Super 10 dan Exam

11:17 AM 5 Comments A+ a-


Assalamualaikum..
(Notis awal: Entry ini panjang amat..)

Alhamdulillah, minggu yang mendebarkan sudah tamat!

Kerana apa mendebarkan? Sebab minggu ini saya tersepit antara dua perkara - Sukan Super 10 dan minggu peperiksaan. Dua-dua saya susah nak lepas.Sukan hari Jumaat. Exam pula hari Isnin

****************************************************************************
Cerita sukan

Mula-mula cadang kalau habis study sahaja saya akan turun. Tapi tengok-tengok waktu tu, hati dah tunggang-langgang tension study. Maka secara berani mati saya hadirkan diri masuk bertanding. Niat utama mahu melepaskan tekanan. Harap-harap lepas main bolehlah fokus balik study, insyaallah.. Maka, saya pun turun akhirnya.

Awal-awal datang, hati sudah berdoa oh tolonglah jangan sesiapa sebut tentang 'keberanian' saya datang sukan walaupun nak exam. Tapi malangnya hajat tak kesampaian. Dari pagi sampai tengahari junior-junior secara innocentnya asyik menyebut benda yang sama.

" Waaa, akak mesti dah habis study.."
" Mantap la akak datang padahal lusa exam.."

Aishhh, aku lari balik kang! Huhu. Seriously, saya memang takut bila orang beranggapan sedemikian. Padahal hakikatnya, saya belum bersedia 100% tapi memang dah tak boleh tahan menghadap buku dan benda yang sama. Rasa tertekan padahal turun ni nak kasi hilang tekanan. Maka bila diasak-asak begini, rasa macam nak menangis pun ada. Dalam hati asyik terfikir "kalau result aku jatuh teruk lepas ni, habislah mesti orang ingat pasal sukan.."

Lalu pagi yang sepatutnya ceria jadi sedikit kelabu. Dengan hanya berteman Nabilah - rakan seangkatan yang juga medik tahun 3, kami melekat berdua supaya terasa agak kuat berada di kalangan mereka-mereka yang examnya masih jauh. Huhu.

Tapi mendung tak selalunya lama. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan tiga lagi kawan sebatch. Wah! Excited tahap tak ingat dunia. Ada geng! Ada geng! Legaaaa sikit rasa hati walaupun masing-masing datang dengan nota kanan kiri.

Ok, boleh fokus sukan~

Perancangan awalnya, saya yang memang tak masuk olahraga ini akan habiskan sesi pagi (olahraga) dengan baca nota di tepi padang sementara tunggu sesi bola waktu petang. Tapi lain yang dirancang, lain pulak yang datang. Memandangkan senior-senior klinikal pun yang datang pun amatlah sedikit, saya diminta sama menjadi bidan terjun pasukan paramedik memandangkan tenaga kerja amatlah kurang. Erk. -_-'

Bajet-bajet takdelah sibuk mana, sekali rupanya sukan belum mula pun dah ada kes jadi. Mula-mula sorang kena hempap tiang lompat tinggi, lepas tu ramai pulak yang out-of-order lepas lari. Peserta lari kejar garisan penamat, kami paramedik pula lari kejar mangsa-mangsa pengsan yang penat. Utara barat timur selatan. Aduh, tak boleh ke kecikkan sikit padang? Huhu..

Ok, habis acara olahraga, semua pergi masuk stadium pula - bola bakal beraja. Yeay!

Ini baru betul saya nak masuk padang. Bola tampar, bola jaring - here i come!

Pasukan saya (Ungu) dah mula tunjuk belang. Di padang mungkin kami banyak kecundang, tapi di court, peluang takkan kami biar terbang. Otai bola tampar kebetulan ada dalam pasukan kami. Bakat-bakat baru pula dah tak sabar nak tunjuk potensi. Apa lagi, maka peti ubat semua saya tolak tepi. okay guys, get ready - Hot Squid Team nak mula beraksi~ Go!!

Perlawanan pertama: Bola Tampar
Saya masuk untuk minit masa pertama. Entah kenapa skill hancur. Bola tak henti-henti keluar ke tepi. Tension. Saya bajet mungkin sebab lama tak praktis maka saya dah berkarat. Maka secara adilnya, baik saya keluar beri peluang pada yang lebih baik daripada saya menghancurkan team sendiri.

Alhamdulillah, strategi ini berkesan. Ada beberapa junior yang sangat hebat tersembunyi. Bila mereka ganti, saya memang teruja di tepi. Mantap amat budak-budak nih. Bagus2! Lega...

Sementara beberapa game mereka perlu lalui, saya di belakang sedaya upaya kembali mengasah diri untuk bola jaring terutama bab shoot. Lama tak main memang teruk. Ini pertama kali kembali turun selepas karisma tahun lepas. Setahun sudah tak aktif. Keluar jugak peluh lepas tersekat sepanjang winter. ;P

Eh, baru terperasan game volley dah habis. Alhamdulillah, team saya juara! Yuhu...

Perlawan kedua: Bola jaring
Ya, ini masa penentuan. Badan sudah sangat segar bugar walaupun tangan dah lenguh berlatih shoot dekat 2 jam. Seperti biasa, posisi sebati saya GS. Berteman ahli-ahli pasukan yang bersemangat, saya seperti yakin kami boleh lalui pertarungan ini.

Kali ini memang saya amat fokus. Amat-amat fokus. Bola - shoot - menang. Ada sedikit rasa luar biasa di situ. (tiba-tiba terfikir: kenapa susah sangat maintain fokus macam game dalam study ye?) Game by game, kami berjaya mara ke final. ALhamdulillah.

Sedari awal game, alhamdulillah semua percubaan shoot saya berjaya hinggalah ke minit perlawanan akhir baru saya seperti hilang punca dan terpaksa bergantung kepada GA untuk tolong golkan. Tak apalah. Yang penting, setiap bola yang berjaya di shoot saya anggap seperti setiap masalah yang berjaya saya baling keluar dari belenggu diri. Sangat puas. Sangat lega. Macam high pun ada.

Tapi paling tak tahan, terjadi satu peristiwa di mana bola yang saya sedang shoot tersekat di celah palang dan tak turun-turun. Dewan yang mulanya bingit terus terdiam macam malaikat lalu, kemudian selang beberapa saat dewan kembali pecah dengan gelak manusia yang berguling-guling tengok 'bola sejarah' itu buat show. Adus, malunya! Macam mana boleh tersekat sampai kena jolok dengan bendera nih... T_T
Hehe.. Kenangan betul!

Final netball - Biru VS Ungu. Takdir telah menentukan bahawa pasukan netball saya semuanya muka orang baru dalam netball Irbid. Apabila bertembung pula dengan team netball biru yang kebetulannya semuanya atlet-atlet senior netball Irbid dalam KARISMA, saya seperti "gulpp..". Tapi alhamdulillah team underdog ini kecil-kecil cili padi. Sengit saingan yang diberi. Dan keputusannya kami kalah sipi 3-4. Takpe2. Kalah bermaruah kata orang. ^_^

Dan hari ini, medal yang tiba ke tangan saya : Johan Bola Tampar + Naib Johan Netball. Versi terbalik tahun lepas iaitu johan netball dan naib johan bola tampar. Alhamdulillah. Tak sia-sia turun. Ada habuan yang menanti rupanya. Syukur...

Eh, sukan dah habis.. Tapi exam belum.. Alamak, tension balik~

****************************************************************************

Cerita Exam:

Tadi baru habis exam. Sebetulnya, exam kali ini saya seperti agak tertekan. Entah kenapa terlalu takut. Keyakinannya tak seperti selalu. Memang agak merudum. Tambah-tambah dengan risau khabar-khabar lama betapa susahnya CNS 2. Selain itu, saya juga turut risau kalau-kalau sukan kelmarin dan akan datang (Karisma) bakal dipengaruhi dan mempengaruhi keputusan exam kali ini. Memang amat penting!

Kebetulan tadi tengahari saya terdatang awal dan kemudian dikejutkan dengan tersilap tengok tempat periksa. Aduh, gelabah amat jadinya. Nasib baik sempat tengok balik secara sipi di komputer dewan sebelah. Maka terkocoh-kocoh saya lari dan tiba di dewan yang betul tepat pada masanya.

Exam pun bermula dalam keadaan saya masih terkejut dan kalut. Soalan yang keluar pula buat saya terfikir-fikir agak lama. Kelihatannya agak susah dari biasa. Adus, takut lagi! Jantung tak henti-henti berdegup. Hati tak usah kata lah, memang memecut sentiasa tawakkal pada Allah. Kena lepas! Kena lepas!

Dan bila markah keluar.....

Ya Rabb! Syukur alhamdulillah... markah okay! Wah, lega tak terkira sebab saya sudah terasa macam seperti bakal markah teruk amat sahaja sebab takut punya pasal. Alhamdulillah okay. Masih di range yang serupa. Tak meningkat tapi tak juga menurun. Lega. Walaupun mungkin tak sehebat yang lain, tapi tetap saya syukur teramat sebab kalau hendak dibandingkan keadaan saya nak exam kali ini sangat tersepit dan tertekan dengan diri sendiri. Tak macam selalu. Dan sebab itu saya sangat lega dengan rahmat Allah kali ini. Syukur alhamdulillah................ ^_^Y

****************************************************************************

So....
Memandangkan semuanya telah selamat berlalu, maka hati saya sangat lapang dan tenang malam ini. (Syukur alhamdulillah ya allah atas kurniaan-Mu.) Kerisauan saya tentang sukan sudah hilang! Dan lepas ini juga saya boleh menumpukan latihan untuk sukan KARISMA dengan sangat fokus sebab exam dah okay. Fuh, nasib.. Ganbatte Irbidians!

Sebab kelegaan ini juga, kecenderungan saya untuk menulis secara panjang lebar telah terberlaku. Hehe. ^_^

Lepas ini, saya akan belajar exam UGS pulak. Sistem ini nampak macam menarik. Tapi pemberatnya 8 kredit hour. The longest dan the biggest in the whole pre-klinical session. Gulp. Takpe2. Ainul boleh! Chaiyok!

Ok, berhenti sini dulu sebelum saya menyambung jadi beberapa muka lagi.

Jumpa lagi. Wassalam~ ^_^

5 comments

Write comments
laila
AUTHOR
April 12, 2010 at 3:21 PM delete

ainul. aku pun main netbal lg kt utp.
ada utp netball league.
team aku masuk semi.
lg 2 mnggu game.
tp kaki aku siket injured.
hrp2 cepat baik.
mau main lg. hohoyeh.

Reply
avatar
April 12, 2010 at 8:47 PM delete

laila:
owh ko pun aktif lagi eh? bagus2.. syafakillah lai. moga cepat sembuh dan boleh beraksi.
weh, ingat tak dulu aku pernah ada syndrom "tak boleh shoot depan public ramai terutama kalau depan cikgu"? cikgu takde - boleh shoot, cikgu ada - x boleh shoot. hehe, dah sembuh dah sekarang! ;p

Reply
avatar
laila
AUTHOR
April 13, 2010 at 12:04 AM delete

haha ingt3.
good for u la skrg dh sembuh.
perubahan seiring usia.
keh3 apa la aku ngarut ;D

Reply
avatar
mujahidahiman
AUTHOR
April 14, 2010 at 6:26 AM delete

ainul,
masih teringat bola yg tersekat tuh..aduh, kalau ada gambarnya, mahu kusimpan buat kenangan..hee~

yeah, HOT SQUID mmg best!!xsabar nk main lg thn depan..

chaiyok ntuk KARISMA nnti..IRBIDians xsabar nk mengaum!!!

Reply
avatar
sof_16
AUTHOR
April 22, 2010 at 11:10 AM delete

ehe!
kak ainul, sori tak sngaje tkeluar soklan tuh!
ape2pun, org kate...
klu dh sebati dgn sukan..
mmg ssah nk tggal la ;)

all da bez sis!
doakn ktorg CVS T__T

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *