Dunia Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Ini Amna Nuha, anak sulung kakak angkat saya. Keletah, cerdik dan comel. Umur dia dua tahun baru dia dapat jumpa dengan Acik dia yang jauh sangat nih. Orang kata Amna nih tak reti duduk diam, tapi balik haritu dia sangat baik dan sangat mendengar kata cakap Acik dia. Hehe. Rindu la budak kiut nih! She is so adorable~


(Kak yan, rambut Amna ni mesti Mak Ana yang ikat kan? Arina dulu pun kena ikat fesyen yang sama. Tak ubah-ubah gaya mak buat~ Hehe... )




Saya suka kanak-kanak?
Kenapa saya suka kanak-kanak?
Sebab kanak-kanak suka saya.

Haha.. berkeyakinan amat gayanya~
Boleh lah sikit-sikit sejak kadang-kadang memang acara-acara rebut perhatian anak orang nih... ;p

Tapi kan bila saya belajar Psychology ni baru saya sedar sikit,
saya senang mendapat 'kebenaran' warga cilik ini bukan sebab aura rupanya..
Mostly saya rasa sebab curiousity mereka (based ikut umur)..

...pada cermin mata saya...
...pada umpan warna-warni yang saya bawa...
...pada hadiah-hadiah yang saya acah-acah hulur...
...pada trick saya yang melenyapkan ibu-ibu mereka...
...pada ajakan baik berbaur ugutan yang saya guna...
...pada soalan-soalan saya yang meriuhkan mulut-mulut mereka...
...pada kesanggupan saya layan benda-benda kegemaran mereka...

Aiseh, kantoi sudah!

Jelas lagi nyata,
Tiada yang istimewa melainkan pandai berpsychology untuk memanipulasikan keadaan dan tahu men-detect ruang dan peluang waktu bila kanak-kanak senang di-approach dan ditarik!

Time dia tak layan, jangan layan dia balik. *kejam ke? hehe..taklah!*

Plus, bersikap sedikit sebanyak seperti mereka selalunya akan meyakinkan mereka bahawa "oh, kakak ini boleh dibuat kawan".. ^_^

apa-apa pun, bila belajar psychology kanak-kanak semester ini saya jadi lagi banyak idea macam mana nak meng-approah golongan kiut-miut seperti budak-budak ini. Mungkin boleh jadi lebih senang dari biasa sebab dah tahu sikit sebanyak psychology mereka melalui subjek ini.

Contohnya di usia bawah 2 tahun, mereka selalunya dah ada konsep 'object permanence' dimana mereka ni kalau kita tunjukkan satu objek dan kemudiannya sorokkan objek tu dari depan mata mereka, automatiknya mereka akan cari balik mana objek tu. Sebab secara normal psikologinya memang mereka bersikap 'tahu sesuatu benda tu memang wujud dan ada'. So, try la tayang2 sesuatu depan mereka beberapa lama dan main sorok-sorok benda tu. For sure, diaorang akan tertarik! Dah lama-lama main nanti, boleh lah senang rapat dan larikan dari ibu ayah mereka tanpa budak-budak ni sedar~ :P

See, it is easy as ABC. Just take some time and TING!!!! you get their attention!

Tapi jangan la test waktu diaorang tengah melalak atau meragam, memang la langsung tak layan~ Huhu...

Layan budak-budak sangat best! Dengan diri sendiri pun dah jadi budak rasanya..Senang nak kawan, senang nak suruh, senang nak layan...

Dan kadang-kadang semua tu buat saya terfikir....

Alangkah indahnya kalau meng-approach orang dewasa sesenang meng-approach kanak-kanak. Ragam makin besar makin lain dan makin luas. Nak berkawan ada yang susah, ada yang senang.

Tapi bab nak saling memperingatkan antara satu sama lain itu yang susah teramat untuk dibuat. Salah cara nanti kesannya bukan sehari dua, mau lama jugak terasanya nanti. Silap-silap dari kawan, tiba-tiba jadi lawan. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.Susah sungguh~

Itu aspek rakan sebaya, kalau dari sudut kita sebagai junior mahupun anak muda yang dikatakan baru setahun jagung, macam mana agaknya nak bersuara pada mereka yang jauh lebih tua. Saya yakin tak ramai yang berani kalau tak tahu cara. Kan?


^_^

But as been told by one of my teacher, human is a complex creation. We need a lot of research and experience in knowing the best way to deal with them. So my dear friends, do not give up! Keep up the spirit and keep fighting~

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (3:200)


Ganbatte! (゚ヮ゚)づ

p/s:

1) Satu je saya tak puas hati dengan budak-budak, kalau lama tak jumpa diaorang mesti diaorang tak ingat langsung kita siapa... Penat oh nak ulang ambil masa layan balik bila diaorang mesra semula. Hmmpph.. :(

2) Tiga tahun duduk Jordan, still tak dapat skill lagi pujuk anak Arab.*Nasib baik cucu Baba ramai terer english walaupun kecik-kecik lagi*Bahasa diaorang(kanak-kanak) lagi pelik nak tiru sebab bahasa mak ayah diaorang pun still tak fasih sepenuhnya lagi. Anak orang Melayu je la pun yang boleh diajak kalau nak.. *cam mana nak masuk Pedi tahun depan nih?"

3) Ustaz Sulaiman (Pegawai MSD) dah nak balik, bermaksud si Nabilah (Dik Ila) comel dan adik-beradiknya yang kiut dan best pun dah nak balik. Ala, kena pergi melawat selagi boleh la macam nih. Bukan selalu jumpa diaorang. Haritu bila saya tensen dia asyik lupa saya je, dengan selamber dia balas - "Acik nih macam mana la Dik Ila nak ingat acik, acik kena lah selalu lawat Dik Ila.." - Erk,last-last diri sendiri gak terdiam. Ish,Pandai betul budak nih smash aku~ >_<

Budakkk La Budakkk~

6 comments

Rossarina™ | July 19, 2010 at 2:39 AM

soalan cepumas.

BILE KO NAK ADE ANAK SENDIRI?

ha ha ha *lari*

Ainul, ajar aku cane nak layan budak2. aku tak reti T_T

Ainul Arina Madhiah | July 19, 2010 at 5:53 AM

arina:
ntah!
haha.. best tak jawapan aku? ;p
boleh2.. jom nnti aku buat program utk ko spesel bab nih. *poyo giler*

crazerx | July 19, 2010 at 9:52 AM

kak ainul nk kawen?

oh.. jgn lupe hanta kat abg saya kad.. utk saya jgak skali.. hahaha..





p/s: ingt lgi ke sy? wink2..

Ainul Arina Madhiah | July 19, 2010 at 10:13 AM

ummu:
oi!oi! ni sorang lagi budak nak kena sekeh ngan akak nih... >_<

bila masanya plak akak nak kawin? memandai je dia, tarik balik kad di masa depan baru tahu. haha.. don't worry lah ummu, kalau smpai seru nnti for sure akak kirim ke awak punyalah :P. satu sudah, kongsi2 la ye ngan abang awk. hehe..

p/s: of course la akak ingat awak! mana bleh lupa.. ^_^

nurunnuha | July 24, 2010 at 11:32 AM

eh eh!
nama dia amni nuha la..
ahaha, dan dan je excited bila ternampak perkataan 'nuha' tu.. =)

tapi betul. best main dengan budak2! wee~

-lama x mengomen kat sini-

Ainul Arina Madhiah | July 27, 2010 at 5:15 AM

kak nuha:
hi akakkkkkk! lama betul tak nampak. ;p

budak tu amna nuha la bukan amni. hehe. Memang baca nama dia, ainul teringat akak sama. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images