Malaysian Jordanian - Jordanian Malaysian


Assalamualaikum....

Tadi habis kelas, singgah satu kedai belek barang
(note: [] adalah cakap dalam hati)

Orang kedai: Ini harga sepuluh ringgit.
Kami : [owh, pandai cakap melayu. biasala....]

Orang kedai: Dari mana? Selanjur? Kedah? Kuala Lumpur? Bahang?
Kami: TerenJanu [ Terer geografi gak dia nih..]
Orang kedai : Owh, TerenGGanu!
Kami: [uik, G dia sebut betul. Kurang slang Arab sikit. Bagus2.]

Orang kedai: Saya dari Malaysia.
Kami : Eh? For holidays? [baru balik melancong ke? ]
Orang kedai : Nope. I'm studying in Malaysia. You know UNITEN? Near UPM. In Selanjur.
Kami : When? [Erk, student Malaysia! Dulu kot ni, biasala tu...]
Orang kedai : Start last year. Now i'm in holiday, so i come back to Jordan for a while. In May, i'll go back to Malaysia for study again.
Kami : [Huk, macam ayat aku versi terbalik je. I'm studying in Jordan. This June, i'll come back to Malaysia for holidays and i'll come back again here in July to continue my study ]

Saya tanya kawan : Yang ini okay tak?
Orang kedai menyampuk : Ini? Tak KOT. Ini besar LAAAHH...
Sesama Kami: Blablabla...Tak cantik lah...blablabla.... yang ni boleh kot... blababla
Orang kedai menyampuk : Yang ini cantik LAAAAH! cuba try LAAH...
Kami : [Weih, apakah? semangat lebih plak dia guna malaysian stail of 'Lah and Kot'. Praktis dengan kami kah? ]

Sesama kami: Ish, jangan komplen banyak songeh. Nanti dia paham. Payah.
Orang kedai menyampuk : Tak apa. Saya paham sikit. Tak banyak. *sengih*
Kami: Erk. Adeh! *malu*[Ish, dia paham la pulak.]

Kami: Syukran *hulur duit*
Orang kedai: ok,baki seringgit. Jumpa lagi!
Kami: [sapa patut digelar budak Malaysia sekarang nih? Aku ke dia?]


Huhu.. Semangat betul dia bercerita tentang lokasi UNITEN tadi walhal kami tahu nama universiti tu sahaja. Bahasa Melayu pun boleh tahan tak skema. Tapi yang susahnya tentulah kami. Tak boleh sesuka hati berterus-terang sesama melayu. Agaknya kalau kami guna loghat negeri masing-masing yang up sikit, dia boleh paham tak? ;p

Apa-apa je lah. Tak ada apa pun sebenarnya. Cuma agak kepelikan sedikit berjumpa 'student Malaysia bukan Malaysian' dekat sini. Lagak dia seperti jumpa orang kampung pulak. ^_^

*Encik UNITEN, boleh saya tukar tempat kejap tak? Tengah homesick nih.. Boleh la... Boleh la...*



******************************************************************************

Aktiviti akan datang:

9 April : SUPER 10 - Sukan Seirbid ~
12 April : Exam CNS II ~
18 April : Exam Ethic/Management ~

'doakan kami!'

*******************************************************************************

8 comments

Rossarina | April 8, 2010 at 9:08 AM

hahaha comel! kedai mane nih? nk g jugak lah nnti :D

ayyash | April 9, 2010 at 12:32 AM

haha..
aku tau ni mesti kedai komputer sebaris ngan housing bank..kan kan kan?

cik nul..bittaufeq exm..

Rie | April 9, 2010 at 12:55 AM

hahaha... menarik betul budak jordan nih cakap melayu~ =)

Fez | April 9, 2010 at 11:01 AM

Comel dan kelakar.. ^__^

Tun Teja | April 10, 2010 at 2:25 PM

salam cinul,
nak g try jugak lah..
:) all the best CNS,aca fighting!

Ainul Arina Madhiah | April 10, 2010 at 2:41 PM

ROSSarina:
dekat baju kat syariq huson. Aku lupa nama kedai dia apa. huhu. comel kan? ;p malu i tau. hehe

ayyash:
nope. ni kedai baju. Kat dekat komputer situ ada student malaysia gak ke? huhu, taktau.
ayyash, good luck too three four!

rie:
tau takpe. tapi yg berbahasa melayu tu dah boleh kata biasa sbb ada org arab belajar gak sbb nk lariskan barang, tapi bila dia student malaysia tu yg jadi lain sket.

Ainul Arina Madhiah | April 10, 2010 at 2:43 PM

kak faezah:
saya tersegan-segan di situ. ;p

kak tun teja:
ws.
wehee, welkam2.. good luck jugak utk akak! ^_^

al_leen | April 11, 2010 at 9:00 AM

assalamualaikum..

hehe.. Ainul, waktu kau link kan psot ni kat status, aku ingat kau cerita pasala lawatan kakak2 USIM.. Rupenye ini ceritanya..

Hee.. Comelnye..!!

Good Luck exam esok..!!

Doakan aku ye.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images