang Cechnya ni adalah Islam. As usual lah, orang kafir takkan sesekali benarkan Islam membangun. So,nak tak nak diaorang nak gak Cechnya tu jadi milik diaorang.

Orang Cechnya di panggil bangsa Chechen. Pernah dengar? Ala, yang baru-baru ni kecoh Moscow kena bom dan orang Chechen kena tuduh tu. Haaaa.. Tu la antara konflik2 mereka sekarang. Orang Cechen ni dikenali sebagai antara bangsa yang sangat kuat berpegang teguh pada Islam.

Sampai sekarang, dah 400 tahun mereka berjuang nak tegakkan Islam di bumi Cechnya dan mahukan kemerdekaan. Russia pula sampai sekarang masih nak keras kepala mahu ikut suka hati mereka. Sejarah lebih boleh usyar sini.


2) India vs Kashmir :

Maybe ramai dah tahu Pakistan berjaya ditubuhkan selepas lama giler gerakan nak wujudkan negara islam di India mula tercetus. Tapi dalam pada masa yang sama, Kashmir, sebuah negara yang 90% orangnya adalah Islam tidak dibenarkan secara total untuk turut sama menyertai pertubuhan negara Islam seperti Pakistan. Why?

Sama. Kashmir sangat kaya dengan galian dan batuan permata dalam perut bumi. Dan India takkan sesekali serahkan negara sekaya Kashmir untuk berdiri sendiri di atas nama negara Islam kerana mereka sendiri tamakkan harta dan bencikan Islam. Contoh cerita pasal Kashmir ada di sini.


3) Perancis vs Algeria

Yang ini sebenarnya saya first time baru dengar. Itu pun sebab terbaca dalam ITQAN tu. Kebetulan ada seorang akhawat France ada bersama kami, maka dialah yang menceritakan pengalamannya di France. Katanya sahabat Algerianya pernah bercerita yang mereka takkan sesekali lupakan peristiwa hitam fitnah ke atas Algeria di perancis yang mana sehinggakan saudara seislam Tunisia sendiri langsung tidak menghiraukan mereka. Astagfirullah..

Sama seperti yang lain, Perancis takkan lepaskan Algeria atas dua sebab - sumber bumi yang kaya + Islam yang dipegang teguh oleh masyarakat Algeria. Walaupun dah merdeka, keadaan tetap sama. Perancis masih jadi dalang dan Islam di kambinghitamkan. Boleh rujuk sini.


4) Serbia vs Kosovo :


Siapa tak pernah dengar tentang pembersihan etnik di Bosnia oleh Serbia yang sangat kejam? Semuanya di atas dasar mahu menghilangkan Islam di bumi Eropah tersebut. Boleh baca di sini dan di sini.

Tapi sekarang, Bosnia mungkin sudah kembali pulih dan lega. Tapi Kosovo? Masih lagi di takuk lama cengkaman Serbia. Mana mungkin Serbia nak lepaskan Kosovo yang sangat kaya dengan emasnya ke tangan Islam kembali. Sampai sekarang Kosovo tak dapat merdeka dan masih terseksa. Bertahun-tahun sengsara sebab Serbia tamak kuasa dan bencikan Islam juga. Tengok sini.


5) China vs Turkistan Timur

Yang ini pula kes Komunisme tension sebab tak dapat sebarkan komunisme di Turkistan. Maka, bagi mereka cara terbaik ialah hapuskan Islam secara besar-besaran. Macam pembersihan Etnik tu.

Alasan diaorang pakai adalah orang Turkistan dikatakan pernah bunuh Orang Han, so kira macam orang Han balas dendam la nih padahalnya kebenaran adalah sebaliknya. Tengok sini kalau tak percaya. Kejam giler sampai buat umat islam jadi ujikaji nuclear.


6) Israel vs Palestin

Alasan pertama Israel : Yahudi pernah di holocaust di German. Maka kini, Palestin jadi tempat sasaran balas dendamnya. ----> sama lah macam ayam gaduh dengan itik lepas tu ayam pergi belasah kucing sebab nak balas dendam dengan itik. Pe kaitan??!

Orang Barat cakap isu palestin dan Israel adalah isu tanah semata. Palestin kedekut tanah dan tak nak share2. Ini satu lagi benda tak logik. Rumah kita, sukati kita la nak buat apa. Apesal tak share Amerika je dengan Israel tu? Kan?

Palestin dah wide-known sebagai negara yang sangat kaya dan hebat sejak kurun-berkurun. Tambahan itu memang negara Islam. Dua faktor ni memang antara punca Israel tak sudah-sudah nak rebut takhta. Nak nama dan musnahkan Islam. Tak sudah-sudah buat kacau di bumi bangsa yahudi nih. Tengok sini.

7) Thailand vs Patani


Sejarah Patani ermula sejak zaman Brtish dan Perancis menjajah Nusantara termasuklah ketika pemerintahan Phibul Songgram yang mahukan seluruh Thailand di'siam'kan, Patani tak sudah-sudah ditekan kerana masih teguh berpegang dengan agama Islam.

Kenapa mereka menentang Thailand boleh di lihat di sini. Macam biasalah, isu nama dan harta yang buatkan Thailand jadi tamak haloba. Ish2. Padahal nak kata Patani kena tuntut merdeka sepatutnya tak logik sebab Thailand pun mana pernah terjajah. Ini sah sangat isu perasan hak sendiri. Tak patut!


.
.
.
.

Banyak lagi sebenarnya cerita -cerita negara islam lain yang bergolak di sekeliling kita. Afganistan, Sudan, Nigeria dan pelbagai lagi negara turut mengalamni nasib yang sama. Mereka masih kekal berdiri atas nama Islam walaupun kerap kali di asak oleh kafir zimmi yang tak sudah-sudah mahu merebut kekayaan bumi dan menghapuskan Islam dari terus dianuti.

Malaysian?


Bersyukurlah kerana kita di zon selesa. Tapi jangan ingat selama-lamanya kita boleh berjaya dan hidup senang lenang. Orang kafir tidak semudah itu untuk rela menyaksikan Islam berkuasa dan hebat seperti Malaysia. Mungkin kita juga diperhati, siapa tahu?

Sebab itu kita kena sentiasa berjaga. Be alert and keep concious! Nikmat yang kita ada jaga baik-baik dan gunakan di jalan yang sebetulnya. Jangan terlalu leka nanti sudahnya kita akan jadi ibarat buih di lautan. Senang dihancurkan dan senang dipisahkan. Nauzubillah~

Wassalam~

****************************************************************

p/s:

1. Maisarah & Wani - Happy birthday! ^_^
2. Asyraf, Selamat balik Russia~
3. Fitri, Selamat balik France!

3 comments

tepianmuara | August 31, 2010 at 10:46 AM

owh.

terima kasih kak untuk ini.

inSan leMoh sEgalo2nyo | September 2, 2010 at 5:41 AM

same2 lah kita berdoa agar malaysia sebagai sebuah zon selese ini akan kekal dan berpanjangan...
tapi sampai bila? kita perlu perlengkapkan diri.. saban hari isu2 perkauman dimainkan di media2 massa bagai air mengalir. kita di malaysia ini bagaikan bom jangka. hanya tunggu masa untuk meletus dan meledak, sedikit perselisihan boleh membawa kepada pergaduhan dan perpecahan. sama2 lah kita fikirkan dan muhasabah diri ini...

PalTel | September 12, 2010 at 10:01 PM

sangat smat!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images