Luar Biasa Hanya Di Ramadhan sahaja

Semalam hari first puasa kan?

Dalam bulan puasa ni banyak benda yang lain sikit lah selalu jadi. Luar biasa. Biasa dalam Ramadhan je.

Tahun ni, macam biasalah bulan Ramadhan kelas makin awal dan makin pendek. budak-budak datang kelas pun makin sikit nampaknya. Apesal ntah. Sambut Ramadhan kat rumah kot. No comment.

Keluar pukul 7 pagi, balik pukul 10 pagi pun kedai banyak tak bukak. Sunyi sepi sikit lah pagi 1 Ramdhan nih. Dia gempak malam je kot.

Kedai-kedai luar, dah jual air tamar hind ngan air lemon. Qataif pun ada. Yum2. Kedai kat sini jadi semua kaler-kaler. Sebab ada tanglung dengan lampu liplap lawa tu. Nak bawak balik lah satu habis studi nanti. Biar Ramadhan Malaysia kalerful sikit. haha..



Lagi satu kan, bulan puasa ni bulan mengajar erti kesabaran. ye tak?
Nak marah orang tak leh..... bulan puasa weh!
Nak kutuk orang tak leh..... bulan puasa weh!
Nak buat jahat tak leh...... bulan puasa weh!
Nak makan-makan tak leh..... bulan puasa weh!

So kalau tengah hati sakit gundah gulana nak buat macam mana? Tido jangan suruh lah, panas ah tengahari tak leh tido. Baca quran/ solat - kalau dah cuba banyak tapi still tak hilang?

Yelah, puasa + summer + kelas + kerenah orang + handset rosak seminggu + internet macam chipsmore = hati jadi werewolf!

Semalam tengahari memang saya rasa pun benda tu. Dugaaaaannnnnn~ Nak me-rebel lebih-lebih tak boleh, puasa. Tiba-tiba dalam bahang tu dapat la pulak satu idea - tahu apa?

Lepas geram sambil baca buku!! How? Feeling-feeling la lebih sikit bila baca tu. Erm, agak tak leh pakai jugak la idea ni untuk sesetengah orang. Lantak lah tapi saya okay je buat semalam. Haha.

Buku target : Twilight series. Sebab? Ntah, macam best plak jadi vampire dengan werewolf time marah. Hoho. Mereng!



Memang tak pernah baca dan tak pernah tengok movie dia sebelum ni. A little bit ketinggalan zaman kan? Takpe, yang penting boleh pakai time nih

Baca buku vampire ketika kebengangan adalah sangat kasi efek tahu.Boleh rasa dia punya jiwa vampire yang sejuk beku dan werewolf yang panas berapi tu. Baca penuh khusyuk sambil bayang semua jadi depan mata.Eh, tapi you vampire don't ever dare to come to my room! Saya tidak sepelik Bella Swan untuk maintain cool tanpa takut. >_<

so,
Dari sebelum zuhur ke lepas asar: Twilight setel!
Dari lepas asar ke pukul 12.30 malam : New moon setel!


Lagi dua je lagi tinggal : Eclipse ngan Breaking Dawn.

(p/s: baca tu baca gak, solat jangan lupa na~)

Habis new moon, kepala jadi rollercoster. Tepu. Sendat. Tak leh masuk cerita baru dah. Ini kira rekod la nih baca buku 563 + 498 mukasurat dalam masa satu hari. Baca satu-satu tak main lompat-lompat pun. Baca buku medik pun tak pernah berjaya macam nih. *Terharu*

Esoknya, semangat kasitau kawan berkaitan tentang pencapaian pelik nih. Diaorang jawab apa tahu?

Arina (sumber pinjaman buku) : Tahniah2!
Aliaa (kawan jalan kaki gi sekolah) : Ko gila!

erk,Haha.. Huh..huhu.. ngeee, memang tak betul pun semalam..

Takpelah, yang penting alhamdulillah habis je baca buku tu dapat tidur dengan tenang sebab dah penat. Dah tak marah-marah. Tak rasa sakit hati pun. see? see? Berjaya~! ^_^

Ramadhan yang luar biasa! Berjaya menjumpai satu lagi cara menghapuskan marah dan kecewa. hehe. Alhamdulillahhhhhhh~

Jumpa lagi~

4 comments

Rossarina™ | August 12, 2010 at 6:36 AM

nak jadi vampire ajak aku weyh. aku pun nak rebel2 nih wu wu wu. panas je ><

Ainul Arina Madhiah | August 12, 2010 at 9:16 AM

arina:
haha.. bukan ke memang aku selalu ajak ke kalau aku kena? ^_^
puasa weh. puasa weh.. sabar2~! =)

Anonymous | August 12, 2010 at 9:11 PM

salam dik Ainul

eclipse dgn breaking dawn dah khatam dah? :p

dah habis baca semua buku tuh, ainul tengok la movienye pulak. tak la sama mcm dalam novel sangat...

Irbid imsak dan berbuka pukul berapa ye Ainul?

Ainul Arina Madhiah | August 13, 2010 at 6:29 PM

anon:
ws kak.
yang dua tu belum. dah takde mood nak baca. hehe.. movie best eh? nntilah time cuti summer sem kot, skrg dh stat final takdan rasanya.=)
imsak saya tak sure la akak. Tapi buka puasa dalam 7.30 malam waktu tempatan.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images