Paranoid

2:30 PM 8 Comments A+ a-


Assalamualaikum...

Saya teringin nak tanya satu soalan lah.
Pernah tak dalam hidup ni, kita rasa 'taubat! tak nak dah!' lepas jadi sesuatu yang buat kita takut untuk lalui perkara yang sama di masa depan?

Contohnya la kan....
Kita gagal exam sekali, pastu terus tak mahu belajar dah! Sebab takut gagal lagi~
Atau....
Kita pernah kena eksiden dulu, terus tak mahu jumpa jalan raya dah sebab takut kena langgar lagi ~
Atau mungkin juga....
Kita pernah kena kutuk sebab berubah jadi baik, so tak mau jadi baik dah sebab takut kena kutuk lagi ~
Boleh jadi juga...
Kita tak mahu kahwin sebab keluarga kita kucar kacir sebab kita takut keluarga kita pun kucar-kacir jugak nanti ~
Atau....
Kawan kita pernah terbuat silap, jadi kita cop dia 'si buat silap' sampai bila-bila sebab kita takut kita lupa dan dia buat lagi~

Hurmm....

Agak-agak la kan berbaloi ke tak ye berperasaan macam ni?

Ada orang kata ini adalah 'feeling of preventing'. Maybe?
Tapi bagi saya, ini adalah lebih kepada 'feeling of denying'.....

Denying - Penafian
Penafian bahawa kita takut dengan masa depan
Penafian bahawa kita risiko dan kebarangkalian
Penafian bahawa kita sebenarnya tak yakin dengan diri sendiri

Come on! Tiada siapa dapat meramal masa depan. Semua yang berlaku sekarang atau masa lampau adalah satu pengajaran untuk kita bawa sebagai bekal dalam menghadapi cabaran masa depan. Bukan sebagai tanda kita wajib kena perkara yang sama. Takdir Allah tak siapa tahu. Mungkin bakal jadi dan mungkin juga tidak.

Jadi mungkin lebih baik kalau kita jangan statik pada '1st impression' sahaja. Sebaiknya kita belajar jadi lebih berani supaya kita tak tercegat dan tak gerak-gerak dari tempat yang sama dari dulu sampai sekarang.

Beri diri kita + sekeliling kita peluang untuk rebut peluang yang Allah berikan dalam hidup ni. Orang dulu-dulu kan pernah ajar "Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan" - Pengalaman fungsinya supaya masa depan dapat dicorak dengan lebih baik, bukannya untuk menjadikan masa hadapan jadi lebih jumud. ;)

Maka, mari jadi berani dan hadapi hidup dengan sewajarnya....

( Entry diatas dikecualikan dari sudut perkara kejahatan dan kemaksiatan dll )


p/s:

Sekadar selingan,

Tulisan saya kebanyakannya berkisar mengenai apa yang saya rasa sewaktu itu.
Maka, secara asasnya saya menulis untuk menasihati diri sendiri.
Secara tak langsungnya, saya harap ada diantara yang membaca boleh dapat input yang sama.

Kenapa ya saya terangkan hal ini?
Sebab saya mula rasa takut pada perasaan yang gemar membandingkan tulisan dan penulis.
Tapi itu tak bermakna saya perlu terus tunduk dan berundur.
Sebab itu untuk kuatkan diri, saya tulis di sini. ;)
Saya bukan manusia sempurna tapi saya manusia yang sedang belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan.

Saya masih belajar, sedang belajar dan terus belajar dalam kehidupan.
Saya suka memerhati sebab pemerhatian banyak mengajar saya tentang kehidupan
Bahawa hidup manusia berbeza dan banyak ceritanya
Cuma bila banyak jumpa dan tahu, ada rasa takut yang macam membelenggu
Tapi saya tak patut jadi paranoid kan?
Nope. That shouldn't be.

Allah is with us
Put your trust in Allah
And everything will be fine
Insyallah....... :)



8 comments

Write comments
suria jay
AUTHOR
April 3, 2010 at 3:48 PM delete

salam ainul. this is a beautiful entry indeed, akak suke, very inspired, coz sometimes these kind of situations came across me! thanks :)

Reply
avatar
MaUt
AUTHOR
April 3, 2010 at 5:17 PM delete

salam adikku ainul yang comel selalu..^_^

"Agak-agak la kan berbaloi ke tak ye berperasaan macam ni?"

Women like us Allah kurniakan satu kelebihan yang khusus buat hamba2 wanitaNya--We are emotionally strong, while gentleman, they are physically strong..

Perasaan bukan satu kotak yang dapat kita pisahkan begitu saja dan masukkan dalam laci dengan mudah..Ia dtang tak mengetuk dulu pintu hati..ia masuk secara halus dan boleh membelunggu hati..

1. Acknowledge it..dont suppress ur feeling.. menangislah jika mahu menangis, berceritalah pada Allah jika mahu bercerita, kongsilah dengan sahabat baikmu yang dapat memahami perasaan itu..feeling itu untuk diraikan sekejap..tapi..

2. Janganlah berlama-lamanya membiarkan yang negatif itu mencengkam diri.Ambil wuduk, solat dan zikir mohon pada Allah lapangkan dada dan buka pintu hati, berikan ilham buat kita apakah lgkah yang terbaik perlu diambil.Ambil masa berfikir, manusia fitrahnya baik, yang baik juga yang kita tahu itulah tindakan yg sepatutnya kita buat..

3. Ada masa kita rasa kita sudah banyak bersabar dengan keadaan sekeliling, tapi kesabaran yang Allh ingin kita pelajari itu bukan satu chapter yang hanya punya 10 muka, atau 15 muka..ia pelajaran sepanjang hidupmu..hingga kita menutup mata mengucapkan selamat tinggal dunia yang sementara..

Kerehatan itu akan kita kecap bila kaki sudah berada di syurga Allah..

Take care sis, kuatkan semangat teruskan langkah ! Go Ainul !

Reply
avatar
April 3, 2010 at 8:26 PM delete

salam cinul..

ya! kami sependpat dengan anda^^, cantik view ainul ni.. "feeling of preventing vs feeling of denying" boleh jadi modal tuk kem motivasi kami ni..haha ^___^

btw, utk kamu my teman.. terus sahaja melangkah.. melangkah dan melangkah.. sesekali terjatuh dan tersilap langkah itu biasa. Itu tandanya kita bergerak dan tidak statik. muhasabah untuk kami gak ni.. InsyaAllah dengan berbekalkan "tauhidic mindset" moga semua langkah yg kita ambil berpandukan redha Allah...

suka gaya penulisan ainul camni^^,

Reply
avatar
April 3, 2010 at 9:14 PM delete

kak fathen:
ws akak. you're welcome~ jom jadi berani sama-sama jom.. ;)

kak farah:
ws akak. thanks untuk cara-cara hadapi masalah tu. Insyallah kalau jadi lagi, i'll try doing that. :) hehe, go kak farah too! chaiyok!

izz:
ws izz. kem motivasi? acece.. ;)
syukran for the wish. Same goes to you too my dear. fighting!

Reply
avatar
aisyahrkh7
AUTHOR
April 4, 2010 at 5:58 AM delete

salam ainul

yep insyaAllah everything will be fine.. bittaufeq deh..

p/s..izz de nk buat kem motivasi ke?

Reply
avatar
April 4, 2010 at 8:00 AM delete

aisyah:
ws syah. insyallah. ko pun sama deh.
izz? entah dia. tanyalah. :)

Reply
avatar
Aleen
AUTHOR
April 4, 2010 at 9:14 AM delete

Assalamualaikum,

Ainul..

Dah lame tak tinggal komen kat blog kau ni..

Best2.. Entri ni memang best..

Semalam aku dengar pasal penapisan Allah, Allah nak tapis hamba2nya yang terbaik.. Maka apa yang tinggal adalah Qaedah Sulbah.

Aku takut, takut tak lepas ujian tu..


..Paranoid..

Reply
avatar
April 4, 2010 at 9:47 AM delete

aleen:
wa'alaikumussalam...
aleen, insyallah aku doakan kita sama2 lepas. Aku pun takut gak yang itu. Dosa bertimbun ni tak tahu setel ke belum kat sana nanti.

Tapi kan, jangan lupa something - Rahmat Allah. Kadang-kadang rahmat Dia tu la yang boleh selamatkan kita dalam apa jua keadaan.

Ingatkan cerita abid yang nak masuk syurga ikut dasar amalannya sahaja tapi tak lepas sebab amalan dia yang hebat tu cukup sekadar balas nikmat mata yang allah kasi je? Insyallah, as been said to me and now i pass it to you - Put your trust in Allah. Jom jadi hamba yang taat, insyallah Allah mesti tunaikan janji-Nya.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *