PunchBag kah saya?


Assalamualaikum

Di Jordan, musim summer sudah mula menunjukkan muka. Cuaca makin panas, cahaya matahari semakin kuat dan bahang terik sudah seakan terasa. Semua orang seperti sedang menjalani proses adaptasi dari hidup bersejuk kepada berpanas kembali.

Dalam proses pengadaptasian ini,ada antara kita yang sudah mula keluar dari tabiat kebiasaan diri. Kebanyakannya seperti bertransformasi menjadi insan ber-treshold rendah dalam amarah. Tanpa sebarang tanda, tidak semena-mena kita yang menyapa menjadi mangsa - melepas geram secara tak berhemah.

Kemudian mulalah, yang mulanya tiada mengena juga akhirnya dijangkiti - sakit hati dan naik darah sekali. Seorang, dua orang, tiga orang dan semakin lama semakin meninggi. Termasuk akhirnya diri saya sendiri.Punch bag kah saya? >_< ... T_T

Ishhh... susahnya tak nak marah apabila kena marah dengan orang yang tengah marah sendiri ini. X_X

Tapi bila fikir lama-lama, kita sendiri sedar bahawa rakan kita yang sedang marah ini sekarang memang sedang 'luar biasa' dan 'buang tebiat'. Maka, itu bukan dirinya yang sebenar. Jadi, tak ada guna nak melawan dengan kepelikan mereka buat masa ini.

Konklusinya, inilah peluang mahu belajar jadi 'ignorant tegar'...

Jangan dipedulikan ayat-ayatnya yang pedas tahap cili padi,
Jangan disimpan perangai-perangainya yang semacam menyakitkan hati,
Jangan dibalas letupan-letupan dia dengan senjata-senjata kita sendiri,
Jangan didekati dia sebentar kalau risau kita turut bakal terjangkit emosi,
Jadilah ignorant tegar - itu yang paling baik kerana hanya air dapat memadamkan api.


Sebab apa? Sebab amatlah sayang kalau kawan yang mesra bertukar jadi lawan yang terasa hanya kerana sedetik tempoh adaptasi yang selalu buat manusia terlupa sikap sabarnya.

Nak mengamuk balik? Tak usah..
Nak merajuk? Baik tak payah..


Kuatkan diri sekejap. Buat "don't know" je sudah.
Kalau tahan, hadap sahaja angin dia.
Kalau tak tahan, duduk jauh-jauh sikit pun tak apa.
Nanti dia dah cool down, boleh lah datang dekat balik.. Kan?kan?kan? ;)


Ok, Ainul. Sila siap sedia.
Sudah kena dua tiga kali dengan orang yang berbeza, hipotesis terbukti benar. Mereka marah tetiba, kita terima atau diam sudah cukup. Tengok, akhirnya mereka kembali normal. Maka lepas ini kalau kena lagi sekali, kita rileks-rileks sudaaa... Jangan kita terlajak sama, sudah~ Haru je karang. Ok? Sabar ye! Sabar ye! Smile!!!! (^_^)Y

*****************************************************************************

p/s:

1. Kepada kawan-kawan yang terasa kalau saya terbengang tiba-tiba juga, saya mintak maaf ye.

2. My dear Zafirah Hani, semoga cepat sembuh! Macam tak percaya je dengar ko kena langgar pagi tadi padahal baru tadi pagi gak kita bersembang atas gonggok sesama. You really make me scared okay.. Huhu. Syafakillah~

3. Esok mahu pergi lawat ladang dan muzium veterinar di JUST. Yeay! Tiga tahun duduk sini, tak pernah sampai lagi ok. Thanks to student USIM, you make my wish come true. haha. ;p

7 comments

cik santun.. | April 18, 2010 at 3:30 PM

hahaha entri paling comel sekali ainul!!! haha..

jangan marah.. jangan marah.. lariiikkk.. hihi..

Rossarina™ | April 18, 2010 at 8:42 PM

Aku xterasa, tp aku pn salah sorg yg bengkek, bengang, banging-head di kala summer nih hua hua. >:P

Besar pahala ko, tahan marah. :)

ps : Eh Hani kene langgar dgn ape?! :O

Ainul Arina Madhiah | April 18, 2010 at 9:07 PM

kak piqah:
mana yang comelnyer akak? hehe..
lari la... nnti saya kunci pintu insyirah, akak tido luar! :P

arina:
haha.. well..well.. aku pun kadang2 mcm tu gak..
hani kena langgar kereta kat JUST, aiyo tak bukak email ye? kan ada crita dlm tu, pgi la bcaa. jom lawat dia jom.

mahera | April 19, 2010 at 9:54 AM

boxer yg menumbuk punchbag kah aku? T_T
gomennasai~

ayyash | April 19, 2010 at 10:26 AM

haha..
tips pegi ke jamiah..
sblm msk kelas..
tegur2 dlu sesape yg terjumpe kt tepi dewan tu..
nthen masuk kelas, cari port best..
duduk diam2..
dgr lecs patuh2..
abes kelas, sembang barang 4-5 minit dgn member2..
pastu bleh stat merentas desa..
balik jln kaki..
hati tenang..
hoho..

blink3..

Ainul Arina Madhiah | April 19, 2010 at 11:24 AM

mahera:
aku tak de tulis nama ko pun... (^_<)Y
haha.. rileks2.. semalam punya hal dah setel. no big deal. lagipun yang naik minyak itu ramai, bukan sorang je. ^_^

ayyash:
ni petua amende ni kak? :P

inSan leMoh sEgalo2nyo | April 26, 2010 at 3:52 PM

haha...pompuan mmg mcm tu..ape bahasa die..em..swing? lebih kurang la..emosi tak stabil..

sbb org pompuan hormon mudah tergaggu. kadang2 tetibe jr nangis..haha

maaf mencelah..
best bace blog anda..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images