Life = Suprise

10:42 PM 6 Comments A+ a-




Assalamualaikum....

Doktor pernah cakap "Medicine is science of probability" .

Dan balik rumah, saya sambung ayat "And so do our life" .

Untuk kali yang ke berapa ribu puluh kali saya dapati hidup tak semestinya mengikut perancangan. Tentulah, namanya pun 'Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..'


Kita rancang nak pergi tempat A, alih-alih tempat B yang kita pergi

Kita rasa nak buat kerja C, alih-alih kerja D pulak yang kita siapkan dulu

Kita yakin dah takkan jumpa E, alih-alih lepas satu masa E muncul depan mata

Kita dah pakai baju lawa-lawa, alih-alih baju lencun kena percik air tepi jalan

Kita dah bajet dia kawin paling lambat, alih-alih dia kawin dulu antara semua

Kita yakin dah boleh jawab exam, alih-alih markah tak capai sasaran kita

Kita rasa kita dah cukup perancangan, alih-alih semua tunggang-langgang jadi lain

Kita rancang akan masa depan yang mantap, alih-alih mati awal pulak



Gulp, oh yang last itu agak bahaya tapi tak mustahil kan? Siapa tahu masa kita macam mana? Sedangkan orang sakit yang doktor predict 'masa yang tinggal' dia pun kadang-kadang Allah panjangkan atau pendekkan. Who knows....

Semuanya Qada' dan Qada dari Allah. Telah ditetapkan sejak azali. Tapi! Bukanlah bermaksud kita tak perlu berusaha dan duduk menunggu. Sebab kita sendiri tak tahu takdir perjalanannya macam mana.

Ada kawan pernah cakap 'semua yang berlaku pada kita hatta sekecil-kecil benda adalah bahasa sapaan Allah untuk diri kita'. Pernah atau tak kita terfikir apa yang sebenarnya Allah nak ajar atau beritahu kita kalau segala perancangan kita tak menjadi? Mana tahu mungkin kalau ikut planning sendiri, lagi haru biru jadi hidup ni. Yang penting, kena sentiasa constant yakin perancangan Allah yang palng terbaik dan paling sempurna. Sebab apa? Carik sendiri jawapannya dalam hidup anda.

As for me, banyak juga kejutan yang berlaku dalam hidup ini. Terbaru : Rumah Sukan dah tukar warna. ;) Tambahan sebelum itu, sepanjang 20 tahun yang sihat walafiat ini tiba-tiba dapat allergic untuk pertama kali. Sebelum-sebelum itu pula banyak lagi lah yang jadi. Dan blog ini juga, takdirnya sekarang berwajah baru. Cerah terang benderang dan simple. Serba semua baru, maka new life new world ---> keep running till the end.

Kenapa ya nak cakap tentang kejutan hidup? Sebabnya kadang-kadang kejutan boleh bawa macam-macam perasaan. Terkejut, pelik, gembira, sedih, bahagia dan macam-macam lagi. Termasuklah putus asa. Yang ini yang bahaya. Maka untuk elakkan ia, kita kena positif. Ingat balik tadi 'keep running till the end'. Salah satu caranya ialah dengan memikirkan di penghujung jalan nanti, ada orang yang sedang menunggu kita dengan penuh keyakinan dan pengharapan kepada kita. Mungkin keluarga, mungkin sesiapa yang percayakan kita atau yang lebih penting Allah sendiri. ;)

[76:30] Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ini adalah peringatan untuk saya juga. Sebabnya hidup penuh kejutan dan kadang-kadang kita perlu 'duduk sejenak dan beriman sebentar'. Ok, get ready for the next suprise~ ^_^

Oh lupa, ini ada sikit sirah sahabat tentang takdir. Menarik untuk dibaca, jenguk-jenguk la ya.

Ok, perancangan asal hari ni dah terubah. Plan nak ke library pukul 8.00 terlajak jadi pukul 8.30. Woops terlambat. Jumpa lagi!

6 comments

Write comments
akak
AUTHOR
March 25, 2010 at 4:59 AM delete

Entri ni sangat membantu. Bila time tengah haru-biru ni..dan dapat 'ubat' mcm ni, memang sangat membantu. Terima kasih Ainul..:)

Reply
avatar
March 25, 2010 at 1:33 PM delete

akak:
alhamdulillah... actually ainul pun tengah dalam situasi yang lebih kurang, tiba-tiba terlintas pasal benda ni. Itu yang tulis tu. Untuk diri dan orang lain sama kalau serupa. INsyaallah, doa2 la semua yg jadi terbaik untuk kita. ;)

lama tak nampak kat sini. apa cerita la yer. Akak, nnti nak nombor contact bleh? Email ke telefon ke? Senang nk keep in touch. syukran. ^^,

Reply
avatar
akak
AUTHOR
March 26, 2010 at 6:01 AM delete

Boleh aje. email akak akademik_12@yahoo.com. Tu guna utk YM gak. nanti boleh sembang².

Masuk macam biasa kat sini, cuma jadi silent reader..hehe. Semua blog dah jadi silent reader..

Reply
avatar
~cinonet~
AUTHOR
March 28, 2010 at 11:28 PM delete

Ainul, Medic ni susah tak sebenarnya?akak ade adik amik Medic di Indon. Sgt bz. Belom on-call lg. Semoga tabah menghadapinya. =)

Reply
avatar
March 29, 2010 at 6:17 AM delete

~cinonet~:

cop2, ni kak arifah isteri chiam eh? Waaaaa, dah ada blog! hehe.. patut muka macam kenal. Salam kenal akak! ^_^

bagi ainul medik memang susah gak la. Satu sebab dia kena hafal,hafal and hafal tentang seluruh badan manusia yang sangat kompleks. Satu lagi sebab kalau tak hafal dan master, dari jadi doktor boleh tukar jadi killer. -_-'

owh, akak ada adik dlm kos ni gak eh? hehe, memang konfirm dia bz even belum oncall. Kalau oncall lagilah bertambah busy nnti. Thanks ye akak for the wish. doakan saya ya.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *