Barbeque Umm Qays

11:39 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum.

Ini update aktiviti selain studi.

Nama Aktiviti : Barbeque
Lokasi : 'Hutan' mini Umm Qays, Irbid - Jordan


Setiap kali musim peralihan winter ke summer, Umm Qays memang sangat terkenal sebagai tempat penuh bunga liar tumbuh. Musim spring Jordan bunganya tumbuh ala kadar. Kecik-kecik tapi banyak sangat macam karpet. Keindahannya terletak pada warna-warna yang striking. Hijau + Merah + Kuning + Putih.

(Tapi bunga tepi jalan JUST lagi lawa, warna dia subhanallah sangat terang dan kontras. Ungu,putih,oren,merun,kuning,hijau. Nasib baik warna biru tak ada lagi. Lain masa saya tunjuk.)

Ini antara gambar-gambar yang sempat di tangkap.





Tengah-tempat 'hutan' mini ini, khemah dinaikkan. Suka! Tiba-tiba teringat Kelana Convoy. Bila lagi nak berkhemah ya? Jordan kekurangan hutan untuk aktiviti-aktiviti hiking. Kalau berkhemah di padang pasir macam Bahriya Mesir, macam tak pernah jumpa lagi kecuali memang gaya hidup masyarakat Badwi.



Ini main course : Ayam Barbeque ~ (Sebelum)



(Dan selepas)



Hasilnya setelah berjerebu asap ~ Nyum2~ ^_^



Dan setelah beraktiviti beberapa ketika, semua bersiap pulang.
Erm yang ini memang 'macam' hiking. ;)



Maaf lah keadaan sebenar Umm Qays tak sempat nak dicapture dengan lebih banyak. Fokus lebih pada barbeque sahaja haritu. Pada orang luar Jordan yang tak tahu Umm Qays di mana, boleh tengok sini.

Ok, aktiviti dah habis. Jom balik baca buku. Exam nak dekat. Jumpa lagi.

p/s:
Untuk di Malaysia yang bertanya,
Korang , maaflah tak banyak sangat cerita aktiviti di Jordan. Tak tahu nak cerita apa selain life study dan kelas-kelas sampingan. Sini tak ada sangat aktiviti-aktiviti menarik selain kelas yang selalu dibuat dengan kerapnya. Kadang-kadang je. Nak berpusing sakan pun macam tak sempat sangat. Tambahan exam nak dekat. Nak cerita kelas pun, tak selalu jadi benda-benda best untuk dicerita, sekadar info-info medik je la. Hehe. So, kalau ada yang best jadi insyallah ada lah nanti entrynya. Kalau takde tu, tunggu je la next aktiviti ye. :) tq~

3 comments

Write comments
~cinonet~
AUTHOR
April 5, 2010 at 6:08 PM delete

Subhanallah...cantiknya tempat...nanti nak ajak hubby n baby gi honeymoon sn plak lah~! ehik!

Reply
avatar
April 5, 2010 at 10:51 PM delete

kak arifah:
o bolehhhhh.. sila-sila... datang sila roger ainul nnti ye. hehe..

Reply
avatar
Aleen
AUTHOR
April 6, 2010 at 9:09 AM delete

Assalamualaikum..

Cinul..

Hurrmmm.. Umm Qays..???

I looike..!!

Alhamdulillah la, aku yg ada muram sejak dari sem lepas sampai CNS 1 haritu terubat la sikit apabila melihat bunga-bunga yang indah-indah, dan senyuman gelak ketawa korang sume.. hehe... best2..

Tak tau nak describe macam mana..

Harap2, makin bertambah bunga2 kat Jamiah tu sbb bunga2 bagi semacam terapi yg berkesan for me.. =)

I just love the sweet flowers..!! So, I should love their Sweet Creator more..!!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *