Masih ada kah mereka?

4:26 AM 2 Comments A+ a-


Assalamualaikum

Dah berminggu-minggu Radin promosi cerita Liar Game. Best katanya. Dulu awal-awal saya usyar macam memeningkan kepala. Tambahan aura dia ada macam psycho-psycho cerita Saw je. Anti sungguh la cerita kejam bunuh-bunuh gitu. Sakit jantung. Tapi bila Maisarah confirm cerita tu takde bunuh-bunuh pun, saya setuju untuk tengok.

Ok, kesimpulan pertama : Owh, macam ulangkaji Psychology je nih ayat-ayat dia.

Kemudian saya terkesan sesuatu. Betulkah semua orang tak boleh dipercayai?

Radin awal-awal dah pesan jangan pikir macam tu. Dia kata secara positifnya sepatutnya kena kata "Kita perlu berjaga-jaga dengan semua orang". Haih, sama je la...

Tapi lepas tu saya pilih untuk lebih melihat kepada ketabahan watak utama apabila dia sering ditipu tak sudah-sudah.

Dalam kepala saya masih lagi tertanya-tanya : Memang wujud lagi ke orang pure macam dia?

Saya jadi teringat beberapa buku novel Islami yang saya baca di mana kebanyakan watak utamanya digambarkan sebagai seorang yang perfect luar dan dalam. Baik, soleh, tak pernah bersangka buruk. Hati suci bersih pure. Sedikit salah atau kecacatan langsung tidak digambarkan. Memang perfect! Orang dah boleh kata memang dia baik macam malaikat sangat dah.

Buku-buku macam tu kadang-kadang buat saya keliru sama ada mahu percaya atau tidak masih ada lagi manusia seperti itu. Apatah lagi dalam zaman ini. Macam berjumpa dinasour je rasanya kalau ada yang seperti itu..

Tapi pagi tadi, hari saya macam dah penuh rama-rama apabila semua orang yang saya jumpa semuanya sangat mengembirakan hari saya. Terasa persoalan dalam hati sudah terjawab. Bagaimana?

Dalam sibuk-sibuk beratur berebut nak naik bas, ada akhawat melayu yang mendahulukan sahabatnya yang lain walaupun bukan dari batch sendiri. Sewaktu saya terkial-kial nak buka tingkap yang ketat, tiba-tiba ada tangan dari belakang yang membantu tanpa diminta. Bila dipandang oh akhawat Turki rupanya- "syukran!" ^_^. Bila nak bangun untuk keluar bas, saya terlanggar seorang akhwat Arab lalu segera saya berundur sambil meminta maaf, tapi dia pula berkali-kali membalas "It's okay, go on. You first," sambil tersenyum.

Sepanjang di jamiah pula hari ini semua yang saya jumpa semuanya nampak ceria. Waktu makan di kafe, ada junior tiba-tiba datang menghulur air soya hadiah dari doktor diaorang. Kami terambil banyak gara-gara excited tapi mereka cool saja sambil ketawa - bukan senang saya nak beramah dengan junior baru, sedikit segan tahun ini.

Pendek kata hari ini hari penuh bunga. Best! Sikit pun hati tak ada masalah. Kalau setakat orang buat bising, mengantuk atau hal kecil-kecil semuanya macam tak ada kesan. Yang menceriakan itu lebih banyak dari yang meresahkan. Semua orang macam sangat baik la hari nih~

Lalu saya jawab pada soalan sendiri : See??!!

Hey hati, kenapa mesti nak persoalkan masih wujud atau tidak orang sesempurna itu? Sedangkan Rasulullah dan para sahabat pun pernah tunjukkan akhlak sedemikian. Maka tak mustahil masih ada lagi penyambung dari generasi kini. Kan kau sendiri dah rasa betapa bahagianya kalau semua berakhlak mulia tanpa sengketa ataupun berburuk sangka?

Lagipun Allah itu kan ada? Jadi tak mustahil mereka yang kau tercari-cari itu juga wujud di sekeliling kita..

Lagipun wahai hati, kenapa mesti mencari? Kenapa tidak kau sendiri dahulu yang jadi?


Come on~

Makin lama makin terasa kan aura Ramadhan makin mendekat. Mungkin ini salah satu nya.
Why not kan? ^_^

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~ Rindunya... *Countdown*

2 comments

Write comments
pentakde
AUTHOR
August 3, 2010 at 11:51 AM delete

assalamualaikum

:)
salam perkenalan...

InsyaAllah ada.....

Reply
avatar
August 3, 2010 at 1:02 PM delete

pentakde:
wa'alaikumsalam.
salam kenal kembali. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *