Kefahaman Aneh Si Kecil

10:47 AM 1 Comments A+ a-


Assalamualaikum

Hari ini saya mahu berkisah tentang dunia kanak-kanak.

Umumnya, semua orang pasti pernah melalui fasa menjadi anak kecil yang mana pengetahuannya tentang dunia adalah sangat kecil dan baru. Justeru, kadang-kala pemahaman mereka mengenai sesuatu perkara di dalam kehidupan sering kali tersasar dari kebenaran.

Namun begitu, ada masanya walaupun salah, keyakinan yang mereka tunjukkan amatlah tinggi sehingga menyebabkan ia menjadi sesuatu yang lawak. Perkara inilah yang sering kali kita lihat dalam pelbagai rancangan yang memaparkan penguasaan pemahaman kanak-kanak seperti KID SAYS THE DARNDEST THING dan juga MACAM-MACAM AZNIL.

Antara satu persoalan yang paling saya ingati di dalam dua rancangan tersebut ialah "Osteoporosis itu apa?". Soalan seperti itu tahapnya agak tinggi tapi jawapan yang kanak-kanak itu suarakan cukup menggelikan hati. Seorang dari mereka menjawab dengan pantas "Makanan!". Kemudian seorang lagi dengan yakinnya berkata, "salahlah! itu dinasour!" Erk.. Hahaha,sakit perut saya ketawa. Bolehlah tahan jawapan mereka tu, sekurang-kurangnya ada sikit sama pelik dengan nama para dinasour yang lain. :P

Dan sebenarnya tadi selepas habis kelas, saya dan dua rakan yang lain, I dan A bersembang mengenai perkara ini sewaktu kami makan bersama. Kemudian kami masing-masing cuba untuk memikirkan kembali apa 'kefahaman pelik' yang pernah kami yakini sewaktu kecil dahulu untuk dikongsi bersama. Mari kita dengar ya~

**********************************************************************************

1. Kisah Saya dan MAKTAB

Dulu saya bersekolah rendah di sebuah sekolah luar bandar. Sewaktu darjah 1 hingga 3, saya kurang terdedah kepada wujudnya sekolah-sekolah hebat seperti MRSM, SBP dan kolej-kolej sek. men. elit yang banyak sebagai pilihan untuk ke sekolah menengah.

Kemudian waktu itu tidak silap saya, terdapat seorang senior telah menjadi satu-satunya pelajar sekolah kami yang mendapat tempat ke MRSM atau nama lainnya MAKTAB RENDAH SAINS MARA . Seluruh guru dan sekolah amat berbangga dengan dia.

Saya pula ketika itu hanya mengetahui bahawa maktab adalah tempat untuk latihan menjadi guru. Maka waktu itu, saya sangat takjub dengan senior tersebut kerana saya sangkakan dia terus lompat boleh jadi cikgu selepas habis sekolah rendah. Waaaaa!!! Tabik springlah!!!!

Faham tanpa tanya sesiapa, maka inilah jadinya. Kefahaman aneh ini saya yakini selama hampir beberapa tahun sehinggalah saya masuk ke darjah lima kemudian barulah saya mengetahui bahawa Maktab MRSM itu bukanlah Maktab Perguruan. Aduh, malunyer kalau fikir kembali... hehe.. n_n


2. Kisah A dan LUSA

Kawan saya, A dahulunya tinggal di luar negara sewaktu kecil. Maka apabila dia pulang ke Malaysia beberapa tahun selepas itu (sekolah rendah), penguasaan bahasa melayu bakunya agak terbatas.

Satu hati, dia diberitahu oleh seorang rakan bahawa dia bertugas di sekolah pada hari lusa. Memandangkan dia tidak mengetahui apa yang dinamakan 'lusa', maka dia bertanya pada rakannya yang lain mengenai maksud 'lusa'. Kawannya memberitahu "Lusa tu lagi dua hari."

Dua hari kemudian, dia kembali bertanya pada rakannya "Harini lusa kan?"

Rakannya menjawab "eh bukanlah! Lusa tu lagi dua hari."

A rasa pelik tapi sekadar mendiamkan diri.

Dua hari kemudian lagi, dia bertanya "harini lusa kan?"

Sekali lagi dia mmdapat jawapan yang sama "lusa tu lagi dua hari laaaaa..."

Pening A jadinya. Bilanya nak sampai-sampai "lusa" nih? Puas dia tunggu sehinggalah disebabkan terlalu lama menunggu kedatangan hari 'lusa', dia langsung tak bertugas.

Hahahaha.. Senak kami jadinya mendengan cerita budak ini!


3. Kisah I dan OVERSEA

I adalah anak bongsu dalam keluarga. Maka, ketika abang kakaknya sibuk mahu melanjutkan pelajaran, dia terdedah kepada perkataan 'oversea'.

Melalui pemerhatian dan analisis sendirian berhad, I semakin yakin bahawa oversea itu tempat untuk sambung studi.

Kemudian suatu hari, ayahnya bertanya "adik tahu ke 'oversea' tu apa?"

Maka dengan muka innocentnya I menjawab,

"Mestilah tahu! Oversea tu oversea la. Oversea tu nama sebuah negara yang nama dia oversea - yang semua student Malaysia sambung belajar kat situ.."

Selesai menjawab, keadaan jadi sunyi sepi sebentar sebelum ayahnya ketawa tak henti-henti dek kepandaiannya anaknya tika itu membuat lawak. Hehehe...


****************************************************************************

Macam mana?

Pelik sungguh kan kami dulu-dulu? :P

Apapun saya yakin kalian dulu pun masing-masing ada kefahaman yang pelik-pelik begini. Cubalah fikirkan kembali. Mesti nanti tak kering gusi malu sendiri. ^_^

Tapi, ada juga yang perlu kita fikirkan kembali sambil saling-saling gelak dengar kanak-kanak buat lawak.

1. Kanak-kanak sememangnya mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Maka, mulutnya selalu tak henti-henti tanya macam-macam pada orang sekeliling. Justeru selaku orang besar, kita perlulah menerangkan jawapan yang mereka perlukan. Jangan pula dimarah dan disuruh diam. Itu tandanya mereka mahu belajar dan ingin tahu. Kan bagus gitu?

2. Bila kanak-kanak faham benda yang salah, maka siapa yang bertanggungjawab memperbetulkan mereka? KITA si orang besar - ini jawapannya. Yang salah jangan dibiar terus salah supaya kesalahan tidak terus dibiar berakar umbi hingga ke akhirnya, nanti besar siapa susah? Kita jugakk...

3. Lawak-lawak seperti ini kadang-kala bila terbawa-bawa ke alam dewasa, maka ia dinamakan 'lawak kurang pandai'. Maka sila lah jangan kanak-kanak sekeliling kita terbawa-bawa sampai ke dewasa kerana ia boleh membawa malu sedikit dan banyak bergantung pada tahap tak faham kalau orang dewasa yang buat. T_T hehe...

Bila sembang bab layan budak-budak bercakap nih, saya rasa rindu pulak pada budak-budak kecik di Malaysia. Macam-macam idea keluar kalau mereka mula riuh. Tak sabar nak balik~

oklah, sampai sini dahulu. Sekian. Jumpa lagi!

-----------------------------------------------------------------------

p/s:

1. Esok sudah mula KARISMA di Mafraq. Saya menggalas tugas sebagai pemain bola jaring Irbid dan pemain bola tampar Amman (import). Maka kawan-kawan, doakan kejayaan kami di sini ya! ^_^

2. Radin, nah ambik nih entry tak serius. ;p

-----------------------------------------------------------------------

1 comments:

Write comments
c's
AUTHOR
April 30, 2010 at 12:53 PM delete

=))

tapi tuh la.. rasa mcm skg nih pun kecik agi.. bg idea idealistik ckp byk punya berhabuk.. tp ble org snr tgk bendanya xbrp boleh nak pakai pon~ segan plak rasa.. nak diam je pun nti idea x gerak .. terpaksalah.. mcm org x malu jugak ~ :P

p/s ainul. mende xserius. nih isi serius buat pendekatan santai.. :P

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *