.: Let Khadra teach you how to make a cut :.

2:11 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum~

Hi! Meet Dr Khadra. An ex-surgeon and a writer now. A combination of which i have had dream to be somewhere later.


" ... At night. when all is still, I am left once again with the thoughts and memories of what has been a surgical life. - THE END- "

Done! *Tutup buku*

Phewh.. Alhamdulillah selesai Making The Cut by Mohamed Khadra - satu-satunya buku yang pertama kali saya beli dengan penuh susah payah sampai terpaksa ber-sistem barter dengan sepupu di UK demi sebuah buku yang dikhabarkan sangat best untuk dibaca. (Either saya beli lambat sangat sampai habis stok atau memang spesis susah dijumpai di Jordan, Malaysia mahupun UK -_-')



Secara sinopsis pendeknya, buku ini berkisar tentang perjalanan seorang doktor untuk menjadi specialist in surgery - yang mana kita tahu bukan calang-calang orang yang boleh tahan dan terus berjaya dengan hebatnya dalam bidang yang sangat mencabar nih.

Ok, seperti yang saya dah agak buku ni memang penuh dengan ranjau dan ragam kehidupan seorang doktor yang sangat sibuk dan sangat stress. Tapi satu perkara yang saya suka sangat tentang buku ini ialah cara bagaimana dia tunjukkan pada pembaca bagaimana dia lalui semua cabaran tu dengan tabah dan positif.

Tambahan, selama tiga tahun jadi budak medik ni saya memang tak dapat-dapat lagi jawapan macam mana kita nak set satu border antara hubungan patient and physician supaya kita tak terlampau get involved in emotion. Kalau di MIFC dulu, Dr Khaleed Jaddalah jawab " When you get the experience then you'll know it". Saya rasa jawapan tu macam kabur sangat, tapi melalui buku ni saya dapat beberapa gambaran macam mana benda tu berlaku dan macam mana kita nak handle. It helps a lot! ;)

Saya paling tertarik pada satu sikap yang ditekankan oleh doktor Khadra. Saya tak tahu apa satu perkataan spesifik yang boleh saya terangkan tentang perkara ni. Tapi kalau didefinisikan dengan lebih jauh, ianya bermaksud 'sampai satu tahap, sebagai doktor kamu kena biarkan fitrah alam berlaku'. Doktor bukan tuhan yang boleh memastikan semua manusia takkan mati. It will never happen! Memang dari segi tanggungjawab, doktor perlu usaha sebaik mungkin untuk selamatkan pesakit tapi akan ada satu masa yang doktor takkan boleh buat apa-apa dah lebih dari kepakaran dia. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan sebagai doktor, kita tak boleh nafikan yang ia sentiasa akan datang - sama ada sudah diagak ataupun secara tiba-tiba. Ia fitrah~

Ada lagi beberapa isu-isu hidup doktor yang pernah saya bayangkan kebarangkaliannya terjadi tapi susah nak baca kat tempat lain turut diceritakan dalam buku ini. Antaranya ialah pertembungan agama dan nilai serta moral antara pesakit mahupun doktor (Islam vs Jews), sistem politik hospital yang memang adakalanya korup, kesan jangka panjang/pendek rawatan yang kita sediakan (merawat lelaki paedophilia yang ada erection dysfunction), isu competence vs compassion (doctor vs patient), isu doktor yang tak berapa kisah atau terlampau risau dengan kesihatan diri sendiri (bajet-bajet tak risau bila terperasan diri ada symptom penyakit), isu doktor pun manusia biasa (Bedah orang sambil tutup part selain point nak bedah sbb tak nak ter-distract yang mereka sedang bedah manusia) dan banyak lagi kisah kehidupan seorang doktor yang lain.

Itu belum campur dengan bagaimana dia ceritakan hidupnya yang sangat komited dengan kerja sampai lebih rela duduk hospital dari bercuti di rumah dan membina keluarga hanya bila habis belajar jadi specialist sahaja. Totally workaholic. *Nggeeee.. Tak best!* Nasib baik isteri doktor ni juga seorang doktor yang sangat memahami. Tiba-tiba teringat MIFC haritu doktor pesan supaya cari pasangan hidup yang boleh jaga diri sendiri supaya tak tension kalau kita busy. Penting amat sebenarnya aspek ni kan?

(Tapi kan,penuh ayat kureng sopan betul lah dalam buku nih. Ih.. >_< Kot ye pun tensen, mulut tak bertapis betul doktor-doktor nih. Liquid tulisan kang!)

Overall nya, kehidupan seorang pakar bedah saya rasa adalah sangat mencabar. Tabik springlah dengan surgeon. Patutlah kadang-kadang they look arrogant, it is actually their self-defence mechanism rupanya. They got a great heart but can't obviously show it to others for the sake of the future. Orang fragile better tak payah jadi surgeon la kot, you'll suffer a lot. T_T

Alhamdulillah, tak sia-sia buang tabiat beli buku susah-payah macam ni. I love the thrilling sensation when i first got the book in my hand. It is superb~ Sesuatu yang susah nak dapat memang sangat dihargai bila dah diterima. =) Apa lagi bila ditimbang dengan ilmu baru yang diperolehi dari setiap helaian muka surat yang dibaca. Nothing is precious compared by reading a book. *Perlukah buat lagi perangai pelik macam nih? Hehe..*

So far, sekarang ni macam addicted pula dengan buku-buku medik yang tak terlalu formal. Nama-nama macam Sherwin B Nuland, Atul Gawande, Oliver Sacks, Raymond Tallis, Richard Gordon, Picault macam dah menjentik-jentik untuk dicari. Nasib baik duduk Jordan, at least kalau tengah high baca buku tu, selamat lagi lah dari nak terus cari on the spot. Bukan boleh harap Ainul nih.. Hehe.. *Gila buku*

But still, lepas habis baca buku Making the Cut ni, next week dapat Denyut Kasih Medik (org punya,tengah beratur). Erm, Crusade baru 1/4, Enjoy Your Life 1/2. Apa nih baca buku half-half? ;p Buku universiti tak yah sebut, itu wajib~

Oklah. dah malam sangat nih. Esok ada kelas. Dan esok jugak lepas kelas ada operasi memburu buku dan barang di Amman. *Blink blink mata bersinar* =) Hopefully jumpa something yang best~ Amin...

Jumpa lagi~ ^_^

4 comments

Write comments
Rossarina™
AUTHOR
July 28, 2010 at 9:01 PM delete

weyh2, giliran aku jangan lupe :D

Reply
avatar
akak
AUTHOR
July 29, 2010 at 8:20 AM delete

oo..ni la bukunye ye..:) Denyut kasih medik tu mcm best gak. Laris gak di pasarn ..Kalau kat kedai akak buku tu orang beli sekali dengan buku Pemilik cintaku setelah Allah & Rasul..pakej terus..hehe

Reply
avatar
July 29, 2010 at 1:54 PM delete

arina:
baik bos! don't worry ko next~ ;)

akak:
iye? lorh, akak ada kedai buku eh? tak pernah tahu pun. hehe.. apa lagi buku yang best akak?

Reply
avatar
akak
AUTHOR
August 2, 2010 at 8:49 AM delete

bukan ade kedai buku..keje kat situ. Kedai kitab agama sebenarnya, tak la banyak novel² ni..ade la satu dua yg tersesat tu. Meh la singgah kalau turun Trg bila². Kedai kecik je..hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *