Iklan : Lecture notes untuk diambil


Alhamdulillah semua first exam dah habis. Fuh, lega! Boleh rehat kejap.

Balik rumah tiba-tiba blur. Nak buat apa eh?

Komputer? Bosan lah.
Makan? Kenyang dah tadi.
Tidur? Tak mengantuk pun.

Berdiri tengah-tengah bilik sambil tengok kiri kanan. Make over lagi lah. Nak punggah apa pulak kali ini yer. Erm,baju sudah, buku sudah, beg sudah, apa lagi nak susun lain semula? *Garu kepala*

Tiba-tiba fail-fail lecture notes yang memanjang kat tepi tingkap tiba-tiba macam memanggil-manggil untuk di 'touch up' balik. *Tinggg! iDEA!!*

maka Misi malam ini : Sort out semua kertas untuk disimpan dan dibuang~

Mula-mula kita call senior dulu untuk konfirmkan betulkah dia memang tak nak dah lecture notes dia. Kalau sah, bolehlah susun siap2 dah untuk kasi junior. Tak pakai dah pun lepas ni kecuali notes summary. Menyemak plak nampak malam nih.

"Akak, konfirm yer akak tak nak semua tu dah?"
"Ye.ye. awak bagi orang lain pun takpe."
"File?"
"Amik je la sekali. Kesian plak kat awak nanti."
"Okeh. Yes, bos!"


So, malam ni memang operasi kertas secara besar-besaran. Bukan setakat kertas-kertas lecture notes tahun tiga, yang tahun satu dan tahun dua yang menimbun dalam almari pun kita godek sekali. Plus tarik sama dua kotak besar bawah katil yang simpankan kertas program + kertas artikel + kertas-kertas sepanjang hidup kat Jordan dulu.

Keluar, pilih, asing, buang! *dah macam iklan minyak plak*

Semua lecture notes untuk junior setiap tebal sejengkal kita ikat dengan kertas biar lekat sekumpulan. Pastu letak tindih-tindih tepi dinding biar sekata sebanyak 3 row 2 line. Fuh banyak giler, macam bakal kena panggil teksi je time junior nak amik nih. Sekali pandang macam pusat kitar semula pun ada. Huhu, lantaklah lah janji kemas.

Kotak yang berkotak-kotak pulak kita asingkan jadi tiga grup. Kotak nota sendiri, kotak nota senior dan last sekali kotak kertas buang. Kertas-kertas nak dibuang pakai balik sikit semula jadi pengikat kertas lain. Alhamdulillah ada gak kegunaan terakhir diaorang~

Next,kertas kerja bubuh sefile. Kertas artikel letak selaci. Kertas kena selalu baca letak sebekas. Fail sumbat dalam kotak gedabak. Hoyeay! Almari dah kosong sikit, mari isi balik buku-buku yang terkeluar dari almari sebab terlebih muatan~ ^_^ *bersinar-sinar mata nampak almari buku penuh buku*

Tengah-tengah khusyuk buat kerja, tiba-tiba housemate masuk nak pinjam komputer sambil tanya "solat belum, cik?" dan tunjuk tingkap yang dah hitam.

EH.EH. Dah maghrib eh? Bukan baru pukul 4 ke? Erk. Stop2, solat kejap.

Habis solat terus kocoh-kocoh sambung kerja. Kalau dah malam, maksudnya time tidur dah nak dekat. Takkan nak tidur dengan timbunan kertas kot. Haish. Cepat weh..

*buat kerja macam lipas kudung*

And then...,

Tepat pukul 11.30 akhirnya semua kertas berjaya di sort out dengan best lagi teratur sekaligus membarukan lagi muka bilik hari ini. Haha.. How i wish i can change my room as easy as ABC with a magic stick, so then bila bosan/ tension boleh ubah angin dengan bahagia. ;p

Tapi, bila tengok balik sekotak besar kertas yang nak dibuang tu tiba-tiba terfikir

"Kenapalah Jordan tak ada pusat kitar semula lain selain kat Amman.. Kan best kalau ada, boleh jana pendapatan sikit dengan kertas yang menimbun-nimbun nih.. Dah la pokok kurang, kertas plak main buang-buang je. Membazir~" (sekian, ceramah Enviroment Protection.)

Apa-apa pun, sangat happy kerja dah siap. Lepas ni boleh buat iklan "Mana-mana junior yang nak lecturer notes tahun dua (half) dan tahun tiga, bolehlah menghubungi saya secepat mungkin. First come first serve. Nak kosongkan bilik dengan segera. ;)". Nota tahun satu dah banyak buang, just tinggalkan soalan-soalan je, next year boleh kasi adik-adik baru dtg a.k.a bahan untuk memudahkan perkenalan. Acece.. Hehe.

Alhamdulillah, urusan kertas dah habis.
Tiba-tiba terasa macam budak dah grad berkemas nak balik Malaysia. ;p
Alangkah bestnya kalau betul! *excited nak habis*
Lagi tiga tahun je pun... Insyallah boleh buat, Fighting! ^_^

**************************************************************

Plan senggang exam:
1) Amman b4 puasa
2) Buku bukan akademik puas-puas
3) Jalan-jalan jumpa tetamu
4) Setelkan borang darah
5) Merawat kembali penyakit 'gatal melukis' dalam kelas farm. Habis buku aku.

*************************************************************

8 comments

Little Caliph. | July 26, 2010 at 7:58 PM

assalamualaium..
nk masuk blog boleh?hehe
nak cop notes akak!
system punye sume sekali ade ke?

Ainul Arina Madhiah | July 26, 2010 at 8:42 PM

um:
wa'alaikumsalam.
sila2. cepat sungguh awak eh. hehe.
meh la datang kalau nak, macam biasa eh angkut sekali beg n kawan sorang dua, banyak giler nih. akak sort out semua dah. semua sistem (huhu, sori last year punya kucar kacir, akak bz time awk mintk tu. tahun ni dah ok dah. ;p)

p/s: yang nota tahun dua akak kasi balik dulu bleh tak nnti bfore kasi org lain? akak nak sort out yang tu plak before kasi junior.

Ainul Arina Madhiah | July 26, 2010 at 8:43 PM
This comment has been removed by the author.
Rossarina™ | July 27, 2010 at 3:22 AM

aku boleh jadi schizo kalau nampak kertas bertimbun. percaya lah hahaha. aku xsuke dokumen. aku kagum dengan ko, sebab mampu mengurus kertas dengan efisien ..

tabik spring ah, Ainul ..

Ainul Arina Madhiah | July 27, 2010 at 4:01 AM

arina:
aku pun sama da.. tu pasal aku kena setelkan cepat, karang tak pasal2 schizo time2 stress juge. huhu..

ayyash | July 27, 2010 at 4:58 AM

bile2 ko rase ko nk gi kedai buku kt amman, btau ak nul..

Ainul Arina Madhiah | July 27, 2010 at 6:13 AM

ayyash:
ko nak kirim ke ko nak ikut?

Little Caliph | July 28, 2010 at 7:02 AM

ok2.
notes akak kite dah kemas..
nti kite buat barter eh =p

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images