Kelana Kota Paris Edisi Kedua

1:00 AM 18 Comments A+ a-

Assalamualaikum!

Ada lagi seminggu tempoh masa untuk duduk Malaysia. Nak extend boleh tak cikgu? T_T

Erm, oklah baik saya siapkan travelog seterusnya. Kali ini saya nak sambung cerita tentang sambungan travelog lepas. Kalau awal-awalnya di Spain, next week seterusnya adalah di Perancis. Ini kali kedua saya ke Perancis spesifiknya Paris tapi ia juga kali pertama saya menjengah Besoncon-sebuah bandar cantik di pinggir negara Perancis.

Let us begin!

Memandangkan saya sudah dua kali ke Paris dalam dua tahun ini, maka feelingnya jadi sedikit kurang untuk menyelongkar secara excitednya bandar ini. Tapi kawan-kawan yang lain bukan begitu, maka penyelesaiannya mari jadi pemandu pelancong lagi! Haha, i like! ;p

'Ada satu kisah hidup yang saya belajar sebenarnya di Paris kali ini iaitu tentang kebersamaan ketika mengembara bersama rakan. Alkisahnya ada rakan yang kurang mempercayai saya sebagai penunjuk arah ketika di sini dan terus menerus berkata "boleh percaya ke ainul nih? overconfident sangat karang langsung tersesat", dan kesannya saya yang waktu itu agak sensitif (penat barangkali) jadi kecil hati dan bertindak tidak rasional dengan membiarkan mereka buat keputusan sendiri dan jalan ikut suka hati mereka sedangkan saya berdiam diri walaupun saya tahu arah yang diambil adalah salah.

Yang saya paling ingat sewaktu kami sampai di Arc de Triomphe. Saya yang kebengangan terus meminta kebenaran ketua rombongan untuk terus berjalan sendirian ketika kami berhenti di Champ Elysees, berdekatan Arc De Triomphe untuk berehat. Saya sempat bercakap secara perlahan "siapa nak ikut saya, jom. Yang tak nak, sudah!" sebelum terus ke terowong bawah tanah untuk naik ke kawasan Arc de Triomphe di tengah roundabout yang sibuk dengan kereta yang bertali arus. Hanya dua orang yang mengikut dan yang lain dengan kisah mereka sendiri. Dalam hati saya terdetus 'lantak koranglah'.

Saya dan rakan yang berdua itu selamat sampai di tengah Arc de Triomphe lebih awal dan selamat kerana mengikut jalan yang betul. Tapi bila saya kembali melihat rakan-rakan lain, baru saya terperasan rupanya mereka pergi melintas jalan yang sangat sibuk itu! Ya Allah! Saya terkejut tak terkata! Bahaya la weih!!!! Jalan yang betul sepatutnya kena guna terowong bawah tanah, bukan atas jalanraya!

Ketika melihat mereka yang ada tersekat di celah-celah kereta yang bertali arus dan ada yang lainnya dimarahi polis-polis di roundabout tersebut, saya jadi tergamam. Terdiam satunya kerana saya risaukan keselamatan mereka. Kedua saya terpukul sendiri kerana menjadi orang yang mementingkan diri hanya kerana kecil hati. Kalau jadi apa-apa pada mereka yang lain macam mana? Tak ke naya? Kamu tahu kebenaran tapi kamu tak beritahu yang lain dan biar mereka terkapai-kapai. Cis,Kejam! >_< Menyesalnya! T_T Sudahlah waktu itu mood jadi tak seronok nak berjalan, kemudian masa pulak terlajak-lajak sebab orang lain ada masalah. Nasib baik tak jadi apa-apa. Puncanya : Saya terlalu mengikut kata hati. That is the point! Dalam mengembara beramai-ramai, toleransi sangat perlu. Kecik hati ke terasa ke apa ke itu normal, tapi yang penting adalah cara menguruskannya. Kalau tak, macam-macam masalah timbul. Macam tadi~ So, start dari itu saya nekad. Lantaklah korang nak cakap apa, better aku tahan dulu. Karang korang susah, dengan aku-aku pun susah sama. So, baik jangan. Daripada berjalan sambil bengang, baik berjalan sambil ceria kan? Yosh! ^_^ Y'


Ini pengajaran utama kembara kali ini! Ok, mari masuk travelog~

Kali ini saya ada masa 2 hari sahaja di Paris. Memandangkan saya dah pernah pergi dahulu, maka target kali ini ialah menyelesaikan beberapa perkara yang tak sempat saya buat sewaktu kali pertama di Kelana Convoy(KC) dahulu. Mangsanya ialah kawan-kawan sekembara saya, habis semua saya tarik buat benda-benda luar biasa sedikit dari yang selalu budak perempuan first time travel buat seperti keluar sampai malam. hehe.. ;p



Arc de Triomphe kami lawat ketika pertama kali sampai ke Paris sebelum ke Spain haritu. Waktu itu dah lewat petang. Cantik kan suasananya? Di sinilah cerita tadi jadi.



Orait. Selepas tiba dari Spain waktu pagi, kami check in Formula-One Hostel! Ini lah hostelnya~ Boleh la tahan cuma yang kureng best adalah tandas dan showernya yang kena kongsi lelaki perempuan. Haih. Sangat unsecure okeh! Tak tenang langsung. huhu.. Tapi bilik tidur ok la. Nice.



Pengangkutan biasa di Paris of courselah naik metro. Ada sekali itu kami terlajak silap stesen terambil metro terus ke airport, padahal nak ke tempat lain. Opss, okay my bad! Saya memang lemah sikit metro Paris ni awal-awalnya, sebab dulu time Kelana Convoy(KC) saya pusing Paris dengan kakak-kakak dan abang-abang yang lebih besar dan dewasa, maka saya yang satu-satunya adik ketika itu hanya ikut menonong sahaja tanpa perlu baca peta metro atau peta Paris. Semua diaorang buat. hehe. ;p Tapi takpela sesat sekali, kita kena gak belajar dari kesilapan kan? ^_^



Selesai check in, kami terus ke Notre Dame Cathedral. Ingat cerita Hunch Back of Notredame si Quasimodo dan Esmeralda the Gypsie tu? Ha, inilah lokasinya! Di luar Cathedral ini, banyak sangat burung merpati tengah berkumpul. Apa lagi, main merpatilah kami semua! Hehe. Tengoklah sampai ada yang takut-takut kat sini. hehe..





Sambil kawan-kawan lagi excited teramat main merpati, saya pergi masuk Cathedral tu sorang-sorang. Dulu time KC tak sempat masuk sebab panjang sangat barisan. Sekarang barisan macam kosong, apa lagi,masuk laaa... Dah la free tau! Tapi memandangkan ada macam tengah ada upacara plak dalam tu dan ramai giler orang, saya cepat-cepat keluar balik sebab tak berani masuk geledah sorang-sorang, dah la saya je bertudung. Cuak. Hehe. Kena tarik kawan-kawan masuk gak ni, baru berani sikit.





Cathedral ni macam muzim. Ada banyak sangat lukisan asli tentang sejarah dan barang-barang antik dalam tu. Replika seluruh notredame pun ada. Nak tahu, orang pertama yang tegur saya dalam tu dan berikan risalah sejarah lukisan tu adalah seorang paderi tua. Terkejut saya bila dia tetiba datang tanya 'are you muslim?'.Takut-takut juga mengangguk ya. Ingatkan apa la dia nak buat, dia nak tolong terangkan everything about the muzium. Errr, okay. Silalah asalkan jangan dakyah saya lebih-lebih. Huhu.



Dalam semua design bangunan NotreDame ini, saya paling tertarik tengok patung-patung demon yang kat bertenggek kat atas bumbung. Unik la! Dah tertenung tu nanti mula lah terbayang-bayang cerita Hunchback of Notredame di mana patung-patung tu dia hidup waktu malam dan ada diantara mereka jadi kawan Quasimodo. Wow! @_@ *berangan*



Kemudian kami selusuri jalan sekitar Seine River - sungai utama di Paris. Di sungai inilah nanti banyak cruise lalu-lalang - dan kita akan naik cruise juga malam ini!. Yeayyy!! Sebab apa saya excited? Sebab dulu time KC saya tak sempat naik cruise gara-gara nak habiskan pusing seluruh Paris dalam masa sehari. Hehe. Sambil jalan-jalan, kami sempat ambil gambar di beberapa bangunan-bangunan bersejarah sekitar sini.







Plan seterusnya adalah jalan-jalan depan Louvre Museum. Waktu ini sebenarnya dah lewat petang. Kenapa saya suka keluar malam di Paris? Sebab dulu di KC, saya dah puas keluar siang dan tak sempat keluar! Hehe.. Orang kata kota Paris lawa waktu malam, maka baik saya gunakan peluang sebaiknya kali ini, kan?kan? ;p Nasib baik rakan-rakan sekembara takde masalah nak ikut cadangan saya. Alang-alang dah pergi, baik guna sepuasnya kan? Tentang jalan, takde masalah. Memori saya masih kuat untuk cari secara cepat lagi selamat tempat-tempat yang pernah saya lawat. Tadaaaaa~ Cantik kan?









Okeh kawan-kawan. Sekarang tiba masa naik cruise. Eh kejap2! Jom tengok menara Eiffel Tower waktu malam. Saya dah plan awal-awal, saya kena pastikan kawan-kawan yang lain mesti sampai bawah eiffel tower tepat jam 7 malam, untuk tengok Eiffel tower tukar-tukar warna sambil keluar lampu kelip-kelip macam sparkling sebelum kekal berwarna keemasan untuk sepanjang malam! Ini pemandangan kegemaran saya waktu KC dulu. Cantik tau! 20 minit Sekali sehari je jadi. Tak leh miss! ^_^





Baiklah, sekarang boleh naik cruise. Kalau tak silap, cruise ni 2 jam sekali. Maka kena pandai bajet masa. Dah la ramai. Tapi seriesly naik cruise best! Plus waktu malam! Hehe. Semua bangunan nampak cantik sangat sebab mostly berwarna emas. Tapi lebih best bila atas cruise tu, kita duduk di luar ( Saya tak sempat, tapi kawan yang lain buat. Ceh, ruginya saya.)





Tambahan pula, perbezaan jambatan-jambatan di sungai ni nampak lebih ketara waktu malam. Setiap jambatan ada cerita masing-masing tahu, haaa.. tak leh lah nak kata semua jambatan sama je. Cerita-cerita ini semuanya diceritakan oleh seorang tourist guide of the cruise. Mantap oh pakcik ni. Fasih 4 bahasa -English, Spain, France,Italy. Semua cerita dia ulang 4 bahasa. Waaa,kagum! (Ini saya petik satu gambar dari Internet yang tunjukkan hampir semua jambatan di situ)



Dua jam atas cruise ditamatkan dengan mengusyar gambar kami di pondok gambar di hadapan stesen cruise. Sebelum naik cruise kami kena bergambar kat atas cruise. Ramai-ramai dan sorang-sorang. Photographernya orang France lah. Tapi terpulang nak beli atau tak. Tak nak pun takpe. Mahal gak. 10 euro per pic. Ok2. Jom balik hostel!



Bonjour!!

Hari kedua kami, pertamanya bawak kawan-kawan naik Eiffel Tower. Tapi korang je la naik. Saya tak nak dah. Why? Dulu kan dah naik. Plus saya takde feeling naik Eiffel Tower. Haha. Arrogantnya budak ini! ;p Betul lah. Dulu dah naik, just pusing-pusing dalam menara besi sambil teropong pemandangan Paris. Dan dulu jugak terperangkap dalam summer dan orang yang ramai giler atas menara tersebut, yang mana membuatkan saya rasa OMG nak turun!nak turun cepat! - kenangan yang biasa-biasa, takde istimewa. So, bye-bye Eiffel~ Korang je la naik, saya tak mau. Lagipun, kedengarannya juga mereka kena naik guna tangga, which means lagilah saya tak mau! huhu.



But, let me show you few of their picture from the view of puncak Eiffel. Quite beautiful jugak la. For first timer, you better have some experience here. ^_^





Sementara menanti mereka semua naik atas, saya pula jalan-jalan sorang-sorang. This is the time to explore everything by my own. Luckily, saya sudah hafal sikit-sikit ayat france which is so useful in being independent here. Jalan sorang diri sambil tunjuk muka confident macam Paris itu tempat sendiri. Nasib baik pernah pergi, maka berani la sikit. Masakan tidak, ramai sangat encik penipu dekat sini. Kenapa?



Pertamanya encik African yang jual keychain. Fuh, ayattt... Pandai betul nak suruh orang beli keychain dia. Ada ke patut mula-mula dia offer 3 keychain untuk 1 euro. Big no la sir! I've been here before and i buy 8 keychain for 1 euro okay (which is actually need more patience and strong will to persuade them. hehe), you got the wrong person la bai. so, bye-bye! (p/s: alhamdulillah i met 2 pakcik yang sanggup jual 8 keychain for 1 euro for my friends too but unfortunately i also saw the other african scold him badly after that. Pity him.)



Kedua, waktu saya jalan ronda-ronda sorang diri lalu jambatan nak ke Trocadero, ada seorang pakcik ni nak lukis muka saya. Penat dah kata tak nak dan takkan beli, dia nak gak lukis. Ish, sukati pakciklah. Lukis lah tapi i'll never buy. Sambil dia lukis sambil kami sembang. Tetiba habis lukis, dia kata lukisan ni dia kasi present with discount. Eh, hellooo? Discount? Nak tahu harga asal dia berapa? 40 euro! Discount 20 euro! Maka, disini kita boleh praktiskan perangai degil kita. Saya tak nak, saya tak nak lah! 20 minit pakcik tu pujuk beli juga. Saya pulak dengan selambernya masih i don't care la pakcik, saya tak nak jugak. Lukisan tu dah la kartun, tak sama pun dengan muka saya. Last2 dia give up, terus saya dapat free! Haha.. Alhamdulillah, rezeki kedua! Yuhuuu~



Lepas pakcik tu tension, kawan dia try pujuk guna alasan diaorang miskin n belum sarapan so i should give money. He look quite mendesak. Eh, amboi, melebih nih. Miskin betul takpelah, bohong sungguh dengan appreance dia. Ah, tak kira! Tak nak jugak. Kita lawan balik guna alasan saya student, takde duit sambil buat muka kesian and simpati. About 10 minutes gak, pastu dia pun give up. Yeay, menang! Haha. Chow cepat-cepat, karang pakcik lain plak ambil giliran nak suruh beli. huhu..



After few times pusing-pusing, last-last bosan maka saya patah balik ke Eiffel tower. Jalan sorang diri sambil elak-elak encik African dan makcik-makcik mintak sedekah. Caranya : jangan jawab bila dia tanya boleh cakap english ke tak. BUat muka tak paham dan blah! Selesai. ^_^ Pusing-pusing keliling Eiffel ni sempat jugak saya kenalan dengan few solo tourist yang ada di situ. How? By asking others to take each picture. Bantu-membantu. I take yours, you take mine. ( Macam yang di bawah ini) Nice but a little bit bored when they leaved. Okay, i don't like being solo in any travel.



Hanya ada satu cara yang boleh hilangkan bosan berada sorang diri di Eiffel Tower. Iaitu ketika anda dapat melihat aksi encik African lari bertempiaran bila polis France datang kejar diaorang sambil naik basikal. Saya sempat tengok dua drama. Satu polis kejar sungguh-sungguh. Satu polis kejar lewa-lewa. Yang penting all the africans lari pecut ramai-ramai macam dalam filem sampai kawasan tu tiba-tiba kosong dari africans. Wohoo.. Teruja, tergamam dan tergelak di situ.

Alhamdulillah, mereka dah turun. Seterusnya mari ke Mosque of Paris. Ini pun susah gak. Dalam map payah di baca dan saya lupa jalannya macam mana sebab mosque ni dulu saya pergi jalan kaki pusing jauh giler. So, terpaksa guna cara saya-tak-tahu-tempat dengan tanya penduduk-penduduk sekitar sini. Dekat sinilah kami diuji dengan masalah bahasa. Adoi, nasib baik dah hafal ayat biasa tanya arah dan tanya orang. Seriesly sorang pun tak reti cakap english! Diaorang friendly and care to help but unfortunately they can't speak english. Sejam jugak kami memusing-memusing sebelum akhirnya sampai selepas asar.



This is my first time get into the mosque. Dulu kan tak sempat sebab ada solat hajat yang ramai sangat orang, kali ni alhamdulillah. Orang-orang dalam masjid pun sangat friendly. But they also can't speak english well. Ada sorang je reti sikit-sikit. Dia la yang intertain kami sambil usaha speaking english. Tapi seterusnya bila kami dapat tahu dia dari tunisia, apa lagi... mari cakap arab lah makcik! haha.. terus dia teruja dan beritahu orang lain dalam masjid tu. Tak pasal-pasal semua berebut sembang dengan kami juga. Lerrr, semua terer arab rupanya... ^_^



Saya sayang sangat makcik-makcik kat situ. Diaorang baik sangat-sangat. Bagi kami susu, roti dan macam-macam lagi. Suruh kami berehat sampai ke isyak pun boleh. Tapi nak buat macam mana, kami kena keluar before maghrib. Sambil sembang-sembang sempat juga kami tanya makcik-makcik situ tentang Islam in France. As i expected before, memang ramai pun. Dan foreigners pun ramai jugak and most of them adalah dari Asia Barat, so guys, Arabic is very useful here~ So far, takde masalah sangat dengan Islam sebagai cara hidup di sini. Yang kena bukak-bukak tu maybe dalam sektor kerajaan sahaja. Alhamdulillah. Semoga kita jumpa lagi suatu hari nanti makcik-makcik ku!



Seterusnya mari kita ke Louvre Museum. Oh ya, sebenarnya kami ke sini jam 6 petang sebabnya kebetulan pada hari kami datang ini adalah International Day of Louvre Museum, maka lepas jam 6 petang semua international foreigners dapat masuk museum secara free of charge. Itu yang pilih timing ini. Alhamdulillah jimat belanja. Apa ada di museum ini? Owh, banyak sangat benda sampai tak tersebut. Tapi fokus kami hanya tiga benda : Potret MOnalisa, Undang-undang Hamurabi (ingat tak? ada belajar dalam sejarah form 5 - undang2 pertama di dunia )dan Hidung Sphinx. Tapi Hidung Sphinx tak jumpa sebab jauh sangat side dia. Yang lain setel!













Memandangkan ini hari terakhir, maka semua pakat nak shopping. Saya? Erm, usyar je lah kot-kot ada terbekenan nak beli lagi. Tapi kami cuma ada masa 2 jam je. So, sampai area Montmartre which is the most cheapest area to shop around selain Notre Dame, semua pecut lari tinggalkan saya yang takde arah tuju nak beli apa sebab semua dah beli dulu. hehe.

Owh ye, area Montmartre ni sebenarnya ada church kat atas bukit yang mana kalau kita naik, kita boleh nampak bandar Paris dari atas. Paling cun kalau nak naik ialah waktu lewat petang. The sunset is really beautiful and breath taking! Alhamdulillah saya dah naik dulu, so takde la rasa terkilan tak naik kali ni sebab orang lain lagi excited nak shopping. Ini gambarnya waktu malam.



K. dah selesai jilid kedua Paris in my life...



Seterusnya saya akan ke Gilley untuk main Ski! Untuk ke Gilley, saya menginap sekejap di pekan Besancon , tempat university cikgu bahasa Perancis saya di Integrasi Gopeng dahulu - Madam Seri Wangi. Kebetulan ada x-anak murid Madam Seri jugak kat situ, maka apa lagi, kita buat link connection barulah. hehe.. Alhamdulillah tempat menginap semua dihandle kawan baru saya ini. Bawah ini adalah gambar seluruh Besancon dari atas. Keunikannya dapat diperhatikan dari bentuknya yang macam ladam kuda. kan?



Jauh jugak untuk ke Besoncon dari Paris. Kena naik train selama 2 jam lebih.



Hari pertama - cuaca cerah dan terang benderang. Takde salji lagi. Maka, kita jalan-jalan pergi taman saja dulu. ^_^





Hari kedua - Salji turun! Horray~ Alhamdulillah, ramalan cuaca sangat tepat. Pagi-pagi subuh saya dan tercangak tepi tingkap tengok salji turun sambil telefon Malaysia. Macam ajaib je semalam hijau, tiba-tiba hari ni putih. Subhanallah~



Baiklah, mari kita bertolak ke Gilley. Naik keretapi juga. Dalam salji yang masih turun dan suhu yang sejuk tak terkata. Main ski di Gilley ni boleh la tahan. Dia tak berbukit tinggi macam di Ankara Turki. Landai je tempat dia tapi luas giler. Ada la sikit-sikit cerun kat situ. Tapi area tu ada hutan kat tepi dia.









Kebetulan waktu saya dan kawan-kawan saya pergi main ski, nobody was there! Only us! Memang rasa scary sangat kalau keseorangan tengah ribut salji sebelah hutan apabila kita punya penglihatan terbatas. Ada sekali saya tertinggal seorang diri di tengah, yang di depan dah ke depan sangat, yang di belakang pulak tertinggal belakang sangat. Sekeliling saya cuma nampak salji yang macam lautan. Nothing else except a grey patch of jungle view beside me. Waktu tengah berseorangan seorang diri tu terbayang macam-macam - Rancangan "i shouldn't alive : trapped in snow storm" lah, Aswad the lion of Narnia lah, Snow Queen lah dan macam-macam lagi yang berciri creepy and scary. Last-last sebab takut sangat, saya pecut ski. Tak kisah lah terguling-guling pun, janji tak berseorangan. huhu. Baru sekarang saya ternampak a dark side of snow yang selama ni nampak sangat suci murni.







Lepas puas main ski, saya di bawa melawat coklat factory di area ini. Bukan kilang besar pun, tapi ia cuma macam sebuah rumah je. Dengar kata coklat di sini sangat terkenal. Agaknya lah sebab saya tengok banyak sangat keratan akhbar pasal pakcik ni tertampal di sini.





Harga coklatnya pun mahal giler. Tapi setaraf la kot dengan kepelikan dan keunikan coklat yang dia buat. I never taste one like that before. Unik! Paling tak tahan, boleh pulak ada coklat perisa rempah cili. Hadoi. Seriesly pelik.



Malangnya pakcik ni tak reti cakap english, maka terpaksa guna khidmat penterjemah kami di sana. (semua patung perempuan, bunga, kereta dan periuk atas meja ni semuanya adalah coklat! Wuish, dah rasa macam dalam hensel and gretel la pulak~ hehe)





Ok, kemudian hari ketiga di Besancon kami pergi jalan-jalan kat bandar dia. Masih lagi berjalan dalam salji. Putih memanjang semua benda yang kami nampak. Plan untuk ke Istana atas bukit Besancon terpaksa cancel sebab jalan licin. So, jalan sini je lah. Never mind, yang penting balik nanti saya kena call madam Seri nak cerita macam-macam. Hehe... "Madam, saya dah jumpa university madam!" ;p








Seorang kawan saya di sana bawa kami ke sebuah kedai hot chocolate. Di situ kami diberi sebuah buku menu hot choclate setebal 8 muka yang memaparkan pelbagai jenis hot chocolate dengan pelbagai perisa yang berbeza + pelik dan tak pernah kami cuba (yang haram, still lah tak boleh cuba yer). Apa lagi, macam seidkit jakun la saya dan mereka tukar-tukar rasa hot chocolate masing-masing. Haha.. Ini satu muka surat yang saya sempat ambil gambarnya.





Oh ya, satu perkara yang saya paling suka ialah salji di Besancon. Ntah kenapa saya baru terperasan kepigan salji di sini coraknya terlampau jelas dan cantik serta mudah dilihat mata kasar. Rasanya dulu time di Jordan dan Turki, saljinya tak secantik ini/ corak sebenarnya susah nak nampak. Yang di sini, sangat clear! Guna kamera digital biasa pun boleh tangkap bentuknya. Cantik sangat!



Ok, sambung jalan. Habis pusing pekan Besancon, macam biasalah kami pergi jalan-jalan shopping cuci mata kat area shopping (bukan kat pekan tadi). Satu lagi yang saya perasan di Besancon ialah dia punya susunan shopping complex (not so big tingkat-tingkat like Mecca Mall la. Just gudang-gudang setingkat yang besar gabak). Penuh sepanjang jalan sederet-deret sebelah menyebelah macam fast food kat Syariq Jamiah! Senang kerja kami nak bershopping macam ni, harga pun murah tersangat-sangat, lagilah rambang mata! I love Besancon! Hehe..



Dan keesokannya, saya bertolak pulang dari Besancon ke Paris untuk kembali balik ke Jordan. Besancon saya tinggalkan dalam salji yang memutih dan lampu yang menguning (malam) . Selamat tinggal Perancis! Kalau ada rezeki, insyallah kita jumpa lagi - buat kali ketiga pula. Allah jualah perancang yang maha bijaksana.







Akhir kalam, tamat sudah kembara Spain France winter Treat 2010. Terlalu banyak cerita, pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi dalam kembara kali ini. Yang paling penting, cita-cita menjejak bumi Andalus telah tercapai. Syukur alhamdulillah. Syukran ala kulli hal~

18 comments

Write comments
Mehmed Aimi
AUTHOR
June 30, 2010 at 9:46 PM delete

wargghh!!..syoknyaaa...!

Reply
avatar
June 30, 2010 at 10:10 PM delete

wah nak pegi nak pegi^_^ sedap tak ainul makan coklat perasa cili tu?

Reply
avatar
June 30, 2010 at 10:14 PM delete

mukmin:
:D

kak lailati:
bluwekk!! saya rasa pelik gila coklat pedas macam tu, tak sedap la akak.

Reply
avatar
[sakuradila]
AUTHOR
July 1, 2010 at 8:55 AM delete

cancel2 komen tadi...

haha,bile jalan sama2,lama2 kita kenal hati budi,and know them better...that's way to complete each other kan kak ainul...bab2 terasa tu besela kot,human nature...tapi lama2 dah set mind,buang cepat2... :)

dila xmasuk cathedral,malas...haha..
selamat bercuti habis2 kat msia!!

Reply
avatar
July 1, 2010 at 9:42 AM delete

dila:
hehe.. memang betul pun apa yg awk cakap tu dila. Yang penting diri kita sendiri kan? pandai urus, baguslah jadinya. kalau tak, boleh huru-hara.
akak dulu pun malas masuk, tapi dh second time nih masuk jelah dr kebosanan tercongok depan tu tunggu org. ;p

thanks! akak nk balik dh pun rabu nih. see you~

Reply
avatar
Habib
AUTHOR
July 1, 2010 at 3:21 PM delete

Salam
Ana just nak highlight satu kesalahan nama tempat yg disebut di Paris.

(Sacremonte), ana raser enti maksudkan Sacrécoeur, namer gereja yang terletak di satu tempat bernama Montmartre, di Paris.

Itu ajer, yang lain ana raser very perfect utk dijadikan panduan org nk melancong ke Paris.

Salam ukhuwwah.

Reply
avatar
July 1, 2010 at 4:32 PM delete

habib:
wa'alaikumsalam.
owh, salah ye? syukran. nnti ana check dan perbetul balik. =)

Reply
avatar
July 1, 2010 at 4:39 PM delete

habib:
erk. betullah. salah sangat2. yang anta ckap tu yang betul. ana tercampur dnegan sacromonte spain. asif. thanks!
salam ukhwah kembali.

Reply
avatar
suria jay
AUTHOR
July 2, 2010 at 5:54 AM delete

salam ainul!! hehe, akak ni :)
akak cumil, haha, pasannye :p
ainul!! bestnye jalan2, ade kat malaysia ke skang ni? :)

Reply
avatar
July 2, 2010 at 7:26 AM delete

insan lemoh segalanya:
subhanallah..

Kak fathen:
ws akak! kenal2! =)
comel ke? kiut ye kot. haha..
haah, skrg kat malaysia. tapi rabu 7hb nih ainul balik dah.

Reply
avatar
suria jay
AUTHOR
July 3, 2010 at 7:39 PM delete

7hb dah nak balik?
waaa!! seize your last moment here, but im sure once u're going to return to malaysia for good, u dont wanna leave everything about u during the study time, seriously!! it happened to me :')
jage diri tau!! love u! muuah! :)

Reply
avatar
July 4, 2010 at 1:26 AM delete

kak fathen:
i think so.. biasalah.. bak kata orang - dekat bau busuk,jauh bau wangi. kan?kan? hehe. takpe, i still have another 3 and half years to go, bet it'll be great since lepas ni masuk hospital dah. ;p doakan ainul tau akak! akak pun jaga diri sama ok. love u too~ ^_^

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 4, 2010 at 7:02 AM delete

best..tp asal takde pic pengembara2 ..ehhehe
kak syura

Reply
avatar
July 4, 2010 at 8:03 AM delete

kak syura:
hehe. pengembara punya gambar takleh tunjuk lebih2. buruk ah. tengah sememeh keletihan. hehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 4, 2010 at 5:35 PM delete

amboi...awak dulu kan jalan2 ngan akak n lili..mane penahnye sesat..cume x sempat nak enjoy naik cruise n paris at that time was so hot..mmg buat org org panas ati je..hehe

- ms fara

Reply
avatar
July 4, 2010 at 10:14 PM delete

kak fara:
haha. ainul memg tahu kak fara n kak lili is the best travel partner ever! terer giler! semua akak2 je buat, n ainul ngikut menonong je tak yah buat apa2, tu pasal tak tau apa benda tu sampai tersesat-sesat sikit bila ainul dtg sorang without you guys. hehe. yup, i agree paris time tu panas giler smpai orang pun cepat mendidih. totally true..

ingat tak akak, the moment we stop at montmatre lepas habis amazing race pusing satu paris satu hari, time tu kan masing-masing terduduk penat sbb tak larat jalan n i take picture of us dengan muka ntah apa-apa. haha.. mcm nak tergelak bila tngok balik semua gmbr tu. ;p rindu la kat korang~

Reply
avatar
ummu tasnim
AUTHOR
July 12, 2010 at 3:34 PM delete

salam dik,masya allah kul suwar sawwartiha helwah katheer!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *