Mata


Assalamualaikum

Sistem lepas saya banyak belajar tentang mata dan beberapa penyakit yang berkaitan tentangnya. Cataract, Glaucoma, Myopia dan adik-beradiknya serta banyak lagi.

Bila belajar tentang mata, saya banyak teringat keluarga-keluarga saya di Malaysia.

Tok pernah masuk dewan bedah sebab glaukoma.

Mak Ana (Mak angkat) pernah masuk dewan bedah sebab cataract.

Bila belajar sambil teringat orang Malaysia, maka proses penghafal bab itu jadi lebih mudah sebab teruja nak kongsi idea dengan mereka balik nanti.

Tapi semalam, sistem CNS dah habis. Exam mid term pun dah selesai.

Tiba-tiba dapat pulak berita Abah Din (ayah angkat) bakal masuk dewan bedah hari ini sebab masalah mata.

Terdiam di situ.

"Ish, takpe2. Bedah mata tak sesukar mana untuk doktor mata. Peluang nak baik pun sangat tinggi," bisik saya pada hati sendiri.

Bila saya tanya kakak di Malaysia, dia pun tak tahu nak kasitahu spesifik nama penyakit abah. Katanya ia berkisar " tentang 'kanta mata' yang hampir rosak, berkemungkinan sebab abah selalu keluar kerja waktu panas-panas, dan mereka kena beli kanta baru sendiri (akak pun tak reti terang macam mana kanta tu) yang doktor suruh". Alamak, simple sangat ciri-cirinya untuk saya nak bajet sakit mana satu, macam mana nak tahu nih.. huhu.

Tak apa lah, yang penting abah selamat.

Maka saya pun menelefon warga famili nucleus saya untuk pemberitahuan update terkini abah. Jauh tu pusing-pusing dunia punya berita. Terima kasih tak terhingga kepada Facebook - sebab andalah saya update sangat pantas tentang orang sana. :) Ini kegunaannya berfacebook dengan keluarga kalau duit dah kempis nak calling-calling selalu~

Ok, hari ni hari abah operation. Arina doakan abah Din akan kembali pulih dan sihat seperti selalu. Moga Allah permudahkan segala urusan Abah Din. Doa kami adik beradik yang jauh akan sentiasa mengiringi abah, insyallah...

Kawan-kawan, doakan sama ye.

p/s: Tak sabar nak tanya update mereka nanti..

2 comments

Rossarina™ | April 13, 2010 at 11:34 PM

aku suke belaja mata. nnti bole tgk mata org huhu. maen mata pn bole haha :P

nnti nak tulis lah jugak, ape yg aku rase dgn CNS tuh :D

smoge Abah Din sehat semule. amin.

toRA@7 | April 24, 2010 at 5:17 PM

akak pon skt mate ari2...
corneal ulcer..
kbtolan jugak akak pon tgh blaja sal mata ari2..huhu
waaarggh!!dh abeh dh blaja sume sistem...rs cm xcaye je...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images