My 3A'S

Assalamualaikum

Lagi dua hari nak exam dan lagi 16 hari nak balik Malaysia. *x sabar*

Semalam baru sudah telefon mama dan abah. Diaorang kat kampung Sabak Bernam, tengah ikut nenek buat kenduri kesyukuran kat sana. Waktu telefon semalam, latar belakang suara memang tengah bising teramat - tanda ramai orang. Kata mama, seorang orang turun kenduri dari yang paling tua hingga yang paling muda (aduh, cemburunya!!) kecuali anak-anak sendiri.

Hahaha, baru perasan rupanya kali ini mama dan abah balik dating berdua sahaja sebabnya saya dan Asyraf masih di luar negara, Amira di Sri Puteri sibuk exam manakala Aiman pula sibuk dengan latihan bola baling dia. Semua tiada! Maka, tinggallah mama dan abah sahaja yang pulang ke kampung sana. huhu. ^_^

*********************************

Bercakap tentang Aiman, baru-baru ini dia pecah rekod lagi. Clean clear punya antara kami adik-beradik yang lain. Selama ini ingatkan dia kaki bola sepak sahaja, rupanya-rupanya sekarang dah jadi jagoan bola baling pulak di sekolah dia. Kalau bukan sebab status Facebook guru kami di SKPTM tu, saya tak tahu pun dia berjaya terpilih sebagai wakil Penang untuk sukan bola baling ke peringkat Kebangsaan. Dulu mama cerita takat negeri sahaja. Amboi2, sakan sungguh budak nih!

Memang antara kami empat beradik, dia satu-satunya yang cenderung ke bidang sukan. Semuanya dia sebat, pantang ada peluang. :P Tapi takpelah, itu petanda yang baik. Sekurang-kurangnya dia ada keunikan tersendiri - SUKAN. Punyalah gila sukan sampai bila ditanya nak hadiah apa kami balik nanti, asyik minta barang-barang berunsurkan sukan sahaja kerja dia. Ish2..

But still, I'm proud of him! Tak sabar nak jumpa dia balik nih. Mesti tambah tinggi + hitam lagi budak tu. Hahaha... Balik ni, mama dah pesan suruh sental dia kasi study lebih sket. Dia dah nak UPSR. Siap kau balik nih, hehe~! *evil sister*

*********************************

Tentang Asyraf pula, dia macam dia lah. Tak termampu dah nak challenge akademik dengan dia. Huhu. Baru-baru ni dia cerita dia dapat aftomat untuk biology, latin, anat dan histo. Sudahnya final nih orang lain kena amik sampai 4 subjek, dia rilek-rilek je boleh ambil 2 je yang tak aftomat lagi -Kimia dan Physic. Gulp~ *jeles betul dengan sistem Russia macam ni*

Tapi yang lawaknya, dia tak sudah-sudah mintak nota dari Jordan. Dah la kekurangan lecture notes , buku teks pun pinjam library.Susah gak tu rasanya diaorang nak survive. Mantap2x! Nasib baik jugak dia ada kakak sama kos, senang kerja budak tu nak minta donation supply nota dan buku. Kan?kan? Hehe.. Takpe, baik-baik gak, upah mau ada. :P

*********************************************

About Amira, she is the our celebrity today~ HAPPY BIRTHDAY DEAR!!!!!!!!!!

1 June 1996. Tak dapat ingat clearly sangat time dia lahir as i remember every second of Fatimah's birthday. Tapi tak kisahlah yang itu, yang pentingnya di kampung-kampung kami setiap kali 1 Jun mesti meriah amat sebab di belah Ayah, dia sama birthday dengan Tok Wan. Di belah emak pula, dia sama birthday dengan sepupu lagi sorang. So senang cakap, birthday dia sentiasa outstanding. Huhu..

Dia dah tingkatan 2 sekarang. Makin matang rasanya sejak dah makin lama duduk asrama nih. Lama dah tak sembang dengan dia. Facebook pun dia dah jarang online, nak telefon apatah lagi. I guess Sekolah Sri Puteri memang deadly busy. :P

I wonder how she is right now? Sihat ke dia? Ok ke akademik dia? Dia still pegang jawatan batch leader yang memeningkan kepala dia lagi tu ke? Dia still ada problem bas balik kampung lagi ke? Dia still bajet cool depan kawan tapi dengan kami manja-mengada-tak-mau-balik-sekolah lagi ke? Dia still the same kaki melaram ke? How is my little sis right now? ^_^ Gosh, i miss her so much!!!!

Dear my sweet-14-Amira Amalina, happy birthday! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dalam segala hal. Kak Ina doakan moga-moga apa yang dihajati bakal diperolehi. Bitaufiq dalam exam nih. Teruskan usaha, solat jangan lupa, doa + tawakkal - Insyallah, pasti berjaya. A little present for you (The big one, tunggu kak ina balik nanti) :

For you, My Exceptional Sister

She's one in a million,
Our wonderful sister;
She's smart and she's strong;
We just can't resist her.

Sis, we're so glad
You're in our family;
We really do love you,
As you plainly can see.

So have a great birthday;
Know we're thinking of you,
Giving love and support
In all that you do!

Muahh! Love you~ (>_^)Y

**************************************

Oh tidakkk~ Hormon homesick dah mula datang balik. Nak balik! Nak balik! Cepatlah habis~~~~~~~~~ T_T

Doakan saya berjaya lalui exam dnegan cemerlang dan dapat balik Malaysia dengan bahagia dan excited. Please.Please. Sekian. ^_^

p/s: Gambar tidak berjaya dimasukkan gara-gara internet over lembap. Next time~

p/s lagi : To all seniors-seniorita Medik di Jordan, congratz! Whoaa, dah grad! Tumpang bangga dengan kalian. Tahniah2! Alhamdulillah~~~ Doakan kami seterusnya pula. ^_^ AL-dentist dan Al-Yarmouk tak dengar cerita lagi. Amacam? Habis dah gak ke? Kalau dah, inform eh. Nanti saya update. ^_^

p/s seterusnya : Tolong doakan keselamatan anak2 kapal LL4G yang diserang di Gaza. Hantu punya Israel~ Tak habis-habis nak buat keras kepala sendiri. X_X

6 comments

ashraft | May 31, 2010 at 1:30 PM

huhuhuhu.....anyway,thanz for the compliments...hehehehe...kat russia nie buku medic bnyk jer sebenarnye,cume nak kene translate jer la sebab sume dlm bhasa rusia..hihihih..papepun happy 14th birthday to amira.....and gud luck for exam 2 jun nie and onwards.....

p/s :org pun dalam mode nak balik gak...waaa.....!!!!! tak sabar.....!!!

Anonymous | June 1, 2010 at 12:56 AM

oit..kak ina
i`m 1996 la...
1998 tu aiman..
well..i`m still holding my position..
or in the other words...
_____I`M STILL THE SAME_______
~amira~
~may~
~yahya~

Ainul Arina Madhiah | June 1, 2010 at 3:16 AM

asyraf:
oooooooooo..... so, korang kalau nk beli buku kena pakai translation la eh? tsk.tsk.tsk..

amira:
erk, eh? aiseh, sori2... silap! nanti habis exam kak ina betulkan. skrg malas. :P
good to know that you're still the same my dear! ^_^
just satu yang kak ina curious. Sejak bila 'yaya' turn out to be 'yahya'? Hahaha... weird okeh!

I am ME | June 2, 2010 at 8:28 PM

salam ziarah. hek.. 1st time nak komen ni.

huhu.. tu la ainul.. =P ingatkan aku yg tersilap sebab fikir budak2 form 2 sekarang lahir tahun 1996.. sebab adik aku pun form 2 gak. pening kepala fikir punye fikir possibility adik ainul 1998. akhirnya membuat resolusi bahawa budak2 sri puteri mmg ekspres. baru jumpe jwpn sebenar.. hehe.[^___^]

NORAIN | June 3, 2010 at 12:25 PM

bittaufiq wan najah fil imtihan...(betul ke akak ni ckp arab...lama dh xckp arab)..

eh xtau pun kg ainul kat sabak bernam..kalau gi sabak bernam, meh la singgah rumah akak kat sg besar :D dialu2kan

Ainul Arina Madhiah | June 3, 2010 at 10:29 PM

i am ME:
first of all, siapa kah ME ini? ^_^
ahlen2... lepas ni komenlah selalu. dialu-alukan. buat macam rumah sendiri pun takpe. ;)
hehe.. sorry lah pasal tarikh tu . Aku pun tak perasan. Main taram je tak tenung balik. Biasalah, manusia kan sering melakukan kesilapan. eceh~ hehe..

kak norain:
:) betul sangat-sangat dah tu akak. means akak punya bahasa arab masih core lagi nih. bagus2. hehe..
eh, lama sama area yer? oh, boleh sangat kalau gitu. alamatnya mana yer? sungai besar itu memang besar, kalau lagi spesifik lagi senang cari rumah. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images