Mata minda : Masalah?


Assalamualaikum...! :)

Soalan hari ini - "What is the definition of Problems?"

Kalau saya, saya jawab "It is subjective." Korang pulak macam mana?

=p

Sebenarnya tadi saya baru berbincang face to face dengan seorang kawan baik saya kat sini mengenai 'kisah kami'. Kisah yang bermula apabila kami kelihatan seperti sedang berperang dingin gara-gara sudah jarang duduk sebelah-menyebelah mahupun keluar berdua-dua macam belangkas seperti selalu. Maka kemudiannya kisah ini menimbulkan pertanyaan kepada keluarga kami di sini yakni akhawat2 MEP7 yang sangat caring. =)

Mula-mula seorang datang tanya saya, apa saya ada masalah kah dengan kawan baik saya tu? Tiba-tiba dua tiga hari lepas ada lagi dua tiga orang lain juga tanyakan saya benda yang sama. Eh?Eh? Apasal semua fikir macam tu?

Rupa-rupanya bila diselidik semula barulah saya tahu rupanya mereka terperasan yang kami nampak dah makin jauh dari selalu. Laaaaa... ;p

Itu dari sudut mereka. Dari sudut saya pula, mula-mula saya tak perasan. Tapi lama-lama lepas ramai sangat yang tanya, saya pun naik confius juga, kami ada problem kah? Dia kecik hati ke? Saya ada bengang kat dia ke? Lama-lama bila saya biarkan, saya pulak yang fikir pelik-pelik. Ishhh... Tak leh jadi nih.

Sebab itu tadi saya decide untuk sembang balik dengan dia pasal hal ini masa kami jalan dua-dua pergi kedai. Dia terkejut jugak rupanya pasal hal ini. Ingatkan dia tahu. Huhu..

Maka, bila dah bincang balik kami simpulkan mungkin ini sebab definisi masyarakat bahawa kalau dah kawan baik dan rapat kena duduk sama-sama je sepanjang masa. Spekulasi sungguh. Kan?Kan? =)

So, to my dear friends... Jangan risau. Saya dan dia takde masalah apa-apa. Kami memang kadang-kadang suka lompat-lompat tukar tempat duduk dalam dewan. Saja tukar angin. Kalau ada sebab lain pun, selalunya sama ada terdatang lambat, atau malas nak duduk depan a.k.a datang kelas tak ikhlas, atau study untuk exam tak habis lagi so kena duduk belakang untuk study, atau sedang berapi angkara benda lain maka kena duduk tempat lain supaya api tak merebak kalau kena angin. Itu je pun~

Kalau kadang-kadang terasa sipi-sipi atau gaduh-gaduh manja tu normal lah kadang-kadang, tapi takde lah sampai berminggu-minggu nak mogok tak nak jumpa. Lepas daripada tu, it's better to let by gones be by gones. Sakit jantung ah nak sakit hati lama-lama. Buat kronik jiwa raga je nanti, hidup pun tak aman.

Jadi, actually tak ada masalah pun...

Tapi benda ni buat saya teringat kata-kata seseorang bahawa " The way we see a problem is the problem"..

Ye la kan, orang fikir lain-lain. Kadang-kadang kita fikir diaorang macam ni, rupa-rupanya dia bukan macam tu. Tambah-tambah saya memang jenis penakut sikit kalau bab-bab perkara yang mungkin menimbulkan kontroversi, kekacauan mahupun kecemburuan dalam hidup bermasyarakat nih. Memang lama giler nak fikir sebelum buat apa-apa yang saya bajet berkemungkinan akan menyebabkan hal-hal tadi jadi.

Tapi ada kawan dah nasihatkan supaya jadi terlampau takut-takut sebabnya kita semua tak serupa. Macam yang saya cakap tadi, saya mungkin ingat dia macam ini padahal dia tak macam tu pun. Macam mana nak pastikan? Susah tapi yang penting tawakkal lah pada Allah yang memegang hati-hati manusia.

Paling penting, hati sendiri perlu diasuh terlebih dahulu supaya bijak menyelesaikan masalah kehidupan. Biasalah tu kalau dah nama hidup, takde masalah tak sah! Tapi kalau kita pandai putar, ia bukan lagi satu masalah! It depends on how you see them~

Tambahan, bila umur sudah 20-an perangai pun kenalah 20-an jugak. Bukan nak suruh jadi matang macam orang dah lama dewasa sampai tak boleh huha huha. Tapi ada masanya kena pandailah fikir mana patut mana tidak. Bak kata Dr Psycho, kalau mental age tak sama dengan chronological age, itu terencat akal namanya. Faham? Hehe.. ;p

Maka pengajarannya ?? ----> Saya serahkan kepada korang untuk jawab sendiri~ ^_^

p/s:
walaupun saya pelik kenapa mereka fikir kami ada problem, tapi saya jugak terharu kerana ada yang terperasan keadaan kami yang kami sendiri tak berapa perasan.Itu namanya caring and concern. Thanks kawan-kawan! ;) *terharu*
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images