Travelog Spain - Granada Cordova 2010

Assalamualaikum..

…:::: Travelog Spain 2010 ::::….

Pertama sekali, maaf kepada kawan-kawan yang dah lama bertanya tentang perjalanan kembara saya ke Spain dan France sepanjang cuti yang lalu. Sekarang baru saya berkesempatan selesaikan task ini. Tapi maaf juga kerana kali ini saya terpaksa khususkan hanya untuk Spain sahaja sebab dah panjang sangat. Ok, let's begin~

Oh, ya. Untuk rakan-rakan yang pernah bertanya tentang bajet, saya peruntukkan JD1000 untuk semua benda termasuklah sekali dengan tiket flight Amman-Paris (JD290) dan flight Paris-Malaga (JD150). Kalau perbelanjaan di Spain sahaja (flight tadi campur makan shopping dan tempat-tempat yang perlu dibayar), saya bajet JD350. Ini kiranya sangat cukup dah la.



Tapi diingatkan, bajet ini adalah untuk orang macam saya yang kurang shopping (saya hanya shopping setakat benda basic buku,keychain,fridge magnet, snowball,poskad). Kalau nak shopping barang lain yang lebih, bawak duit lebih la ye sebab barang-barang lain dekat Spain khususnya Cordova adalah mahal! Yang dibawah ini saya beritahu harga benda basic ya~

SPAIN

Flight ticket from Paris to Malaga = Euro150.00
Pengangkutan dalam Spain = Euro 70.00
Hotel di Spain (3 malam) = Euro 45.00
Entrance fee Al-Hambra = Euro 10.00

TOTAL DI SPAIN = Euro 275.00

Ok, selesai bab bajet. Mari masuk lokasi pengembaraan…. (n_n)

31hb Januari 2010 – Ini tarikh keramat. Saya namakan kisah kami “ KEMBARA JEJAK TARIQ DAN MUSA” Kembara kali ini saya ambil masa hampir dua minggu. Lokasi utama : Spain dan Perancis. Jalan kapal terbangnya begini : Amman – Cyprus – Paris – Malaga – Girona Granada. Dari Amman ke Paris naik Cyprus Airways. Dari Paris ke Granada naik RyanAir. Dari Granada pula, kita naik bas ke Cordova. So, anda boleh bayang berapa banyak kali saya tukar flight dalam sehari ? Dah rasa macam flight tu bas pulak, sakit pinggang jadinya. >_<











Satu amaran untuk orang yang naik RyanAir, kapal terbang ini ala-ala Air Asia. Rebut la maknanya. Tapi sebelum naik, make sure beg anda hanya sebesar bekas ini sahaja. Wajib! Plus, berat hanya boleh sampai 10 kg sahaja. Not more than that. Kalau tak, andai 11kg-20kg, korang kena bayar 35Euro. Lebih 20kg, maka lagi tinggilah charge kena~ This is the worse torture we ever had in this journey! T_T



Kalau tak, sila buang segala baju-baju lebih atau barang lain / pakai semua baju anda on the spot supaya beg ringan. Hahaha.. Percayalah, disebabkan ini adalah winter dan baju tebal sangat banyak, ada di antara kami telah berjaya menjadi astronaut dengan memakai 5 lapis seluar dan 9 lapis baju sebab malas nak punggah beg. Biar badan berat, asal beg ringan~ Hehe..



Ok,akhirnya sampai di Granada! Assalamualaikum Ya Tariq bin Ziyad. Assalamualaikum Ya Musa bin Nusair. Aku datang menziarahi kalian. Doakan kami agar rohnya jihadmu dapat kami rasai dan hikmah perjuanganmu dapat kami titipi. Semoga kembara ini bukan sekadar balik membawa debu, tapi balik bersama ilmu dan pengalaman baru bersama hikmah yang kami buru. Amin.. ^_^



Pertama sekali kena buat bila sampai Granada adalah beli tiket ke Cordova. Susah ya amat la hai bila orang tiket tak paham bahasa inggeris. Ini dahlah hari pertama, mana pandai speaking Spanish lagi. Makanya apa? Perlu belajar cepat la kalau nak senang di Spain! 



Di Station bas ini, ditakdirkan Allah, saya bertemu dengan seorang sahabat lama yang saya baru kenali sewaktu mengikuti Kelana Convoy dahulu , Auni dari RSCI Dublin. Masya Allah, jauhnya kita jumpa kembali. Tak sedar rupanya kami saling mengecam walaupun kurang berani bersapa di awal nya. Bila saya yakin bahawa dia adalah orang yang sama, barulah dia juga secara yakinnya berkata “ Ini Ainul Jordan ya? “ Apa lagi, makin rancak lah kami bertukar cerita sambil memperkenalkan rakan-rakan yang lain. Mereka sudah habis ke Granada dan mahu ke Sierra sedangkan kami pula baru tiba. Ma’alisy, ada rezeki nanti jumpa lagi ^_^

Kemudian. Check in hostel. Ini adalah hostel kami : Hostel EL-Granado. Berdekatan dengan Universiti Of Granada. Pemiliknya seorang orang muda Espana bernama Fredi. Sangat baik dan peramah dan ceria. Selalu bertukar-tukar cerita dengan kami. Satu perkara yang saya paling tak boleh lupa tentang dia adalah ayat-ayat dia yang selalu buat orang kagum. One of them is “ If you can’t travel to the world, make the world come to you..” Ini jawapannya ketika kami bertanya kenapa dia memilih untuk buka hostel. Nice! ^_^



Hostel El-Granado punya dapur besar, bilik tidur, bilik air semua tiptop. Cuma satu yang buat kami garu kepala ialah katil dia. Katil dia tiga tingkat ooo!! Memang tak boleh bersila atas katil langsung kecuali orang tingkat atas. Masuk katil kena merangkak, keluar katil pun kena merangkak. Tambah-tambah orang tinggi macam saya, oh sedikit terseksa di situ. Huhu. Takpelah, layan je. Travel is not a leisure, kan?



Ok, time to explore the world of Granada~ (Winter di Granada = Panas !! )
Sebab dah terbiasa berjalan sendiri di KC, saya sudah lali dan seronok membaca peta dan berjalan membawa orang, daripada dibawa orang. Maka, kebiasaannya saya akan jadi orang terawal dan men-decide jalan walaupun tempat nak pergi di-decide oleh orang lain.

Pertama sekali, kami ke Cathedral. Cathedral ini adalah kubur Ferdinand + Isabelle. Siapa mereka? Mungkin ada yang bertanya kenapa pergi ke kubur penghancur empayar Islam? Maka saya akan jawab bahawa di sinilah kita akan tahu kenapa Islam jatuh dan kenapa mereka boleh naik.



Secara asasnya, saya boleh katakan kekuatan Isabelle dan Ferdinand bermula disebabkan penyatuan kekuatan yang berlaku melalui perkahwinan mereka. Isabelle adalah Ratu Castile manakala Ferdinand pula adalah Raja Aragon. Percantuman dua kuasa besar ini pula dikuatkan lagi dengan matlamat mereka yang serupa iaitu : Kristianisasi. Apabila ketika itu Islam sangat lemah dari segi rohani, maka mereka yang kuat didukung agama berhasil mengalahkan kita.





Di dalam Cathedral ini kebanyakan senibinanya bersadur emas. Sebak untuk saya bayangkan bahawa tapak Cathedral ini sebenarnya adalah Masjid Utama di Granada suatu masa dahulu. Apabila umat Islam di hapuskan, seluruh harta masjid dijual untuk membina Cathedral bagi mewujudkan bukti kuasa Kristianisasi di bumi ini. Ya Allah, saya amat pasti jasad kedua manusia terkutuk ini sedang teruk diseksa di sini. Na’uzubillah~







Di dalam Cathedral juga, kita akan automatic-nya masuk The Royal Chapel, kawasan kubur diraja utama. Selain Fedinand dan Isabelle, kubur King Phillip The Handsome (Bluwekkk! ) dan Queen Joan The Mad juga ada di sini. Nothing for us. Cuma di penghujung area, ada beberapa lukisan yang memaparkan saat-saat Islam jatuh – Penyerahan Kunci, Pembastisan Orang Moors(Islam), Pembunuhan orang Moors dan beberapa lagi yang menyakitkan mata dan jiwa. T_T





Baiklah, mari keluar dari Cathedral. Di tepi Cathedral ini ada banyak kedai-kedai cenderahati. Untuk pengetahuan, hanya area ini adalah area shopping yang paling murah dan paling banyak pilihan. Sekian melaporkan untuk kaki shopping.



Next, target hari ini ialah menghabiskan area Al-baycin. Ada beberapa tempat utama yang perlu dituju. Di ingatkan bahawa Granada ini geografi buminya adalah berbukit. Maka, sepanjang kita bakal berjalan ini semua jalanya adalah bukit-bukit belaka. Kesimpulannya untuk yang tak pernah datang, predict lah bahawa untuk ke sini, kaki kena fit dan tahan naik bukit sejauh-jauhnya. ^_^



Al-Baycin secara umumya adalah kawasan utama yang penuh dengan peninggalan umat Islam selain Al-Hambra. Ada tiga bahagian utama : Lowe Al-Baycin, Sacromonte dan Upper Al-Baycin.

Pertamanya, kita lalui dahulu Lower Al-Baycin. Di sini ada satu sungai bernama Sungai Darro. Dikatakan kawasan ini adalah salah satu area yang menjadikan Granada sebagai satu Bandar ajaib.



Tempat paling penting di sini adalah Royal Chancery(Mahkamah Utama), Pilar Del Toro (Fountain Of The Bull), Church Of Santa Ana (Menara dia sebenarnya menara masjid yang ditambah loceng), Carerra Del Darro (jalan tepi sungai yang paling famous di Granda – orang kata romantic dan cantik. Agaknyalah~), Bano del Nogal (tempat mandi awam), sisa Puente de Cadi (jambatan naik dari al-Baycin ke Al-hambra), Church of St Pedro y St Pablo (sebenarnya dari bekas runtuhan tapak Mosque Of Bath) dan yang terakhir sekali Paseo de Los Tristes yang sangat cantik tapi pernah digelar Avenue of Sorrowful sebab setiap kali ada orang meninggal, kena berarak lalu sini dulu. Huhu~











Habis lalu Lower Al-Baycin, kita naik bukit lagi pergi pulak Sacromonte yang bermaksud “Sacred Mountain”. Ini tempat orang Gypsy tinggal. Mereka hidup dengan bina rumah dalam gua. Katanya mereka ni dari Egpytian Tribe. Kalau nak tahu, di sinilah asasnya bermula Tarian Flamingo/Flamenco yang seksi itu.







Kat sini ada muzium sebenarnya, tapi muzium tu tutup waktu kami datang. Dari buku yang saya beli waktu datang tadi, tempat ni jadi lagenda sebab kononnya ada banyak magic. Pertama ada “leaden book”, pastu kononnya juga ada beberapa St. meninggal kat sini, selain tu juga ada satu Sacred Caves kat sini yang ada satu batu di mana menurut lagenda kalau perempuan pergi cium batu tu, perempuan itu akan kawin tahun tu jugak! (Huiyoo~ Ish, kurafat tu..!)





Dari Sacromonte ni juga kita boleh tengok Al-Hambra dengan sangat jelas dan sangat cantik!



Ok habis Sacromonte. Kemudian, kita daki pula Upper Al-Baycin. Walaupun sini banyak Plaza dan Church, tapi target utama kami ialah Mezquita Mayor De Granada (Masjid Jami’ El-Granada) atau nama lainnya Al-Baycin Mosque. Punyalah susah nak cari masjid ni sebab dia memang tak masuk dalam sebarang peta mahupun buku-buku lawatan. Kami hanya berbekalkan nama area yang pernah orang lain datang dulu. Maka, terpaksalah pusing sendiri lalu sendiri sambil tanya-tanya orang even tak ramai yang tahu.



Pusing punya pusing, entah kenapa kami asyik-asyik sampai balik dekat bawah tangga Church Of St Nicholas (tinggi sikit dari tempat lain.kena naik tangga). Malas nak naik asalnya sebab kami nak cari Masjid, bukan church. Macam dah sesat je nih.. T_T Tapi bila dah tiga kali asyik sampai situ sahaja, last-last saya ambil keputusan akhir untuk naik dan tanya orang kat gereja sendiri dimanakah masjid Granada (dah tension). Ya Allah, rupa-rupanya masjid yang kami cari tu betul-betul sebelah Church Of St. Nicholas! Laaaaa….. (Inilah gambar gereja itu. Dinding sebelah kanan ini baru masjid. Macam lebih kurang kan?)



Dah teramat excited sebab dapat jugak jumpa masjid. Letih sangat-sangat pusing satu Al-Baycin yang besar tahap besar sangat nih. Awal-awalnya saya agak kecewa sebab masjid tutup(belum Asar) tapi kemudian tak sampai beberapa minit kami terduduk sedih tak tau nak pergi mana untuk solat dan berehat, tiba-tiba datang seorang pakcik muda bermuka Spain tegur kami, rupa-rupanya dia penjaga masjid. Dan Alhamdulillah sebab dia kesian pada kami, maka kami diberikan masuk ke dalam untuk rehat dan melawat masjid! Yeay! (^_^)Y



Masuk masjid rasa macam masuk syurga je sebab dapat rehat dan dapat solat dengan tenang. Kaki semua pakat dah melepuh sebab banyak berjalan. Sambil-sambil rehat dan solat jama’, kami pusing satu masjid. Tak besar tapi cukup selesa. Dari pintu masjid ni, kita boleh juga nampak al-Hambra dari kejauhan.



Bila nak keluar, kami terjumpa seorang lagi pemuda di dalam kawasan masjid, bukan pakcik tadi. Mula-mula sekadar senyum tapi bila dia dapat tahu bahawa kami boleh berbahasa Arab terus makin rancak kami bersembang. Namanya Mehmet, dari Maghribi. Kerja sebagai penjaga masjid. Tidak fasih berbahasa Inggeris tapi arab Fushah nya cukup mantap! Kami temuramah Mehmet sehabis-habisnya tentang masjid Granada.
Menurut Mehmet, pakcik yang kami jumpa awal-awal tadi adalah mudir/’tuan penjaga’ Masjid ini. Beliau itu sebenarnya Muallaf Spain (Alamak! Rugi tak temuramah dia.. mesti lagi best!). Katanya lagi, masjid ini masjid baru. Siap dibina pada 1996. Nak bina masjid ni ambil masa 7 tahun baru boleh siap guna betul-betul pada tahun 2003. Itu tak termasuk lagi tempoh 500tahun masjid tak dibenarkan dibina langsung! (wah!!).



Kalau tengok keliling, belah kanan masjid ni adalah Church of Salvador, gereja utama di Al-Bycin (gereja ni pun dulu tapak masjid juga sebenarnya tapi dah dimusnahkan untuk bina gereja T_T). Belah kiri masjid Granada sekarang pula, adalah asrama rahib perempuan (aik??!!). Kami tanya dia, tak gaduh ke sangat-sangat dekat macam nih? Mehmet kata dulu awal-awal susah jugak, tapi sekarang diaorang makin toleransi. Alhamdulillah. (Bawah ini gambar asrama rahib.)



Masjid Granada ini adalah SATU-SATUNYA masjid yang boleh azan ke luar masjid. Masjid lain tak boleh lagi. Alhamdulillah, masih ada gak lagi ayat Allah dilaungkan dekat sini. Orang Islam makin ramai kat Granada tapi masih lagi dikira minority. Kebanyakannya adalah orang luar yang jadi student Univeristy Of Andalus. Kalau perasan pun, tak ramai orang bertudung kat Granada nih. Susah sangat nak jumpa~



Rasa insaf bila dengar cerita Islam di Granada. 500+ tahun tu baru dapat bina balik satu masjid. Bukan macam Turki yang setiap 100 meter ada satu masjid. Memang jauh berbeza sangat-sangat. Mehmet pesan macam-macam pada kami, belajar sungguh-sungguh dan hayati betul-betul Islam. Kami patut bersyukur dengan apa yang kami ada dan pegang baik-baik semua tu. *Insaf*



Hurm.. Tiba-tiba terfikir, anehnya aturan Allah hari ni. Terasa macam ada sesuatu di sebalik semuanya bila kami asyik tersesat ke tempat yang sama hanya sekadar mahu mencari sebuah masjid yang sangat-sangat susah, tambah-tambah bila bukan waktu solat! Tapi yang saya perasan, kalau kita betul-betul nak dan betul-betul berharap, at the end Allah akan tunjukkan semuanya. Everything sampai ke akar. Even yang tak mintak pun akan ternampak~ Subhanallah!



Sebelum kami keluar masjid, Mehmet ajak kami ke Restaurant Halal yang ada nasi. Di area Al-Baycin susah giler nak carik tempat makan halal, tak macam di area Bandar tempat hostel atau cathedral tadi. Disebabkan kami lapar teramat sehari tak makan lepas breakfast, semua pun setuju je. Dah la nasi pula tu. *mata bersinar-sinar dengar nasi*





Inilah tempatnya. Dekorasinya Masya Allah, superb! Rupanya pakcik pemilik mat’am ni dia sukakan bidang architecture. Kalau tak silap dia memang tgh ambil phD lulusan tu. Family dia yang buka kedai ini. Sambil masak, dia sambil tunjukkan kami fail-fail gambar kajian dia tentang Al-hambra. Lawa-lawa! Kami disajikan dengan Nasi lauk daging (saya lupa nama) dan Teh Granada( teh ni memang lain sangat-sangat! Sedap. Wangi. Bau dia special. Best lah~).



Tapikan… sedih satu je, kami lupa yang ada orang pernah pesan harga makanan kat sini mahal. Sebab lapar sangat, kami makan je nasi yang diberi tanpa sempat bertanya harga. Bila dah kenyang, dapat bil barulah nak ternganga . @_@ Satu kepala 14euro!!!!!!! Aduh, pokai terus sehari… Nasi ini punya pasal. *pengsan*



Takpe2, rezeki badan dah dapat walaupun rezeki duit lari. Sabar je lah. Mari teruskan kembara!



Kemudian saya kami teruskan pula perjalanan menuju ke Palace Of Dar Al-Horra (tempat tinggal ibu Raja Boabdil – raja Al-Baycin). Oh lupa, dulu Granada ada dua raja –Raja kerajaan Al-Baycin dan Raja Kerajaan Al-Hambra walaupun dua-dua dari darah keturunan diraja keluarga Nasrid.



Disebabkan kami di berada di atas bukit, kami bercadang nak balik turun ikut jalan yang berbeza dari jalan tadi. Maka, kami decide mahu ke Elvira Gate,pintu pemisah antara dua masa yang terletak di kaki bukit Albaycin. Di belakang Elvira Gate, tempat kami berada sekarang adalah Bandar Lama. Manakala di depan Elvira Gate pula adalah Bandar Baru yang moden seperti sekarang.



Masalahnya,peta yang kami ada ini nampak jalan ke Elvira Gate dari Palace of Dar Al-Horra macam mudah dan simple. Sekali bila ikut, kami terpaksa lalu tepi istana lama yang sangat besar lagi sunyi serta penuh lukisan dinding yang sangat horror macam rumah hantu dimana sebelah kami yang lainnya adalah pagar batu bata tinggi yang dipenuhi belukar! Tersepit. Jalannya pula berbelit-belit dan sempit serta penuh terowong-terowong kecil yang menyebabkan kami semua teragak-agak nak lalu ke tak. Kalau tak lalu, maka tak balik. Kalau nak patah balik, jauh oh! Takde orang langsung pulak tu~

Tiba-tiba waktu itu, lalu seorang wanita muda dengan anak kecil yang sangat rileks lalu macam tiada apa. Dalam hati saya sudah teragak kakak ni mesti tahu jalan! Kami segera berbincang dan decide ikut je kakak tu, tapi bila pandang depan balik dia dah hilang ditelan jalan yang bengkang-bengkok tu! *horror* Sebab semua dah cuak kerana dah lewat petang, maka semua kami lari bertempiaran redah je istana hantu tu untuk kejar kakak tu dan anak dia. Serius taubat takmau lalu situ dah! Takutttt~

Dalam 5 minit lari lalu tempat yang menakut itu, akhirnya kami sampai ke penghujung istana – tebing bukit yang amat tinggi tapi cantik. Allahhh, takkan jalan mati! T_T Eh, tak.tak. Fuh, lega. Dalam hati gelabah juga dah macam mana nak turun. Bapak tinggi! Maka dengan doa tak sudah-sudah dalam hati, saya usyar kereta yang lalu dari area kami ke bawah dan decide untuk ikut laluan kereta walaupun jauh. A little bit curam tapi rasanya selamat. Ok, boleh lega~



Di atas bukit ini,terbentang di depan kami adalah seluruh Bandar Granada yang sangat luas terbentang indah. Cantik, sempat jugak snap sekeping dua gambar walaupun jantung masih tak hilangg debar. Sambil ambil gambar, sambil teropong mana Elvira Gate. Ok, itu kecil di hujung sana sudah jumpa. Mari kembali memecut berjalan sebelum maghrib! Tak sanggup saya nak bermaghrib tepi Istana Hantu ini. No! No! Big No! Nasib baik peta sangat lengkap walaupun jalan yang dia beri sempit teramat cukup satu kereta lalu sahaja. Lantaklah! Laju.Laju. Jalan laju-laju.



Alhamdulillah, tepat lampu-lampu jalan terbuka, kami selamat sampai ke Elvira Gate. Fuh. *Lega!!!*



Ok, mari pulang ke Hostel! Erm, tapi sebab saya dah mula rasa serba salah sebab ter bawak lalu tempat yang menakutkan, kali ini seriesly focus sudah lari. Nak balik hostel pun tersilap jalan kaki masuk highway. Adoi. Ok, give up! Saya kena rest dari jadi pemandu pelancong sekejap. Salahkan jalan Granada yang kecil lagi memeningkan. Dari maghrib ke Isya’ kami berjalan malam. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga walaupun terpaksa memusing dua fakulti Universiti of Granada dengan bantuan seorang student sana yang baru balik university. Gracias!!! (p/s: Nasib baik bahasa Spain senang. Hehe. I like!! )



Okay, hari kedua di Granada – Mari jelajah Al-Hambra. Bajet kami ialah separuh hari sebab lagi separuh tu kena bertolak ke Cordova pula. Keluar hostel tepat pukul 7. Al-Hambra sangat besar. Ada 6 bahagian kesemuanya (The Climb Of Al-Hambra, Al-cazaba, Nasrid Palace, Partal and Towers, Palace Of Charles V, Generalife) . Nak pusing semua kena keluar awal. Mari.Mari.

Dari Bandar, kami ke Cuesta Gomerez untuk ke Pintu utama nak naik Al-Hambra- Puerta de Las Granadas/ Gate of Pomegranates. Baiklah, ini permulaan bahagian pertama Alhambra – The Climb Of Al Hambra. Perlu lalu hutan Alhambra yang cantik macam hiking bukit naik istana. *Asyik* Cantik tau!



Pagi-pagi berjoging begini tambah dengan bunyi-bunyi burung dan air yang mengalir turun rasa sangat nyaman, aman lagi permai. Air yang turun di parit kecil tepi-tepi jalan ni adalah datang dari kawasan Generalife, nun di atas sana nanti. Jauh sangat tu dia lalu, tapi itulah antara tanda kehebatan binaan al-hambra!



Di sekeliling ini nanti juga akan jumpa Fountain of Charles V dan Gate of Justice. Dekat Gate ini ada lambang tangan terbuka yang melambangkan lima rukun islam, dan juga lambang kunci dan anggur (lambang ni ada banyak kat Alhambra) yang bermaksud Kunci ke Syurga. Yang kureng sedikit, dah lawa-lawa seni bina Islam kat sini tetiba orang Kristian tambah pula patung Madonna and the Child di tengah-tengah Gate untuk melambangkan kemenangan Kristian ke atas Islam. >_<





Selepas berjalan selama 25 minit, maka sampailah kami ke Pintu Masuk Al-Hambra. Tadaaaaa~~~!!!!



Bayaran masuk 10Euro. Di tiket nanti akan ada masa yang diberikan untuk masuk Nasrid Palace. Maka, sebaiknya pergi sana dulu sebab kalau tak habis masa, kita tak boleh masuk dah. Memang strict. Kena beratur siap tau baru boleh masuk. Huhu.
Sepanjang perjalanan dari pintu masuk ke Nasrid Palace (kawasan kedua Al-Hambra), jalan yang kami lalui memang cantik sangat-sangat. Tempat tercantik pernah saya pergilah selain dari swiss! Memang lawa sangat-sangat reka bentuk dia~ Pokok-pokok dia cantik tersusun macam terowong yang rapi.





Sebelum sampai Nasrid Palace, saya terjumpa Mosque Bath Of Al-Hambra dan sisa runtuhan Palacios De Los Abencarrajes. Tak tahu sangat apa function dia yang sebenar.





Ok, ada lagi 20 minit sebelum waktu yang kami dapat untuk masuk Nasrid Palace. Maka itu saya dan rakan-rakan ambil keputusan untuk berbincang sejarah Al-Hambra sekilas pandang sebelum masuk. Harap-harap boleh lebih menghayati sejarahnya nanti. Sambil berbincang, sambil menikmati pemandangan The Mexuar dan xBandar Granada dari sisi Al-Hambra. Cantik! Tercari-cari mana Granada Mosque semalam~ ^_^



Okay, masa sudah sampai! Mari beratur ye anak-anak…



~ Bismillah.. Ahlan wasahlah wa marhaban bikum ila Nasrid Palace, the Heart of Al-Hambra~



Kali pertama melangkah masuk, hati rasa berdebar. Ya Allah, aku telah menjejak bukti agung Islam Andalusia! Terbayang-bayang setiap video cendiakawan Islam yang saya pernah tonton dahulu. Di sinilah mereka pernah berdiri, belajar menuntut Ilmu dan menabur bakti demi Islam yang mereka cintai. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!



Langkahan pertama menemukan saya dengan Mexuar CourtYard(tempat meeting) dan Façade of Golden Room dan Façade of Comares Palace ( Laluan nak ke tempat lain). Kalau perasan, kita datang asalnya dari Golden Room, dari sana kita akan nampak dulu Façade of Comares Palace. Bila kita pergi ke arah bertentangan (ke Comares Palace di depan) dan kemudian pusing badan ke belakang, kita akan nampak pula Façade of Golden Room (tempat asal). Tempat yang sama dengan hujung yang berbeza corak. Incredible!





Kemudian, saya masuk ke dalam Comares Room dan menapak lagi ke sebuah pintu, dan di situ Subhanallah! saya bertentang mata dengan salah satu keajaiban Al-Hambra yang saya dengar sentiasa – Courtyard Of Myrtles. Juga seperi Façade tadi, kedua-dua hujung area ini berlainan bentuk dan corak. Apabila datang dari Comares Room, di depan kita akan kelihat view of Courtyard of Myrtles of Boat Room. Bila sudah ke depan (Boat Room), pusing belakang balik akan kelihatan Courtyard of Myrtles of Comares Palace.

Istimewa di Courtyard of Myrtles ini ialah keindahan dan kehebatan binaannya yang sangat luar biasa. Perhatikan, biasan air di kolam itu seakan-akan cermin yang memantulkan kembali setiap inci binaan istana tanpa sebarang cacat cela dan sangat jitu lagi persis – melambangkan “eternity”. Dua air pancut di setiap hujungnya juga punya maksud yang sama – “eternity”. Setiap apa yang ada di dalam istana ini semuanya ada lambang dan maksud tersendiri. Malahan binaannya juga punya banyak rahsia, yang saya rasa orang arkitek sahaja yang boleh rasai kemanisannya. ^_^





Habis kagum dengan Courtyard ini, saya meneruskan langkah ke Boat Room. Kenapa boat? Sebab silingnya seperti bot yang terbalik /transkripsi arab “Baraka” yang memenuhi ruangan dekorasi – keduanya melambangkan rahmat dan barakah.Boat Room adalah bilik singgahsana Sultan.





Di belakang Boat Room, bertemu pula saya dengan Hall Of Ambassadors. Bilik ini penuh dengan seni reka binaan yang sangat hebat berasaskan basic : Alam milik Allah. Sangat banyak jika mahu diceritakan. Cumanya dari sudut sejarah, di bilik inilah persetujuan dan perjanjian serahan Granada/ kejatuhan Islam berlaku dan tertemerai. -_-



Ok, kemudian saya maju lagi ke hadapan, menuju The Palace Of The Lions. Ini salah satu lagi lagenda terkenal tentang Al-Hambra –Courtyard Of The Lions. Dahulunya dikatakan apabila azan berbunyi , secara automatic patung-patung singa ini akan mengeluarkan air- untuk wuduk. Kemudian air-air lebihan wuduk ini akan mengalir mengairi taman yang ada di Al-Hambra. (wow!)



Tapi sayang seribu kali sayang, semua patung singa-singa tu dah hilang!!!!!! Semuanya sebab mereka(saintis) galak sangat nak tahu kehebatan dan keajaiban teknologi ini, maka dikorek-korek telaga yang ada ini untuk belajar katanya. Tapi last-last, tak ubah macam tikus baiki labu. Makin rosak dan terus lingkup! Argh, nak tengok pun tak sempat! Habis kosong! X_X



Dalam sedih-sedih tu, kaki tetap terus ke depan. Melihat-lihat hebatnya ukiran di Muqarna Hall dan ribuan ukiran-macam-stalagmit-stalagtit-gua yang berada di siling Hall Of Abencerrajes. Kolam di tengah-tengah ini dulu katanya tempat Raja Muhammad XI alirkan darah pembesar-pembesar dari keturunan Albencerrajes yang dibunuh kerana mengkhianati raja. Ish3…



Jalan-jalan lagi, kemudian kami lalui Hall oF The Kings, Hall of Two Sisters dan Lindaraja Mirador. Area-area ini kebanyakannya adalah kawasan Sultanah.







Selepas kawasan Lindarajor Mirador selesai dilalui, kawasan Istana Al-Hambra yang seterusnya berubah bentuk menjadi sebuah kawasan baru yang bercirikan Kristian. Ini gara-gara pengubahsuaian oleh Charles V yang sangat takjub dengan rekabentuk Al-Hambra hingga inginkan ia turut diubah suai sedikit menjadi berciri kebaratan. Contohnya ini.



Beberapa tempat penting yang terdapat di section Christian ini alah Emperor’s Room, The Queen’s Boudoir, Courtyard Of The Railings Or The Cypresses, Lindaraja Courtyard. Ini kawasan beranda Queen’s Bourdoir yang menjadi tempat rehat raja dengan memperhati keindahan alam kawasan Granada disekitarnya.





Kedua-dua Courtyard ini (Railing dan Lindaraja) juga di bina di zaman Kristian memegang tampuk pemerintahan. Kawasan yang dipenuhi taman dan pohon-pohon orange ini menghubungkan beberapa kawasan di dalam Al-Hambra seperti Hall Of Ambassadors dan Harem serta menampilkan sudut pandangan Al-Baycin yang sangat cantik. (Ada satu tempat dalam Al-Hambra yang kami iaitu Royal Bath.. Ada 4 bahagian, Rest Room, Cold Room, Steam Room dan Plunge Pool Room)





Baiklah, akhirnya kita sampai ke bahagian ketiga Alhambra – The Partal and The Tower.Bahagian ini lebih kepada istana tempat dan tengok keindahan alam sahaja. Di kawasan ini ada Partal Tower(Tower Of The Lady), The Oratory, Palace Of Yusuf III, The Torre de los Picos(Tower Of the Points), Torre de la Cautive (Tower of the Captive Lady) dan Torre de las Infantas (Tower Of The Princess).







Oh ya, bahagian Palace Of Charles V (bahagian Alhambra ke empat) saya tak pergi masuk dalam. Sekadar tengok pintu sahaja cukup. Terlalu simple bangunan yang ini. Tempat lain dah banyak sama macam ini. ^_^



Ok, mari pula ke bahagian ke lima di Al-Hambra iaitu Al-Cazaber. Alcazar bermaksud istana. Al-Cazaber ini macam kubu benteng kota Al-hambra. Dari atas, kubu ini berbentuk segi tiga. Menara tertingginya adalah sangat tinggi dan tidak pernah terkalah. Mari kita naik! *Naik kota Al-Hambra sambil dengar MP3 nasyid Al-Hambra nyanyian Far-east memang sangat meningkatkan semangat dan rasa!*



Ini adalah Military Quarter atau dalam Spanish dipanggil Barrio Castrense, rumah-rumah askar Muslim dahulu. Ada banyak jalan-jalan bawah tanah di Al-Cazar ini. Sekali imbas, saya yakin di bawahnya sangat besar dan penuh rahsia.



Di dalam Al-Cazar ini juga ada banyak menara seperti Torre de la Armas, Torre del Homenaje Torre de la Quebrada dan Torre del Adarguero. Tetapi yang tertinggi adalah Torre de la Vela (Watch Towers). Boleh nampak seluruh Al-Baycin dan juga nampak Pergunungan Sierra yang bersalji saujana mata memandang.







Alhamdulillah, kita sampai ke penghujung bahagian Al-Hambra : Generalife!
Generalife fungsinya adalah sebagai tempat berehat dan rekreasi untuk raja. Teramat cantik dan menakjubkan. Generalife adalah kawasan terbesar di dalam Al-Hambra. Ada 15 kawasan utama iaitu Avenue of the Cypresses, Amphitheatre, New Gardens, Huerta Colora, Courtyard of Dismounting,Polo Courtyard, House Of Friend, Courtyard of Water Channel, South Pavilion Of Palace, North Pavillion Of Palace, Courtyard of Sultana, Upper Gardens, Romantic Mirador, Garden Of The Woods, dan Reservoir Of The Ladies.
Waktu ini, musim adalah musim sejuk. Maka, yang ada hanya dedaun hijau bersama poko oren yang meng-oren. Tetapi kalau diikutkan pada musim bunga, kawasan ini sangat berwarna-warni dengan penuh ceria. Sangat-sangat cantik!



















Sewaktu menaiki tangga menuju ke Upper Garden, satu keunikan yang akan kita jumpai di sini adalah ‘Water Staircase’ yang wujud mengikut setiap tangga yang kita lalui. Masuk taman yang penuh bunyi air seperti ini memang boleh buat manusia rasa tenang dan nyaman walaupun kaki penat teramat nak memanjat segala tangga yang ada. Di penghujung jalan nanti, akan ada hutan kecil yang menanti untuk dilalui sebelum betul-betul keluar dari Generalife. Udara bersih tak terkira rasanya. Memang tak syaklah kenapa Al-Hambra digelar Heaven Of The Earth – Superb!







Oh ya, lupa nak beritahu. Di Al-hambra saya mendengar terlalu banyak kisah tentang W. Irwing. Siapa dia? Dia ini sebenarnya pengembara di zaman Kristian dahulu. Waktu itu, dia banyak menulis catatan pengembaraan, termasuklah kisah Granda dan Al-Hambra. Karyanya sangat spesifik dan kerana itu ia terkenal sehingga kini – kisah Al-Hambra zaman lampau. Cumanya tak best, dia secara terus-terangnya mencatatkan peribadi raja-raja Islam yang makin hancus ketika itu kerana kekayaan dan lupa diri serta kehebatan Isabelle.. T_T Novel dia sangat famous di sini, di mana-mana mesti ada. Maka, saya juga beli satu selain dari buku penerangan Granda dan Alhambra…



Fuh, Alhamdulillah. Selesai menjejak Alhambra. Leganya~ Kami berehat sebentar di luar pintu masuk Al-Hambra sambil menikmati bekalan Maggi dan biskut-biskut yang dibawa .(Tiada mat’am dalam Al-Hambra ok!) Aduh, ini baru keluar pintu Alhambra. Belum turun ke gerbang utama tadi untuk balik ke pekan Granada lagi. Jauh lagi tu.Penatnyaaaaaaa~ Macam mana nak balik ?  Naik bas! ^_^ (Ini pemandangan replika Al-hambra.)



Ok, mari bersiap check out hostel. Kita bakal mulakan pula perjalanan ke Cordova dengan bas ALSA. Oh ya diingatkan, di Cordova lagi sangat-sangat susah nak cari makanan halal. Maka, saya beli kebab dua bungkus siap2 untuk sehari dua di Cordova. Lain-lain, kita perhabis stok makanan dari Jordan lah!

Dari Granada ke Cordova ambil masa 2 jam 40 minit. Sampai Cordova, sudah malam. Maka, terus check in Di Terrace Backpackers Hostel. Rehat dan tidur. Esok mahu jalan jauh lagi~



Morning!!!! Baiklah, pagi ini pertama sekali kita pergi ke Mezquita de Cordoba. Keluar dalam pukul 7, redah sejuk cari masjid. Tak jauh pun dari Hostel, dalam pusing-pusing 15 minit jalan kaki. Alhamdulillah, masjid sudah buka. Seawal kaki melangkah masuk saya sudah terbayang pelbagai cerita tentang masjid ini khususnya larangan solat di sini. T_T



Taman pokok Orange menyambut tetamu terawalnya seusai Subuh – Iaitu kami. Masjid ini agak besar sampai terpusing-pusing kami cari pintu masuk. Nasib baik ada seorang pakcik sedang mengutip oren, lalu kami tanyakan arah sebelum akhirnya ketemu juga berkat pertolongan dia.



Undang-undang 1st masjid : Masuk berdua-dua. Jangan ramai-ramai (apa kes??!!)
Undang-undang 2nd masjid: No prayers, doa or whatsoever. This is church, not mosque. (ha??!!)
Undang-undang 3rd masjid: No kumpul-kumpul dalam masjid. (takut kitaorang buat usrah ke??)



Di setiap sudut inci ada pengawal yang memerhati. Rimas saya jadinya. Dalam hati tak sudah-sudah mempersoal kebongkakan mereka di sini mengenai hak masjid ini. Saya tak kira, saya nak sujud jugak! Saya nak berkumpul jugak! (kebetulan saya kembali berjumpa kumpulan Auni).



Sakit hati andai diingatkan kembali apa yang saya lihat dan saya lalui di Mezquita ini. Semuanya telah tercatat di sini. Kali ini, cukuplah sekadar gambar-gambar yang saya tampilkan agar kalian nampak reality Masjid di sini.





Selesai menziarahi masjid of Cordova, kami bergerak ke pekan Cordova. Mahu mencari arah pergi ke Medinat Az-zahra. Ini adalah satu-satunya tempat yang sah-sah memang Islam punya dan Kristian tak boleh nak cakap apa seperti yang pernah mereka lakukan ke Masjid Cordova. Medinat Az-zahra adalah bekas Bandar milik Islam yang berada di atas kawasan perbukitan. Ia seakan Bandar terpencil yang hidup secara sendiri, tapi kekal maju dan bertamadun.



Mula-mula kami diberi peluang untuk menonton wayang tentang ilustrasi dan gambaran pelukis tentang kehidupan dan tamadun Medinat Az-zahra zaman dahulu kala serta perbandingannya pada hari ini. Kemudian, kami dibawa menziarahi muzium medinat Az-zahra untuk melihat tinggalan-tinggalan barang dan rentetan kisah sejarah yang dilalui Bandar ini.





Untuk naik ke lokasi khusus Medinat Zahra, kami perlu menaiki bas kerana jaraknya agak jauh. Perlu 10-20 minit untuk ke sana dari lokasi pintu masuk dan muzium ini. Pengurusan masa amat penting di sini kerana bas hanya ada satu dan hanya ada setiap 2 jam. Maka, siapa lambat bakal kena tinggal. So, kalau terlajak masa melawat, kenalah berlari kejar naik ke atas dari bawah tapak tinggalan supaya tak tertinggal bas!



Ini adalah contoh beberapa lokasi di Medinat Zahra. Semuanya hanya tinggal runtuhan, macam Jerash dan Ajlun. Tapi uniknya di sini kebanyakan bekas tinggalan tersebut mempunyai peta binaan yang lengkap dan kita boleh membayangkan suasananya dengan bantuan wayang yang telah ditonton sebentar tadi. Medinat Az-zahra amat-amat luas dan besar!















Yang terakhir gambar di atas tadi adalah pokok berusia ratusan tahun yang wujud di situ. Cantik kan? Macam otak! Hehe..

Selesai melawat Medinat Zahra, kami berpeluang berjalan di sekitar Road Of Chaliphate, menyelusuri sungai utama di pecan Cordova. Di kawasan ini, terdapat sebuah kota utama yang di dalamnya terdapat beberapa tinggalan sejarah termasuklah Univeristy Of Cordova yang tertua itu.Antik betul seni bina university dia~ Rumah-rumah di dalam kota ini juga banyak mengekalkan corak senibina yang lama.






Di awal perjalanan di sekitar dan dalam kota ini, kami temui beberapa arca tokoh-tokoh tekemuka di Spain iaitu Seneca, Averroes/ Ibnu Rusyd, dan Maimonades.







Melalui peta yang kami perolehi di Tourism Centre, kawasan utama untuk di lawati di sini adalah Casa de Andalaus, Casa de Sefarad dan Synagogue.



Pertama yang kami temui adalah House Of Sefarad. Sefarad itu apa? Ha, kalau nak tahu Sefarad adalah nama puak Yahudi yang tinggal di Cordova. Sefarad sekarang hanya tinggal sejarah. Sudah tidak ada langsung puak mereka di bumi Cordova ini. Hanya tinggal dua buah keluarga yang hanya berdaraj Sefarad tapi hakikatnya sudah lupa usul diri. Maka, boleh dikatakan mereka telah pupus di sini. Khusus tentang entry Sefarad baca sini.



Di sebelah Casa de Sefarad ini, ada sebuah synagogue iaitu tempat ibadat Yahudi. Tapi tempat ini hanya replica kerana ia tidak lagi di gunakan. Harga masuk : 30sen. Sekadar masuk dan tengok gitu-gitu sahaja. Hanya faham lilin itu sahaja, lain-lain tulisan tak faham langsung. Huhu









Tidak jauh dari Casa de Sefarad ini, terletak pula Casa de Andalus. Harga masuk 2.50 euro. Rumah ini sangat menarik sebab di dalamnya ada beberapa instrument antic yang sudah lama tidak digunakan seperti “dapur bawah tanah”, alatan kitar semula kertas, telaga bermozek, peta dunia zaman lampau, beberapa artifak tembikar zaman dahulu, serta al-quran lama. Ada sebuah perpustakaan mini di dalam rumah ini yang cukup menarik perhatian saya. Nasib baik teringatkan Ryan Air yang kedekut berat itu, kalau tak dah lama saya beli banyak buku di situ.















Habis berjalan dalam kota, saya kembali keluar ke luar belakang kota dan berjalan menyelusuri sungai yang ada. Panorama di sini sangat cantik! Dan tak sangka tengah-tengah berjalan itu, kami terserempak dengan sebuah jalan bernama Khairouan (sebijik nama jalan di Jordan :P)





Mengikut perancangan, kami sudah selesai melawat tempat-tempat utama yang kami gariskan. Maka, perjalanan petang ini adalah sekadar ambil angin dan pulang. On the way balik dari kota tadi, kami terserempak dengan Banos del Alcazar Califal de Cordoba ( Bath of Caliphate Al-cazar Of Cordova). Alang-alang dah takde kerja, maka kami pun masuk ke sini.



Tak sangka public hamam ini sangat menarik! Sudahlah segala penanda buku, calendar, poskad dan macam-macam barang kami dapat free, siap ada sijil dari Unesco lagi kami dapat bagi membuktikan kami sudah sampai ke Bath ini. Haha~ Menarik! Aktiviti awal di sini adalah tengok wayang sejarah silam lagi. Oh best2!



Kemudian kami selusuri terowong sejarah yang ada dalam hamam ini. Besar, cantik, dan luas. Ada tiga bilik seperti hamam-hamam biasa. Rest room, cold room, hot room. Lebih menarik di sini juga ada audio tentang perbualan raja dan puteranya sewaktu sedang mandi sambil berbincang masalah Negara. Huhu.. Adegan pembunuhan raja yang kejam oleh pembunuh upahan juga turut ditunjukkan kerana ia berlaku di dalam public bath juga. Eww… Tapi so far, sangat menarik lah!





Kalau ikut peta tadi, berdekatan dengan Hamam ini sebenarnya ada satu lagi tempat menarik yang dipanggil Alcazar Cristiano atau maksudnya Palace of Christian. Ada kawan saya dahulu pernah pergi. Best jugak katanya. Tapi sebab kami dah penat lagi lapar, sekeliling pun dah lewat petang, kami ambil keputusan malas nak pergi situ sebab dia adalah istana lama yang kosong sahaja, tambahan pula dia adalah milik kristian, jadi ada sedikit kemalasan di situ. hehe. Jom2 balik!

Disebabkan dah lewat petang, kami terus cari mat'am halal untuk dinner siap2. Ada dua sahaja tempat makan halal area sini. Kami ke Mat'am Sultan. Overall,saya tak berapa suka sangat tempat ni. Makanan dia biasa-biasa tapi harganya lebih kurang sama macam nasi haritu – 12 Euro, cuma sekurang-kurangnya yang haritu saya makan teramat kenyang, ini kami makan kongsi satu pinggang dua orang tapi nasi kalau cucuk dengan jari tak sampai pun ruas pertama, lauk je lebih! Eish, ciput betul. Kopak lagi duit malam tu. T_T Baik! Kalau saya datang Spain lagi, saya takkan makan nasi dah dekat negara ni ! >_<





Buenocias!! Selamat Pagi~

Ini hari terakhir di Cordova. Selepas subuh, kami beramai-ramai keluar ke Jambatan Puente Romano (rujuk peta). Seronoknya hirup udara pagi di sini! Di hujung jambatan itu ada macam satu istana kecil.Namanya Torre de la Calahora (rujuk peta tadi jugak ye!) Tapi disebabkan kami pergi terlampau awal pagi, maka dia tak buka lagi pintu. Tak apalah, tapi kan kalau nak tahu, di dalam ada satu muzium yang sangat best! Dia ala-ala Terowong sejarah pasir salak, tapi ini versi Terowong sejarah Empayar Andalusia. Cantik sangat2~! Alaaaaaa, ruginyerrrrr. T_T (next time saya nak datang pergi sini saja lah. hehe)





Kami sekadar melintas jambatan, pergi taman bawah jambatan dan lintas jambatan balik sambil ambil-ambil gambar. Ada ternampak poster Melawat Cordova 2016. Nasihat saya: baik pergi sebelum 2016, nanti confirm semua benda jadi mahal lepas tu even perkihdmatan maybe lebih baik! Huhu.. ^_^








Okay, masa untuk pulang ke Amman, eh silap Paris lah~ Ini baru percutian ke Granada dan Cordova. Paris tak habis lagi. ^_^ Saya sambung lain lah ya. Panjang teramat dah ni. Saya khususnya untuk Spain dahulu.

OK, mari kembali tukar-tukar flight semula dan berjumpa dengan Ryan Air yang kurang disayangi itu. Tariq bin Ziyad, Musa Bin Nusair, walaupun aku tidak berjaya ke makam dhorih kalian, harapnya makam-makam tempat kalian usahakan agar Islam menjulang ini ada hikmahnya juga buat diri ini. Andalus terlampau banyak kisah yang aku sayangi. Insyallah, andai ada rezeki di lain hari, aku pasti akan kemari lagi. Ma’assalamah~

p/s: Ada beberapa entry terdahulu sudah dibuat tentang ini. Boleh rujuk 1 dan 2.

20 comments

fathiyyah | June 21, 2010 at 10:29 PM

Ainul! sy tgk2 gamba je dulu
nnt sy bc balik

kalau me berpeluang nak pegi sana, me nk pegi Al Hambra dan masjid Cordova je. duduk sana2 lama, cari ilham, berangan. lepas tu nak balik

OH, mahu pegi SPAIN!

NURUL LAILATI MAHAT | June 22, 2010 at 8:00 AM

Subhanallah..cantik2 tempat kat sana.rasa nak pergi pulak tapi dalam gembira tu mesti sedih sbb kita lihat sendiri keruntuhan agama kita kan:(

em bila tgk entri2 ainul ttg jln2 kan,rasa mcm satu hari nnti nak gi jordan jmp ainul dan minta ainul yg jadi travel guide.tp satu hari tu tak tahu bila.ainul bljr kat sana lama lagi ke?

Ainul Arina Madhiah | June 23, 2010 at 10:00 PM

fathiyyah:
takpe je fathy, sila2. tau je kamu sibuk dgn exam skrg.bitaufiq ya!
best tau pergi spain, kamu kan suka berjalan gak. pergi la sana tu. tak rugi! ainul pun tak puas pergi seminggu. rasa nak duduk lama2. ^_^

kak laila:
betul3..
akak, saya lambat lagi nak balik. skrg dah nak habis tahun 3. Ada lagi 3 tahun untuk habiskan semua tempoh 6 tahun belajar. datang je kalau nak, ainul on je insyallah kalau setakat nk suruh jadi travel guide. i like! hehe. ^_^

ismiizzah | June 24, 2010 at 6:00 AM

Salam Dr Ainul...

100000xxxxx LIKE! hehe :)

Bertuahnya tuan badan dapat pergi..
kite tumpang aje... :)

akak | June 24, 2010 at 6:24 AM

Ainul..wah best betul bc. Kene tarik nafas panjang²..hihi. Tapi..confius + pening la akak, byk sgt nama tempat..Akak suka alhambra. Dah lama dengar pasal alhambra tapi tak berkesempatan nk xplore. Sangat berbaloi² tgk gambar² 2. Ni mcm nk melancong gak ni..:P

ainshams | June 24, 2010 at 1:30 PM

ainul, huhu..
thanks!! spain mmg sgt3 best.. suasana tenang jek kt sane, plus..kurang dosa kutuk arab (jordan), ngeh3. tp, akak pergi spain waktu summer, so, paham2la pakaian org2 europe cmne kan..
yg menariknya, semua gmbr2 & tempat2 yg awak nyatakan, sume akak dah pergi, alhamdulillah..

Ainul Arina Madhiah | June 24, 2010 at 4:35 PM

ismiizzah:
wa'alaikumsalam. ^_^
hehe. terima kasih! takpe, nnti ada rezeki, insyallah awak boleh pergi punyalah~

akak:
huhu, sorilah akak sebab panjang berjela sangat-sangat kan? Nama tempat sana memang pening2, tu pasal ainul amik yang penting2 je. haha.. meh la melancong sana. ainul kalau boleh nak pergi lagi. ;p

kak ain:
acece.. dah balik la nih yer? huhu, you're welcome my dear. best kan duduk sana? aaaaa, rindu2x! okla akak, pergi summer boleh gak kurang dosa gak kutuk ryanair. kitaorg winter ni pakaian okay tapi bab kutuk ryanair tu tak dapat nk nolong dah. haha.. ;p

Anonymous | June 28, 2010 at 10:36 PM

Salma, terima kasih di atas catatan berharga ainul dlm kembara/travelog ke spain. Alhamdulillah, akak rasa sangat2 tersentuh hati melihatkan semangat adik2 yg sanggup mengharungi cabaran demi sebuah kembara yg amat berharga. Tahniah akak ucapkan, kerana cattan Ainul telah menimbulkan semangat pd diri akak utk menyimpan impian ke sana. Semoga terus cemerlang dlm kembara ilmu.

Ainul Arina Madhiah | June 29, 2010 at 6:13 PM

anonymous:
wa'alaikumsalam akak. Alhamdulillah at least ada jgak gunanya travelog ni utk pembaca. Terima kasih utk wish akak tu ya, aminnnn.... ^_^ Saya doakan jugak suatu hari nanti akak akan sampai ke sana juga.

hazimin | August 8, 2010 at 10:31 AM

tahniah. catatan yg 'cemerlang'. Baguih2..

Ainul Arina Madhiah | August 8, 2010 at 12:54 PM

ustaz hazimin:
terima kasih ustaz. lepas ni kalau ada rezeki saya nak join balik lah kembara bawah hztours ke negara2 saya tak pergi lagi.. hehe. ^_^

zaid | August 21, 2010 at 10:30 PM

seronok betul baca catatan kembara ni, dah mcm baca buku pnjangnya..tahniah!

Hostel El-Granado - pertama kali tgk hostel katil 3 tingkat..menarik jugk hostel ni ek,byk kelengkapan..:)

Ainul Arina Madhiah | August 22, 2010 at 8:38 AM

ustaz zaid:
terima kasih ustaz. hostel el-granado ni memang best pun. antara hostel ter-best pernah saya pergi sepanjang jalan2 oversea. best la kalau duduk ramai2 kawan2 atau sefamili. satu bilik besar dia ada tiga bilik kecik kat dalam cmpur ruang tam. dah macam rumah betul je rasa. dapur dia la paling best. Dah la lengkap semua makanan ada. free plak tu. Macam dapur sendiri. semua benda sukahati2. memang mcm rumah sendiri dah la. =)

ummi aka iem | February 1, 2011 at 5:04 PM

salam kenal ainul ,

seronok baca story perjalanan ainul.

Ainul Arina Madhiah | November 27, 2011 at 2:24 PM

kak iem:
ws akak. ahlen2~ ^^

Dr Am | November 30, 2011 at 7:29 AM

Assalamualaikum. Saya nak contact akak boleh? Saya Hamizah, student Mesir. Rancang nak pergi Spain winter break ni. Nak minta tunjuk ajar n tips2 daripada akak kalau boleh.

Ainul Arina Madhiah | November 30, 2011 at 8:57 AM

Hamizah:
Wa'alaikumsalam.
Ahlen dik. boleh2.
email ke adress akk kat bawah nih.

ainulmardhiah_89[@]yahoo[dot]com

=)

Dr Am - RGB | December 3, 2011 at 6:34 AM

Terima kasih, kak. Saya dah emel akak dah. :)

BlueEwoke | January 26, 2012 at 7:23 AM

Salam Ainul,
Masya Allah, akak baru jumpe entry ni masa browse blog ainul nih. Andalusia spain adalah salah satu impian akak tau. Memang sebak bila baca history pasal kejatuhan islam di sini. Beberapa tahun sudah Jejak Rasul pun ada cover pasal tempat ni.
Tapi macam Ainul cakap, kalau pergi Spain seminggu memang tak cukup, so akak rasa next time nk pegi europe, memang akan focus pada Spain je..ish tak sabor plak rasenye..hhehehe..

Anonymous | April 8, 2014 at 8:19 PM

Salam saudari,

Ingin bertanya, bagaimana kita mahu besolat semasa berjalan2 diluar. Saya maksudkan tempat, sebabkan susah nak cari tempat solat. Adakah satu kesalahan jika kita solat saja di tempat2 terbuka/tempat awam.
Terima kasih.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images