Sepagi bersama veterinar JUST

12:07 PM 11 Comments A+ a-


Assalamualaikum

" The best doctor in the world is the veterinarian. He can't ask his patients what is the matter-he's got to just know. "

Pagi tadi, saya menggantikan kawan untuk bertugas sebagai peneman akhawat medik USIM melawat fakulti veterinary di JUST sedangkan saya sendiri tak pernah pergi ke bahagian sana.

Memang saya teruja amat!

Lawatan ini merangkumi ladang penternakan, muzium veterinary, kelas dan makmal ujikaji mereka.

Kedatangan awal kami disambut pertamanya dengan pemandangan sekumpulan pelajar veterinari sedang melakukan pemeriksaan kepada seekor kambing dan seekor anak kambing. Ada seorang pelajar arab saya lihat sedang periksa anak kambing sambil pakai stetoskop. Kemudian dia pegang satu bahagian badan anak kambing tu sambil tengok jam. Dalam hati saya bertanya "tengah ambil heart rate ke kak?" hehe.. Ada yang lain sedang ambil darah, yang lain belek-belek kaki tangan telinga dan badan si kambing besar pula. Excited saya tengok aksi mereka. Profesional!

Sambil tengok-tengok, kami diberi penerangan serba sedikit tentang bidang veterinari dan sejarah fakulti tersebut di sini. Malah kami juga berkenal-kenalan dengan pakar-pakar haiwan yang ada ketika itu. Pelajar-pelajar di fakulti ini gaya mereka berpakaian macam pakar bedah manusia pun ada - baju seragam macam surgeon warna hijau dan ada stetoskop lilit leher di samping buku nota dalam poket. Macam mana eh nak bezakan mereka kalau binatang-binatang ni tak ada di sebelah? :P

Kemudian, kami dibawa ke bilik-bilik khas yang diperuntukkan untuk pembelajaran dan pemeriksaan binatang-binatang terbabit. Ada bilik bedah yang menempatkan mesin X-ray binatang, mesin anaesthetic binatang, meja bedah binatang yang berlampu dan sebagainya. Sebijik macam bilik bedah manusia cuma dia versi kecik sedikit. Kagum sedikit.

Kemudian kami di bawa ke muzium anatomy veterinary. Ingatkan biasa-biasa sahaja, sekali bukak pintu habis semua ternganga. Di depan kami kelihatan lebih sepuluh ekor binatang yang sudah terbuka segala kulit dan isi sedang berdiri tegak menyambut kami. Wahhhh~~~~~~

Dah terasa macam muzium Taiping punya bahagian pameran haiwan nih! Tapi lagi best sebab haiwan-haiwan sini semua dah transparent dia punya bahagian isi dalam badan walaupun dia berdiri penuh gaya lengkap bentuk macam hidup lagi. Kalau muzium anatomy manusia buat macam ni, terasa macam jumpa hantu pun ada. Sudahlah besar gedabak lagi tinggi dari kita. huhu.. >_<

Dari unta ke keldai ke anjing ke burung ke lembu ke kambing semua lengkap! Best la senang cerita. Tulang-tulang binatang yang dah bercerai pun cantik tersusun penuh bertimbun dekat almari sebelah binatang-binatang awet ini. Kalau sekali pandang, macam himpunan tulang manusia yang Polpot bunuh pun ada.. Serius saya amat-amat kagum!

*Ni siapa tuan rumah siapa tetamu ni? Sama gaya je excited dengan orang USIM.. hehe*


Kemudian kami ke makmal. Di atas meja, ada seekor cadaver anjing yang tinggal separuh badan dan paru-parunya terbuka. Doktor cakap sekarang mereka sedang belajar sistem pernafasan binatang. Minggu depan belajar GIT pula, baru mereka bukak bahagian perut anjing itu nanti. @_@

Kami diberi penerangan tentang cara pembelajaran di fakulti ini. Ok, kalau kita pelajar Tibb Basyari (perubatan) belajar detail head to toe tentang manusia, mereka pelajar veterinary ini pula belajar detail head to toe juga tentang binatang. Sistem yang dipakai semua sama. GIT, MMS, RS, HLS dan sebagainya. Dia ada tunjuk rajah leher anjing untuk belajar otot dan salur darah. Haih, sekali pandang memang macam rumit tahap tinggi. Saya memang tak boleh detect langsung beza otot-otot dia.Mantap ah!

Kemudian peti sejuk di sebelah kami dibuka untuk menunjukkan beberapa 'cadaver' yang digunakan. Ada pelbagai organ binatang di dalam peti sejuk ini. Dan tingkat bawah sekali dalam peti ais tu ada seekor anjing yang sangat besar berwarna putih lengkap seluruh tubuh macam sedang 'tidur' dalam suhu sejuk yang berasap-asap. "Itu 'cadaver' baru" kata doktor. *_* Erk, kuatnya bau formalin! Busuk~

Sambil tunggu student USIM, saya sembang dengan salah seorang student di situ. Namanya Ala', pelajar tahun lima. Saya tanya dia bagaimana belajar veterinari. Dia jawab 'lebih kurang macam kamu belajar manusia jugak tapi mungkin lebih susah sebab ini binatang, kita tak boleh belajar dengan badan sendiri dan sistemnya agak lain.Owh.Tapi peluang pekerjaan dalam bidang ini sangat tinggi permintaannya di sini.

Habis pusing-pusing, kami pergi ladang haiwan. Malangnya kata doktor, ladang haiwan ini tak banyak dah. Mereka sedang dalam usaha memindahkan ia ke tempat lain sebab univeristy tengah cuba nak jimat bajet. Yang tinggal cuma kambing biri-biri dan lembu sahaja. Kuda tak nampak sangat. Itu je pun.

Habis pusing, semua balik semula semula untuk ke kelas...... Tamat~

Nice experience. Tiba-tiba terfikir macam nak ambil kursus elektif Pet Care atau kos veterinar pula untuk summer nih. Susah tak? Siapa pernah ambil? :)

Thanks to MMJ for the wonderful experiences. Really appreciate that!


p/s:

1) Alaaaa, sayangnya lupa bawak kamera. T_T

2) Mahera, terima kasih sebab ada lab! hehe.. *kejam* Nanti aku bawak ko jalan sana eh. :D Ganti macam ni la aku nak! Ganti edit buku aku takmo! ;p

11 comments

Write comments
mahera
AUTHOR
April 19, 2010 at 1:15 PM delete

ainul sengal amat x_x

Reply
avatar
April 19, 2010 at 1:28 PM delete

mahera:
laaa, bukan ke dari dulu ko tahu aku memang ada masalah sengal sejak kembali aktif bersukan nih.. ko pun sama gak kan? hehe... ;p

Reply
avatar
mahera
AUTHOR
April 19, 2010 at 1:43 PM delete

lol
tu bkn muscleache ke nme die?
cewah

btw
same2 :)
boleh la blnje aku mkn cm ni..takkan terima kasih je *wink3*

Reply
avatar
April 19, 2010 at 1:47 PM delete

mahera:
apa wink2?
aku rasa utang chikeng sop aku tak setel lagi.. seri 100 sama~

Reply
avatar
mahera
AUTHOR
April 19, 2010 at 1:54 PM delete

ces2..berkire betol minah ni.
xpe2..utang ko ngan aku laaaaagi banyak..haha*evil*

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 19, 2010 at 6:11 PM delete

kak ian..
may nk gi gak tempat veteriner tuh..
mesti best..
naper la tak bawa cam???adoyai...



may yang comel..

Reply
avatar
Rossarina™
AUTHOR
April 19, 2010 at 8:21 PM delete

Ganti edit buku aku takmo!

Apesal aku rs laen macam kat part ni ek? @_@

Weyh, aku nak ikut!

Reply
avatar
April 19, 2010 at 8:39 PM delete

mahera:
naseb la...... :P

mira:
waktu kak ina pergi tu kan, memang teringat mira habis la. mira kan memang cita-cita nak jadi veterinar. hehe. tapi seriesla, memang best! tu la terlupa plak bawak cam. T_T

arina:
napa ko rasa lain? hehe...
jom2, suruh mahera organize lawatan utk budak jordan sendiri plak. hehe

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
April 19, 2010 at 11:47 PM delete

lol...hahah jgn batak sgt ainul..tulunn....
hahahahahahaha[gelak guling2]

AKK PROMOTE SILE LA AMEK ANIMAL HEALTH...bes giler Dr.Shaukat..eh die ade tak smlm tuh?animal health bes giler..akk skor subjek tuh dlu.haha..sbb dr shaukat yg bes aja..dan subjek tuh pon bes giler..

pet care akk xamek,tp dak2 tuh kate dorg pon senang skor..tapi kalo amek pet care xleh g la muzium2 ladang Vet tuh..animal health jek ..

amekla animal health!

Reply
avatar
nima
AUTHOR
April 20, 2010 at 5:31 AM delete

sokong2..!!~ (lwtn tuk bdak2 jordan.)

Reply
avatar
April 20, 2010 at 7:12 AM delete

kak asma:
memang saya agak batak sikit semalam.. haha, takpelah! sekali je jadi jakun cenggitu, lepas ni kalau pergi lagi boleh rileks2 sahaja. ;p
tak perasan plak dia ada ke tak semalam. huhu..

izzah:
ye betul!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *