Pilihan

8:24 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Selalunya kalau orang memberi pilihan, saya lebih suka untuk membiarkan mereka sendiri yang buat keputusan. Sebabnya saya fikir saya boleh masuk dengan semua pilihan, maka apa-apa pun boleh.

Tapi dua hari lepas, saya baru belajar tentang perkara yang baru tentang sikap seperti ini.

Yakni ia betul-betul menunjukkan bahawa saya seakan-akan berperangai tidak bertanggungjawab! Kenapa??!!!

Saya fikir sebelum ini kalau saya begini, ia lebih kepada satu kemudahan yang mana saya kurang cerewet dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

Rupa-rupanya mengikut hukum alam, pilihan perlu tetap dibuat kerana kesannya kelak di masa depan perlu ditanggung sendiri atas pilihan yang kita lakukan.

Which means kalau saya beri orang lain buat keputusan dalam hidup saya walaupun untuk sekecil perkara, andai nanti kesan yang timbul adalah buruk, i may end up menyalahkan mereka yang mengambil keputusan ini. Sedangkan saya sendiri ada peluang untuk memilih apa yang saya sepatutnya boleh pilih.

Hurm....

Patutlah ada seorang manusia di sini pernah mengutuk saya di belakang bahawa saya ini tiada pendirian. Mungkin ini yang dia lihat. Siapa tahu kan?

Mmm.. It is a good lesson of life. Lepas ni kenalah berubah...

Orang lain tak boleh buat keputusan untuk kita. We should do it by ourselves. Pendapat orang lain mungkin boleh diambil untuk timbang tara, tapi keputusan tetap terletak di tangan kita. Yes!

^_^
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *