Permission in Malaysia


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, exam management dah habis!
Dan dalam erti kata lain, esok balik lepas exam Ethics~ Yeay!

Semalam, kakak-kakak KC ada ajak join reunion Kelana Convoy. Saja-saja jumpa balik. Mula-mula seorang ajak, pastu dua tiga orang ajak. Lama-lama dah mula rasa nak ikut sangat-sangat.

Tapi halangan pertama: Macam mana nak kasi mak ayah lepas?

Saya memang kaki berjalan. Tapi itu semua hanyalah mampu terjadi di luar Malaysia~

Dalam Malaysia, saya susah nak keluar. Bukan sebab malas. Kalau ikut hati, tiap-tiap hari nak berjalan. Tapi pertamanya sebab tak berapa boleh berjalan sendiri tanpa mengharapkan orang lain kalau kat Malaysia. Why?

1. Saya ada lesen tapi tak pernah drive sesuka hati dekat Malaysia. Kereta mak ayah pakai satu hal, kemudiannya saya ada sedikit trauma dengan jalan raya dekat Malaysia. Sampai sekarang tak berapa sembuh. Nama je ada lesen, tapi stereng jarang sangat pegang. Setakat cukup syarat berlesen je lah. Tambah-tambah dah tiga tahun duduk JOrdan, lagilah berkarat ilmu pemanduan jalan raya. huhu. Kalau nak praktis bawak time balik kampung ramai-ramai, owh jangan haraplah. Abah tak pernahnyer nak percaya kasi orang lain bawak selain dia. Mama pun setakat dibenarkan ganti kalau abah mengantuk gila-gila. So, pendek kata saya dah tak reti bawak kereta.

2. Kalau duduk Jordan, paling senang naik teksi. Jauh sikit naik bas. Tapi dekat Malaysia, seriesly saya tak pernah naik teksi. Satu sebab tak percaya, second sebab tambang mahal gila. Nombor pun besar-besar belaka kalau nak banding dengan Jordan. Jadi tak suka. Naik komuter? Owh, saya duduk kampung takde komuter. Jadi memang tak berapa reti. Dulu duduk INTEC sekejap, saya lebih suka tarik sepupu sepapat kat sana kalau nak pergi mana-mana. Never used pengangkutan awam. Hoho. Jimat lagi best.

3. Lastly, saya rasa la kan saya ni susah sikit nak dapat pass keluar daerah dari mama dan abah. Paling jauh boleh pergi dengan kawan-kawan sesuka hati adalah setakat ke Seberang Perai sana tu (tanjung pun tak masuk lagi). Nak lepas ke KL? Owh, sedikit mustahil di situ. Kenapa eh? Pernah fikir jugak, selain dari keselamatan dan aspek kebajikan, saya decide bajet sendiri maybe sebab saya ni jarang ada dekat rumah selain cuti. Yela. Dari form 1 sampai sekarang duduk asrama, berjauhan dari family. Maybe sebab tu saya susah dilepaskan sikit kot? Kan?

Pendek kata di Malaysia kalau bukan under sebarang program sekolah atau university, jangan harap saya boleh berjalan-jalan secara senang lenang sesuka hati. Nak berjalan pun, berjalan ikut mama n abah sahaja sebab diaorang yang bawak kereta. Macam gadis pingitan plak rasa. Eww, haha..

Ok, back to the story. Kali ni memang kalau boleh nak join sangat-sangat kawan-kawan kat luar tu. Maka, plan yang panjang lebar lagi cantik dan confirm selamat 100% siap segala tempat penginapan, makan minum lagi bodyguard yang terjaga semua kena prepare awal-awal sebelum boleh kasitau mama dan abah. Untuk kasi lagi kuat sebab musabab selamat lagi tak menyusahkan orang, kawan dari Jordan pun dah siap angkut sekali.

Tapi macam biasalah even teori dah cantik, sesi debate kena lalu juga. Abah yang sangat wikipedia itu memang suka sangat tanya soalan yang up to date lagi selalu buat saya tersepit. Kalau debate saya menang pun, diaorang suka guna cara "abah suruh tanya mama, mama suruh tanya abah, dan ulang2" which means that i'll gonna end up tired and fed-up lantas langsung tak jadi. Hoho, see?

But sometimes teori perang saraf adalah sangat penting. Disebabkan kebarangkalian untuk menang debate dengan abah adalah sangat-sangat tipis lagi susah, maka psycho je lah jawab! Merengek mengada sikit nak pergi jugak. Tapi kena bertahan berperangai sedemikian seberapa lama yang boleh selagi abah steady cool. *this can only be done waktu mood abah baik. Mood letih or marah, don't ever try him. You'll end up in prison!. huuuuu...*

Maka, tadi saya pun testing-testing masuk jarum. Mama dah lepas 30 minit sebelum, boleh! Abah pulak macam biasa la, dia suka pshyco buat suara garang macam apa je kalau saya nak mintak permission keluar kat Malaysia. Tadi lama gila nak memujuk. Half an hour, the answer is NO!. But few minutes before we end the discussion, suddenly he said "Pergilah~" with a tone of malas-nak-layan-dah-budak-ni-ketegaq-sangat. Yeayy!!!

Tapi macam biasalah, selepas habis sesi debat dan saya menang, saya akan rasa seribu satu macam menyesal and tak sampai hati. Ni semua abah punya psycho la nih! He is a family man type. So, most of his fact is about family. Ada ke patut abah tanya soalan cepu emas : Ni balik Malaysia nak spend masa ngan family ke dengan kawan-kawan? T_T Selain jawapan dua-dua, mana bleh jawab benda lain dah!!!! Waaaa~ X_X

There are a lot more of excuses he had used actually. And most of them are really touching type excuse, okay. Like 'he was tired to go around' and 'better hangout with family in this short period' and etc,etc.etc. Abah also asked 'nak buat apa buat reunion?' which i think he himself know the answer since he also got a lot of friends, maybe it just an excuse nak bagi her daughter tak boleh jawab apa-apa dah biar terdiam. >_<

Okay. Saya hampir-hampir angkat bendera putih dah hujung-hujung tu sebelum tetiba abah kata "okaylah,pergilah". Uiks, ajaib sikit perubahan itu. Ikhlas ke tak kasi permission nih? Hehe..( But mama says, he is tired right now so that's why he acts like that. A little bit susah masuk and last2 lain plak jadik). Bila saya ampu balik kata "Oh abah sangat best, sayang abah! i love you! and blablabla.." , he was only laughing and said "sudah lah~ Huh, mengada!".

Never mind. Yang penting, abah dah kasi kebenaran. Cumanya i have to go on with this guilty feeling for the whole 2 days of not being around him in Malaysia. Ah, dilemma. Itu sebab saya sangat tak suka sistem JUST yang kedekut cuti! Susah tau nak puaskan hati semua orang dengan cuti ciput-ciput macam nih~ Ish!

*Abah, thanks and sorry.. Takpe. Dalam masa 19 hari yang tinggal ni nanti, ina topup balik 2hari yang takde kat rumah tu habis-habisan by being a veryyyyy good daughter to you later!*

p/s: FAMILY is such a big word for me. I can be strong because of them and i'm also easily weakened by them. In everything i do, family consideration is a must thing to go through~ Miss them so much!

5 comments

Durratul Akhyar | June 16, 2010 at 9:03 AM

salam..

ainul!

miss u a lot (^_~)..ble blk...x sabar jmpe kamu..hihi..aritu ur mom dh btau ble nk blk..lupe lak tarikhnye..jgn lupe jmpe tau..(^_~)

Ainul Arina Madhiah | June 16, 2010 at 12:23 PM

saadah:
ws...!
miss u too~ aku pun tak sabar nk jumpa. Nasib baika ng duduk dekat, kalau tak jenuh~ hehe. ak balik 17hb nih. nnti aku contact bila dh smapai insyallah~

ashraft | June 17, 2010 at 2:34 AM

ooooo.....yeke camtu.....kat aku tak penah pun....hehehehehe....kalau aku ok jer...huhuhuh..program ko biler?.......nie kalau abah bace mesti gelak...hahahahaha....

Ainul Arina Madhiah | June 20, 2010 at 5:56 AM

asyraf:
oi.oi.oi...
diam2 cukup. haha.. tapi aku tak pergi pun program nih. sbb kawan cancel last minit, maka aku pun cancel sama.

Anonymous | June 28, 2010 at 12:41 AM

Hi ainul..
sure tgh bergumbira balik msia kan..waiting for my time to come ..

nway,i love jordan!jordanian baik2 la..very friendly..cume brg2 die agak mahal la..insyaAllah if ada rezeki, mau visit korang la..kena la mula menabung ni..
nanti dah sampai Bahrain, gimme a call k..boleh meet up kalau akak tak bz la..
till ere..take care..
k syura~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images