Welcome home to Jordan

6:21 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum...



Akhirnya selepas 20 hari balik bercuti ke Malaysia, hari ini saya dah kembali berada di Irbid, Jordan. Macam tak percaya je dah tempoh 20 hari tu dah habis dan saya terpaksa kembali menghadap buku-buku dan kerenah di Jordan yang mulai masuk musim summer ini.

Ini rasanya kali pertama memang tak ingin sangat-sangat dah balik Jordan. Mungkin sebab cuti yang terlampau singkat dan padat sampai terasa cepat sangat. Dah macam budak first year pulak feelingnya. *Homesick*

Mama pun ada cakap "barang rumah pun tak sempat habis hafal location lagi dah kena balik Jordan semula". See? Bukan saya sahaja, orang lain pun terasa sama. *Nak balik Malaysia!*

Dalam perjalanan, saya men-distract diri dengan sudoku dan baca novel baru. Alhamdulillah kurang sikit tak puas hatinya. Tapi dah habis semua tu, nak buat apa lagi? T_T Dah la lepas ni, cuti nak balik Malaysia sangattttt jauh~

Sampai rumah serentak dengan azan subuh. Longlai semacam je turun. Rasa macam nak cepatkan masa je supaya boleh lajukan sampai Ogos tahun depan so saya boleh balik Malaysia lagi dengan bahagia. Fortunately, tiba-tiba depan pintu bilik ada bungkusan hadiah dan bunga menunggu (dari MPPM). Hehe,ok ceria sikit balik. Tapi bunga dah layu! Aish. >_<

Lepas sembahyang subuh, termenung sekejap (mamai) betul ke dah sampai Irbid nih?

Esok ada kelas, baki sehari sebelum masuk hujung minggu. Tapi hujung minggu ni pun padat dengan program MIFC. Aduh.. Tapi elok gak kot sebenarnya, takdelah rasa lapang sangat untuk ber-feeling homesick. Yosh!

Apa-apa pun, realiti tetap realiti. Kaki dah berjejak, so nak tak nak kena menlangkah jugak. Saya ada baki sebulan untuk summer semester sebelum maju memasuki fasa klinikal year yang serba baru. So, Fighting! Semangat2x!

Plus, bila lagi nak merasa jadi penyambut junior baru kan? Kejap je lagi nak balik Malaysia semula next year. Pejam celik pejam celik dah sampai masa....

Maka,
Ainul boleh!
Jordan best!
Saya happy!
Go! Go!
Mari enjoy study!
Chaiyok!

Okeh, bye Malaysia~ Tunggu saya tahun depan..
And, Jordan says welcome home (in 6 years) to the land where your future shining brightly - Irbid~ (cewah)

2 comments

Write comments
toRA@7
AUTHOR
July 12, 2010 at 7:41 PM delete

xsempat nk jmpe kn???xpelaaa..nex yer laaa jmpe..time tu akak dh keje..insyaallah..
xpon smbong blaja lg...hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *