Doktor + Harapan

1:19 PM 3 Comments A+ a-



Assalamualaikum..

Antara kelas yang selalu buat saya berfikir tentang nilai kemanusiaan ialah kelas Ethics. Menarik dan sangat mencabar. Bukan senang kekal beretika dalam keadaan genting dan tegang ketika ditimpa ujian. Malah menariknya, bagi saya ini adalah kelas yang banyak membuka mata tentang 'susahnya menjadi doktor'.

Hari ini fokus utama perbincangan berkisar tentang "Confidential Breaching". Lebih dispesifikkan pula ke tajuk "Breaking News".

Bagaimana seorang doktor perlu memberitahu khabar buruk kepada pesakit?

Patut terus terang atau cakap sikit-sikit atau simpan sorang dalam fail?


Kata pensyarah, secara kasarnya kebanyakan doktor pada hari ini tidak jujur dalam hal ini sedangkan mengikut kajian 2/3 pesakit lebih cenderung untuk doktor berterus-terang mengenai hal-hal seperti diagnosis dan prognosis kesihatan.

Kalau diberitahu pun, kebanyakan doktor tidak memberitahu 100% semua benda. Masih ada benda yang turut disembunyikan, padahal mengikut etika kedoktoran, itu adalah salah.

"not telling the truth, the whole truth equals to telling lies,"

Saya yang mendengar berfikir panjang.

Sangat susah! Pasti sangat susah! Untuk memberitahu berita buruk bukan sesenang menghafal skrip dan terus praktik seperti robot. Salah gaya salah ayat, boleh hancur jadinya.

Saya cuba membayangkan kalau saya di tempat pesakit, gaya doktor macam mana yang saya boleh terima untuk beritahu berita buruk tentang saya atau keluarga saya. Tapi dah lama fikir pun, saya simpulkan sehebat-hebat mana seorang doktor hebat menyampaikan berita buruk dengan baik, pasti untuk menerimanya agak sukar. Macam mana saya nak buat bila jadi doktor nanti? Tak nak ambil tugas kasitahu berita boleh tak? >_<

Tapi tak lama selepas tu, pensyarah di depan kelas menerangkan...

" seteruk mana pun berita yang bakal disampaikan, itu semua tak berapa penting selagi harapan masih ada. So, you must keep the hope on! "

HARAPAN!

That's it!

Sebagai doktor memang pesakit banyak bergantung kepada kita untuk membantu mereka. Walaupun doktor bukan tuhan yang mampu menghidupkan dan mematikan, tapi doktor masih mampu memainkan peranan untuk memberi harapan kepada pesakit dan ahli keluarganya - walaupun peluang sangat tipis.

" Do not tell lies. it's not about the news you're delivering. it's how, or the way you present the news. "

Dan paling buat saya terdiam ialah bila pensyarah beritahu...

" Your prognosis MAYBE precise and MAYBE NOT. Some people may end up earlier and some may end up a few years later than the prediction. So, why destroy hope ? "

Dengan memberitahu kebenaran, kita sebagai doktor telah memberi mereka peluang untuk menghabiskan sisa hidup dengan sebaik-baik perancangan dalam jangka masa yang ada.

Beri mereka peluang untuk bersama yang tersayang sepuasnya.

Beri mereka peluang untuk menikmati hari yang tinggal dengan sepuasnya.

Beri mereka peluang untuk melaksanakan impian-impian terakhir mereka sepuasnya.


Maka, ingat!

Tell them the truth ----> So, they can still have the hope burning inside ~


p/s:
Saya tak tahu bagaimana saya bakal hadapinya kelak.
Tapi saya harap saya bakal diberi kekuatan untuk melalui keadaan ini
Dan andai saya di tempat mereka, saya juga mungkin memilih untuk diberi peluang.
Maka,doakanlah saya agar tindakan saya kelak tepat dan bersesuaian di saat itu.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan-urusan kami di dunia dan di akhirat. Amin.."

3 comments

Write comments
~cinonet~
AUTHOR
April 6, 2010 at 3:10 PM delete

Memangla Doktor bukan Tuhan tapi Doktor sebagai wasilah antara Tuhan dengan pesakit. =)
Keep the hope on~!!! Hiyakkk~!! =D

Reply
avatar
Izzahsakinah
AUTHOR
April 6, 2010 at 6:01 PM delete

Ainul, betul kan? lecturer Kak Nad pun cakap pasal benda ni dua tiga hari lepas. kena bersedia untuk naik tahun empat nanti. kalau jumpa kes budak2 yang ada hearing loss, macam mana nak explain kat parents. sekarang belum lagi nak jumpa betul2, sebab ade clinician tolong jadi penyelamat keadaan. wuwuwu.

amiiin Ya Rabb~
untuk doa yang last sekali =))

p/s: lama Kak Nad tak tinggalkan jejak kat sini. take care ye~

Reply
avatar
April 10, 2010 at 2:39 PM delete

kak arifah:
yoshhh! ^_^

kak izzah:
hi akak,long time no see. miss u la.. ^_^
betul apa yg akak cakap tu, ni akak dah naik klinikal at least ada sket dh experience. ainul lagi kosong. huhu

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *