Alf Mabrouk



*******************************************************************

- Sabak Bernam -


Sebulan lepas, saya baru kena ceramah dengan polis kenapa balik awal sangat padahal hujung minggu ini keluarga kami ada perjumpaan besar a.k.a kenduri tambah ahli. Abang sepupu saya si polis tu la yang nak kawin!

Kena soal dengan orang kerja polis ni memang konfirm ah tak boleh lawan. So, cara terbaik adalah sengih sahaja sambil janji akan call time dia nak kawin nanti. hehe..

Ingat lagi dulu time duduk Gopeng, rumah famili dia je la tempat saya nak pergi lari dari sekolah kalau cuti pendek-pendek. Dia pesan ada apa-apa kasitau dia. Nak fly pun dia boleh ambik kan. Haha. Bertuah kan abang sepupu sorang nih? ;p

Tapi dia memang abang sepupu yang best, sama gak macam yang lain. Boleh diharap dan senang dibuli. Hehe.. Adik sepupu memang konfirm lah menang kan kalau pandai pujuk. ;p

Abang Nizam, Tahniah!!!!!! ^_^

Walaupun Arina tak pernah jumpa lagi kakak yang bertuah tu, konfirm mesti dia memang the best yang terbaik untuk Abang. Jadi suami orang elok-elok tau. Balik tahun depan, kena bawak kenalkan dekat Arina okeh. hehe...

And again, sorry tak dapat datang~ Huhu T_T Sangat-sangat nak sebenarnya..

*************************************************************

- Kuala Lumpur -


Ini lagi satu kenduri minggu ini yang saya sedih jugak tak dapat pergi.

Dia salah seorang kawan baik saya yang sangat best. Pandai menulis dan pandai macam2.

How funny dah jumpa lama dengan dia dari Malaysia tapi hanya mula rapat melalui alam maya. Dalam blog, she is the best! Time-time tak berapa betul di alam realiti, saya senang bersembang-sembang dan gaduh-gaduh manja dengan dia di komputer sendiri. Adegan 'berebut kakak' yang paling tak tahan tu. Sangat childish kan? Haha. Satu yang paling saya cemburu, dia sangat senang berkata-kata dari segi emosi terutamanya. Dan saya memang selalu kalah sebab saya segan memberitahu rasa hati seterangnya.

Mostly kawan-kawan saya semuanya kawan dia juga. KS, Kak Wani, Kak Nadia, Chiam, dan ramai lagi. We share a lot of similarity but yet i never told her before that i always think she is always superior to me. =)

Dan hari ini, dia melangkah lagi ke depan semula meninggalkan kami di belakang dalam tangga menuju keredhaan-Nya. Dia pun dah jarang singgah dekat blog saya -tanda kesibukan yang makin ketara. Tapi takpe, blog bukan tanda, yang penting ukhwah yang dibina kekal selamanya.

Selamat Pengantin Baru Fathiyyah! Semoga kekal berbahagia hingga ke syurga~

Now let me reply her message here:
Fathy, i miss you too. Take care dear. Jangan selalu sedih2. Mujahidah kena kuat n Fathy confirm boleh buat! Pasal Tiqah, don't worry. Ainul still pegang lagi janji kita dulu~ ^_^

***********************************************************************

Sob!Sob! *Lap air mata*

Dah..dah.. Tak leh sedih2. Kena happy la orang kawin~ Ape la...

Tukar mood!

^_^

Okay, sementara orang Malaysia semua nak kawin minggu nih, saya nak keluar berjalan kejap lah. Nak pergi ambil semangat Tanah Urdun nun di daerah sana. Hehe.. bYE~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images