Sahabat

Assalamualaikum

***********************************************************

Hari ini aku teringatkan seseorang...

Yang darjatnya diangkat kerana komunikasinya yang hebat.
Bantuannya sangat diperlukan sebagai sahabat penguat,
Dalam jalan juang menarik kembali umat yang makin sesat.

Siapakah insan ini?

Sewaktu berdepan kecaman penyembah ilusi,
tuturnya tenang menerangkan kasih Illahi.

Saat dimarah sahabat hingga ditarik rambut dan janggut,
Diplomasinya tetap tenang dan penuh lembut.

" Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Al-Quran, surah al-A’raaf:150)

Dia tidak mudah terasa mahu pun putus asa
Apatah lagi kecewa walaupun usahanya seakan sia-sia.
Demi Allah, Dia sanggup berkeringat
Demi sahabat, Dia sentiasa dekat
Dan Demi ummat, Dia tak pernah penat

Dan aku?
Kenapa perlu keliru?
Sedangkan masalah ini pernah berlaku dahulu
Malahan derita Dia lebih berliku.

Bangun!
Ambillah ibrah dari kisahnya.

Walaupun terpisah zaman,
jasad kita berdekatan
Aku masih bernyawa manusia
Dia pula penghuni taman syurga
Di tanah yang sama
Bumi Jordan tempat bersemuka.



(Meneropong sambil membisikkan khabar buat kekasih Allah yang bersemadi nun di bukit sana...)

Wahai Harun A.S, semoga aku dapat mencontohi semangat dan kelebihanmu serta kebijaksaan engkau menghadapi ujian dari Allah..!



Ini pula gambarnya secara lebih dekat - ihsan Google



***************************************************************

Makam Nabi Harun ini makam dhorih (ada jasad Nabi Harun yang betul di bawahnya). Makam Nabi Harun sangat jauh. Terletak di puncak bukit tertinggi di kawasan Petra. Dikhabarkan bas dan kereta tidak boleh melalui kawasan ini. Option yang tinggal hanya berjalan kaki atau menaiki unta atau keldai atau kuda. Itupun mungkin ambil masa berjam-jam lamanya. Maka, yang termudah adalah meneropong dari sebuah kawasan yang bernama 'BANORAMA' (-_-')

Ini saya sertakan sekali beberapa artikel tentang kawasan ini mahupun tentang personaliti Nabi Allah yang hebat ini. Semoga ada manfaatnya untuk semua. =)

1. Komunikasi Nabi Harun
2. Jabal Harun, Jordan
3. Pengalaman Jalan Kaki ke Makam Nabi Harun oleh pengembara anonymous
4. Inside of Harun's Tomb
5. Siapa Nabi Harun?

2 comments

Dx | July 21, 2010 at 3:55 PM

makam nabi harun......
pengalaman yang sukar dilupakan

Kelly Chantek | July 21, 2010 at 8:25 PM

salam Ainul,

kenapa kenderaan tak dibenarkan melalui kawasan berdekatan bukit tuh? mmg larangan kerajaan Jordan ke atau ada sebab2 lain?

posting yg bagus! keep it up.

slamat belajar

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images