Baru

7:20 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

(sekarang tengah hujan lebat! Sejukk.. Bye2 summer. =D )

Hari ni dah hari ke 3 ada di Malaysia. Banyak benda yang dah jadi, sama ada dirancang mahupun yang tak dirancang. Semuanya serba baru.



Sebagai contoh macam waktu 18hb kelmarin. Betul-betul lepas jejak kaki ke Malaysia. Baru pertama kali rasa - gelabah beg hilang. Berada dalam satu flight yang penuh dengan jemaah umrah dengan beg yang bertimbun-timbun lagi sama saiz atau warna, tanpa disengajakan ada di kalangan mereka terambil beg saya dan kesannya saya balik tanpa beg yang penuh dengan buku orang dan buku saya (takde baju).

Huuu, rasa macam nak menangis pun ada sebab dalam tu ada banyak buku orang, jenuh weh nak bayar buku-buku kot putih yang mahal tu. Tapi alhamdulillah, dalam masa 24 jam beg tu jumpa balik (walaupun dah keluar KLIA, terpaksa patah balik KLIA-cyberjaya-KLIA). Fuh selamat~ Terkejut agaknya kalau diaorang buka beg nampak semua buku belaka. hehe..

Semalam baru betul-betul sampai Nibong Tebal a.k.a rumah baru. Sebelum tu singgah rumah tok dulu di Parit Buntar merangkap jiran rumah lama. Rasa lain macam pulak bila nampak rumah yang kita dah duduk selama 12 tahun sekarang bukan lagi rumah kita. Banyak tau memori dekat rumah tu. Rindu pulak! But never mind, lagipun abah selalu cakap " That's life! Everything cannot remain forever~" Yup, that is true.



Sampai sahaja di rumah baru, memang saya jadi jakun seketika. Wow! Akhirnya sampai juga ke sini. Masuk rumah terus pusing-pusing tengok sekeliling. Adik kat belakang tengah punggah beg dari kereta langsung saya tak peduli nak menolong. Teruja selongkar rumah baru. Biasalah, orang jarang balik kan~ Hehe.. (I'll put some photo of them later)

Rumah baru saya sangat best. Better than the old one? Hurm, can't say so yet. Both have their own strength. Saya perlukan masa untuk biasakan diri di rumah yang baru ini. Pagi tadi pun terkocoh-kocoh cari barang sebab tak tahu mama dan abah susun letak mana barang-barang yang saya perlukan. Jiran-jiran pun saya tak kenal langsung sesiapa lagi. The feeling of 'saya baru pindah rumah' is on the air again after 12 years it has been gone. ^_^



Balik Malaysia kali ni juga sebenarnya tak berapa nak boleh bergembira sakan sangat. Suasana baru yang tak macam biasa. Sebabnya ada 3 saudara saya tak berapa nak sihat. Seriously not in a good condition. Sorang sepupu kecil saya yang baru usia setahun kena Otitis media after having a week of URTI infection and high fever. Ayah saudara saya pula accident sampai patah dua-dua belah tangan dan baru surgery dua hari lepas. Tok saudara saya pula is having bad bronchitis + pneumonia yang mana sejak 5 hari lepas until now he is still unconscious in ICU.

Semuanya rapat-rapat belaka dengan kami + saling berjiran, so the atmosphere is not so good for now. Banyak pulak hospital nak pergi ziarah cuti nih. Ish3. I hope they will recover soon. Even bila saya balik rumah lama, everything is so sunyi sepi dan tak seronok sebab rumah lain banyak kosong sebab ramai berkampung di hospital.

Update plan jalan-jalan yang entry Permission in Malaysia hari tu : Saya baru cancel! Haha. Why? Sebab takdir tidak mengizinkan walaupun abah dah izinkan. Cewahh~ Huhu, takpelah, pendek kata ada faktor lain yang menyebabkan ia tak dapat dijalankan. Ma'alisy~ Saya redha saja.

By the way, sekarang saya update dari office abah di UiTM Permatang Pauh. Erm, ini tak baru sangat pun. Ini aktiviti tahunan saya setiap kali cuti, mengekor abah pergi office dan lepak di sini daripada berseorangan di rumah. Far away better n best! Plus, ada chance abah nak bawak jalan-jalan bershopping lagi berdating berdua n sukati saya nak beli apa. Hehe.. Takdelah, kali ini plannya ialah nak pergi lawat Pakngah yang accident tu di Hospital Seberang Jaya. Mama kerja. So, mama suruh ikut abah sebab lagi dekat dan senang. (Yang barunya, UiTm berwajah baru. Makin up! ^_^)



Mengikut meter kereta abah tadi, dari mula ambil saya sampai hari ni, kereta abah dah berjalan 1000+km. Penang-Sabak-KLIA-cyberjaya-KLIA-Sabak-Cyberjaya-Taiping-Parit Buntar-Penang. Ok, itu baru yang haritu. Kami bakal stay dekat rumah 2 hari sahaja sebelum kembali melawat KLIA untuk mengambil Asyraf yang baru balik Malaysia pulak. Yeay, excited nak tungggu hadiah! Oooo, ini rupanya perasaan adik-adik saya tunggu saya balik. Baru tahu. Ces. Sedikit kurang asam di situ~ :P (No lah! We miss each other more than we miss the present..)

Ok, countdown in Malaysia dah tinggal 17 hari sahaja dari 20 hari cuti. Masa tinggal sikit. I've done few things i want to do and eat few foods i've been craving for. Baru rasa selepas setahun tak jumpa. Ikan pari, jantung pisang, seafood segar, roti Gardenia + kaya, udang lipan, pau and teh ais mamak. Sound childish isn't it? But believe me, having all these feels like heaven! None of them can be found is so called Hashimate Kingdom. Kebab n masakan berayam-ayam, saya tolak tepi. :D

I've called few of my friends and list out some plan to do. Family members will be included to make sure in this 17 days left, i can meet all of them specially the new members of the clan. New babies are around and few of old babies are getting bigger and clever and unrecognizable, which for them - i'm the newbies. I have to introduce myself again and again till they sure that i'm not an intruder. >_<

Nak buat macam mana, itulah harga yang perlu dibayar bila jarang balik kampung, sampai ada sepupu membebel "asal ada kenduri, ko tak balik. Asal ko tak balik, ada kenduri. Apalah... " *yang korang kenduri time orang study sapa suruh. haaaa..Tapi takpelah, at least it feels quite good to be a special guest everytime i come.uwek! :P *



Cuti tahun ni adalah cuti terpendek sepanjang sekolah kat Jordan 3 tahun. Baru jadi. Ramai plak yang perasan dan tanya kenapa pendek amat cuti kali ni. Korang tak puas hati, saya lagilah beribu kali tak puas hati. Blame my univeristy sistem! Eh, takboleh2! At least i should be grateful because we can grade earlier than others. Doktor-doktor muda mostly datangnya dari Timur Tengah yer adik-adik (selain Malaysia). Tak payah matriks setahun, tak payah persediaan 2 tahun, tak payah cuti 3 bulan walaupun tempoh masa adalah 6 tahun mulai lepas lepas SPM. Masuk awal, belajar awal dan keluar pun awal. Maka, sila bersyukur tambah-tambah yang budak-budak lompat PTS yang insyallah dapat jadi dokor seawal umur 23 tahun. Kan ke bagus tu? Kan?

Maka, kesimpulannya silalahh bersabar dan terima dugaan hidup. Bak kata abah "That is life." Banyak jugak la kan benda baru yang baru belajar dan baru tahun. So, Sabar.sabar. Ganbatte kudasai! Shiken ganbatte ne!~

Okie dokie. Jumpa lagi!
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *