E.M.O

Assalamualaikum..

Semalam saya sangat stress.
Kemudian ada kawan kata "Takpe, balik boleh tulis blog. Jeleslah dengan orang yang pandai luah perasaan dalam bentuk tulisan...

Erk? Am I? ﴾͡๏̯͡๏﴿

Haha.. Takde maknanyer~

Lain orang, lain caranya.
Tapi saya,blog bukanlah tempat meluah perasaan yang sangat jelas lagi ketara. Gembira tak apa, tapi kalau berunsurkan ketidak-stabilan emosi saya tak gemar menunjukkan secara konkrit di laman ini.

Pertamanya sebab blog ini terlalu public. Kemudian kalau emosi saya tak stabil pun bukanlah lama sangat. Risau-risau nanti diri dah selesai tapi blog yang memanjangkan cerita. No.no.no!

Memang boleh je nak cerita dalam blog tapi penceritaan saya bukan jenis Straight forward. Ia lebih kepada tersembunyi dan lapik-lapik. Dari sudut watak, suasana mahupun jalan ceritanya. Tapi matlamat dan nilai akan tetap sama.

Maka, saya cuma boleh merumuskan bahawa blog ini lebih mengajar saya untuk meng-analogi-kan cerita supaya rahsia tetap terjaga di samping semua masih boleh mengambil iktibar daripadanya.

Ingat!
Kayu yang dipaku, kesannya takkan hilang walaupun paku telah dibuang.

Jadi, fikir dahulu sebelum bertindak! =)

**********************************************************

P/s:

Semua kakak-kakak graduan tahun 2010 akan pulang hari ini. Selamat jalan semua!!

3 comments

Rossarina™ | July 22, 2010 at 10:33 PM

baek nye ko, Ainul. kalau aku dah sumpah seranah dah dalam blog huhu.

paku dan kayu. OUCH OUCH @_@

Ainul Arina Madhiah | July 23, 2010 at 8:51 AM

arina:
baik mendenyer... dalam blog je takde. hehe.. ;p

Putera asQalan | July 26, 2010 at 1:02 AM

thumbs up utk dua-dua arina.

lain orang lain cara ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images